Wednesday 22 April 2015

[M.O.L] 3

Nadrah dan Syed masih meneruskan agenda mereka untuk keluar berjimba. Mana lagi tempat yang wajib nak pergi hujung minggu kalau bukan pub atau kelab malam. Itu sudah menjadi aktiviti hujung minggu mereka bertiga. Namun, harini hanya mereka berdua kerana Deja malas. 

"Bosan lah Deja takde." Syed bersuara.

"Itulah. Aku pun duit tinggal berapa je ni. Ingatkan dia join. Boleh lah cekau duit dia sikit." Nadrah pula memberitahu.

"Hampeh. Itu juga yang kau fikirkan." 

"Well. Hidup ni kena pandai fikir. Gunakan sikit duit Deja tu untuk kesenangan kita." 

Syed hanya menggeleng. Nad ni kalau pasal duit kan, laju aje otak dia function. 

"Jom lah Syed. Enjoy sikit." Nadrah mula bangun dari tempat duduk dan mahu ke ruang menari. 

"Kau enjoy lah. Aku takde mood." 

"Hak alah. Sebab Deja kau hilang mood cenggini? Baik tak payah lepak lah." 

"Kau nak enjoy, just go. Aku duduk sini je. Okay?" Syed dah mula nak marah. 

"Okfine. Whatever." Nadrah terus berlalu ke ruang menari mencari pasangan. 

Syed diam. Masih duduk ditempat tadi. Aih. Kenapa lah dengan aku ni. Tiba-tiba nak marah Nad bila dia cakap macam tu. 


*****

Di rumah sewa ... 

"Assalamualaikum." Pintu bilik Deja diketuk menunggu jawapan salam. 

Senyap. 

Pintu diketuk lagi. Salam diberi lagi. 

Masih senyap. 

Pintu diketuk buat kali ketiga. Begitu juga salam diberi buat kali ketiga. 

Sama juga. Masih senyap. Dania pelik. Tombol pintu cuba dipulas. Aik. Tak berkunci. Pintu dikuak perlahan dan...

"Ya Allah. Deja..!"


*****

"Macam mana boleh jadi macam ni?" Kak Shida bertanya. Dania sekadar menggeleng. Dia jadi kelu. Taktahu nak buat apa. Tak boleh nak berfikir dengan baik. 

Doktor keluar dari bilik rawatan. "Siapa waris pesakit ye?" 

"Kami. Tapi kami kawan satu rumah." Kak Shida bangun daripada tempat duduk. 

"Oh. Boleh saya tahu mana parent Cik Khadijah?" 

"Dia tak duduk dengan parent sebab study sini. Parent nya stay KL." 

"I see."

"Kenapa doktor? Ada apa-apa masalah ke dengan Khadijah?"

"I need her health report before this. Nampak pesakit macam pernah sakit sebelum ni. Senang untuk saya buat health report yang baru untuk dia."

"Oh. Dia sakit apa doktor?"

"Gastrik. Last dia makan bila?"

"Seingat saya, last dia makan semalam. Tu pun makan sikit je." Dania pula yang jawab.

"Pukul berapa dia makan?" 

"Petang dalam pukul 4 ke 5 macam tu." 

"Awak berdua kena pastikan Khadijah makan ikut timing yang betul. Takut gastrik tu makin teruk. Buat masa ni, tunggu sampai dia sedar dulu. Then, kalau semua okay, saya akan benarkan pulang."

"Okay. Baiklah. Terima kasih doktor." Kata Kak Shida. Doktor muda itu berlalu sesudah membalas terima kasih. 

*****
Esoknya, Deja dibenarkan pulang. Dania berkeras menyuruh Deja pulang ke rumahnya di Kuala Lumpur namun Deja tidak mahu. Tapi Dania tidak putus asa. Petang Ahad tu juga, konon mahu menyuruh Deja makan ubat. 

"Assalamualaikum, Deja." Pintu bilik Deja diketuk. Deja masih dimeja belajar, terkejut sekejap. 

Perlahan dia bangun dan membuka pintu. "Waalaikumussalam. Oh kau. Kenapa?" 

Dania senyum. "Makan ubat...?" Kemudian sengih. Dah macam kerang busuk. 

Deja dah garu kepala. Aduh dia ni lah. Macam duduk kat hospital pun ye jugak ni. Haih. Merungut namun diturut juga. "Ha... masuklah." 

Masing-masing dah ada dalam bilik. Deja duduk semula dimeja belajarnya. "Takpelah. Letak je kat sini. Nanti aku makan." 

Dania letak. "Awak tak bagitahu pun yang awak ada gastrik." 

Diam. 

"Kalau awak bagitahu awal-awal kan tak jadi macam semalam."

Diam lagi. 

"Dah jadi macam ni, awak kena makan ikut time yang betul tau. Jangan skip makan. Ubat pun jangan tinggal." 

Deja masih diam. 

"Awak..." 

"Ye Dania. Aku tahu. Ada apa-apa lagi? Aku nak buat kerja ni." 

"Hm... betul awak taknak balik rumah parent awak? Awak tak bagitahu diorang pun lagi yang awak gastrik teruk macam ni kan?" 

"Kalau aku balik, boleh jamin ke diorang nak kisah? Aku tak rasa pun macam tu." 

Dania pula diam. "But... at least, let them know." 

"Kau tak faham keluarga aku macam mana Nia. Aku rasa lebih baik macam ni."

"Tapi..."

"Nia please. Aku banyak kerja nak buat. So, please leave?" Deja dah mula nak bengang. Tapi masih tertahan. 

Dania tak mampu nak  memujuk. Seorang Khadijah didepan matanya ini  masih perlu diberi perhatian dan perlu dia kenal dengan lebih dekat. 

"Okay okay. I'm sorry. Ubat tu jangan lupa makan." 

Deja sekadar mengangguk. Dania dah mula melangkah keluar. Pintu yang terbuka tadi ditutup semula. 

Dalam diam, Deja mula menitiskan airmata. Betapa dia mahu pulang dan beritahu mereka yang dia sakit. Tapi dia tahu, itu tidak akan terjadi.