Thursday 9 July 2015

[M.O.L] 4

"Deja mana , Ma?" Suara yang dah lama tak kedengaran dalam rumah itu kembali mengisi ruang. 

Soalan tadi tak dijawab. Mama sibuk dengan tab miliknya. Nain sekadar menggeleng. Mama ni sejak ada persatuan dia, sibuk je memanjang. 

"Mama." Dipanggil lagi mama nya buat kali kedua. 

Masih diam. 

"Mama." Panggil kali ketiga. 

"Apa dia, abang? Mama tengah sibuk ni." 

Tak pasal kena marah balik? Nain mengeluh. "Abang tanya Deja mana? Bilik bersih je. Pergi mana?" 

"Deja kan dah start semester baru. Mama suruh dia cari rumah lain. Senang untuk dia ulang alik. Kan kolej dia jauh dari rumah ni." 

"Hah? Since when? Kenapa abang taktau apa-apa?" 

Mama diam. Masih leka dengan tab. 

"Mama. Since when?" 

"Since abang pun dah tak duduk sekali dengan mama and papa." 

"Kenapa pulak? Abang dah ada rumah sendiri and I can afford it myself. Deja tu budak-budak lagi, Ma. Dia perempuan pulak tu."

"Duit rumah semua mama papa yang tanggung dia. Dia tinggal belajar dan jadi doktor. Tu je yang kami minta. Tak salah kan? Besides, mama dah belikan dia kereta. So, dia boleh balik sini bila-bila masa yang dia nak."

Nain sekadar diam. Dia agak terkilan dengan sikap mama papa tidak memberitahu dia tentang Deja. Bukan dia tidak tahu macam mana Deja. Sebab dia kenal Deja tu macam mana lah, dia risau. 


*****


Pagi esoknya, Deja dapat panggilan. 5 panggilan kesemuanya tapi langsung tak berjawab. Lena sangat tidur barangkali, sampai tak sedar ada orang telefon. Maklumlah assignment banyak nak kena siapkan. Dalam keterpaksaan belajar untuk kos perubatan, dia masih tahu dan faham ada kebaikan yang mama aturkan untuknya. 

"Mak aih. Siapa call sampai macam ni banyak nya ni?" Deja pelik. Sebab selama ni takde pun yang nak call dia melainkan untuk ajak keluar lepak. 

Smartphone digapai dan mula membuka kekunci. Rasa ingin tahu siapa yang menelefonnya makin menebal. Notification yang menandakan ada misscall untuknya ditekan. Dia terkejut. Dia jadi kelu. 

"Abang Nain?" Bibir dengan sendiri menutur nama itu. Lagi sekali telefon pitarnya berdering menandakan ada panggilan masuk. Dia kaget. Hampir terlepas telefon itu dari tangannya. Setelah kembali stabil, dia cuba menjawab panggilan tersebut. 

"Hel.. hello?" Perlahan suaranya menjawab. 

"Hello. Susah betul nak angkat phone ye sekarang?" 

"Err.. hehe.." Kepala digaru meski tak gatal. 

"Free tak harini?" Suara disebelah sana masih setia.

"Ada kelas lah..." 

"Pukul berapa?" 

Jam di dinding dikerling. "Hm.. about two hours from now." 

"Oh I see. Esok?" 

"Ada kelas jugak..." Mengeluh perlahan. 

"Ponteng satu hari tak boleh? Haih." Nain turut mengeluh.

"I cant... Sorry, abang." Deja rasa serba salah. 

"No. I am sorry. Sebab abang, Deja yang jadi mangsa kan? Its okay. I promise, Ill fix this back." 

"Eh?" Deja pelik. Macam Abang Nain tau? Dia balik rumah ke? OMG NO. 

"Ill fix it back okay? Dont worry." 

"Abang...balik rumah?" Takut-takut Deja bertanya.

"Haah. Ada kat rumah lah ni." 

Hampir nak terkeluar biji mata Deja. Habislah... 

"Kenapa?" Nain tanya.

"Takde pape." 

"Gaduh mulut je. Tu pun dengan mama. Papa macam biasa lah busy dengan segala macam hal." Nain memberitahu tanpa disuruh. 

"Oh." Diam. "Sorry. Deja agak busy lah dua tiga hari ni. Lagipun, abang tanya week days. Kalau weekend Deja free lah." 

"Lahhh. Patutlah. Abang ingat ni weekend. Sorry sorry. Ha kalau macam tu, kita jumpa hari Sabtu?" 

"Set. You're going to treat me for the whole day. Yeay!" 

"No problemo." 

Hati kembali berbunga. Yes! Save duit untuk minggu ni. Hehe.

*****

Sejak dapat call daripada abang kesayangan pagi tadi, Deja asyik senyum je. Mana tak nya, lama tak contact sejak peristiwa yang dia sendiri taknak ingat dah. 

"Oi Deja." Lengan Deja disiku.

"Ye saya?" Senyuman masih tak lekang dari bibir.

"Pehal kau ni? Dah macam orang tak betul je duk sengih sorang." Nadrah menyoal.

"Aku happy pun salah." 

"Takde lah nak cakap salah pun. Tapi pelik kot daripada masuk kelas sampai ketengahari ni kau punya senyum tak stop. Aku pulak jadi scary." 

Ketawa Deja pecah. Itu pun nak scary? Dia hanya menggelengkan kepala. "Apa-apa je lah Nad oi." Dia dah mula bangun untuk keluar kelas untuk pergi kafe. 

"Woi tunggu lah aku." Nadrah mengejar dari belakang. 

Friday 3 July 2015

Dia Kekasih Allah

Tadi lepas je habis terawih, ada join Malam Cinta Allah dan Rasul kat UiTM Tapah. Its quite fun. Seronoklah kan ramai orang. Ada selawat, ada tazkirah, ada qasidah. Sebenarnya jujur, rindu. Rindu dengan suasana dulu. Atas banyak sebab kenapa aku jadi macam sekarang ni. Susah nak ungkap dengan kata-kata bila apa yang jadi tu memang cepat je berlalu. 

I do miss my girls. I do miss all the time we spent. Haih. Bila lah dapat jumpa... 

And ya. Back to the topic. Tazkirah serba ringkas sempena Ramadhan. Isinya pun tentang Ramadhan. Macam-macam kita berusaha nak bagi puasa penuh kan? Moga ada pahala dalam setiap usaha tu. InsyaAllah. 

Sebenarnya, nak share lirik lagu ni je. Last persembahan nasyid tadi, diorang nyanyi lagu ni. Dan aku rasa terpanggil nak share. Dan bila dihayati bait lirik lagu tu, aku jadi malu. Rasulullah selalu ingat kat kita even tak pernah berjumpa. Tapi kita? Hm.. 

So, here it is. Lagunya boleh cari kat youtube.


Raihan
Ya Rasulullah 

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu
Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kukucup tanganmu
Moga mengalir keberkatan dalam diriku
Untuk mengikut jejak langkahmu

Ya Rasulullah Ya Habiballah
Tak pernah kutatap wajahmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kami rindu padamu
Allahumma Solli Ala Muhammad
Ya Rabbi Solli Alaihi Wasallim ( 2X )

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kudakap dirimu
Tiada kata yang dapat aku ucapkan
Hanya tuhan saja yang tahu

Kutahu cintamu kepada umat
Umati kutahu bimbangnya kau tentang kami
Syafaatkan kami
Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu

Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Terimalah kami sebagai umatmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kurniakanlah syafaatmu