Saturday, 19 April 2014

Sangkar Jahiliyah 5

Keputusan Johan untuk meluahkan isi hati yang tersimpan selama ini tidak memberi sebarang reaksi positif daripada Noorin. Sebaliknya, Noorin mengambil keputusan untuk membalas isi hatinya hanya dengan title 'kawan biasa'. Tindakan Noorin memberi surat itu membuatkan dia tertanya-tanya. Benarkah Noorin hanya menganggap dia hanya sebagai kawan? Kalau benar, kenapa tidak diberitahu daripada dulu supaya dia tidak menyimpan sebarang harapan palsu? Stress memikirkan perkara itu, orang lain yang menjadi mangsa. Kesian Farish terpaksa menjadi mangsa keadaan. Surat itu sampai ditangan Johan melalui Farish. Disebabkan marah, dia melepaskan geram pada Farish. Dan selepas itu, baru dia mengambil keputusan untuk berjumpa dengan Noorin. Tak sangka pula, dia bakal mendapat satu lagi kejutan daripada Noorin. Noorin akan pindah sekolah minggu depan. Kenapa tiba-tiba? Argh! Boleh serabut kalau fikir. 

Bola keranjang ditangan laju dibawa kearah net. Langkah dilajukan juga mengikut skil yang biasa dia lakukan. Sebolehnya dia cuba mengelak daripada lawan yang datang untuk merampas bola. Sampai didepan net. Dilontar bola. Tak masuk! Damn it! Cepat bola ditangan Faiz dirampas. Untuk melakukan jaringan sekali lagi. Bola dilontar kearah net. Dan...tak masuk! Apehal harini main macam orang mati anak ni? Eh. Aku mana ada anak. Sekali lagi dia ingin mencuba nasib. Bola kembali dirampas dari tangan entah siapa. Mencuba melontar lagi. Bola keranjang yang dilontar tadi seakan menari diatas net. Tunggu masa untuk masuk dalam bulatan net aje. Masuklah. Masuklah. Dan...tak masuk. 

"Sial!" Semua benda tak kena aje harini! Hish! 

Kaki dah melangkah kearah tepi gelanggang. Air botol yang baru beli di kafe ditogok rakus. Johan merengus kasar. Faiz yang daripada tadi memerhati kini mengambil tempat disebelah Johan.

"Apesal?" Tenang Faiz bertanya.

"Bukan urusan kau." Aku lagi takde mood, jangan kacau. 

 "Watch out with the word, dude. I'm just saying." Lembut Faiz menegur.

"My bad. Sorry." Kawan dengan Pak Lebai memang semua nak ditegur. Untuk kebaikan kau juga, Johan. "Thanks, anyway." Johan mengoyak senyum. Tawar tanpa perisa.

"Tak apa." Lama berdiam diri. Faiz bersuara kembali. "Apesal?"

"One-sided love. Ha-ha." Ringkas saja jawapannya.

Lahai. Duk mengamuk sakan tadi sebab cinta tak berbalas aje. Hailaa kawan aku sorang ni. "Iman?"

Sekadar mengangguk. 

"Belum jodoh lagi tu. Tak payah fikir pasal ni. Lambat lagi. Belajar pun tak habis lagi."

"Tahu. Cuma..entah." Johan mengeluh perlahan.

Faiz sentuh bahu Johan. "Buang masa kalau kau asyik fikir benda ni sekarang. Sikit pun tak bantu kau, tahu?"

Johan sekadar mengangguk. Kemudian menengadah langit. Lama.

"Iz." Johan tiba-tiba bersuara.

"Hmm." Faiz mengalih pandang kearah Johan. 

"Bantu aku." 

Huh? "Maksud?" Faiz blur.

"Bimbing aku. Jadi baik."

"Woo woo. I'm not good at it. Serius. Kalau tolong sikit-sikit tu bolehlah kot. Selebihnya atas usaha kau untuk minta tolong ustad ke ustazah."

"Okay. Tapi boleh tak?" Johan bertanya memastikan.

Faiz mengangguk. "Boleh. Anything for my dude." Senyum.

"Eiiuwwww. Geli je." Johan dah ketawa. 

Faiz berubah air muka. "Ceh." Sama-sama diam.

Kemudian, ketawa pecah. 


*****
Itu cerita tiga tahun lepas. Banyak perubahan yang Johan cuba lakukan. Termasuk untuk menjadi baik. Mungkin ada baiknya Noorin pindah. Hikmah Allah tu macam-macam. Cuma kita sendiri yang kena pandai cari. Hari dimana dia serbu Noorin dikelas itu menjadi yang terakhir. Dan selepas itu, mereka terus lost contact. Kemana dan dimana Noorin pindah pun dia taktahu. Bukan dia tak cuba mencari. Malah puas dah dia cuba hubungi siapa-siapa yang berkenaan. Namun, hasilnya masih tak dapat diketahui. 

Kertas kerja untuk Program Ihya' hampir siap. Tinggal nak di-edit apa yang perlu sahaja. Jadi pembantu orang kuat program ni pun susah juga. Ingatkan bantu apa-apa yang boleh. Rupanya kena buatkan kerja sekali. Sabar aje lah. Kepala dah terasa macam diawang-awangan. Mata pun macam dah tak boleh nak buka. Stop dulu lah. Esok-esok boleh sambung. Benda ni pun bukannya Faiz nak esok. Program itu pun lagi sebulan lebih lagi. Sengaja disuruh buat awal. Biar nanti tak kelibut. 

"Jo?" Faiz dikatil bersuara perlahan. Terjaga.

"Eh, bro. Aku buat kau terjaga ke. Sorry sorry." Johan rasa bersalah.

"Pukul berapa ni?" Faiz bertanya.

"Dua lebih." Sengih.

"Tak tidur lagi? Warden tak round ke?"

"Siapkan proposal ni sikit. Nak tidur lah ni. Round je tadi. Aku buat-buat tidur pastu bangun balik. Haha." Biasanya memang macam tu lah budak lelaki. Warden ada, pijak semut pun tak mati. 

"Oh." Ringkas sahaja balas Faiz. Mengantuk sangat lah tu. "Tidurlah cepat. Esok petang nak jumpa Ustad Shah nak confirm kan aktiviti dan tentatif program. Jangan kau lambat lagi sudah." Faiz sambung dengan mata tertutup.

"Iye." Johan mencebik. Perli aku memang gian aje mamat sorang ni. 

Laptop sekolah yang dipinjam daripada Ustaz Shah sudah ditutup. Kemas segala alat tulis yang ada atas meja belajar. Lampu belajar atas meja pun ditutup. Punggung diangkat dan kaki melangkah kearah locker yang terbuka luas. Tangan memegang laptop. Dimasukkan kedalam locker. Dimanggakan locker tersebut. Sekarang kes curi pun dah ada. Kena hati-hati. Selesai. Kaki diayun pula kearah katil. Dikibas-kibas katil tersebut sebelum bersedia untuk baring. Dah baring, mulut terkumat-kamit membaca doa. Amin. Meraup tangan ke wajah. Semoga masih ada hari esok untuk aku terus melakukan ibadah pada-Mu, Ya Allah. Mata dipejamkan dan dia lena dibuai mimpi.

to be continued... 

No comments: