Friday 9 January 2015

[M.O.L] 2

Sabtu. Pagi tu, Deja baru teringat yang dia sepatutnya dia ada kelas ganti. Dengan tergesa-gesa dia bersiap dan terus keluar bilik tanpa sarapan. 

"Eh? Deja nak pergi mana?"

"Kelas." Ringkas Deja menjawab soalan Kak Izzah sambil kaki laju melangkah mencari kasut di rak. 

"Taknak sarapan dulu ke?" Kak Shida pula bertanya.

"Tak. Lambat dah."

Selesai memakai kasut converse warna turqoise, Deja berdiri membetulkan letak bajunya. Dia dah mula untuk menghidupkan enjin kereta Myvi putihnya pula. Kemudian, masuk kedalam perut kereta. Perlahan keretanya keluar dari halaman rumah sewa dan terus menderu kearah jalanraya yang tak berapa nak sibuk. 

"Pergi mana tu Kak Izzah?" Tanya Dania yang baru keluar dari biliknya. 

"Entah. Katanya, ke kelas." 

"Kelas apa hari Sabtu?" 

"Kelas yang dia buat sendiri mungkin." Kak Izzah sekadar serkap jarang. 

"Tak elok sangka buruk kat orang. Nak nak dia tu housemate kita. Mungkin betul dia ada kelas. Akak dengar dia bebel  kat dalam bilik tadi. Dia lupa ada kelas ganti harini." Kak Shida mencelah dengan membawa pinggan untuk sarapan daripada dapur. 

Kak Izzah hanya diam. Dania pun sama. 

"Dah lah. Sarapan jom. Sejuk nanti tak sedap pulak." Kak Shida bersuara lagi. 

Tangan ditadah. Dania yang membaca doa makan, diaminkan mereka berdua. Sarapan pagi itu hanya roti bakar disapu kaya. Namun itu sudah mencukupi buat mereka. Bersederhana itu lebih baik. 

*****

Lepas kelas pagi tu, Deja rasa macam malas nak kemana-mana. Nak balik rumah sewa dan sambung tidur yang terganggu sebab kelas ganti tadi. Laju kaki mendaki tangga untuk naik ke rooftop. Tempat yang biasa menjadi tempat mereka bertiga. Ya. Bertiga, dia, Syed dan Nadrah. 

"Hargh! Penat! Kalau bukan sebab Mama yang daftarkan aku dalam kos ni, memang lama dah aku tukar kos." Beg dah dicampak ke lantai rooftop. Mengambil port biasa tempat dia bersandar melepaskan  penat.

Ya. Memang dia tak rela dan tak pernah rela nak ambil kos dalam bidang perubatan ni. Kalau bukan kerana Mama nya yang beria mahu dia menjadi seorang doktor, memang dia takkan pandang pun. Konon dia lah yang akan jadi satu-satunya doktor dalam keluarga mereka. Abangnya mengambil kos dalam bidang kejuruteraan. Bakal menggantikan Papa nya tak lama lagi menguruskan syarikat Papa yang kian maju. 

"Oi, minah!" Lamunan terhenti disebabkan gangguan kurang menyenangkan dah sampai.

"Pebende nya, sakai-sakai sekalian." Selamba dia menutur. 

"Sakai kau panggil kitorang. Sampai hati." Syed dah buat muka seposen tak laku dia.

"Kisah pulak. Nak apa nya korang ni? Tak boleh nampak aku senang langsung."

"Hehe. Ala, Deja. Macam lah kau tak faham. Hairini kan Sabtu." Nadrah pula bersuara.

"Kenapa dengan hari Sabtu? Ada kenduri kahwin siapa?"

Aduh mak ai. Mereka berdua dah tepuk dahi. Dan geleng kepala. Apesal lah bebal sangat kawan diorang yang sorang ni harini.

"Dey. Jimba lah jom. Aduh kau ni." Syed memberitahu.

"Oh." Sepatah tu je yang keluar daripada mulut Deja.

"Oh je? My God. Kau ni kenapa ni?" 

"Malas ah." Beg yang tadi dicampak kini dah berada ditangan. "Aku nak rehat je harini. Penat." Dia dah mula berdiri. Dah sedia nak balik rumah sewa. "Chow."

"Beb! Kejap je weh!" Laung Syed. Deja sekadar mengangkat tangan melambai. Dan mula menuruni anak tangga. Masuk ke perut kereta dan terus menuju ke rumah sewa. 


*****

Kereta masuk ke halaman rumah sewa. Elok diparkirkan, Deja keluar kereta, terus masuk kedalam rumah. 

"Balik dah?"

Deja sekadar mengangguk. 

"Deja makan dah?" 

Geleng.  

"Jom lah sekali. Kita makan sama-sama. Kitorang pun baru selesai masak ni." Kak Izzah mempelawa. Ikhlas. 

"Takpe. Nanti saya makan." Deja sekadar sengih. Dan terus berlalu masuk kedalam bilik. 

Mereka saling berpandangan. Masing-masing sekadar mengangkat bahu. Makanan yang dah diletakkan didalam pinggan, disusun dan dihidang. Ayam masak merah dan sayur kailan goreng menjadi menu untuk mereka makan tengahari.