Wednesday, 2 April 2014

Hawa

assalamualaikum ya habibi wa habibati ~
harini entri ni KHAS dan KHUSUSNYA BUAT KAUM HAWA :)

aku juga seorang hawa.
entri kali ini mungkin berbunyi cliche sikit ah.
tapi...
ADA AKU KISAH? 
hahaha
just kidding.

got this from facebook actually.

READ AND HEED 

Perkongsian cerita daripada Ahmad Farhan Shamil mengenai kaum Hawa. 
Assalamualaikum.
Kalau post yang sebelum ni aku cerita pasal STEREOTAIP ORANG KITA, so kali ni aku nak cerita pulak pasal WANITA, PEREMPUAN, GADIS, GIRL dan sewaktu dengannya. Kenapa aku seorang lelaki nak bercerita mengenai wanita, perempuan, gadis dan girl? Sebab aku rasa tanggungjawab aku sebagai lelaki untuk melontarkan pandangan aku mengenai mereka. Aku akan buat post pasal JEJAKA, LELAKI, PEMUDA, BOY ni nanti, InsyaAllah.
Kalau dulu masa zaman jahiliah, anak perempuan akan dibunuh. Tu zaman dulu. Zaman jahil. Sekarang anak perempuan dah sama hebat dengan anak lelaki. Dah ramai perempuan yang belajar dekat universiti melebihi lelaki. Dah ramai perempuan yang bekerja dan memegang status tinggi melebihi lelaki. Dah ramai perempuan yang berjaya melebihi lelaki. Bukan kerana mereka memegang tittle sebagai seorang perempuan, tapi kerana semangat, usaha dan rezeki mereka.
Kalau dulu, perempuan banyak duduk dirumah, urus hal rumah tangga, tapi sekarang perempuan dah ramai yang bekerja. Yang pegang jawatan tinggi, yang jadi big boss. Sebab apa? Sebab usaha, sebab semangat yang tinggi. Itu pandangan aku bagi kejayaan mereka-mereka ini. Dalam masa ada yang berjaya, ada jugak yang gagal tapi masih seorang wanita, seorang perempuan itu dipandang tinggi. Kalau zaman dulu, perempuan itu terkenal dengan perangai lemah lembut, sopan santun. Tak kurang zaman sekarang pun ada jugak yang masih seperti itu tapi zaman sekarang dah ada perempuan peribadinya seperti lelaki. Aku tak kata semua. Sesetengah sahaja.
Memang pada masa sekarang, kaum Hawa dikira berjaya. Dari segi apa pun, kaum Hawa ini dikira berjaya. Kadang-kadang ada kaum Adam yang kalah di tangan kaum Hawa ini tapi ini bukan cara untuk sesetengah kaum Hawa mendabik dada dan bukan juga cara untuk sesetengah kaum Adam menjadi mulut berpuaka.
Kenapa aku berkata demikian? Kerana pada pandangan aku, zaman sekarang ada sesetengah golongan lelaki dan perempuan ini sedang bertanding, siapa lebih hebat? Siapa lebih berjaya? Siapa lebih kuat? Janganlah kamu bersaing sesama kamu kerana kedua-dua kaum sama hebat, sama berjaya, sama kuat.
Ketahuilah kamu wahai kaum Hawa, kamu sebenarnya kaum yang disanjung tinggi. Kaum yang dipandang mulia. Jagalah peribadi kamu, jagalah diri kamu, jagalah maruah kamu, jagalah aurat kamu. Sehebat mana pun kamu, sekuat mana pun kamu, hormatilah juga kaum Adam.
Kekuatan seorang wanita itu tidak boleh melawan kekuatan seorang lelaki. Ini pandangan aku. Kerana apa? Kerana seorang lelaki itu dilahirkan sebagai seorang lelaki. Tak kiralah lelaki tu penyabar, tak pernah tinggi suara tapi dia masih seorang lelaki. Seorang lelaki yang mempunyai nafsu, yang mempunyai kekuatan. Aku tak kata kaum wanita ni tak kuat. Kaum wanita ni kuat. Kerana kaum wanita jugalah lahirnya generasi seterusnya. Kerana kekuatan mereka jugalah kita ada didunia.
Kejayaan seorang wanita ini tidak boleh melawan kejayaan seorang lelaki. Ini juga pandangan aku. Kerana apa? Setinggi mana pun kejayaan kamu wahai kaum Hawa, kamu tidak boleh menjadi seorang pemimpin. Aku tidak menghalang dan tidak menafikan kebolehan seorang wanita menjadi pemimpin tetapi seelok-eloknya pemimpin sesebuah institusi itu ialah seorang lelaki. Kaum wanita boleh menjadi seorang pemimpin tapi mampukah kamu melawan perasaan kamu sendiri? Sifat emosional kamu sendiri?
Ketahuilah wahai kaum Hawa, kejayaan kamu didunia ini perlu seiring dengan kejayaan kamu di akhirat. Biarlah kekuatan kamu sehebat Summayyah yang mampu menggoncang dunia kerana membela Islam. Biarlah kejayaan kamu sehebat Saidatina Aisyah Abu Bakar yang menjadi wanita paling alim dalam ilmu Al-Quran, Fiqh, Syair dan Hadis. Kamu adalah kaum yang paling mudah untuk memasuki Syurga dan kamu juga kaum yang paling mudah untuk memasuki Neraka. Pilihan ditangan kamu. Endahkan mulut orang, kerana pilihan, kebaikan itu untuk kamu, bukan untuk orang lain. Pilihlah yang terbaik, jadilah wanita yang terbaik di jalan Islam. 
Aku hanya menyuarakan pandangan aku mengenai kaum Hawa. Aku sangat menghormati kaum wanita kerana kejayaan aku hari ni diatas doa seorang wanita. Pandangan aku mungkin salah tapi ini pandangan aku. Aku manusia biasa yang melakukan kesalahan. Mohon maaf jika ada yang terasa. 
Jari Jemari Yang Menaip Milik,
Ahmad Farhan Shamil.


sekian.
adios.
SSKA :D

No comments: