Tuesday, 27 May 2014

Sangkar Jahiliyah 23

Nak ke taknak. Nak ke taknak. Faiz berkira-kira untuk memberi ucapan hari raya. Selepas mundar-mandir sendirian didalam bilik, dia merebahkan diri atas katil. Telefon bimbit masih ditangan. Nombor telefon yang tersimpan dalam contact list telefon bimbitnya ditatap daripada tadi. Noorin. Perlahan nama itu meniti dibibirnya. Untuk seketika, dia tersenyum. Ah! Macam orang angau! Cepat-cepat ditepis segala ingatan tentang perempuan itu. 

"Iz.. Iz.. betul kau ni dah angau! Haha!" Faiz bermonolog. 

Telefon bimbit yang masih berada dalam tangan kembali dipandang. Jari cepat menekan papan kekunci mencari nombor lain pula. Ok, Jumpa! Kekunci icon telefon berwarna hijau ditekan dan terus bersambung pada talian nombor yang dipanggil.

"Hello. Assalamualaikum." Faiz memberi salam.

"Waalaikumussalam warahmatullah." Suara pemanggil menjawab panggilan serentak menjawab salam Faiz. 

"Jo! Haha." 

"Mende kau ni? Hari-hari raya gini duk call." 

"Aku call pun salah. Nak ucap selamat hari raya lah ni. SELAMAT HARI RAYA! Haha." 

Johan buat muka. "Selamat hari raya jugak la haaa."

"Kau ok tak ni? Macam takde mood je?" Faiz dapat mengesan suara Johan yang seolah macam... penat? 

"Takde apa lah. Aku penat sikit. Layan sedara mara ni haaa. Raya pertama dengan kedua memang ramai lah datang. Tak menang tangan wey." Johan meluahkan rasa penatnya melayan adik sepupu yang datang bertandang ke rumah sempena raya ni.

"Oh." Faiz diam kejap. "Aku baru ingat nak ajak kau esok." 

"Esok? Pergi mana?" Johan bertanya pelik.

"Kita pergi beraya lah. Nak?" Beria Faiz mengajak.

Ceria pulak Si Faiz ni. Ada apa-apa ke yang aku taktahu ni. "Err... InsyaAllah. Nak pergi raya mana?"

"Ada lah. Nanti aku bagitahu." 

"Haaa yelah. Eh kejap. Takkan kita dua je? Ajaklah lagi sesiapa."

"Hmm... Alip? Ok?" 

"Haaa set. InsyaAllah esok aku pun free. Duk rumah aje. Nanti malam kau confirmkan balik. Aku nak kena melayan adik sepupu ni haaa."

"Okeh! Thanks Jo! Layan lah adik sepupu kau puas-puas. Haha. Malam ni aku call balik. Assalamualaikum." Faiz menekan icon telefon berwarna merah selepas Johan menjawab salamnya.

Yes! Dapat pun. Harap semua urusan esok berjalan lancar.

*****
Esoknya pergilah Faiz, Johan dan Alif beraya ke rumah yang ingin dituju. Naik bas aje tiga orang ni. Jimat kos pengangkutan kata Johan. Dan akhirnya mereka bertiga pun sampai dirumah itu.

"Iz. Kau sure ni rumah dia?" Alif bertanya memastikan. Mana tahu. Kot-kot salah ke kan...

"Pretty sure meh. Ni haaa alamat dia." Faiz tunjuk kertas yang bertulis alamat itu pada Alif.

Alif mengangguk. Betul dah ni. Tapi macam takde orang...

"Assalamualaikum!" Johan dah memberi salam terlebih dahulu.

Tiada jawapan.

"Assalamualaikum!" Mencuba sekali lagi. Kalini Faiz pula yang memberi salam.

Masih tiada jawapan.

"Assalamualaikum!" Alif mencuba juga memberi salam.

5 saat. 6 saat. 7 saat. Dan...

"Waalaikumussalam." Seorang lelaki berpangkat abang keluar menjawab salam mereka. 

"Kami datang nak raya." Faiz memberitahu tujuan sebenar.

"Oh. Masuklah." Pelawa tuan rumah.

Dah masuk rumah. Tuan rumah pelawa untuk duduk pula sebelum menghilang ke dapur. Mungkin. 

"Weyh. Sure ke ni rumah Noorin? Aku takut salah rumah aje ni." Alif daripada tadi duk tanya. Risau benar dia. 

"Rasanya betul dah ni." Johan pula menjawab. Faiz dah pandang Johan. Yakin betul jawab. 

"Kalau ikut alamat, betul dah." Faiz pula menjawab. 

"Dah tu, Noorin nya mana?" Alif selamba tanya.

"Mende lah kau. Sabar lah dulu. Kejap lagi tanya lah. Aiyoo." Johan dah siku lengan Alif.

Achik membawa dulang berisi air sirap sejuk keluar daripada dapur. Kemudian diletakkan diatas meja berhadapan dengan mereka bertiga.

"Jemputlah makan. Maaflah. Kuih tunjuk je yang ada." Pelawa Achik.

Mereka sekadar mengangguk. Sesekali mereka berpandangan. Macam nak tanya sesuatu. Achik nampak perlakuan mereka.

"Daripada mana korang ni? Tak pernah abang nampak. Bukan budak-budak yang duduk area sini kan?" Achik bertanya menghilangkan rasa janggal antara mereka.

"Oh tak. Kami tak duduk sini. Saje datang beraya sini." Alif menjawab beserta senyum.

Oh. Kan betul. Achik mengangguk.

"Hmmm kami ni kawan Noorin, bang." Faiz pula memberitahu.

"Lah. Yeke? Patutlah pun." Achik sekadar senyum. "Tapi Noorin takde kat sini." 

"Dia pergi mana?" Johan bertanya.

"Hospital." Jawab Achik ringkas. 

"Hospital? Kenapa?" Serentak mereka bertiga bertanya.

Achik terkejut dengan reaksi mereka bertiga. "Eh. Rilek rilek. Dia cuma penat aje. Takde apapun." 

"Ohhh." Sekali lagi.Serentak mereka memberi respon. Lega. Ingatkan kenapa lah tadi. Masing-masing dah risau kalau jadi apa-apa pada Noorin.

"Boleh...kami nak pergi lawat dia?" Faiz memberanikan diri untuk meminta kebenaran.

"Boleh aje. Korang ikut abang sekali lah. Kejap lagi, abang pun nak pergi tengok dia ni." Achik memebri cadangan.

"Haaa sedang eloklah tu." Alif dah sengih.

Dan mereka pergi bersama abah, Along dan Achik dengan dua kereta.

to be continued...

No comments: