Friday 14 November 2014

Mixture Of Life [M.O.L]

Bilamana diri terasa diuji, hati kecil ini berbisik perlahan mengatakan yang aku terlalu lemah. Aku tak mampu untuk diuji sebegini rupa. Tapi kadang, keterlekaan aku melayan bisikan perlahan itu, aku disedarkan semula. Untuk bangkit. Untuk bangun semula. Diri masih terasa tidak yakin. Namun peranan kawan itu cepat meniti dimata. Sokongan tak putus diberi. Rasa tak terbalas jasa mereka.

*****

Semua orang ada hak nak jadi apa yang dia mahu. Aku pun ada cita-cita aku. Kenapa semua orang nak halang? Kenapa semua orang macam tak boleh nak percaya yang aku pun boleh buat? Kenapa?  Aku pun ada hati, ada perasan. Paling kurang pun aku minta hormat keputusan aku. Itu aje. Bukannya susah.

Lebih kurang beberapa minit termenung, dia tersedar daripada lamunan disebabkan terdengar bunyi pintu diketuk.

“Masuklah. Pintu tak kunci.” Kelihatan perempuan bertelekung kemas masuk dalam bilik yang agak kurang kemas itu. Muka senyum manis dilemparkan kearah tuan bilik.

“Jemaah sekali dengan kitorang jom? Nak?” Cerianya muka dia.

Deja sekadar menggeleng.

“Uzur?”

Senyum. Dan lambat-lambat Deja menggeleng.

“Laaa. Macam tu pulak. Jomlah. Nia dah lama nak jemaah dengan awak. Please?” Dania berusaha memujuk.

Deja masih ragu-ragu. “Tapi…”

“Sokay. Nia ajar.” Penuh semangat Dania menyuarakan isi hatinya. Sungguh. Dia mahu ubah hidup Deja yang liar. Dia mahu ubah hidup Deja yang dulu kearah yang lebih baik.

“Tapi…’

“Tak apa, Khadijah. Awak boleh belajar slow-slow kan? Jom lah…” Dania masih cuba memujuk.

Dan akhirnya , Deja bangun daripada katil. Tapi pergerakannya statik. Eh? Dania pelik.

“Tadi kata nak ajar…” mendatar suara Deja.

“Oh!”

Mereka sama-sama masuk kedalam bilik air dan Dania ajar cara berwudhuk dengan betul. Sesudah itu, diajar pula memakai telekung. Telekung kepunyaan Dania diberi begitu sahaja kepada Deja. Dan mereka sama-sama keluar daripada bilik untuk pergi keruang tamu. Diruang tamu, ada lagi tiga orang menunggu. Dan apabila Dania dan Deja sampai, mereka semua bangun untuk bersiap sedia dalam barisan saf. Tiba-tiba Deja tarik tangan Dania.

“Kenapa?’

“Tak reti ah.”

“Awak boleh! Slow-slow ok?”

Aduh minah ni. Aku mana reti solat wey. Nak baca apa nanti ni? Alamak aih. Kepala diangguk konon tanda mengerti.

Bermula daripada takbir diangkat sehinggalah salam diberi, terkial-kial Deja mengikut satu-persatu. Benda ni dah lama dia tinggalkan. Terakhir kali dia solat waktu umur 8 tahun. Sekarang umur dah nak masuk 19 tahun. Memang lama.

Usai solat jemaah tu, Dania tanya Deja.

"Awak okay?"

"Hah?"

"Nia tanya awak, awak okay?"

"Oh. Okay okay."

"Sure?"

Deja sekadar mengangguk kepala. Punggung dah diangkat untuk bangun. Tiba-tiba Shida bersuara.  


"Eh nak kemana? Tak habis lagi ni. Kita baca ma'thurat kejap. Boleh?" Shida bersuara sambil memandang kearah isi rumah yang lain. Meminta persetujuan. Deja yang dah bangun, kembali duduk.  


Ma'thurat? Apa benda pulak tu? Aduhai. Dahi yang dah basah dek peluh diusap perlahan. Hanya menurut dengan tangan sudah memegang sebuah buku kecil sebesar buku 555. Izzah mengetuai bacaan ma'thurat. Kemudian diikuti yang lain. Deja sekadar diam namun telinga tetap mendengar setiap zikir yang mereka ungkapkan. 



*****
 "This is it."

"Awak sure?"

"Enough is enough Nia. I cant take it. Aku penat."

"Tapi perjuangan awak belum pun bermula. Kenapa nak menyerah kalah sebelum masa nya?"

"Kau tak faham."

"Macam mana Nia nak faham kalau Deja taknak terus terang. Cuba cakap. Kita boleh settle sama-sama." Perlahan Dania menepuk tangan Khadijah.

"Kau tak perlu faham dan kau takkan boleh faham." Khadijah bersuara lagi lantas tangan ditarik daripada tepukan Dania tadi.


*****
"Pa, Ma . Deja ada benda nak bagitahu ni." 

"Hm. Proceed." 

"Deja..." Baru sahaja nak membuka mulut, telefon bimbit kepunyaan Papanya berdering. 

"Ma..." Deja sambung. Telefon Mamanya pula berdering. 

"I'm sorry dear. We talk later okay? Mama ada hal ni." Selesai menghabiskan sarapan, Mamanya terus menghilang dengan kereta. 

Great. Tiap kali nak borak ke nak bincang hal, mesti jadi macam ni. Orang dalam rumah ni memang tak reti nak duduk rumah ke apa. Bosan lah! 

Argh! Tiap kali terfikirkan rumah, mesti dia jadi stress. Mana tidaknya, semua orang dalam rumah tu asyik sibuk bekerja. Ingat dia takde perasaan ke kena tinggal sorang-sorang? Damn! 

Tengah syok-syok layan perasaan, pintu diketuk. 

"Siapa?" 

"Nia." 

"Ha masuk ah. Tak kunci pun."

Pintu dikuak, dan Dania muncul dibalik pintu. 

"Awak dah makan?" 

Khadijah sekadar menggeleng. 

"Jom makan sekali? Nia nak makan, tapi rasa macam tak seronok pulak makan sorang-sorang." 

"Eh takpelah." Segan. 

"Jomlah. Nia ada beli lebih tu." 

"Takpelah." Masih menolak. 

"Ala... Selama kita duk serumah kat taman ni, tak pernah lagi Khadijah makan sekali dengan Nia. Jom lah, Khadijah." Dania tetap tak putus asa mempelawa Deja. 

Aduh minah ni. Geli pulak dengar dia sebut nama penuh aku macam tu. Setuju je lah Deja oi.

"Okay. Jomlah." Akhirnya, Deja bersetuju. 

"Ha. Kan senang macam tu."  

*****
Selesai makan... 

"Khadijah memang tinggal sorang je ke kat sini. Maksud Nia, duk jauh daripada family?" 

"Wait." 

"What?" 

"Sebelum aku jawab soalan tu. Nak mintak tolong." 

"Tolong apa?" 

"Boleh tak jangan panggil nama penuh tu. Panggil Deja cukup ah." 

"Oh. Hahaha. Okay Deja. Tapi okay apa nama Khadijah tu. Nama isteri Rasulullah tau." 

Deja diam seketika. Kemudian berdehem. 

"Hm tadi kau tanya kan? Ha. Ha'ah aku duduk sorang je sini. Mama Papa duduk KL." 

"Oh." Dania sekadar mengangguk. Sambung bertanya. "Selalu ke balik KL?" 

"Jarang." 

"Kenapa?" 

"Kalau aku balik pun, macam takde guna. Semua orang dalam rumah tu buat hal masing-masing je. Nak spent time pun macam takde function langsung. Kerja itulah, meeting sinilah, persatuan sanalah. Sibuk memanjang." 

"Oh I see. Awak anak tunggal?" 

"Takde ah. Ada abang sorang, ada adik lelaki sorang." 

"Oh tiga beradik. Bestnya ada adik. Haha." 

"Heh. Takdenya best. Menyakitkan kepala lagi ada lah." 

"Best lah tu kiranya. Ada siblings. Nia anak tunggal. Sorang-sorang je. Mak abah pun dah takde. Lagi sorang-sorang." 

Deja tersentak seketika. "Kau duduk dengan siapa sebelum ni?" 

"Makcik Nia duk dekat-dekat sini je. Sejak mak abah Nia dah takde, Nia tinggal dengan dia lah." 

"Oh." Ringkas sahaja balas Deja. Taktau nak teruskan perbualan macam mana. Hanya diam yang mengisi ruang antara mereka berdua. 

to be continued...