Wednesday 17 May 2017

Penat

"Aku dah cuba nak berubah. Tapi tak boleh! Huh!" Ash membentak. Dia penat! Penat nak jadi baik!

"Apa yang kau ngamukkan ni?" Jal yang baru balik daripada tandas dah mula menapak masuk dalam bilik.

"Jal... susah ah wey nak jadi baik. Aku rasa nak give up!" Ash masih membentak.

"Apa yang susahnya. Jadi baik lah satu-satunya perkara yang senang."

"Tapi aku tak mampu..." Ash mengeluh. Sungguh. Dia rasa nak give up.

"Ni aku nak tanya." Jal dah ambil tempat untuk duduk sebelah Ash sebelum menyambung. "Kau buat semua ni sebab siapa?"

"Mm...maksud kau?"

"Nak berubah semua ni la. Sebab siapa?"

Ash dah tersipu-sipu. "Sebab ada sorang minah ni. Dia baik. So, aku rasa aku mampu jadi baik."

"Niat kau pun dah salah. Memanglah Allah hantarkan seseorang untuk bantu kita. Untuk berubah kerana Dia." Jal tunjuk jari telunjuk keatas. Sambung. "Bukan kerana dia."

Ash tersentak. Allah...

Jal dah senyum senget. Bahu temannya ditepuk berkali-kali. "Fikirkan balik."

Jal bangun dan melangkah keluar daripada bilik meninggalkan Ash sendiri. Seolah memberi ruang pada Ash untuk berfikir.