Wednesday 30 April 2014

Nikmat

"Dalam banyak-banyak nikmat yang Allah bagi kat kau, mana yang paling kau rasa nak hargai?" Farid membuka bicara setelah lama mereka berdiam diri.

Asyraf memandang Farid sebelum tersenyum. Dan mula memberi jawapan.

"Semua nikmat yang Allah bagi, semua aku nak hargai sebaik mungkin. Tapi..." Asyraf berhenti seketika membetulkan duduknya.

"Tapi?"

"Aku akan lebih nak hargai nikmat berjalan... dan nikmat merasai cinta." Asyraf memberi jawapan tepat kali ini.


"O..kay.. kenapa?" Farid bertanya lagi.

"Berjalan. Sebab aku tak mampu nak rasa sebelum ni. aku sia-siakan peluang yang Allah bagi pada aku." Dia sengih tawar sebelum mengeluh. Perlahan.

"Yang lagi satu tu?"

"Merasai cinta? Entah. Mungkin sebab aku tak pernah bercinta kot. Haha. Takdelah." Berhenti seketika. Tarik nafas. "Sebab aku masih mencari cinta Yang Satu." Asyraf tersenyum sendiri. 

*****

simple mesej yang nak disampaikan ~ 
proses penyambungan cerpen akan dilakukan secepat mungkin. insyaAllah.
kesian kat sesapa yang tunggu xD LOL 
gaya macam ada pembaca je. haha.
ok sekian.
adios.
SSKA

Sunday 20 April 2014

Rapat.

"Kau tahu, sebelum kita rapat macam ni kan, aku kagum dengan kau. Kagum gila."

Ek? Pelik. "Kenapa pulak?"

"Yelah. Kau kan bagus. Pandai. Ramai yang nak berkawan dengan kau." Senyum. Sambung lagi. "Aku pernah doa tau."

Apa cakap benda luar topik ni. Haih.

"Doa apa?"

Dia senyum. "Aku doa one fine day, aku nak jadi one of kawan rapat kau. Kira kalau kau tak declair pun, kurang-kurang aku rasa lah yang kita ni rapat."

"Okay." Ringkas dia menjawab. "Kejap. Motif kau cakap pasal benda ni apa?"

"Haha. Takde apa. Saje bagitahu. Mana tahu ni last kita lepak sama, last kita borak sama, last kita suka ria sama. Ajal bila-bila boleh datang." Senyum lagi.

Agak dah. Tak habis-habis.

"Berapa kali dah nak cakap. Part mana yang kau tak jelas ek?"

"I'm just saying, dude. Rilex. Haha."

"Takdelah. Aku tak suka. Janji ah dengan aku, kau takkan cakap dah pasal benda ni lagi. Boleh?"

"Okay." Dia mengangguk.

Dan lepas tu, memang dia tak cakap dah pasal tu. Sebab dia dah tak ada. Dah pergi. Untuk selamanya.


*****

"Nothing much other than just be yourself. It's true. Not everyone could and even will accept you for who you are. But then, you is you. No one will change that. Be yourself. Be confident. And importantly, put your trust on One and Only, The Almighty Allah S.W.T."

                                                                            -Little me-

no idea kenapa tiba-tiba nak post benda ni. 
someone ask me "Kisah benar ke ni?"  
and yet, sungguh. aku takde jawapan untuk soalan tu.
mungkin benar, mungkin rekaan.
mungkin...                                                

ATTENTION !

ehem ehem *test mikrofon*

assalamualaikum ~ :D
lama tak merepek 
LOL xD

sedikit pemberitahuan. 

ermmm...
firstly, nak minta maaf bebanyak.
segala kegiatan penulisan cerpen terpaksa dihentikan buat sementara waktu.
hihi saje nak bagi suspen :P

Takde ah. gurau ~
nak rehatkan diri dulu . 

lepas seminggu baru aku sambung balik ye ^.^
penat otak nak memikir T.T

tak kesian kat aku ke?
hahaha NOBODY CARE :3

yaaaa tahu :)

so, tunggu je lah minggu depan eh :D

oh ye !
kalau tak keberatan, do left your jejak here.
follow me! ehe ehe ehe
dan komen lah mana-mana yang perlu. 
I need it. really :)

tapi...

MOHON BERI KOMEN YANG MEMBINA BUKAN MENGHINA . SEKIAN 

okay.
tu je nak bagitahu.

selamat malam semuaaa ~
adios. 
SSKA :D

Saturday 19 April 2014

Sangkar Jahiliyah 5

Keputusan Johan untuk meluahkan isi hati yang tersimpan selama ini tidak memberi sebarang reaksi positif daripada Noorin. Sebaliknya, Noorin mengambil keputusan untuk membalas isi hatinya hanya dengan title 'kawan biasa'. Tindakan Noorin memberi surat itu membuatkan dia tertanya-tanya. Benarkah Noorin hanya menganggap dia hanya sebagai kawan? Kalau benar, kenapa tidak diberitahu daripada dulu supaya dia tidak menyimpan sebarang harapan palsu? Stress memikirkan perkara itu, orang lain yang menjadi mangsa. Kesian Farish terpaksa menjadi mangsa keadaan. Surat itu sampai ditangan Johan melalui Farish. Disebabkan marah, dia melepaskan geram pada Farish. Dan selepas itu, baru dia mengambil keputusan untuk berjumpa dengan Noorin. Tak sangka pula, dia bakal mendapat satu lagi kejutan daripada Noorin. Noorin akan pindah sekolah minggu depan. Kenapa tiba-tiba? Argh! Boleh serabut kalau fikir. 

Bola keranjang ditangan laju dibawa kearah net. Langkah dilajukan juga mengikut skil yang biasa dia lakukan. Sebolehnya dia cuba mengelak daripada lawan yang datang untuk merampas bola. Sampai didepan net. Dilontar bola. Tak masuk! Damn it! Cepat bola ditangan Faiz dirampas. Untuk melakukan jaringan sekali lagi. Bola dilontar kearah net. Dan...tak masuk! Apehal harini main macam orang mati anak ni? Eh. Aku mana ada anak. Sekali lagi dia ingin mencuba nasib. Bola kembali dirampas dari tangan entah siapa. Mencuba melontar lagi. Bola keranjang yang dilontar tadi seakan menari diatas net. Tunggu masa untuk masuk dalam bulatan net aje. Masuklah. Masuklah. Dan...tak masuk. 

"Sial!" Semua benda tak kena aje harini! Hish! 

Kaki dah melangkah kearah tepi gelanggang. Air botol yang baru beli di kafe ditogok rakus. Johan merengus kasar. Faiz yang daripada tadi memerhati kini mengambil tempat disebelah Johan.

"Apesal?" Tenang Faiz bertanya.

"Bukan urusan kau." Aku lagi takde mood, jangan kacau. 

 "Watch out with the word, dude. I'm just saying." Lembut Faiz menegur.

"My bad. Sorry." Kawan dengan Pak Lebai memang semua nak ditegur. Untuk kebaikan kau juga, Johan. "Thanks, anyway." Johan mengoyak senyum. Tawar tanpa perisa.

"Tak apa." Lama berdiam diri. Faiz bersuara kembali. "Apesal?"

"One-sided love. Ha-ha." Ringkas saja jawapannya.

Lahai. Duk mengamuk sakan tadi sebab cinta tak berbalas aje. Hailaa kawan aku sorang ni. "Iman?"

Sekadar mengangguk. 

"Belum jodoh lagi tu. Tak payah fikir pasal ni. Lambat lagi. Belajar pun tak habis lagi."

"Tahu. Cuma..entah." Johan mengeluh perlahan.

Faiz sentuh bahu Johan. "Buang masa kalau kau asyik fikir benda ni sekarang. Sikit pun tak bantu kau, tahu?"

Johan sekadar mengangguk. Kemudian menengadah langit. Lama.

"Iz." Johan tiba-tiba bersuara.

"Hmm." Faiz mengalih pandang kearah Johan. 

"Bantu aku." 

Huh? "Maksud?" Faiz blur.

"Bimbing aku. Jadi baik."

"Woo woo. I'm not good at it. Serius. Kalau tolong sikit-sikit tu bolehlah kot. Selebihnya atas usaha kau untuk minta tolong ustad ke ustazah."

"Okay. Tapi boleh tak?" Johan bertanya memastikan.

Faiz mengangguk. "Boleh. Anything for my dude." Senyum.

"Eiiuwwww. Geli je." Johan dah ketawa. 

Faiz berubah air muka. "Ceh." Sama-sama diam.

Kemudian, ketawa pecah. 


*****
Itu cerita tiga tahun lepas. Banyak perubahan yang Johan cuba lakukan. Termasuk untuk menjadi baik. Mungkin ada baiknya Noorin pindah. Hikmah Allah tu macam-macam. Cuma kita sendiri yang kena pandai cari. Hari dimana dia serbu Noorin dikelas itu menjadi yang terakhir. Dan selepas itu, mereka terus lost contact. Kemana dan dimana Noorin pindah pun dia taktahu. Bukan dia tak cuba mencari. Malah puas dah dia cuba hubungi siapa-siapa yang berkenaan. Namun, hasilnya masih tak dapat diketahui. 

Kertas kerja untuk Program Ihya' hampir siap. Tinggal nak di-edit apa yang perlu sahaja. Jadi pembantu orang kuat program ni pun susah juga. Ingatkan bantu apa-apa yang boleh. Rupanya kena buatkan kerja sekali. Sabar aje lah. Kepala dah terasa macam diawang-awangan. Mata pun macam dah tak boleh nak buka. Stop dulu lah. Esok-esok boleh sambung. Benda ni pun bukannya Faiz nak esok. Program itu pun lagi sebulan lebih lagi. Sengaja disuruh buat awal. Biar nanti tak kelibut. 

"Jo?" Faiz dikatil bersuara perlahan. Terjaga.

"Eh, bro. Aku buat kau terjaga ke. Sorry sorry." Johan rasa bersalah.

"Pukul berapa ni?" Faiz bertanya.

"Dua lebih." Sengih.

"Tak tidur lagi? Warden tak round ke?"

"Siapkan proposal ni sikit. Nak tidur lah ni. Round je tadi. Aku buat-buat tidur pastu bangun balik. Haha." Biasanya memang macam tu lah budak lelaki. Warden ada, pijak semut pun tak mati. 

"Oh." Ringkas sahaja balas Faiz. Mengantuk sangat lah tu. "Tidurlah cepat. Esok petang nak jumpa Ustad Shah nak confirm kan aktiviti dan tentatif program. Jangan kau lambat lagi sudah." Faiz sambung dengan mata tertutup.

"Iye." Johan mencebik. Perli aku memang gian aje mamat sorang ni. 

Laptop sekolah yang dipinjam daripada Ustaz Shah sudah ditutup. Kemas segala alat tulis yang ada atas meja belajar. Lampu belajar atas meja pun ditutup. Punggung diangkat dan kaki melangkah kearah locker yang terbuka luas. Tangan memegang laptop. Dimasukkan kedalam locker. Dimanggakan locker tersebut. Sekarang kes curi pun dah ada. Kena hati-hati. Selesai. Kaki diayun pula kearah katil. Dikibas-kibas katil tersebut sebelum bersedia untuk baring. Dah baring, mulut terkumat-kamit membaca doa. Amin. Meraup tangan ke wajah. Semoga masih ada hari esok untuk aku terus melakukan ibadah pada-Mu, Ya Allah. Mata dipejamkan dan dia lena dibuai mimpi.

to be continued... 

Sangkar Jahiliyah 4

"Lin." Ada suara yang memanggil dibalik tirai surau. Mesti Faiz. Tandanya dah boleh bergerak ke bahagian lelaki.

"Hah. Dah boleh ke?" Tirai diselak sikit bagi memudahkan perbualan mereka.

"Yang perempuan dah cukup?"

"InsyaAllah dah. Cuma ada sorang je lagi. Kita mulakan dulu pun takpe kot. Kejap lagi sampai lah tu."

"Oh. Sama lah ni. Tunggu Si Johan." Faiz hilang sekejap dari balik tirai. Kemudian muncul kembali. Macam biskut chipsmore lah dia ni. Haih. "Okay! Dia dah sampai. Boleh lah mula. Panggil mereka semua kedepan." Arah Ketua Biro Dakwah dan Rohani yang berbual dengan Fazlin tadi.

"Okay."

Beberapa orang pelajar perempuan diarah oleh Fazlin untuk ke bahagian lelaki. Disebabkan surau dibahagi kepada dua. Bahagian lelaki dan bahagian perempuan. Bahagian dipisahkan oleh tirai hijau gelap. Ketua Biro Dakwah yang lepas yang sebenarnya memohon untuk menukar tirai warna peach terang dulu dengan hijau gelap yang sekarang. Hormat kaum hawa katanya. Nanti tak adalah nak segan-segan bila solat jemaah mahupun solat sendiri.

Yang lain dah menapak ke bahagian lelaki. Cuma Fazlin yang masih tercegat dibahagian perempuan. Mencari seseorang.

"Ish. Mana Noorin ni? Takkan lupa kot." Fazlin menggumam sendirian. Perlahan. Mata dan kepala masih menala keluar surau. Mencari lagi. Agak lama dia berdiri , akhirnya give up. Kejap lagi sampai kot. Cakap dalam hati. Baru sahaja tangan nak menyelak tirai hijau gelap itu.

"Alin!" Suara Noorin memanggil. Kaki melangkah kearah Fazlin.

"Wey. Sorry. Ada halangan tadi. Lagipun, tadi aku siapkan nota Cikgu Milah. Sorry." Noorin meminta maaf atas kelewatan yang tak disengajakan itu.

"It's okay. Baru je nak mula. Jom lah ke bahagian lelaki." Fazlin senyum lega. Mujur sempat sampai tepat waktu.

"Alhamdulillah. Oh okay." Noorin turut melepaskan senyum lega.

Pada masa yang sama, dibahagian lelaki.

"Asiif jiddan, Faiz. Ada halangan tadi. Lama dah tunggu?" Johan bertanya sejurus memasuki surau.

"Oh. Tak apa. Baru nak mula je ni. Get ready lah apa yang perlu." Faiz berkata sambil mengarah.

"Hmm. Yelah." balas Johan ringkas.


Kelihatan mereka sudah membentuk kumpulan-kumpulan kecil bagi setiap Exco. Fazlin memanggil Faiz perlahan. Tak mahu mengganggu konsentrasi yang lain. Fazlin dan Noorin dah menapak kebahagian lelaki.

"Faiz!"

Faiz memandang kearah suara yang memanggil. Fazlin melambai tangan mengarahkan dia ke mari.

"Kenalkan ni Noorin. Ahli baru dalam organisasi ni. Merangkap pengurus Program Ihya' nanti." Eh? Aku pengurus ke? Bukan Fazlin ke? Aku pembantu aje kan? Noorin bermonolog dengan diri sendiri. Terkejut dengan apa yang baru dikatakan Fazlin tadi. Biar betul...

"Oh. Okay. Err tapi boleh ke dia buat kerja?" Faiz bertanya selamba. Amboi! Kereknya! Belum cuba, belum tahu lagi lah, Encik! "Maksud saya boleh ke dia buat kerja tu nanti. Takut tak biasa pulak." Wah. Ini sudah lebih. Mengata depan-depan pula tu. Sabar Noorin sabar.

Faiz nampak reaksi bengang Noorin tu. Bukan dia tak kenal dengan minah ni. Dulu dengan sekarang sama aje. Cuma beberapa bulan sebelum ni, dia nampak ada sedikit perubahan pada Noorin. Minah ni dah mula berjinak dengan tarbiyah dan kegiatan dakwah. Ada dengar juga yang Noorin sudah berubah. Untuk menjadi baik. Baik dalam erti kata orang kita, tak buat benda jahat.

Mamat ni sesedap rasa dia aje nak mengata aku. Fikir hati dan perasaan orang sikit tak boleh ke? Haih. Aku sedar lah aku ni bukannya bagus dan baik mana pun nak banding dia. Ish! Macam silap besar aje setuju nak join uruskan Program Ihya' ni. Sudah lah awal-awal lagi dah kena perli. Haih. Noorin mengeluh buat kesekian kalinya.

"Jangan cakap macam tu, Faiz. Saya yang cadangkan nama dia pada ustad. Sebab saya tahu dia boleh buat kerja lah, saya minta tolong dia. Percaya itu perlu. Hormat juga perlu. Kan?" Tenang saja Fazlin memberi kata-kata. Tenang juga hati Noorin yang seakan membakar tadi. Mujur ada kau Fazlin..

"Okay. My bad." Faiz mengangkat tangan gaya bersalah. "Jomlah bincang untuk aktiviti-aktiviti yang nak dijalankan sempena Ramadhan nanti." Kata Faiz sebelum berlalu ke tempat dimana ada seorang lagi lelaki sedang menunggu. Pembantu dia mungkin.

*****
Penatnya harini mengalahkan nak pergi buat strategi berperang. Fuh. Dengan tak makannya harini. Mana nak sempat kalau sibuk. Nak siapkan nota Fizik lagi. Fazlin pula tiba-tiba minta tentatif program. Kelibut cari masa nak buat benda-benda tu semua. Warghhh. Penat penat.

Kaki dah melangkah masuk ke dalam bilik. Tubuh dah dihenyakkan atas katil.

"Mujurlah tak pitam tadi. Fuhh." Noorin melepaskan nada lega. Perlahan.

"Aku dengar tu." Tiba-tiba ada suara dari arah pintu bilik.

Alamak. Habislah kena bebel. "Eh. Err apa? Hehe." Noorin cuba berdalih. Bibir menarik sengih kerang busuk.

"Stop with that innocent question Noorin. Kau makan tengahari tak tadi?" Suara itu kedengaran tegas.

Noorin geleng kepala.

"Ubat makan tak?" Dia bertanya lagi.

Noorin geleng lagi.

"Ya Allah. Bertuahnya aku dapat kawan yang serba degil macam ni." Sarkastik. Pedih menusuk kalbu.

"You know how am I, right?" Noorin cuba membela diri.

"Memang lah. Tapi untuk tidak menjaga kesihatan kau, that should not be the main reason. You are old and matured enough to think that, Noorin Imani." Kan dah kata. Mesti kena bebel punya. Hailaaa...

"Ye. Aku tahu. Thank you. Dan aku tahu kau sayang aku." Noorin senyum.

"Perasan." Najah menjulingkan mata. 

Tak lama lepas tu, ketawa mereka pecah. 

*****
Rasa macam mimpi. Macam mana dia boleh ada disini? Apa yang dia buat disini? Bila dia ada disini? Dan kenapa dia macam dah lain...? Pelbagai soalan yang ada dalam kepala otak. Tak sangka boleh jumpa semula setelah sekian lama tak berhubung. Ada juga Noorin bertanya pada Fazlin sejurus selepas tamat perjumpaan tadi.

"Alin." Noorin bersuara sambil menyarung stoking kaki.

"Ye saya?"

"Siapa lelaki yang dengan Faiz tadi?" Noorin bertanya pula.

"Oh. Johan. Nama dia Johan Amir." Fazlin membalas tanya.

Johan Amir. Bibir perlahan menyebut nama lelaki itu. Betul ke dia Johan Amir yang itu?

*****
"Iz." 

Pandangan dialih kearah suara yang memanggil. Kening terangkat sebelah. Apa? 

"Nak tanya sikit." Johan mula bicara.

"Proceed." Faiz membalas ringkas. Kerja yang terbantut disambung semula. 

"Siapa budak perempuan yang dengan Fazlin tadi?" 

"Noorin Imani. Kenapa?" Giliran Faiz pula bertanya.

Tersentak seketika mendengar nama tu. Takkan lah. Namun cepat-cepat ditepis apa yang bersarang difikiran. 

"Jo." Faiz memanggil. Budak ni. Tadi tanya aku. 

"Tak. Takde apa." Johan menggeleng lalu senyum tawar. "Takde apa." Dia mengulang.

Iman! Akhirnya, saya jumpa awak. Awak nampak lain. Lain. 

*****
Cerita tiga tahun lepas.

"Hyep. Sorry lambat." Si lelaki dah menapak untuk duduk di sebelah si perempuan.

"Sorry aje?" 

"Nak apa pulak lagi?" Tanya si lelaki lurus.

"Ish. Dia ni. Merajuk ah." Muncung dah panjang macam muncung itik.

"Hahaha. Panjangnya muncung tu. Potong satlagi, tahu lah. Nah. Sorry again for waiting dan sebab lambat." Coklat cadbury Blackforest saiz besar itu diserahkan pada si perempuan.

"Wah! Blackforest! Ingat pun. Thanks." Senyum sampai ke telinga. Seronok dapat coklat! 

"Mestilah. Tengok kaki lah, sis. Haha."

"Eleh. Puji sikit dah riak."

Pecah ketawa mereka berdua.

Noorin Imani dan Johan Amir sememangnya sudah lama kenal. Mereka kenal sejak berada di sekolah rendah lagi. Kemudian jadi rapat apabila berada di sekolah menengah. Rapat macam belangkas. Ke mana-mana pun mesti mereka akan berdua. Sampaikan ada yang menggelar mereka 'Belangkas Sekolah'. Sebab rapat sangat! Kalau Noorin sakit, mesti Johan ada. Kalau Noorin ada masalah, mesti Johan ada. Kalau Johan tak datang sekolah, Noorin akan risau. Kalau Johan kena marah dengan cikgu, Noorin mesti sedih. Sampailah satu hari...

"Iman!" Pintu kelas dikuak ganas oleh Johan. Noorin terkejut dah taktahu nak buat apa. Habis. 

"Amir." Masih terkejut. Hanya itu yang mampu disebut.

Kelihatan Johan seperti memegang sepucuk surat. "Apa ni?" Tanya Johan sambil mengangkat tangan yang memegang surat itu.

"Kertas." Noorin membalas.

"Jangan nak berseloroh sekarang! Tak kena tempat! Apa ni?!" Johan tak mampu menahan marahnya lagi. Dia mengulang tanya.

Terhincut bahu Noorin apabila ditengking begitu. "Betul lah. Itu kertas kan? Dah baca?" Tenang Noorin berkata-kata.

"I did. Tapi kenapa?" Suara Johan mula kendur. Rasa bersalah pula tengking anak dara orang tak tentu pasal. 

"Sorry. Saya anggap awak tak lebih hanya seorang kawan. Ikhlas. We are just like brother and sister. Itu aje. Sorry, Amir." Perlahan Noorin menerangkan situasi sebenar. Benar. Selama ini, Noorin hanya menganggap Johan hanya sebagai seorang kawan dan abang. Tak lebih daripada itu. Dia tak mahu ada apa-apa hubungan dengan lelaki itu. Sebabnya tak perlu untuk Johan tahu. Biarlah dia sahaja yang simpan. 

"Tapi kenapa? I need an explaination for that. Please." Johan cuba memujuk.

"No need to know. Biar saya aje yang tahu." Noorin dah bangun daripada tempatnya untuk berlalu. Sekejap dia berhenti dihadapan Johan. "Oh lupa nak bagitahu. Minggu depan saya pindah sekolah. Sorry, Amir. I'm sorry." 

Johan terkaku. Pindah? Kenapa? Apa sebenarnya yang dah berlaku ni? Melihatkan reaksi terkejut Johan, Noorin mengeluh. "I'm just..sorry." Kemudian dia berlalu meninggalkan Johan didalam kelas dengan ahli kelasnya yang lain.  

to be continued...

Friday 18 April 2014

Down.

*Touch icon surat dalam phone*

Jari mula menaip.

"Assalamualaikum. Afza. I need some words. A good one."

*send*

Nombor lain yang masuk. Text.

"Mak! Phone takde topup lah. Aku hantar wasep tak reply."

Laaa. Hantar kat whatsapp ke. Lama dah tak on application tu. 

"Oh. Kau hantar kat wasep ke? Kejap aku on."

*On whatsapp*

Ada chat. Daripada group, daripada kawan, dan daripada Afza.

"Anything I can help? Kenapa ni?"

"Nah.. Aku down. Just need some words yang boleh buat aku up balik." 

"Oh."

typing...

"Go jemah go!!" 

Erk. Afza... 

"Haha. Pun boleh , Afza."

Out from the application. Thought that the conversation has ended. Notification daripada whatsapp berbunyi. 

*touch the screen**open the conversation*

"Kenapa down?"

"Entah."

"Jangan fikir sangat. Istighfar kalau kau rasa down. Dalam keadaan kau macam ni memang senang nak rasa macam tu. Syaitan pun memang suka. Yang boleh kau buat, istighfar. Ingat Allah. Sabar. Pernah baca kan aku pernah post kat fb."

"Err ada kot."

"Yang aku cakap pasal kemanisan iman."

"Oh. Ada ada."

"Kalau kita cuba cari hikmah pada setiap kesusahan and ujian yang kita dapat and bila kita dah jumpa hikmah tu. Itulah namanya kemanisan iman."

Mata terasa hangat. Macam nak menangis. Lagi. Afza sambung.

"Letakkan sabar diatas sabar. Kalau rasa lemah, sabar. Sabar lagi dan lagi."

Itu yang sedang cuba dilakukan. SABAR. Jemari kecil menyeka air mata yang terasa mengalir di pipi.

"Okay. Got that. Thank you, Afza. Love you."

"Takde hal la, mak. Awww haha."

"[smile]"

***
sekian
adios
:) SSKA

Thursday 17 April 2014

Sangkar Jahiliyah 3

"Jah." Fazlin memanggil.

"Hmm."

"Jah." Disikunya pula lengan kawan tu.

"Apanya?" Najah masih sibuk mencari sesuatu dalam beg telekung.

"Apesal dengan Noorin?"

Terhenti pergerakan Najah apabila nama itu yang disebut. Macam kena electric shock pun ada.

"Kenapa kau tanya?"

"Takdelah. Aku tengok kau macam dingin semacam je dengan dia. Gaduh ke?" Fazlin seolah meneka.

"Kau rasa?" Najah pula seolah berteka-teki.

Fazlin menjeling tak puas hati. "Kau ni kan.. Susah lah nak cakap dengan kau. Malas lah layan." Fazlin merajuk.

Haih. Lagi susah dapat kawan kuat merajuk gini. "Hailaaa. Merajuk pulak. Ye. Ha'ah. Gaduh. Puas?" Sepatah-sepatah Najah memberitahu.

"Apesal gaduh?" Fazlin bertanya dalam rajuk.

Najah sengih. Comel pulak Fazlin ni bila merajuk macam tu.

"Woi. Aku tanya, sengih pulak. Apesal gaduh?" Fazlin mengulang tanya.

"Salah aku. Dia taknak jumpa warden. Then, marah aku. Aku paksa. After all, still my fault." Najah menerangkan ringkas.

"Dah tu, tak minta maaf kat dia?"

"Aku try nak minta maaf tapi dia marah. Still marah. Tak boleh nak buat apa lah kan? Just...let her be lah. Nanti dia okay, aku minta maaf lagi. Jangan risau lah. I know what I should do."

"Okay then. Aku risau je. Sebab korang tak pernah pun gaduh macam ni. Itu yang tanya tu."

Najah hanya senyum. Kembali pada beg telekungnya. Mencari apa entah. Ahah! Jumpa! Mujur ada.

"Siap dah?" Fazlin bertanya memastikan.

"Dah dah. Jom!" Najah menunjukkan sengihnya lagi.

"Okay. Jom."

*****
Harini hari Jumaat. Jadinya, macam biasa lah. Kelas habis awal. Yang Adam, siap-siap untuk pergi ke masjid bagi menunaikan solat Jumaat. Yang Hawa pula, akan bergegas ke Surau Al-Ikhwan untuk sesi tazkirah. Isi rohani sikit. Kata Ustazah Hadijah. 

Noorin dah kemas alat-alat tulis dia yang berterabur atas meja. Najah pun sama. Maklumlah, kelas seni. Duduk dibengkel lah mereka tadi. Selesai kemas, Noorin melangkah cepat ke meja Cikgu Haiza, cikgu seni mereka, nak menghantar tugasan tadi. Kemudian, kaki dah diayun ke luar bengkel. Cikgu Haiza simple je orangnya. Kalau dah siap tugasan yang diberi, bolehlah balik. Jadi, tanpa membuang masa, Noorin terus berlalu tanpa menunggu Najah. 

Dalam perjalanan ke surau, Noorin terserempak dengan Fazlin. Sedaya upaya Noorin cuba mengelak daripada berjumpa dengan Fazlin. Malas mahu di-interview.

"Noor!" Fazlin memanggil nama Noorin. Sedikit tinggi suaranya bagi memudahkan Noorin untuk dengar. 

Aduh! Nampak dah dia. Malasnya nak jumpa Fazlin ni. Noorin tidak berpaling malah kaki melangkah laju lagi. 

"Noorin!" Sekali lagi Fazlin memanggil. Langkah turut dilajukan.

Masih tidak berpaling. 

"Noorin Imani!!" Apa kena kawan aku sorang ni. Dah pekak ke? Ish. Doakan pulak. Tapi... pelik. Panggil tak disahut pun. Apatah lagi nak pandang. Dah kenapa? Fazlin pelik dengan sikap Noorin kebelakangan ni. 

Noorin memberhentikan langkahnya. Kemudian berpaling kearah suara yang memanggil. "Nak apa? Aku nak cepat." Dingin suara Noorin.

"Amboi. Garangnya. Jalan sekali dengan aku lah. Lama tak borak. Hihi." Fazlin dah berada disebelah Noorin. Mengukir sengih ala-ala kerang busuk.

"Jalan sorang lah. Aku takde mood." Noorin terus berlalu.

"Wey wey. Kejaplah." Fazlin menghalang.

"Nak apa?! I've no time to be waste with you lah ! Haish. Orang lagi nak cepat, ditahan-tahan. Hah! Apanya? Nak sangat cakap dengan aku." Suara Noorin dah naik tinggi. Tinggi melangit. Marah sangat nampaknya.

Fazlin muka tak beriak. Terkejut kena sembur macam tu. Fuhh semangat!

"Tak... takde apelah. Sorry ganggu kau. You may go, princess." Fazlin tak mahu berpanjangan disitu. Dia memberi laluan kepada Noorin untuk meneruskan perjalanan.

Noorin merengus kasar. Haih! Buang masa aku je! Dan terus berlalu tanpa menoleh. 

Dari jauh, Najah nampak apa yang terjadi. Dan dia melangkah kearah Fazlin dengan segera.

"Apesal?" tanya Najah.

"Heh. Kena sembur." 

"Told you not to disturb her."

"Mana lah aku tahu nak kena sembur gitu. Eheh." Fazlin sengih.

"Degil. Dah. Jom lah. Surau."

"Jom."

*****
  "Semua orang ada kawan, sahabat, teman dan yang sewaktu dengannya. Betul tak?"

"Betul!"

"Okay. Sekarang Ustazah nak tanya. Apa definisi bagi kawan, sahabat, dan teman ni sebenarnya? Siapa boleh jawab?" Ceria suara Ustazah Hadijah mengaju soalan. Salah satu cara nak tarik minat pelajar, kenalah ceria. Happy go lucky!

Ada sorang adik form 2 mencuba. "Kawan ialah orang yang ada bila kita gembira." Kemudian adik tu diam.

"Aik? Ada bila gembira aje? Time kita sedih, takde?" Ustazah bertanya semula.

Adik tu menggeleng. Ustazah Hadijah hanya tersenyum. 

"Okay. Takpe. Nice try, anyway. Nah. Cekelat untuk awak sebab berani bagi jawapan. Siapa lagi boleh jawab? Apa definisi ketiga-tiga perkataan yang ustazah cakapkan tu?" Harini bawa coklat pula. Semangat Ustazah Hadijah tak pernah putus. 

Lepas nampak adik tu dapat coklat, ramai pula nak menjawab. Nak coklat le tu. Ada yang jawab main-main. Ada yang jawab ikut suka hati je. Cuma , tiba-tiba...

"Bagi saya, kawan senang nak dapat. Even antara junior dengan senior pun boleh jadi kawan. Berbeza dengan teman. Teman hubungan antara dua orang atau lebih tu rapat. Lebih teguh daripada situasi kawan tadi. Dan untuk sahabat pula, hubungan antara dua orang atau lebih tu sangat rapat. Walhal, lagi rapat nak dibanding dengan teman. Kongsi suka duka, kongsi cerita. Sampai ada yang sanggup berkorban untuk sahabatnya. Sebagai contoh, persahabatan antara kaum Muhajirin dan Ansar pada zaman Nabi Muhammad S.A.W dulu. Dan sahabat lah yang paling susah nak cari."

Jawapan itu datang daripada Fazlin. Jawapan yang membuatkan Noorin terfikir seketika. Aku tak mampu jadi sahabat mereka. Mahupun kawan. Rasa macam tak layak...

"Wah. Panjang penerangan kakak kita sorang ni. Bagus bagus. Nah cekelat last untuk awak. Besar sikit lah. Nanti senang nak share dengan sahabat-sahabat awak. Tahniah!" Ustazah Hadijah bagi coklat cadbury saiz besar! Pelajar perempuan lain jealous! Tercengang Noorin seketika.

"Kejap ustazah. Saya nak panggil sahabat saya." Fazlin bersuara.

"Oh. Boleh boleh. Panggil lah." Ustazah Hadijah senyum membenarkan.

"Saya nak panggil dua sahabat saya. Najah Athirah dan Noorin Imani." Najah dah buat muka bengang. Fazlin ni dah masuk mood sweet dia lah ni. Haih. Unexpected betul lah. Manakala Noorin masih tercengang. Muka tak beriak. Tiba-tiba ada jari yang mencuit menyuruh Noorin bangun. Dan dia seolah baru tersedar daripada mimpi. 

Perlahan-lahan kedua-dua sahabat itu melangkah dari arah bertentangan. Dan meneruskan langkah kearah Fazlin yang berada dihadapan semua pelajar perempuan. Masing-masing malu. Fazlin sengih seperti biasa. Sorry sahabat! Terpaksa buat gini. Kalau tak, hancur persahabatan kita. Fazlin berbicara dalam hati.

"Mereka berdua sahabat saya fi dunia wa akhirah. InsyaAllah!" Kata Fazlin sambil menggenggam erat tangan kedua sahabatnya itu. Dan tersenyum. Sementara yang dua orang tu dah macam cacing kepanasan. Awkward! Fazlin memang nak kena...

Pelajar lain dah bersorak. Walaupun tak bising mana, namun masih boleh kedengaran riuhnya. Ustazah cuba menenangkan suasana. 

"Okay! Dah! Habis scene sweet kamu bertiga. Sekarang ustazah nak kongsi kata-kata daripada Saidina Umar Al-Khattab dengan Saidina Ali, sahabat-sahabat Nabi Muhammad S.A.W. Nak dengar tak?" 

"Nak!" 

"Catat tau! Minggu depan ustazah tanya, tak dapat, siaplah !" Lembut namun kedengaran tegas. Masing-masing sudah mengeluarkan notepad dan pen. Bersedia untuk mencatat apa yang perlu.

"Nikmat yang paling berharga selepas nikmat iman dan islam adalah memiliki sahabat yang soleh. Jika kamu mendapati kewujudan kasih sayang antara kamu dengannya,maka peganglah ia bersungguh-sungguh. Daripada Saidina Umar Al-Khattab. Dapat tak?"

"Dapat!"

"Okay. Next. Selemah-lemah manusia ialah orang yang tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah daripada itu ialah orang yang mensia-siakan sahabat yang telah dicari. Daripada Saidina Ali. Dapat?"

"Dapat!"

"Bagus. Jadi, lepas ni pastikan sayang kawan awak-awak semua sebagai seorang sahabat. Okay?"

"Okay Ustazah!" Semangat pula pelajar perempuan harini. 

"Dah 1.30 pm. Kita get ready untuk solat jemaah ye. Jom akhiri tazkirah harini dengan tasbih kafarah dan Surah Al-Asr."

Usai jemaah tadi, petikan kata-kata yang Ustazah Hadijah bacakan tadi datang menyerbu kepala. Otak duk berfikir sesuatu. Noor, apa yang kau dah buat ni. kau macam nak hancurkan persahabatan kau! Sedar tak? Ya Allah...

Nampak Fazlin tengah lipat sejadah dibahagian hadapan. Tempat imam. Harini dia yang jadi imam untuk Zohor tadi. Dia sendiri yang volunteer nak jadi imam. Rajin. Noorin dah mula menapak kearah Fazlin. Langkahnya perlahan. Seperti teragak-agak. 

Kini Noorin sudah berada betul-betul dibelakang Fazlin. Fazlin masih leka melipat sejadah. Sesekali tubuhnya tertunduk untuk mengambil sejadah. Apabila Fazlin sudah mula berdiri tegak semula, pantas tubuh itu dipeluknya. 

"Alin..." Noorin bersuara dalam peluknya. Peluknya itu seperti tidak mahu Fazlin pergi. 

"Uik?" Siapa pula ni? Sengih dimulut tiba-tiba terukir. Mesti Noorin. "Hey, kenapa ni?" Jelas dipendengaran Fazlin, ada sedu seperti menahan tangis.

"Aku...aku..." Noorin tak mampu meneruskan kata. Sebab rasa sedih tahap tak ingat dunia dah. 

"Ssshhhh...ok ok. Kau nangis puas-puas dulu. Lepas ni, kita cerita ok?" Posisi mereka diubah. Berhadapan.

Noorin hanya menggangguk namun pelukan tak pula dileraikan. Menangis semahunya dibahu Fazlin. Selesai sesi air mata, Fazlin kembali bertanya. 

"Hah. Kenapa ni, makcik? Tak pernah-pernah macam ni. Nak-nak lagi macam tadi. Cerciter sikit." 

"Aku nak minta maaf. Tu je."

"Are you sure? Sebab kau lain sangat tau. Risau aku."

Noorin ukir senyuma manis seikhlas mungkin bagi meyakinkan Fazlin. "Iye. Aku nak minta maaf. Tu je."

"O..kay.. Tapi kenapa?"

"Sebab tadi. Aku tengking kau. Aku naikkan suara kat kau. And yet, kau still boleh anggap aku sahabat kau. Aku rasa macam... tak layak. Aku minta maaf." Noorin cuba menahan tangis. Airmata jatuh tanpa mampu ditahan.

Fazlin pegang tangan Noorin dan kemudian diusapnya. "Kau sahabat aku. Daripada mula kita kenal sampai bila-bila. Kau akan tetap jadi sahabat aku. Faham?" 

Noorin angguk kepala. "Terima kasih, Alin." Senyum.

"No problemo." Jari telunjuk ditemukan dengan ibu jari membentuk tanda 'okay' dibuat Fazlin. 

Ketawa mereka pecah. Namun sekejap sahaja kerana masih sedar mereka didalam surau. 

"Kau gaduh dengan Najah ye?" Fazlin mengaju soalan yang dah lama disimpan.

Angguk. Tak berkata apa-apa.

"Siapa mulakan?"

"Aku."

"Then?"

"Still. Aku tak minta maaf lagi."

"You should. Jangan gaduh lama-lama. Tak elok. Nanti kau jugak yang rindu dia. Haha." Fazlin cuba berseloroh. Noorin siku Fazlin.

"Tapi serius. Jangan gaduh lama-lama. It's not good. Really."

"Tahu."

"Okay. Good. Eh! Nanti cekelat yang ustazah bagi tu, kita share ye? Tak larat nak habiskan sorang-sorang. Hihi."

"Oh. Ahaha. Okay."

Dan selepas tu, Noorin cuba mencari masa yang sesuai untuk meminta maaf kepada Najah.

*****
Semuanya kembali seperti biasa. Hubungan persahabatan antara mereka bertiga makin erat. Ramadhan pun makin menjelang. Lagi sebulan je. Pelajar sekolah asrama penuh memang biasa teruja kalau bulan puasa. Nak-nak lagi berpuasa di asrama. Seronok katanya. Berbuka dengan cikgu-cikgu. Berbuka dengan kawan-kawan. Dan masa bulan puasa lah dapat merasa nak makan lain sikit daripada biasa. Masa bulan puasa lah nak merasa adanya Bazar Ramadhan. Masa bulan puasa lah ada aktiviti yang mengisi rohani. 

Sebabnya bulan puasa ni medium yang sangat bagus kalau nak praktikkan apa yang tak pernah pelajar-pelajar buat. Aktiviti lebih kearah rohani. Macam-macam boleh buat. Nak ajak qiam, senang. Nak suruh tilawah, senang. Pendek kata, Ramadhan seolah memberi satu semangat baru untuk pelajar-pelajar berubah kearah yang lebih baik daripada sebelumnya. Tak gitu?

Noorin kerling jam di dinding depan kelas. Alamak. Dia dah lambat nak pergi perjumpaan untuk Program Ihya'. Buku cepat dimasukkan kedalam beg. Pencil case pun dah dicapai untuk masukkan dalam beg. Kaki cepat diayun untuk keluar daripada kelas. Tiba-tiba...

Buk!! 

"Aduh..." Noorin mengerang sakit. Siapa pula yang jalan tak cukup simen ni?

"Eh? Ya Allah! Err sorry. Awak okay?" Suara itu kedengaran serba salah. Itulah. Laju bukan main berjalan. Bukan nak pandang orang. Anak orang mana pulak yang dah dilanggarnya ni. Haish. 

"Err takpe takpe. Okay." Noorin bersuara. Namun wajah masih ditundukkan. Malu! Seketika kemudian, dia tersedar. Eh? Lelaki? Mak! Apa lagi bala nak datang ni... Jangan lah ada gosip lagi. 

"Betul ni?" Lelaki itu bersuara lagi. Inginkan kepastian. 

Noorin hanya mengangguk. 

"Kalau macam tu, saya beredar dulu lah ye? Saya nak cepat ni. Minta maaf sekali lagi." 

"Takpe."

Lelaki itu bersongkok. Sudah! Aku terlanggar pak lebai mana tadi ni? Ya Allah! Malu tahap petala kelapan! Kepala diketuk perlahan seolah menyesal dengan apa yang terjadi. Dipandang lagi lelaki itu dari arah belakang. Baju t-shirt long slieve, seluar slack hitam, kasut bersandal, beg sandang BillaBong. Uish. Skema habis. Ah! Biarkan je lah. Aku pun dah lambat ni! Noorin cepat bangun daripada tempat jatuhnya dan segera melangkah ke Surau al-Ikhwan. 

to be continued...

Tuesday 15 April 2014

Sangkar Jahiliyah 2

"Hoi! Termenung!" Bahu Noorin dicuitnya.

"Oh makcik aku jauh kat London sana!" latah Si Noorin. Yang Si Najah dah terkekek-kekek ketawa gaya dah tak macam Najah dah. Suka sangat lah tu mengenakan orang.

"Kau ni Jah. Kalau aku mati sakit jantung tadi macam mana? Kau nak tanggung? Alahai..." aku ni bukannya boleh terperanjat sangat. Satlagi keluar latah berbahaya , naya je. Nauzubillah min dzalik!

"Adoi. Lawaklah kau ni. Aku cuit gitu pun dah melatah." Ketawa masih bersisa.

"Ketawa lah ketawa. Biar nanti latah ni berjangkit pulak kat kau. Nak?" Noorin dah mula naik angin. Part ni yang aku pantang. Nak gelakkan aku sakan aje kan? Bertuah punya kawan.

"Alolo.. Okay okay. Aku tak ketawa dah." Gaya tutup zip di mulut dilakukan Najah sambil menahan ketawa. "Wey. Termenung apa tadi? Gaya macam mak hilang anak je dah. Apesal?" Najah menyambung dan mengulang tanya. Kali ini wajahnya serius dan jelas terpancar sedikit kerisauan.

Noorin senyum. "Takde apelah. Saje je. Aku teringat kat arwah mak aku je." Dan tiba-tiba rasa macam nak menangis pula. Aduhai hati. Kenapa sensitif sangat ni?

"Eleh. Yeke ni? Kau ni bukan boleh percaya sangat. Mulut kata lain. Hati dan fikiran duk cakap benda lain. Share lah dengan aku, Noor." Najah dah pegang lengan Noorin. Tapi cepat ditepis tangan Najah.

"Jangan usik situ!" Spontan saja keluar daripada mulut Noorin. Noorin seakan baru tersedar. Dia ketap bibir. Habis. Kejap lagi mesti kena bebel dengan Najah.

"Apesal? Noorin Imani. Kau kena pukul lagi dengan abah kau ke?" Najah dah gaya ala-ala FBI. Dalam hati dah kutuk diri sendiri sebab terlepas cakap.

"Mana... Mana ada. Aku.. aku okay lah."

"Tak payah tipu aku. Aku bukannya baru kenal kau dua tiga hari. Selak lengan baju tu, aku nak tengok. Teruk ke tidak." Tanpa banyak kata, Noorin menyelak lengan bajunya.

"Ya Allah! Sampai biru macam ni, kau kata kau okay? Jangan cari pasal, Noor. Teruk sangat dah ni. Kau cakap tak dengan abah kau?" suara Najah dah naik. Memang kena lah kau kejap lagi Noorin oi.

"Nak cakap macam mana. Pandang aku pun dia tak mahu." Noorin bersuara rendah. Namun masih boleh didengari oleh Najah.

"Oh. Ye tak ye jugak." Najah menggaru kepala yang tidak gatal dan kemudian dia sengih. "Dah tu, ada ubat tak ni?" soalnya lagi. Serius.

Noorin hanya menggeleng.

Najah mengeluh perlahan dan cuba memikir. Kemudian dia bersuara, "Kau sarung tudung kau."

"Hah? Sekarang?"

"Sekarang." lembut tapi tegas Najah membalas.

"O..okay." tanpa lengah, Noorin menyarung tudung berwarna hitam. Dah itu aje tudung yang boleh dibawa ke asrama ni pun. Kalau bawa warna lain, tak pasal kena rampas dengan warden. Baik jangan bawa.

"Nak pergi mana ni, Jah?"

"Aku nak bawak kau pergi jumpa warden lah." jawab Najah selamba.

"Hah?! Wey! Taknak! Tak payah lah libatkan warden! Aku tak suka!" Noorin membentak. Pegangan tangan Najah cepat dileraikan.

"Haih.. Noorin Imani... Aku nak ajak kau pergi klinik. Nak mintak tolong warden hantarkan. Nanti lebam kat lengan kau tu makin teruk." Najah cuba menerangkan.

"Kalau aku cakap taknak tu taknak lah! Tak faham?" Noorin berlalu sejurus melepaskan marahnya pada Najah.

******
Arghhhh !!!
Macam mana boleh lupa harini ada kelas Cikgu Kassim ni? Aduh. Latihan addmath ni mujur lah tinggal beberapa soalan aje lagi. Cepat Najah cepat siapkan. Sekilas jam dikerlingnya. Dan sekilas dikerlingnya pada meja disebelah. Dah hilang. Marah lagi mungkin. 

"Jah! Makan jom? Lapar dah ni." Ika dah menyeru nama Najah dipintu depan kelas.

"Ala... err aku nak siapkan homework Cikgu Kassim ni kejap. Kau pergi sorang aje boleh? Ajak lah Nad ke, Mira ke. Ye? Sorry." Najah dah sengih kerang busuk.

"Okay." Ringkas dan padat balas daripada Ika.

Najah kembali menghadap buku latihan addmath nya. Dahi berkerut menulis jalan kira untuk addmath. Susah tak susah , dia cuba juga. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Katanya dalam hati. Leka dia menyelesaikan  tiba-tiba disergah Fazlin daripada belakang.

"Jah Mok! Rajin giler study. Hahaha."

"Amende nye. Aku nak siapkan homework ni sikit. Tak perasan pulak jadual harini ada addmath." perlahan Najah merungut.

"Uik? Tak perasan? Noorin tak ingatkan ke?" tiba-tiba Fazlin bertanya.

Sebab kebiasaannya, Noorin akan mengingatkan Najah kalau ada kelas addmath atau sebaliknya. Tapi kali ini Najah seolah-olah menyembunyikan sesuatu. Dia hanya diam apabila nama Noorin disebut oleh Fazlin sebentar tadi.

"Okay! Done! Fuhh. Alhamdulillah. Lega wey! Hahaha." Najah cuba bersuara riang. "Alin? Helo??" Najah menggawang-gawangkan tangannya ke muka Fazlin. Fazlin tersentak.

"Haa. Dah siap? Chantek. Surau jom?" Fazlin buat muka excited. Macam tak pernah pergi surau aje selama ni. Segala apa yang difikirkan Fazlin tadi hilang serta-merta.

"Surau?" Jam ditangan dikerling. "Okay. Jom!"

*****
Harini kelas habis lambat. Semuanya sebab si Syamir lah ni. Dia yang tak siap kerja sekolah, satu kelas jadi mangsa. Apa punya nasiblah harini. Pagi tadi, bangun lambat. Gelabah habis satu dorm. Tengahari tadi pulak kena stay bilik guru sebab dah janji dengan Cikgu Milah nak tolong dia buatkan copy soalan-soalan past years untuk adik-adik tingkatan tiga. Sabar aje lah.

Najah segera mengemas alat tulisnya. Dia mahu segera pulang ke asrama. Penat! 

Noorin pula masih menyalin nota yang Cikgu Kassim tulis di papan putih. Tekun. Sampai tak perasan yang Najah dah lama beredar. Selesai salin nota, dia pandang meja sebelah. Melepas lagi nak minta maaf. Najah marah aku lagi ke? Ish! Tak sukanya jadi gini! Kalaulah aku tak mengamuk tiba-tiba haritu. Kalau...

*****
"Hey." Takut-takut dia nak menegur.

"....." Tiada tindak balas daripada yang ditegur.

"Assalamualaikum." Dia mencuba lagi.

"Waalaikumussalam. Ingatkan dah tak reti nak bagi salam." Ada peningkatan. Dia jawab tapi.... ayat tu. Pedas.

"Aku still a muslim kot. Mestilah reti. Duhh." Sengaja mencipta suasana tegang ke apa. Oh tolong lah. Aku nak berdamai. Luahan hati yang bakal terungkap di mulut kejap lagi.

"You know what, I hate this situation." Dia menyambung tanpa menunggu respon daripada sorang lagi.

"Well said, me too." Ringkas dia membalas.

"So... I'm sorry ?" Dah malas nak berbasa-basi. Straight to the point is good enough.

"You did nothing. Aku yang mulakan dulu. Kan? Jadi, aku yang patut minta maaf."

"Tapi kau dah minta maaf. Aku yang terlalu ikut perasaan marah aku. Aku yang salah. Aku minta maaf." Oh my . Susahnya nak hadap situasi macam ni. Air mata rasa dah bergenang. Tunggu masa nak menitis aje. 

Tapi memang betul pun. Najah ada minta maaf pada Noorin haritu. Dua hari lepas kalau tak silap. Cuma, bila perasaan tengah tak stabil, memang susah nak buat keputusan. 

"Hey. Rileks lah. Kau pun tau kan aku jenis yang macam mana. Cool lah. Kau kawan aku. So, aku tak amik hati pun." Dia senyum. Senyuman yang dah lama tak nampak sejak pergaduhan yang rasa-macam-tak-berapa-nak-matang beberapa hari lepas. 

"Kita... berdamai ?" Hulur tangan nak salam.

"Berdamai." Huluran tangan tadi disambut dan dia senyum lagi. "So..." panjang empat harakat Najah menyebut perkataan tu.

"So? What?" Noorin blur. 

"Taknak cerita?" Najah meneruskan ayatnya yang tergantung tadi.

"Long story to be told. Heh. Tak pasal aje boleh jadi bed time story kau nanti. Haha." 

"Lahai. Selama ni pun, aku buat bed time story juge kau punya cerita. Haha. It's okay. Aku faham. Kalau kau dah sedia nak cerita, cari aku. Tahu?" Najah memang faham Noorin. Memang Najah sorang aje yang betul-betul faham Noorin. 

"Aku cerita sekarang." Dan Noorin meluahkan apa yang disimpannya selama ini. Dia cerita juga berkenaan mimpinya itu. Diluahkan selagi mampu. Air mata turut mengalir saat Noorin bercerita. Najah masih setia mendengar segala luahan hati temannya itu. 

Sungguh. Najah sangat tabik kepada Noorin Imani. Dia sangat tabah. Simpati Najah terhadap Noorin selepas mendengar cerita sepenuhnya terhadap apa yang telah berlaku. 

"Kau sabar ok? Apa-apa pun, aku akan ada. Alin pun akan ada untuk bantu kau." Najah kesat airmata Noorin. 

"Thanks, Jah." Noorin senyum. 


*****
"Assalamualaikum, ustad." Noorin memberi salam.

"Waalaikumussalam. Haa sampai pun kamu. Jemput duduk dulu." Ustaz Shahrul senyum. Manis. Patutlah ramai aje student perempuan kat sini gila-gilakan pak ustad ni. Malangnya dia dah kahwin dah pun. Biasa, panggil pak ustad ni dengan panggilan Ustaz Shah aje.

"Kenapa ustad nak jumpa saya?" Takut-takut Si Noorin bersuara.

"Lah.. Nak jumpa anak murid pun salah?" Selamba Ustaz Shah menjawab.

Eh? Pak Ustad ni biar betul. Jangan buat lawak tak jadi ustad... Muka Noorin dah taktahu nak buat gaya macam mana dah. Terkejut! Pelik! Semua ada lah. 

"Takdelah. Janganlah buat muka macam tu. Terkejut sangat tu." Ustaz Shah bersuara gaya selamba dia lagi dalam menahan tawa. "Macam ni, awak nak tolong ustad tak dalam menguruskan program ihya' sempena Ramadhan tak lama lagi?"

Fuh.. Aku fikir dia nak cakap pasal tadi." Ermmm program ihya' , ustad? Tapi kenapa saya?" Noorin pelik. Mana taknya. tak pernah-pernah kena uruskan program yang macam tu. 

"Ustad memang tak cukup orang nak minta tolong. Inipun , Fazlin yang utarakan nama awak. Nak bantu?"

"InsyaAllah boleh. Saya cuba bantu mana yang termampu." 

"Alhamdulillah. Eloklah macam tu. Senang sikit kerja ustad nanti. Terima kasih ye, Noorin Imani." Lembut je suara ustad ni. Noorin senyum dan mengangguk.

"Sama-sama, ustad." 

"Okay. Awak boleh lah beredar. Prepare untuk kelas lepas ni." Ustad senyum lagi. Sudah! Jangan cair kat sini Noorin! Hahaha.

"Oh. Okay. Terima kasih , ustad."

Kaki baru je nak melangkah pergi daripada tempat Ustaz Shahrul. Tiba-tiba , dia teringat tentang gosip tadi. Dan dia pusing kembali menghadap Ustaz Shahrul.

"Errr ustad?"

"Ye? Kenapa? Nak tukar fikiran ke?" Wajah yang tersenyum tadi dah berubah.

"Eh. Tak. Bukan. Bukan. Saya cuma nak tanya. Ustad ada dengar apa-apa cerita pasal saya tak?"

"Pasal kamu?" Ustaz Shah mengusap dagu. Seperti memikir. "Oh! Pasal gosip tu?"

"Ha'ah." Nampaknya betul lah. Dah tersebar. Cepat betul mereka buat kerja part-time tu. Haih.

"Jangan risau, Noorin. Ustad percaya awak takkan buat macam tu. Lagipun, Alif ada datang tadi lepas awak beredar ke surau. Katanya, niat dia baik nak kejutkan awak. Kan?"

"Ha'ah ustad. Oh dia ada datang ke? Alhamdulillah. Terima kasih ustad." 

"Sama-sama. Dah. Almost 3 dah ni. Pergi kelas cepat." Gesa Ustaz Shah. 

"Oh! Okay. Terima kasih sekali lagi ustad. Saya pergi dulu!"

Dan Noorin melangkah kaki ke kelas dengan hati yang senang...

to be continued...


Wednesday 2 April 2014

Hawa

assalamualaikum ya habibi wa habibati ~
harini entri ni KHAS dan KHUSUSNYA BUAT KAUM HAWA :)

aku juga seorang hawa.
entri kali ini mungkin berbunyi cliche sikit ah.
tapi...
ADA AKU KISAH? 
hahaha
just kidding.

got this from facebook actually.

READ AND HEED 

Perkongsian cerita daripada Ahmad Farhan Shamil mengenai kaum Hawa. 
Assalamualaikum.
Kalau post yang sebelum ni aku cerita pasal STEREOTAIP ORANG KITA, so kali ni aku nak cerita pulak pasal WANITA, PEREMPUAN, GADIS, GIRL dan sewaktu dengannya. Kenapa aku seorang lelaki nak bercerita mengenai wanita, perempuan, gadis dan girl? Sebab aku rasa tanggungjawab aku sebagai lelaki untuk melontarkan pandangan aku mengenai mereka. Aku akan buat post pasal JEJAKA, LELAKI, PEMUDA, BOY ni nanti, InsyaAllah.
Kalau dulu masa zaman jahiliah, anak perempuan akan dibunuh. Tu zaman dulu. Zaman jahil. Sekarang anak perempuan dah sama hebat dengan anak lelaki. Dah ramai perempuan yang belajar dekat universiti melebihi lelaki. Dah ramai perempuan yang bekerja dan memegang status tinggi melebihi lelaki. Dah ramai perempuan yang berjaya melebihi lelaki. Bukan kerana mereka memegang tittle sebagai seorang perempuan, tapi kerana semangat, usaha dan rezeki mereka.
Kalau dulu, perempuan banyak duduk dirumah, urus hal rumah tangga, tapi sekarang perempuan dah ramai yang bekerja. Yang pegang jawatan tinggi, yang jadi big boss. Sebab apa? Sebab usaha, sebab semangat yang tinggi. Itu pandangan aku bagi kejayaan mereka-mereka ini. Dalam masa ada yang berjaya, ada jugak yang gagal tapi masih seorang wanita, seorang perempuan itu dipandang tinggi. Kalau zaman dulu, perempuan itu terkenal dengan perangai lemah lembut, sopan santun. Tak kurang zaman sekarang pun ada jugak yang masih seperti itu tapi zaman sekarang dah ada perempuan peribadinya seperti lelaki. Aku tak kata semua. Sesetengah sahaja.
Memang pada masa sekarang, kaum Hawa dikira berjaya. Dari segi apa pun, kaum Hawa ini dikira berjaya. Kadang-kadang ada kaum Adam yang kalah di tangan kaum Hawa ini tapi ini bukan cara untuk sesetengah kaum Hawa mendabik dada dan bukan juga cara untuk sesetengah kaum Adam menjadi mulut berpuaka.
Kenapa aku berkata demikian? Kerana pada pandangan aku, zaman sekarang ada sesetengah golongan lelaki dan perempuan ini sedang bertanding, siapa lebih hebat? Siapa lebih berjaya? Siapa lebih kuat? Janganlah kamu bersaing sesama kamu kerana kedua-dua kaum sama hebat, sama berjaya, sama kuat.
Ketahuilah kamu wahai kaum Hawa, kamu sebenarnya kaum yang disanjung tinggi. Kaum yang dipandang mulia. Jagalah peribadi kamu, jagalah diri kamu, jagalah maruah kamu, jagalah aurat kamu. Sehebat mana pun kamu, sekuat mana pun kamu, hormatilah juga kaum Adam.
Kekuatan seorang wanita itu tidak boleh melawan kekuatan seorang lelaki. Ini pandangan aku. Kerana apa? Kerana seorang lelaki itu dilahirkan sebagai seorang lelaki. Tak kiralah lelaki tu penyabar, tak pernah tinggi suara tapi dia masih seorang lelaki. Seorang lelaki yang mempunyai nafsu, yang mempunyai kekuatan. Aku tak kata kaum wanita ni tak kuat. Kaum wanita ni kuat. Kerana kaum wanita jugalah lahirnya generasi seterusnya. Kerana kekuatan mereka jugalah kita ada didunia.
Kejayaan seorang wanita ini tidak boleh melawan kejayaan seorang lelaki. Ini juga pandangan aku. Kerana apa? Setinggi mana pun kejayaan kamu wahai kaum Hawa, kamu tidak boleh menjadi seorang pemimpin. Aku tidak menghalang dan tidak menafikan kebolehan seorang wanita menjadi pemimpin tetapi seelok-eloknya pemimpin sesebuah institusi itu ialah seorang lelaki. Kaum wanita boleh menjadi seorang pemimpin tapi mampukah kamu melawan perasaan kamu sendiri? Sifat emosional kamu sendiri?
Ketahuilah wahai kaum Hawa, kejayaan kamu didunia ini perlu seiring dengan kejayaan kamu di akhirat. Biarlah kekuatan kamu sehebat Summayyah yang mampu menggoncang dunia kerana membela Islam. Biarlah kejayaan kamu sehebat Saidatina Aisyah Abu Bakar yang menjadi wanita paling alim dalam ilmu Al-Quran, Fiqh, Syair dan Hadis. Kamu adalah kaum yang paling mudah untuk memasuki Syurga dan kamu juga kaum yang paling mudah untuk memasuki Neraka. Pilihan ditangan kamu. Endahkan mulut orang, kerana pilihan, kebaikan itu untuk kamu, bukan untuk orang lain. Pilihlah yang terbaik, jadilah wanita yang terbaik di jalan Islam. 
Aku hanya menyuarakan pandangan aku mengenai kaum Hawa. Aku sangat menghormati kaum wanita kerana kejayaan aku hari ni diatas doa seorang wanita. Pandangan aku mungkin salah tapi ini pandangan aku. Aku manusia biasa yang melakukan kesalahan. Mohon maaf jika ada yang terasa. 
Jari Jemari Yang Menaip Milik,
Ahmad Farhan Shamil.


sekian.
adios.
SSKA :D