"Aku kadang cemburu tengok orang yang berpasang-pasang ni." Kata Amin.
"Kenapa nak cemburu?" Ijam dah buat muka pelik. Pelik dengan statement Amin tadi.
"Ha'ah. Kenapa nak cemburu pulak?" Med pun pelik dengan statement Amin.
Amin sengih.
"Cemburu sebab diorang berani. Berani nak rasa azab neraka dalam keadaan belum ada apa-apa ikatan yang sah dan halal. Heh." Mendalam kata Amin tu.
Oh. Serentak kedua-dua sahabat tadi mengangguk kepala tanda faham.
"Betul. Setuju." Med membenarkan kata Amin.
"Tapi ada yang kata hanya atas dasar ukhuwah. Ukhuwah fillah. Tidak lebih." Ijam pula memberi pendapat.
"Ukhuwah apa yang dipanggil 'kerana Allah' kalau tiada batas. Ukhuwah apa yang dipanggil 'kerana Allah' kalau bertepuk bertampar kalah orang baru lepas gaduh laki bini. Ukhuwah apa yang dipanggil 'kerana Allah' kalau tiada saling memperingati. Alasan semata." Amin mengubah duduk daripada sila kepada lunjur. Tangan ditahan dibelakang.
"Macam mana dengan ukhuwah kita?" Ijam bertanya pula.
"Ukhuwah kita? Biarlah sekadar bersederhana sambil membina jambatan ke syurga. Jangan sampai kita jatuh ke kawah neraka dengan penuh hina." Amin senyum sesudah memberi kata.
Masing-masing diam seketika. Memerhati keindahan alam ciptaan Allah S.W.T
"Akhi Amin harini banyak bermain kata. Heh." Med sekadar sengih.
"Sekadar meluah rasa. Tak salah, kan? Haha."
Dan mereka bertiga sama-sama ketawa. Gembira.
*****
"Bersederhana dalam ukhuwah sambil membina jambatan ke syurga
jangan sampai jatuh ke kawah neraka dengan penuh hina."
-Little Me-
sekian
adios
:) SSKA
No comments:
Post a Comment