Saturday 20 June 2015

Jumaat Pertama Ramadhan

Jumaat Pertama Ramadhan. 

Penuh barokah. Penuh rahmat. Hari yang memberi kesedaran pada aku yang tak semua orang Islam itu kenal apa itu Islam. Tak semua orang bernasib baik macam aku, macam kau, macam kita. 

Pagi Jumaat. 
Kelas sepatutnya hari Selasa lepas diganti hari Jumaat. Dan mula pukul 9 pagi. Ustazah Masthurhah buka topik silibus. Sains dan Teknologi dalam Islam. Beliau terangkan apa itu sains, apa itu teknologi. Dan tiba-tiba... beliau tanya apa itu Islam. Kami senyap. Seolah menunggu jawapan daripada ustazah terus. Kemudian beliau cakap "Ramai orang Islam itu sendiri tak faham apa maksud Islam. Sebab kalau dia faham, dia takkan buka aurat, takkan pakai pakaian yang ketat." Waktu tu, aku rasa ayat beliau deep semacam. Sentap dia terasa sampai dalam hati paling dalam sekali. Dalam diam, aku meng-ia-kan apa yang ustazah tu cakap. Hm... 

Tengahari Jumaat. 
Pukul 11 kelas fizik. Sebab kelas agama(ctu) tadi habis pukul 10, jadi kami ada masa sejam untuk berjimba sebelum kelas fizik. Lepas habis jimba, siap sedia nak masuk dewan kuliah. Kami masuk awal. Sebab memang biasanya student yang akan masuk awal berbanding lecturer. Tapi kalini Sir Ashmir punya lewat sangat lewat. Rupanya beliau settle kan masalah student part 5 ni. Beliau cerita apa masalah yang perlu diselesaikan. Student ni lelaki. Memang since last sem bermasalah. Jarang masuk kelas. Sampaikan pihak atasan naikkan nama dia dan Sir Ashmir yang kena uruskan sebab dia student sir. Bila sir tanya dia kenapa dia jadi gitu, dia tak bagitau. He refuse to tell. Untill one day, masa sir bagi personal education kat dia kat office sir, sir tanya lagi dan dia cerita. Dia cerita yang dia dah takde ayah. Ayah baru meninggal. Yang sedih, arwah ayah dia buta. Mak dia pun buta. So dia tak cukup duit untuk buat belanja. Ada pun hanya RM40 untuk digunakan satu semester. Itu dia tak kisah lagi, tapi paling menyentuh hati dan perasaan aku, bila sir cakap yang dia menangis. Dalam dia menangis tu dia cerita dia tak boleh tahan kalau tengok mak dia makan nasi dengan garam. Hari-hari... 

Bayangkan, Selama ni, kita rasa kita lah antara manusia yang hidup susah. Tapi tanpa kita sedar, ada manusia yang hidup lebih susah berbanding kita. Hari Jumaat yang paling sentap dalam puasa buat masa ni. Moga kita dapat berusaha menjadikan Ramadhan kalini lebih bermakna. InsyaAllah. :) 

Thursday 18 June 2015

Salam Ramadhan Kareem

Its been a long day, without you Ramadhan ~ 

ecewah. haha hai everyone ! Lama tak menulis blog. Maaf kerana membuat anda tertunggu-tunggu dengan sambungan cerpen yang tergendala. Kesibukan dunia yang sementara ni agak menggangu konsentrasi untuk menyambung menulis cerpen. Tapi takpe. InsyaAllah kalau ada masa, aku sambung ye! :D 

Sebab sekarang dah habis tahun pertama untuk diploma. Dah masuk semester ketiga jadi memang agak sibuk. Phone pulak rosak. Jadi nak taknak kena pakai phone Nokia 3310 aje. 

Tup tup dah masuk bulan Ramadhan. Kejap je. Dan alhamdulillah syukur sangat Allah masih bagi peluang nak merasai ibadat puasa dalam bulan yang mulia ni :) Apa perancangan? Nanti berbuka nak makan apa? Sahur nak kena bangun awal? Pukul berapa berbuka? Dah beli baju raya ke? Eh macam-macam lagi lah. Hahaha. Seronok kan?

Tahun ni puasa kat Tapah pulak. Tahun lepas kat Kuala Pilah. Memang lain suasana nya. Memang beza. Awal semester ni je dah macam-macam dugaan. Sabar je yang mampu. 

Semua benda yang jadi ada hikmah kan :) Sangka baik dengan Allah, Allah akan bantu lagi. Lagipun, Dia uji sebab Dia sayang. Dan aku harap sangat sangat Ramadhan kalini dapat jadi Ramadhan yang lebih bermakna untuk aku. Sejak dua menjak ni selalu ada feeling yang tak berapa nak sedap hati sangat. Idk what does it means tapi entah lah. Harapnya takde apa-apa. Dikesempatan ini, sesiapa yang membaca, I am just wanna say sorry. Minta maaf daripada hujung rambut sampai hujung kaki. Mana-mana yang terkurang harap dimaafkan. Terlebih gurau yang terasa dihati. Setiap apa yang aku cakap, setiap apa yang aku pernah buat. Kadang takde niat pun. So, I am so sorry. Ada apa-apa hutang, mohon cakap okayyy. :)

Rasanya tu je nak bebel. Haha. Selamat berpuasa ! :D 



Adios amigos ^.^