Friday 8 January 2016

[M.O.L] 7

Semenjak Nain muncul kembali, Deja menjadi lain. Dia jadi ceria, suka senyum sendiri. Dan jarang ada dirumah. Tidak kira sama ada weekend ataupun weekdays. Dania pelik dengan sikap Deja yang baru ni. Dan dia tertanya-tanya siapa lelaki yang selalu datang kerumah pada tiap hujung minggu.

"Deja, Nia nak tanya sikit boleh?" Alang-alang dah ada depan mata ni, baik tanya terus. 


"Hm. Apa?" Lembut je balasnya. 


"Tapi jangan marah tau." Nia masih berkira-kira. 


"Tak tanya lagi nak marah apanya. Heh." Sengih. Apa-apa saja lah Dania ni. 


"Hmmm... Siapa lelaki yang selalu datang jemput Deja tu ye? Jangan salah faham. Nia tak kisah cuma Nia kurang selesa." Nia cuba menerangkan. Serba salah.



Deja tertawa kecil. "Nia. Chill. Aku tak marah. Takut sangat." Deja menggelengkan kepala. "Lelaki yang selalu datang tiap minggu tu, abang aku. Yang aku pernah cerita dulu tu." 

Deja senyum lagi. Ceria. Nia tak pernah tengok Deja segembira ini. 

"Ohhh..." Ringkas balasnya. 

"Kau dengan yang lain tak selesa ke? Sorry lah. Aku dah pesan banyak kali dah kat dia, tapi dia degil. Takpe. Nanti aku try negotiate dengan dia lagi." 

"Hmm. Okay." Nia sekadar senyum. Melihatkan Deja yang sedang bahagia begitu, dia jadi senang. 

"Apesal pandang aku gitu? Ada apa-apa yang tak kena ke?" Deja pelik. 

"Tak lah. Nia suka tengok Deja yang sekarang. Ceria je." Nia senyum lagi. 

Obvious sangat eh...? Deja sengih. Kepala yang tak gatal, digaru. 

"Mesti seronok kan dapat jumpa abang tiap minggu. Patut pun bahagia. Hehe." 

"Aip. Perli baikkk. Hahaha." Ketawa Deja meletus. Ada ke? Nia ni lahai. 

"Hehe. Mana ada perli. Nia cakap benda betul. Lagipun Nia suka tengok Deja macam ni." Ikhlas dia memberi kata. Seperti selalu. 

Senyum Deja masih tak lepas. Syukur atas nikmat yang masih ada ni. 

"Dah lah. Nia masuk bilik dulu. Apa yang Nia nak tanya, dah terjawab. Teruskan ceria macam ni tau. Oh lagi satu..." 

Deja dah angkat kening. Apa dia? 

"Kalau boleh, janganlah bagi abang selalu datang. Tak selesa..." Perlahan Nia meminta. 

"Oh. Haaa ye ye. Jangan risau. Nanti aku cakap ye." 

"Terima kasih Deja." 

"No problemo." 

Dan Nia dah mula hilang dibalik pintu masuk kebiliknya. 

*****
"Deja." 

"Hm?" Kepala masih tak beralih dari telefon pintar. 


"Siapa nama housemate Deja yang tadi tu?" 


"Ha? Yang mana? Housemate Deja ada 5 orang tau." 


"Alah.. Yang keluar sekali dengan Deja tadi."


Sengih. 


"Oi. Orang tanya, sengih apa?" 


"Abang berkenan kat dia ehhhhh." Deja menyakat. 


"Aih. Tanya jeee." 


"Elelele." 


"Okay. Deja. Stop it." Muka Nain dah tahan merah. 


Ketawa Deja pecah. "Nama dia Dania lah." Deja memberitahu sesudah ketawa. 


"Oh.. Okay." Nain sekadar senyum sungging. 


Dania. Sedap nama tu. Senyum lagi. 



*****
Rumah sewa. Semester ni ramai yang belum dapat elaun. Jadi, nak bayar duit sewa memang kena ikat perut. Berlainan pula dengan Deja. Tuan rumah la katakan. Dan dia tak kisah pun bila-bila mereka nak bayar, asalkan bayar. 

"Nia." 

"Ye?" Senyuman yang memang tak lekang dari bibir mungil milik Dania. 

"Kau...single?" 

Nak terlepas buku #Henshin yang baru dibelinya beberapa hari lepas. 

"Ke..kenapa Deja tanya macam tu?" Pelik. 

"Hahah. Takde apa. Jawablah. Single ke tak?" 

"Errr. Buat masa ni memang single la lagi pun. Takde sape nak kat Nia ni Deja. Haha."

"Serius lah kau single lagi? Ah tak caye." 

"Buat apa Nia nak tipu? Hahaha. Apa-apa je lah Deja ni." 

"Cantik lawa gini takkan takde yang sangkut?"

"Nia tak rasa nak ada teman buat masa ni sebab banyak lagi benda yang Nia nak buat. Sendiri. Hehe." 

"Oh kalau masa akan datang, nak lah?" Naif Deja bertanya. 

"Bukan lah macam tu maksudnya. Tapi Nia taknak fikir lagi pasal hal hati perasaan ni. Nak fokus belajar." 

"Ohhh. Baguslah kau. Kan best kalau aku boleh jadi macam kau. Boleh pilih jalan hidup sendiri." 

"Deja. Tak baik cakap macam tu. Ada sebabnya kan Allah tu aturkan cara hidup kita macam mana. He knows the best for us. Kita tak boleh nak banding-bandingkan selalu hidup kita dengan hidup orang lain. Jalan cerita masing-masing tu ada kelainan dia tersendiri. Siapa tahu, jalan cerita Deja yang sekarang ni boleh jadi sesuatu yang menarik untuk orang lain kongsikan nanti. Have faith. He do loves you, me, us." 

Deja terdiam. 

Ye. Dia lupa tentang satu perkara tu. Jalan cerita dia berbeza dengan orang lain sampaikan dia sendiri tak faham apa yang dia sedang lalui. Manusia itu bila diberi kesenangan, kadang boleh terlupa perihal ukhrawi yang jauh lagi penting. Sampai terlupa apa itu erti syukur. 

Tuesday 5 January 2016

[M.O.L] 6

Hari berlalu seperti biasa dan Deja dah mula sibuk dengan assignment dan segala lab report. Dia tak suka buat kerja last minutes jadi segala kerja yang ada, dia akan cuba siapkan secepat mungkin. Deja memang suka menyendiri sejak awal belajar dulu. Syed dan Nadrah menjadi rapat dengan dia masa mereka sertai satu aktiviti anjuran kolej waktu dulu. 

Kelihatan Deja tekun menyiapkan lab report sambil mengadap laptop jenama ASUS sendirian di cafe. Syed mula menapak kearah Deja. Khusyuk betul. 


"Assalamualaikum!" Kuat Syed memberi salam. Namun tidak mengganggu pelajar lain di cafe itu. 


Deja sedikit terkejut. Dia dapat mengagak siapa. Diam sekejap. 


Syed dah beralih untuk duduk didepan Deja. Sengih. Pandangan Deja tajam namun tak pula bersuara dan terus menyambung kerja yang terganggu tadi. 


"Tak jawab salam, dosa woi." Syed bersuara lagi. 


"Suka hati aku lah." Ringkas Deja membalas sambil tangan laju membuat kerja. 


"Sibuk semacam je aku tengok kau ni. Taknak lepak ke weh? Lama kot dah tak lepak sama." 


"Ye. Sibuk. Banyak lab session tertangguh last week. Minggu ni semua nak kasi settle." Tangan masih ligat menyalin apa entah.


"Ala... Taknak lepak ke? Jom lah." Syed masih memujuk.


"Malas lah. Kau lepak je lah dengan Nad. Aku sibuk." 


"Ala..." 


"Sorry Syed. Aku ba..." Belum sempat menghabiskan kata, smartphone Deja berbunyi tanda ada panggilan masuk. Bibir mengukir senyum dengan sendiri melihat nama yang tertera pada skrin smartphone. Lalu dijawab panggilan itu. 


"Hello. Ye saya, Encik  Zulqarnain Mazlan?" Deja membalas jawab. 


Syed sedikit tersentak mendengar nama yang disebut Deja sebentar tadi. Siapa? Boyfriend ke? Terasa ada perasaan cemburu disitu. Deja dah mula mengemas segala buku dan kertas yang ada diatas meja. Dia harus pulang. Duduk lama disitu pun takkan boleh menyiapkan kerja kalau ada yang mengganggu. 


"Eh? Nak balik dah ke? Aku baru ingat nak temankan kau." Syed bertanya. 


"Ha. Haah. Nak balik. Dah petang. Lagipun, ada hal sikit." Masih mengemas.


Syed tolong kemas apa yang patut. "Hal?" 


Angguk. 


"Siapa tadi? Pakwe kau ke?" Syed tanya lagi. Dan itu soalan utama yang dia patut tanya. 


"Hah?" Deja sedikit terkejut. Dan tiba-tiba ketawa meletus. "Apa lah kau ni. Ada-ada je." 


"Aku tanya serius ni. Ketawa pulak." Syed tidak berpuas hati. Gelakkan aku pulak minah ni. 


"Deja!" Dari kejauhan kedengaran suara lelaki memanggil nama Deja. Deja berpaling kearah suara lalu melambai tangan. 


"Coming! Jap!" Barang dah habis dikemas. "Dude, chow dulu. Jumpa esok. Bye." 


Kaki melangkah laju kearah kereta Honda Civic berwarna hitam. Dan laju meloloskan diri  kedalam kereta. Dan dibiarkan Syed keseorangan ditempat duduknya.


*****
"Dating ke tadi? Sorry lah kacau." Nain membuka kata. 

"Amende Abang Nain ni. Mana ada lah." Deja tak selesa bila ditanya soalan macam tu. 

"Hahaha. Aik. Emo pulak. Abang tanya je. Pakwe eh?" Nain sengaja membuka topik tu.

"Abang..." Perlahan namun ada nada amaran disitu untuk tidak terus bertanya.

"Abang nak tau je." Nain mencebik. Masih fokus pada pemanduan.

"Kawan je lah." Malas-malas Deja menjawab. Aduh. Takde soalan lain ke nak tanya...

"Ooo... kawan." Nain senyum.

"Haaa tak payah nak buat andaian lebih-lebih eh. Deja dengan dia kawan je. Patutnya kitorang bertiga. Sorang lagi perempuan. Nadrah nama dia. Tapi tadi dia takde. Mana entah pergi." Panjang lebar Deja memberitahu.

Ketawa Nain meletus. Kuat.

"Apesal ketawa??" Deja tak puas hati. Tengok tu. Aku cerita, ketawa pulak.

Nain masih ketawa. Geli sungguh hatinya.

"Eiii. Dah lah. Malas layan." Deja menjeling. "Nak pergi mana sebenarnya ni?"

Nain cuba menghabiskan sisa tawanya. "Ada lah." Kening diangkat gaya Ziana Zain.

"Annoying nya." Deja buat muka.

"Biadap." Dan ketawa mereka sama-sama pecah.

Kereta Honda Civic laju menuju ke destinasi yang ingin Nain ingin bawa Deja pergi.