"Hmm."
"Jah." Disikunya pula lengan kawan tu.
"Apanya?" Najah masih sibuk mencari sesuatu dalam beg telekung.
"Apesal dengan Noorin?"
Terhenti pergerakan Najah apabila nama itu yang disebut. Macam kena electric shock pun ada.
"Kenapa kau tanya?"
"Takdelah. Aku tengok kau macam dingin semacam je dengan dia. Gaduh ke?" Fazlin seolah meneka.
"Kau rasa?" Najah pula seolah berteka-teki.
Fazlin menjeling tak puas hati. "Kau ni kan.. Susah lah nak cakap dengan kau. Malas lah layan." Fazlin merajuk.
Haih. Lagi susah dapat kawan kuat merajuk gini. "Hailaaa. Merajuk pulak. Ye. Ha'ah. Gaduh. Puas?" Sepatah-sepatah Najah memberitahu.
"Apesal gaduh?" Fazlin bertanya dalam rajuk.
Najah sengih. Comel pulak Fazlin ni bila merajuk macam tu.
"Woi. Aku tanya, sengih pulak. Apesal gaduh?" Fazlin mengulang tanya.
"Salah aku. Dia taknak jumpa warden. Then, marah aku. Aku paksa. After all, still my fault." Najah menerangkan ringkas.
"Dah tu, tak minta maaf kat dia?"
"Aku try nak minta maaf tapi dia marah. Still marah. Tak boleh nak buat apa lah kan? Just...let her be lah. Nanti dia okay, aku minta maaf lagi. Jangan risau lah. I know what I should do."
"Okay then. Aku risau je. Sebab korang tak pernah pun gaduh macam ni. Itu yang tanya tu."
Najah hanya senyum. Kembali pada beg telekungnya. Mencari apa entah. Ahah! Jumpa! Mujur ada.
"Siap dah?" Fazlin bertanya memastikan.
"Dah dah. Jom!" Najah menunjukkan sengihnya lagi.
"Okay. Jom."
*****
Harini hari Jumaat. Jadinya, macam biasa lah. Kelas habis awal. Yang Adam, siap-siap untuk pergi ke masjid bagi menunaikan solat Jumaat. Yang Hawa pula, akan bergegas ke Surau Al-Ikhwan untuk sesi tazkirah. Isi rohani sikit. Kata Ustazah Hadijah.
Noorin dah kemas alat-alat tulis dia yang berterabur atas meja. Najah pun sama. Maklumlah, kelas seni. Duduk dibengkel lah mereka tadi. Selesai kemas, Noorin melangkah cepat ke meja Cikgu Haiza, cikgu seni mereka, nak menghantar tugasan tadi. Kemudian, kaki dah diayun ke luar bengkel. Cikgu Haiza simple je orangnya. Kalau dah siap tugasan yang diberi, bolehlah balik. Jadi, tanpa membuang masa, Noorin terus berlalu tanpa menunggu Najah.
Dalam perjalanan ke surau, Noorin terserempak dengan Fazlin. Sedaya upaya Noorin cuba mengelak daripada berjumpa dengan Fazlin. Malas mahu di-interview.
"Noor!" Fazlin memanggil nama Noorin. Sedikit tinggi suaranya bagi memudahkan Noorin untuk dengar.
Aduh! Nampak dah dia. Malasnya nak jumpa Fazlin ni. Noorin tidak berpaling malah kaki melangkah laju lagi.
"Noorin!" Sekali lagi Fazlin memanggil. Langkah turut dilajukan.
Masih tidak berpaling.
"Noorin Imani!!" Apa kena kawan aku sorang ni. Dah pekak ke? Ish. Doakan pulak. Tapi... pelik. Panggil tak disahut pun. Apatah lagi nak pandang. Dah kenapa? Fazlin pelik dengan sikap Noorin kebelakangan ni.
Noorin memberhentikan langkahnya. Kemudian berpaling kearah suara yang memanggil. "Nak apa? Aku nak cepat." Dingin suara Noorin.
"Amboi. Garangnya. Jalan sekali dengan aku lah. Lama tak borak. Hihi." Fazlin dah berada disebelah Noorin. Mengukir sengih ala-ala kerang busuk.
"Jalan sorang lah. Aku takde mood." Noorin terus berlalu.
"Wey wey. Kejaplah." Fazlin menghalang.
"Nak apa?! I've no time to be waste with you lah ! Haish. Orang lagi nak cepat, ditahan-tahan. Hah! Apanya? Nak sangat cakap dengan aku." Suara Noorin dah naik tinggi. Tinggi melangit. Marah sangat nampaknya.
Fazlin muka tak beriak. Terkejut kena sembur macam tu. Fuhh semangat!
"Tak... takde apelah. Sorry ganggu kau. You may go, princess." Fazlin tak mahu berpanjangan disitu. Dia memberi laluan kepada Noorin untuk meneruskan perjalanan.
Noorin merengus kasar. Haih! Buang masa aku je! Dan terus berlalu tanpa menoleh.
Dari jauh, Najah nampak apa yang terjadi. Dan dia melangkah kearah Fazlin dengan segera.
"Apesal?" tanya Najah.
"Heh. Kena sembur."
"Told you not to disturb her."
"Mana lah aku tahu nak kena sembur gitu. Eheh." Fazlin sengih.
"Degil. Dah. Jom lah. Surau."
"Jom."
*****
"Semua orang ada kawan, sahabat, teman dan yang sewaktu dengannya. Betul tak?"
"Betul!"
"Okay. Sekarang Ustazah nak tanya. Apa definisi bagi kawan, sahabat, dan teman ni sebenarnya? Siapa boleh jawab?" Ceria suara Ustazah Hadijah mengaju soalan. Salah satu cara nak tarik minat pelajar, kenalah ceria. Happy go lucky!
Ada sorang adik form 2 mencuba. "Kawan ialah orang yang ada bila kita gembira." Kemudian adik tu diam.
"Aik? Ada bila gembira aje? Time kita sedih, takde?" Ustazah bertanya semula.
Adik tu menggeleng. Ustazah Hadijah hanya tersenyum.
"Okay. Takpe. Nice try, anyway. Nah. Cekelat untuk awak sebab berani bagi jawapan. Siapa lagi boleh jawab? Apa definisi ketiga-tiga perkataan yang ustazah cakapkan tu?" Harini bawa coklat pula. Semangat Ustazah Hadijah tak pernah putus.
Lepas nampak adik tu dapat coklat, ramai pula nak menjawab. Nak coklat le tu. Ada yang jawab main-main. Ada yang jawab ikut suka hati je. Cuma , tiba-tiba...
"Bagi saya, kawan senang nak dapat. Even antara junior dengan senior pun boleh jadi kawan. Berbeza dengan teman. Teman hubungan antara dua orang atau lebih tu rapat. Lebih teguh daripada situasi kawan tadi. Dan untuk sahabat pula, hubungan antara dua orang atau lebih tu sangat rapat. Walhal, lagi rapat nak dibanding dengan teman. Kongsi suka duka, kongsi cerita. Sampai ada yang sanggup berkorban untuk sahabatnya. Sebagai contoh, persahabatan antara kaum Muhajirin dan Ansar pada zaman Nabi Muhammad S.A.W dulu. Dan sahabat lah yang paling susah nak cari."
Jawapan itu datang daripada Fazlin. Jawapan yang membuatkan Noorin terfikir seketika. Aku tak mampu jadi sahabat mereka. Mahupun kawan. Rasa macam tak layak...
"Wah. Panjang penerangan kakak kita sorang ni. Bagus bagus. Nah cekelat last untuk awak. Besar sikit lah. Nanti senang nak share dengan sahabat-sahabat awak. Tahniah!" Ustazah Hadijah bagi coklat cadbury saiz besar! Pelajar perempuan lain jealous! Tercengang Noorin seketika.
"Kejap ustazah. Saya nak panggil sahabat saya." Fazlin bersuara.
"Oh. Boleh boleh. Panggil lah." Ustazah Hadijah senyum membenarkan.
"Saya nak panggil dua sahabat saya. Najah Athirah dan Noorin Imani." Najah dah buat muka bengang. Fazlin ni dah masuk mood sweet dia lah ni. Haih. Unexpected betul lah. Manakala Noorin masih tercengang. Muka tak beriak. Tiba-tiba ada jari yang mencuit menyuruh Noorin bangun. Dan dia seolah baru tersedar daripada mimpi.
Perlahan-lahan kedua-dua sahabat itu melangkah dari arah bertentangan. Dan meneruskan langkah kearah Fazlin yang berada dihadapan semua pelajar perempuan. Masing-masing malu. Fazlin sengih seperti biasa. Sorry sahabat! Terpaksa buat gini. Kalau tak, hancur persahabatan kita. Fazlin berbicara dalam hati.
"Mereka berdua sahabat saya fi dunia wa akhirah. InsyaAllah!" Kata Fazlin sambil menggenggam erat tangan kedua sahabatnya itu. Dan tersenyum. Sementara yang dua orang tu dah macam cacing kepanasan. Awkward! Fazlin memang nak kena...
Pelajar lain dah bersorak. Walaupun tak bising mana, namun masih boleh kedengaran riuhnya. Ustazah cuba menenangkan suasana.
"Okay! Dah! Habis scene sweet kamu bertiga. Sekarang ustazah nak kongsi kata-kata daripada Saidina Umar Al-Khattab dengan Saidina Ali, sahabat-sahabat Nabi Muhammad S.A.W. Nak dengar tak?"
"Nak!"
"Catat tau! Minggu depan ustazah tanya, tak dapat, siaplah !" Lembut namun kedengaran tegas. Masing-masing sudah mengeluarkan notepad dan pen. Bersedia untuk mencatat apa yang perlu.
"Nikmat yang paling berharga selepas nikmat iman dan islam adalah memiliki sahabat yang soleh. Jika kamu mendapati kewujudan kasih sayang antara kamu dengannya,maka peganglah ia bersungguh-sungguh. Daripada Saidina Umar Al-Khattab. Dapat tak?"
"Dapat!"
"Okay. Next. Selemah-lemah manusia ialah orang yang tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah daripada itu ialah orang yang mensia-siakan sahabat yang telah dicari. Daripada Saidina Ali. Dapat?"
"Dapat!"
"Bagus. Jadi, lepas ni pastikan sayang kawan awak-awak semua sebagai seorang sahabat. Okay?"
"Okay Ustazah!" Semangat pula pelajar perempuan harini.
"Dah 1.30 pm. Kita get ready untuk solat jemaah ye. Jom akhiri tazkirah harini dengan tasbih kafarah dan Surah Al-Asr."
Usai jemaah tadi, petikan kata-kata yang Ustazah Hadijah bacakan tadi datang menyerbu kepala. Otak duk berfikir sesuatu. Noor, apa yang kau dah buat ni. kau macam nak hancurkan persahabatan kau! Sedar tak? Ya Allah...
Nampak Fazlin tengah lipat sejadah dibahagian hadapan. Tempat imam. Harini dia yang jadi imam untuk Zohor tadi. Dia sendiri yang volunteer nak jadi imam. Rajin. Noorin dah mula menapak kearah Fazlin. Langkahnya perlahan. Seperti teragak-agak.
Kini Noorin sudah berada betul-betul dibelakang Fazlin. Fazlin masih leka melipat sejadah. Sesekali tubuhnya tertunduk untuk mengambil sejadah. Apabila Fazlin sudah mula berdiri tegak semula, pantas tubuh itu dipeluknya.
"Alin..." Noorin bersuara dalam peluknya. Peluknya itu seperti tidak mahu Fazlin pergi.
"Uik?" Siapa pula ni? Sengih dimulut tiba-tiba terukir. Mesti Noorin. "Hey, kenapa ni?" Jelas dipendengaran Fazlin, ada sedu seperti menahan tangis.
"Aku...aku..." Noorin tak mampu meneruskan kata. Sebab rasa sedih tahap tak ingat dunia dah.
"Ssshhhh...ok ok. Kau nangis puas-puas dulu. Lepas ni, kita cerita ok?" Posisi mereka diubah. Berhadapan.
Noorin hanya menggangguk namun pelukan tak pula dileraikan. Menangis semahunya dibahu Fazlin. Selesai sesi air mata, Fazlin kembali bertanya.
"Hah. Kenapa ni, makcik? Tak pernah-pernah macam ni. Nak-nak lagi macam tadi. Cerciter sikit."
"Aku nak minta maaf. Tu je."
"Are you sure? Sebab kau lain sangat tau. Risau aku."
Noorin ukir senyuma manis seikhlas mungkin bagi meyakinkan Fazlin. "Iye. Aku nak minta maaf. Tu je."
"O..kay.. Tapi kenapa?"
"Sebab tadi. Aku tengking kau. Aku naikkan suara kat kau. And yet, kau still boleh anggap aku sahabat kau. Aku rasa macam... tak layak. Aku minta maaf." Noorin cuba menahan tangis. Airmata jatuh tanpa mampu ditahan.
Fazlin pegang tangan Noorin dan kemudian diusapnya. "Kau sahabat aku. Daripada mula kita kenal sampai bila-bila. Kau akan tetap jadi sahabat aku. Faham?"
Noorin angguk kepala. "Terima kasih, Alin." Senyum.
"No problemo." Jari telunjuk ditemukan dengan ibu jari membentuk tanda 'okay' dibuat Fazlin.
Ketawa mereka pecah. Namun sekejap sahaja kerana masih sedar mereka didalam surau.
"Kau gaduh dengan Najah ye?" Fazlin mengaju soalan yang dah lama disimpan.
Angguk. Tak berkata apa-apa.
"Siapa mulakan?"
"Aku."
"Then?"
"Still. Aku tak minta maaf lagi."
"You should. Jangan gaduh lama-lama. Tak elok. Nanti kau jugak yang rindu dia. Haha." Fazlin cuba berseloroh. Noorin siku Fazlin.
"Tapi serius. Jangan gaduh lama-lama. It's not good. Really."
"Tahu."
"Okay. Good. Eh! Nanti cekelat yang ustazah bagi tu, kita share ye? Tak larat nak habiskan sorang-sorang. Hihi."
"Oh. Ahaha. Okay."
Dan selepas tu, Noorin cuba mencari masa yang sesuai untuk meminta maaf kepada Najah.
Kini Noorin sudah berada betul-betul dibelakang Fazlin. Fazlin masih leka melipat sejadah. Sesekali tubuhnya tertunduk untuk mengambil sejadah. Apabila Fazlin sudah mula berdiri tegak semula, pantas tubuh itu dipeluknya.
"Alin..." Noorin bersuara dalam peluknya. Peluknya itu seperti tidak mahu Fazlin pergi.
"Uik?" Siapa pula ni? Sengih dimulut tiba-tiba terukir. Mesti Noorin. "Hey, kenapa ni?" Jelas dipendengaran Fazlin, ada sedu seperti menahan tangis.
"Aku...aku..." Noorin tak mampu meneruskan kata. Sebab rasa sedih tahap tak ingat dunia dah.
"Ssshhhh...ok ok. Kau nangis puas-puas dulu. Lepas ni, kita cerita ok?" Posisi mereka diubah. Berhadapan.
Noorin hanya menggangguk namun pelukan tak pula dileraikan. Menangis semahunya dibahu Fazlin. Selesai sesi air mata, Fazlin kembali bertanya.
"Hah. Kenapa ni, makcik? Tak pernah-pernah macam ni. Nak-nak lagi macam tadi. Cerciter sikit."
"Aku nak minta maaf. Tu je."
"Are you sure? Sebab kau lain sangat tau. Risau aku."
Noorin ukir senyuma manis seikhlas mungkin bagi meyakinkan Fazlin. "Iye. Aku nak minta maaf. Tu je."
"O..kay.. Tapi kenapa?"
"Sebab tadi. Aku tengking kau. Aku naikkan suara kat kau. And yet, kau still boleh anggap aku sahabat kau. Aku rasa macam... tak layak. Aku minta maaf." Noorin cuba menahan tangis. Airmata jatuh tanpa mampu ditahan.
Fazlin pegang tangan Noorin dan kemudian diusapnya. "Kau sahabat aku. Daripada mula kita kenal sampai bila-bila. Kau akan tetap jadi sahabat aku. Faham?"
Noorin angguk kepala. "Terima kasih, Alin." Senyum.
"No problemo." Jari telunjuk ditemukan dengan ibu jari membentuk tanda 'okay' dibuat Fazlin.
Ketawa mereka pecah. Namun sekejap sahaja kerana masih sedar mereka didalam surau.
"Kau gaduh dengan Najah ye?" Fazlin mengaju soalan yang dah lama disimpan.
Angguk. Tak berkata apa-apa.
"Siapa mulakan?"
"Aku."
"Then?"
"Still. Aku tak minta maaf lagi."
"You should. Jangan gaduh lama-lama. Tak elok. Nanti kau jugak yang rindu dia. Haha." Fazlin cuba berseloroh. Noorin siku Fazlin.
"Tapi serius. Jangan gaduh lama-lama. It's not good. Really."
"Tahu."
"Okay. Good. Eh! Nanti cekelat yang ustazah bagi tu, kita share ye? Tak larat nak habiskan sorang-sorang. Hihi."
"Oh. Ahaha. Okay."
Dan selepas tu, Noorin cuba mencari masa yang sesuai untuk meminta maaf kepada Najah.
*****
Semuanya kembali seperti biasa. Hubungan persahabatan antara mereka bertiga makin erat. Ramadhan pun makin menjelang. Lagi sebulan je. Pelajar sekolah asrama penuh memang biasa teruja kalau bulan puasa. Nak-nak lagi berpuasa di asrama. Seronok katanya. Berbuka dengan cikgu-cikgu. Berbuka dengan kawan-kawan. Dan masa bulan puasa lah dapat merasa nak makan lain sikit daripada biasa. Masa bulan puasa lah nak merasa adanya Bazar Ramadhan. Masa bulan puasa lah ada aktiviti yang mengisi rohani.
Sebabnya bulan puasa ni medium yang sangat bagus kalau nak praktikkan apa yang tak pernah pelajar-pelajar buat. Aktiviti lebih kearah rohani. Macam-macam boleh buat. Nak ajak qiam, senang. Nak suruh tilawah, senang. Pendek kata, Ramadhan seolah memberi satu semangat baru untuk pelajar-pelajar berubah kearah yang lebih baik daripada sebelumnya. Tak gitu?
Noorin kerling jam di dinding depan kelas. Alamak. Dia dah lambat nak pergi perjumpaan untuk Program Ihya'. Buku cepat dimasukkan kedalam beg. Pencil case pun dah dicapai untuk masukkan dalam beg. Kaki cepat diayun untuk keluar daripada kelas. Tiba-tiba...
Buk!!
"Aduh..." Noorin mengerang sakit. Siapa pula yang jalan tak cukup simen ni?
"Eh? Ya Allah! Err sorry. Awak okay?" Suara itu kedengaran serba salah. Itulah. Laju bukan main berjalan. Bukan nak pandang orang. Anak orang mana pulak yang dah dilanggarnya ni. Haish.
"Err takpe takpe. Okay." Noorin bersuara. Namun wajah masih ditundukkan. Malu! Seketika kemudian, dia tersedar. Eh? Lelaki? Mak! Apa lagi bala nak datang ni... Jangan lah ada gosip lagi.
"Betul ni?" Lelaki itu bersuara lagi. Inginkan kepastian.
Noorin hanya mengangguk.
"Kalau macam tu, saya beredar dulu lah ye? Saya nak cepat ni. Minta maaf sekali lagi."
"Takpe."
Lelaki itu bersongkok. Sudah! Aku terlanggar pak lebai mana tadi ni? Ya Allah! Malu tahap petala kelapan! Kepala diketuk perlahan seolah menyesal dengan apa yang terjadi. Dipandang lagi lelaki itu dari arah belakang. Baju t-shirt long slieve, seluar slack hitam, kasut bersandal, beg sandang BillaBong. Uish. Skema habis. Ah! Biarkan je lah. Aku pun dah lambat ni! Noorin cepat bangun daripada tempat jatuhnya dan segera melangkah ke Surau al-Ikhwan.
to be continued...
No comments:
Post a Comment