Saturday 1 February 2014

Aku Hanya An-Nisaa

Bismillahirahamanirahim...

Ya Allah...
jadikan aku tabah seperti Ummu Khadijah
sehingga dirinya digelar afifah solehah
dialah wanita pertama
tiada ragu mengucap syahadah
pengorbanan bersama Rasulullah
susah senang bersama
walau kehilangan harta kerana berdakwah
walau dipulau 3 tahun 3 bulan
imannya sedikit pun tidak berubah
mampukah aku setabah dirinya/
baru dihina sudah mengalah
Ya Allah.. tabahkan aku sepertinya

Ya Allah...
jadikan aku semulia Fatima Az-Zahrah
betapa tinggi kasihnya pada ayahandanya
tidak pernah putus asa pada perjuangan dakwah baginda
anak yang semulia peribadi baginda
tangannya lah yang membersihkan luka
tangannya jua yang membersihkan cela
pada jasad Rasulullahtercinta
gagahnya dirinya pada dugaan 
mampukah aku sekuat Fatimah?
saat diri terluka dendam pula menyapa
saat disakiti maki pua mengganti
ya Rabbi... teguhkan hatiku sepertinya

Ya Allah...
jadikan aku sehebat Masyitah dan Sumaiyah
tukang sisir yang beriman dan keluarga yasir yang bertaqwa
sungguh kesabaran mereka menggoncang dunia
iman tetap terpelhara walau nyawa jadi taruhan
mampukah sabarku seperti mereka?
tatkala digoda nafsu dunia
entah mana hilangnya iman didada

Ya Rahman...
kuatkan imanku seperti masyitah
terjun penuh yakin bersama bayi ke kuali mendidih
kerana yakin Allah pasti disisi
sabarkan aku seperti Sumaiyah
biar tombak menusuk jasad
iman sedikit pun takkan rapuh

Ya Allah...
jadikan aku semulia Ummu Sulaim
perkahwinannya dengan Abu Talhah atas mahar iman
Islamlah Abu Talhah sehingga menjadi sahabat Rasulullah
betapa hebatnya tarbiyyah isteri pada suami
hinggakan segala panahan ke Rasulullah pada hari uhud
disambut dengan belakang jasad Abu Talhah

Ya Allah...
tarbiyyahkan aku pada cinta sepertinya 
tingginya nilai cinta pada harga iman 
mampukah aku menatap cinta itu? 
sedangkan rupa yang menjadi pilihan
ketulusan iman diketepikan
Ya Allah... ilhamkan aku pada cinta sepertinya

Ya Allah...
jadikan aku sehebat Aisya Humaira 
isteri termuda Rasulullah
biar dilempar fitnah
dia tetap teguh pada ketetapan-Nya
isteri sejati yang memangku Nabi
pada saat terakhir baginda
hadis dan sunnah Rasulullah dipertahankan
betapa hatimu seorang mujahidah

Ya Allah...
mampukah aku contohi dirinya?
pada fitnah yang melanda
diri mula goyah dan putus asa
teguhkan imanku sepertinya.. Ya Rahim..

Wahai kaum Adamyang bergelar khalifah
diriku bukan setabah Ummu Khadijah
bukan jua semulia Fatimah Az-Zahrah
apalagi sesabar Masyitah dan Sumaiyah
mahupun sehebat Ummu Sulaim
dan tidak seteguh Aisya Humaira
kerana diri cuma An-Nisaa akhir zaman
dimana aurat semakin dibula terdedah
dimana syahadah hanya pada nama
dimana dunia yang yang terus dipuja
dimana nafsu fana menjadi santapan utama
dimana batas sentiasa dileraikan
diaman ukhuwah sentiasa dipinggirkan

Wahai kaum Hawa
kita cuma An-Nisaa
para pendosa yang terbanyak di neraka
lantas walau tak setabah para mujahidah
namun tabahlah pada ketetapan Allah
kerana padaNya ada syurga dan neraka!
tapi muliakan diri dengan agaman yang memelihara
kerana padanya ada pahala!
walau tak sesabar para wanita solehah
namun sabarkan jiwa pada nafsu dunia yang menyeksa
kerana padanya ada bahagia!

sesungguhnya Hawa tercipta daripada tulang rusuk Adam
bukan untuk ditindas kerana lemah
tapi untuk dilindungi kerana indah
dan indah apabila tertutup terpelhara
kerana disitulah terjaganya syahadah
bak mekarnya wanita dalam sirah
tuntunlah kami ke arah syurga
bicara dari An-Nisaa yang hina
makbulkan doaku
aamiin...

deep inside , aku kosong.
masih mencari siapa aku. dan dimana aku.
aku perlukan bantuan.
bantuan daripada Yang Esa.
Ya Rabb, bantulah hambamu yang hina ini...