"Hah. Dah boleh ke?" Tirai diselak sikit bagi memudahkan perbualan mereka.
"Yang perempuan dah cukup?"
"InsyaAllah dah. Cuma ada sorang je lagi. Kita mulakan dulu pun takpe kot. Kejap lagi sampai lah tu."
"Oh. Sama lah ni. Tunggu Si Johan." Faiz hilang sekejap dari balik tirai. Kemudian muncul kembali. Macam biskut chipsmore lah dia ni. Haih. "Okay! Dia dah sampai. Boleh lah mula. Panggil mereka semua kedepan." Arah Ketua Biro Dakwah dan Rohani yang berbual dengan Fazlin tadi.
"Okay."
Beberapa orang pelajar perempuan diarah oleh Fazlin untuk ke bahagian lelaki. Disebabkan surau dibahagi kepada dua. Bahagian lelaki dan bahagian perempuan. Bahagian dipisahkan oleh tirai hijau gelap. Ketua Biro Dakwah yang lepas yang sebenarnya memohon untuk menukar tirai warna peach terang dulu dengan hijau gelap yang sekarang. Hormat kaum hawa katanya. Nanti tak adalah nak segan-segan bila solat jemaah mahupun solat sendiri.
Yang lain dah menapak ke bahagian lelaki. Cuma Fazlin yang masih tercegat dibahagian perempuan. Mencari seseorang.
"Ish. Mana Noorin ni? Takkan lupa kot." Fazlin menggumam sendirian. Perlahan. Mata dan kepala masih menala keluar surau. Mencari lagi. Agak lama dia berdiri , akhirnya give up. Kejap lagi sampai kot. Cakap dalam hati. Baru sahaja tangan nak menyelak tirai hijau gelap itu.
"Alin!" Suara Noorin memanggil. Kaki melangkah kearah Fazlin.
"Wey. Sorry. Ada halangan tadi. Lagipun, tadi aku siapkan nota Cikgu Milah. Sorry." Noorin meminta maaf atas kelewatan yang tak disengajakan itu.
"It's okay. Baru je nak mula. Jom lah ke bahagian lelaki." Fazlin senyum lega. Mujur sempat sampai tepat waktu.
"Alhamdulillah. Oh okay." Noorin turut melepaskan senyum lega.
Pada masa yang sama, dibahagian lelaki.
"Asiif jiddan, Faiz. Ada halangan tadi. Lama dah tunggu?" Johan bertanya sejurus memasuki surau.
"Oh. Tak apa. Baru nak mula je ni. Get ready lah apa yang perlu." Faiz berkata sambil mengarah.
"Hmm. Yelah." balas Johan ringkas.
Kelihatan mereka sudah membentuk kumpulan-kumpulan kecil bagi setiap Exco. Fazlin memanggil Faiz perlahan. Tak mahu mengganggu konsentrasi yang lain. Fazlin dan Noorin dah menapak kebahagian lelaki.
"Faiz!"
Faiz memandang kearah suara yang memanggil. Fazlin melambai tangan mengarahkan dia ke mari.
"Kenalkan ni Noorin. Ahli baru dalam organisasi ni. Merangkap pengurus Program Ihya' nanti." Eh? Aku pengurus ke? Bukan Fazlin ke? Aku pembantu aje kan? Noorin bermonolog dengan diri sendiri. Terkejut dengan apa yang baru dikatakan Fazlin tadi. Biar betul...
"Oh. Okay. Err tapi boleh ke dia buat kerja?" Faiz bertanya selamba. Amboi! Kereknya! Belum cuba, belum tahu lagi lah, Encik! "Maksud saya boleh ke dia buat kerja tu nanti. Takut tak biasa pulak." Wah. Ini sudah lebih. Mengata depan-depan pula tu. Sabar Noorin sabar.
Faiz nampak reaksi bengang Noorin tu. Bukan dia tak kenal dengan minah ni. Dulu dengan sekarang sama aje. Cuma beberapa bulan sebelum ni, dia nampak ada sedikit perubahan pada Noorin. Minah ni dah mula berjinak dengan tarbiyah dan kegiatan dakwah. Ada dengar juga yang Noorin sudah berubah. Untuk menjadi baik. Baik dalam erti kata orang kita, tak buat benda jahat.
Mamat ni sesedap rasa dia aje nak mengata aku. Fikir hati dan perasaan orang sikit tak boleh ke? Haih. Aku sedar lah aku ni bukannya bagus dan baik mana pun nak banding dia. Ish! Macam silap besar aje setuju nak join uruskan Program Ihya' ni. Sudah lah awal-awal lagi dah kena perli. Haih. Noorin mengeluh buat kesekian kalinya.
"Jangan cakap macam tu, Faiz. Saya yang cadangkan nama dia pada ustad. Sebab saya tahu dia boleh buat kerja lah, saya minta tolong dia. Percaya itu perlu. Hormat juga perlu. Kan?" Tenang saja Fazlin memberi kata-kata. Tenang juga hati Noorin yang seakan membakar tadi. Mujur ada kau Fazlin..
"Okay. My bad." Faiz mengangkat tangan gaya bersalah. "Jomlah bincang untuk aktiviti-aktiviti yang nak dijalankan sempena Ramadhan nanti." Kata Faiz sebelum berlalu ke tempat dimana ada seorang lagi lelaki sedang menunggu. Pembantu dia mungkin.
*****
to be continued...
Penatnya harini mengalahkan nak pergi buat strategi berperang. Fuh. Dengan tak makannya harini. Mana nak sempat kalau sibuk. Nak siapkan nota Fizik lagi. Fazlin pula tiba-tiba minta tentatif program. Kelibut cari masa nak buat benda-benda tu semua. Warghhh. Penat penat.
Kaki dah melangkah masuk ke dalam bilik. Tubuh dah dihenyakkan atas katil.
"Mujurlah tak pitam tadi. Fuhh." Noorin melepaskan nada lega. Perlahan.
"Aku dengar tu." Tiba-tiba ada suara dari arah pintu bilik.
Alamak. Habislah kena bebel. "Eh. Err apa? Hehe." Noorin cuba berdalih. Bibir menarik sengih kerang busuk.
"Stop with that innocent question Noorin. Kau makan tengahari tak tadi?" Suara itu kedengaran tegas.
Noorin geleng kepala.
"Ubat makan tak?" Dia bertanya lagi.
Noorin geleng lagi.
"Ya Allah. Bertuahnya aku dapat kawan yang serba degil macam ni." Sarkastik. Pedih menusuk kalbu.
"You know how am I, right?" Noorin cuba membela diri.
"Memang lah. Tapi untuk tidak menjaga kesihatan kau, that should not be the main reason. You are old and matured enough to think that, Noorin Imani." Kan dah kata. Mesti kena bebel punya. Hailaaa...
"Ye. Aku tahu. Thank you. Dan aku tahu kau sayang aku." Noorin senyum.
"Perasan." Najah menjulingkan mata.
Tak lama lepas tu, ketawa mereka pecah.
*****
Rasa macam mimpi. Macam mana dia boleh ada disini? Apa yang dia buat disini? Bila dia ada disini? Dan kenapa dia macam dah lain...? Pelbagai soalan yang ada dalam kepala otak. Tak sangka boleh jumpa semula setelah sekian lama tak berhubung. Ada juga Noorin bertanya pada Fazlin sejurus selepas tamat perjumpaan tadi.
"Alin." Noorin bersuara sambil menyarung stoking kaki.
"Ye saya?"
"Siapa lelaki yang dengan Faiz tadi?" Noorin bertanya pula.
"Oh. Johan. Nama dia Johan Amir." Fazlin membalas tanya.
Johan Amir. Bibir perlahan menyebut nama lelaki itu. Betul ke dia Johan Amir yang itu?
*****
"Iz."
Pandangan dialih kearah suara yang memanggil. Kening terangkat sebelah. Apa?
"Nak tanya sikit." Johan mula bicara.
"Proceed." Faiz membalas ringkas. Kerja yang terbantut disambung semula.
"Siapa budak perempuan yang dengan Fazlin tadi?"
"Noorin Imani. Kenapa?" Giliran Faiz pula bertanya.
Tersentak seketika mendengar nama tu. Takkan lah. Namun cepat-cepat ditepis apa yang bersarang difikiran.
"Jo." Faiz memanggil. Budak ni. Tadi tanya aku.
"Tak. Takde apa." Johan menggeleng lalu senyum tawar. "Takde apa." Dia mengulang.
Iman! Akhirnya, saya jumpa awak. Awak nampak lain. Lain.
*****
Cerita tiga tahun lepas.
"Hyep. Sorry lambat." Si lelaki dah menapak untuk duduk di sebelah si perempuan.
"Sorry aje?"
"Nak apa pulak lagi?" Tanya si lelaki lurus.
"Ish. Dia ni. Merajuk ah." Muncung dah panjang macam muncung itik.
"Hahaha. Panjangnya muncung tu. Potong satlagi, tahu lah. Nah. Sorry again for waiting dan sebab lambat." Coklat cadbury Blackforest saiz besar itu diserahkan pada si perempuan.
"Wah! Blackforest! Ingat pun. Thanks." Senyum sampai ke telinga. Seronok dapat coklat!
"Mestilah. Tengok kaki lah, sis. Haha."
"Eleh. Puji sikit dah riak."
Pecah ketawa mereka berdua.
Noorin Imani dan Johan Amir sememangnya sudah lama kenal. Mereka kenal sejak berada di sekolah rendah lagi. Kemudian jadi rapat apabila berada di sekolah menengah. Rapat macam belangkas. Ke mana-mana pun mesti mereka akan berdua. Sampaikan ada yang menggelar mereka 'Belangkas Sekolah'. Sebab rapat sangat! Kalau Noorin sakit, mesti Johan ada. Kalau Noorin ada masalah, mesti Johan ada. Kalau Johan tak datang sekolah, Noorin akan risau. Kalau Johan kena marah dengan cikgu, Noorin mesti sedih. Sampailah satu hari...
"Iman!" Pintu kelas dikuak ganas oleh Johan. Noorin terkejut dah taktahu nak buat apa. Habis.
"Amir." Masih terkejut. Hanya itu yang mampu disebut.
Kelihatan Johan seperti memegang sepucuk surat. "Apa ni?" Tanya Johan sambil mengangkat tangan yang memegang surat itu.
"Kertas." Noorin membalas.
"Jangan nak berseloroh sekarang! Tak kena tempat! Apa ni?!" Johan tak mampu menahan marahnya lagi. Dia mengulang tanya.
Terhincut bahu Noorin apabila ditengking begitu. "Betul lah. Itu kertas kan? Dah baca?" Tenang Noorin berkata-kata.
"I did. Tapi kenapa?" Suara Johan mula kendur. Rasa bersalah pula tengking anak dara orang tak tentu pasal.
"Sorry. Saya anggap awak tak lebih hanya seorang kawan. Ikhlas. We are just like brother and sister. Itu aje. Sorry, Amir." Perlahan Noorin menerangkan situasi sebenar. Benar. Selama ini, Noorin hanya menganggap Johan hanya sebagai seorang kawan dan abang. Tak lebih daripada itu. Dia tak mahu ada apa-apa hubungan dengan lelaki itu. Sebabnya tak perlu untuk Johan tahu. Biarlah dia sahaja yang simpan.
"Tapi kenapa? I need an explaination for that. Please." Johan cuba memujuk.
"No need to know. Biar saya aje yang tahu." Noorin dah bangun daripada tempatnya untuk berlalu. Sekejap dia berhenti dihadapan Johan. "Oh lupa nak bagitahu. Minggu depan saya pindah sekolah. Sorry, Amir. I'm sorry."
Johan terkaku. Pindah? Kenapa? Apa sebenarnya yang dah berlaku ni? Melihatkan reaksi terkejut Johan, Noorin mengeluh. "I'm just..sorry." Kemudian dia berlalu meninggalkan Johan didalam kelas dengan ahli kelasnya yang lain.

No comments:
Post a Comment