Monday 31 March 2014

April Fool ?

first of all...
biar gambar berbicara 



I am a girl with a least knowledge of Islam.
But I am trying to be one that can be a good muslim.
*smile*

Jadi, ini yang nak disampaikan dalam entri ini 

Sebenarnya, April Fool ni mula disambut sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Kerajaan Islam sebenarnya dah berkurun bertapak kat Granada, Sepanyol, tapi akhirnya runtuh diserang tentera Kristian. Jadi lepas kejatuhan kerajaan Islam itu, maka penduduk Islam di Sepanyol terpaksa la berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri.

Tapi, tentera Kristian masih berasa tak puas hati sebab masih ada lagi saki-baki orang Islam di sana, lalu diorang pun berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam di Sepanyol melalui taktik kotor.

Penduduk Islam di sana diberitahu bahawa mereka boleh berlayar keluar meninggalkan Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di pelabuhan. mendengarkan tawaran yang agak menarik itu, maka orang Islam yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi sendiri ke perlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan. Setelah berpuas hati, mereka pun membuat persiapan untuk bertolak.

Keesokan harinya iaitu pada 1 April, mereka mengambil semua barangan yang telah dikemaskan lalu menuju ke pelabuhan. Pada masa inilah, pihak Kristian mengambil kesempatan menggeledah dan membakar rumah penduduk-penduduk Islam itu. Mereka juga tak sempat untuk menaiki kapal kerana semua kapal telah musnah dibakar sejak awal lagi. Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum Muslimin dan membunuh kesemuanya; lelaki, perempuan, malahan kanak-kanak! Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian dengan gembiranya atas kejayaan taktik kotor mereka.

Sejak hari tu, bukan setakat Sepanyol, tapi seluruh dunia merayakan hari itu sebagai April Fool. Yang menyedihkan, ada juga orang-orang Islam meraikan April Fool's Day tanpa menyedari mereka sebenarnya MERAYAKAN ULANG TAHUN PEMBUNUHAN BERAMAI-RAMAI SAUDARA SE-ISLAM MEREKA SENDIRI!



well actually, aku copy paste daripada blog orang lain juge.
if it is and was not true,
still ! kita takleh sambut atau raikan April Fool tu ~

just to remind. 
untuk kau, kau, kau, kau dan semestinya untuk aku juge.

lastly.


adios.
assalamualaikum !
SSKA :)

Sunday 30 March 2014

Sangkar Jahiliyah 1

Jam di dinding dikerlingnya sebentar.

12:00 p.m.

Alamak! Dah pukul dua belas tengahari lah! Habis aku kejap lagi ni karang... Tanpa berlengah, tubuh diangkat untuk berlalu ke dapur. Dia perlu segera. Kalau taknak kena maki macam selalu. Periuk letrik itu dicucinya terlebih dahulu sebelum memasukkan beras. Kemudian, dia mula membasuh beras. Tiba-tiba dia teringat pesan arwah mak.

"Adik, basuh elok-elok beras tu. Kalau boleh airnya jangan dibuang dulu. Boleh buat siram pokok kat belakang rumah tu."

"Adik tahu tak, air basuhan beras ni boleh lembutkan tangan?"

Selesai membasuh beras, air dimasukkan mengikut sukatan yang sepatutnya. Kemudian dia terus menuju ke tempat untuk diletakkan periuk letrik itu. Tapi langkahnya mati apabila terdengar bunyi motorsikal kapcai memasuki perkarangan rumah. Itu pasti abah. "Abah? aduh... cepat! cepat! nanti kena hambur dengan batang penyapu lagi. Nasi biar lah dulu..." dia menggumam sendiri. Langkah dipercepatkan untuk masuk ke dalam bilik semula.

Abah masuk rumah dengan satu keluhan berat. Penat mungkin. Banyak urusan yang perlu diselesaikan dengan Tuan Hj Umar tu tadi. Itu tak kena. Ini tak kena. Entah apa yang dimahukan pun tak tahu lah. Apa yang pasti, aku nak cari makan dulu. Ruang dapur dijejaknya. Menala keseluruh isi dapur. Mata tertumpu pada periuk letrik yang seperti baru sahaja menjalankan tugas.

"Adik!!!!"

A...duh... Habislah aku... Itulah kau Noorin. Buat kerja terlebih khusyuk sampai overdose waktu. Apa nak jawab dengan abah ni. Kena maki lagi lah nampaknya harini. Noorin pasrah. Dia membuka pintu bilik dan berlalu turun kebawah untuk berjumpa dengan pemilik suara tadi.

"Ye abah?" Noorin sudah berada didapur.

"Kau ni tak serik ke kena maki dengan aku? Berapa kali aku nak cakap, pastikan nasi dengan lauk-lauk dah terhidang sebelum aku balik! Faham bahasa melayu ke tidak? ke kau nak aku cakap bahasa lain pulak, baru nak faham agaknya? macam tu?" Suara abah pecah masuk ke gegendang telinga.

"Maaf , bah. Adik buat homework tadi. Tak perasan dah pukul dua belas." perlahan suara Noorin memberi alasan. Janganlah kena bantai lagi. Dia bercakap dalam hati.

"Menjawab!" Tangan dah mula mencapai senduk kayu untuk dihayun kebadan Noorin.

"Abah! Sakit, bah. Sakit. Adik janji buat tak buat lagi. Adik janji. sakit abah. Jangan buat adik macam ni. Abah..." Noorin dah menangis. Air mata tu dah kira jadi kawan baik sejak beberapa tahun selepas pemergian mak. Dia jadi bingung sebab apa abah jadi begitu. Yang membuat dia lagi bingung ialah apabila dia seorang sahaja yang menjadi mangsa. Adik-beradik yang lain tidak pula menjadi mangsa pukulan dan herdikan abahnya itu. Namun dia tak berdaya untuk melawan kerana itu abahnya. Nanti kalau dilawan, dikatanya berdosa melawan cakap mak ayah.

"Kau buat lagi perangai macam harini, memang aku taknak jaga kau dah lepas ni! Faham? Ada anak pun, menyusahkan aku! Baik aku hantar kau pergi rumah anak-anak yatim je lah!" suara itu makin meninggi.

Noorin tergamam. Sampai hati abah buat Noorin gini. Apa salah Noorin abah? Apa salah Noorin? Dia menangis semahunya didapur kecil itu. Abah dah berlalu ke ruang tamu. Marahkan orang lain, orang lain yang menjadi mangsa. Sungguh. Bukan niatnya untuk menyakiti anak itu. Namun, dia seolah-olah tidak mampu menahan nafsu amarahnya apabila berhadapan dengan Noorin. Lalu, kunci kereta dicapai. Pintu rumah dikuak untuk meloloskan diri. kemudian pintu itu dihempas kuat. Marahnya tidak reda.

Bunyi deruman kereta itu jelas dipendengaran telinga Noorin. Tangisannya semakin reda. Dia mula ke singki untuk membasuh mukanya. Lengan baju T yang dipakainya itu diselak hingga ke siku. Kesan biru itu baru je nak elok. Tapi teruk balik bila  dah kena hambat dengan senduk kayu tadi. Marah benar abahnya itu. Tanpa sedar, dia mengeluh. Perlahan. Selesai membasuh muka, kaki diayun ke ruang tamu. Pandangan dilempar ke garaj melalui tingkap rumah. Kereta dah tiada.

"Abah makan luar lagi lah tu. haih." Dia mengeluh lagi.

*****
Cuti penggal dah habis. Sekarang kembali menjadi pelajar sekolah berasrama penuh pula. Noorin keluarkan kerja sekolah yang dah disiapkan dirumah sepanjang cuti haritu. Dia senyum nipis sebelum menarik nafas lega. Walaupun cutinya yang baru-baru ni agak huru-hara kerana abahnya, namun, dia bersyukur kerana dia pandai bahagi masa untuk menyiapkan semua kerja sekolah yang dibekalkan guru. Jenuh juga nak siapkan sebab bukannya sikit. Macam bekalan untuk beberapa bulan punya latihan. Ternganga juga bila dapat bekalan tu. Tapi cikgu dah siap pesan.

"Balik rumah ni, jangan nak berpoya-poya je kerja kamu. Siapkan segala jenis homework yang cikgu dah bagi tu. Kalau nak berjaya, memang kena bersusah-payah lah sikit. Dan yang paling penting, niat kena betul. Niatkan kerana Allah. Bukan sebab terpaksa. Faham?"

Kami sekadar mengangguk dan menjawab, "Faham, cikgu!"

Noorin tersedar daripada lamunan apabila president kelas sudah memberi arahan supaya bangun. 

"Bangun semua! Selamat pagi, cikgu!"

Satu kelas sudah mula bangun untuk memberi ucapan selamat pagi. Selesai memberi ucapan selamat pagi, semua duduk dan terus mengeluarkan tugasan cuti sekolah haritu. Noorin dah lama bersedia. Tiba-tiba Najah dari meja sebelah menyiku tangan.

"Noor, dah siap addmath?" tanya Najah seolah berbisik. Noorin mengangguk.

"Haa wey. Pinjam! Aku tak siap lagi ni. Sudahlah harini ada addmath. Cikgu Kassim tu memang tak kompromi dah kalau anak murid kesayangan dia ni tak siap kerja sekolah yang dia bagi. Pinjam ye? Boleh?" Panjang Najah menerangkan masalah.

Noorin senyum. Faham benar dengan kawan dia yang sorang ni. Kalau tak pinjam kerja sekolah, memang tak sah. "Boleh je. Biasa dah dengan kau ni." Noorin menjawab.

Muka Najah dah bersinar macam kena gilap aje. Ni yang best kalau ada kawan sehati sejiwa macam ni. Untung-untung kalau aku susah, ada yang membantu. Hehe.

"Thank youuu! Kau lah kawan aku dunia akhirat. Sayang kau! Time rehat nanti bagi aku tau. Hihi."

******
"Aku kalau tak kenangkan wasiat mak kau dulu, memang aku biar aje kau merempat tepi jalan. Tahu? Menyusahkan aku aje lah!" 

Abah mengulang ayat tu untuk entah kali keberapa dia pun tak pasti. Tapi kenapa abah berkata begitu? Mesti ada apa-apa ni. Sudah lah dibenci abah. Adik-beradik lain pun macam dah lain sangat dengan dia. 

"Ala bah. Hantarkan saje adik ni ke rumah anak-anak yatim tu. Susah-susah sangat, biar Kak Ngah je yang hantar. Abah bukannya sampai hati sangat. Kau ni dik, dah menumpang, buat lah cara menumpang. Jangan bagi orang lain sakit kepala dengan kau boleh tak? Haish! Boleh migrain aku dengan masalah ni lah."

Kepala makin serabut dengan satu lagi persoalan. Menumpang? Kenapa aku menumpang? Benci aku sampai sanggup kata aku menumpang? Ya Allah... Dugaan apa ni...

"Noor. Bangun Noor. Zuhur dah ni." Terasa macam ada yang mencuit dengan batang pen dibahu. Kepala diangkat daripada meja. Wajah dihadapannya masih kabur. Mata ditonyoh-tonyoh dengan jari kecil miliknya. Sekali lagi dia cuba menganalisa siapa gerangan yang berani mengacau tidurnya tadi. 

"Alip? Apa kau buat kat sini? Kenapa kau kat sini? Apa jadi ni?" Bertalu-talu soalan keluar daripada mulut.

"Woi woi. Kot ye pun slow-slow lah tanya tu." Yang mengejutkan dia tadi pula bersuara.

 Alif Ashraf. Sorang lagi kawan. Cop cop! bukan teman tapi mesra. Dia ni lebih kepada penyibuk mengalahkan Cik Joyah Becok. Ada je ni kat mana-mana. Kenal pun masa di koperasi. Mula-mula tu, tegur macam biasa je. Tak lama lepas tu, boleh pula lekat dengan kami berdua. Dan sekarang dia dah dikira kawan rapat. 

"Err sorry. Apa kau buat kat sini? Bukan kelas kau dah habis ke?" 

"Memang dah habis. Nampak kau kat dalam kelas ni. Tengah tidur pulak tu. Singgah kejap. Lagipun waktu zuhur dah masuk. Kau sakit kepala lagi ke? Ubat ada tak? Makan dah?" Mula dah soalan ala-ala doktor dia tu. Tahu lah nak jadi doktor. Haih.

"Oh. Ha'ah. Berdenyut tadi. Niat nak tahan je. Tapi alang-alang sakit kepala, qailullah sekejap. Aku puasa lah harini, Alip. Nak makan ubat cemana." Noorin menarik sengih. 

"Kau ni kan.. Aku marah nanti, mula lah nak komen macam-macam. Awak tu tak sihat lah, makcik. Degil bebenar nak dengar cakap orang. Si Najah tu pun penat dah nak suruh kau makan ubat. Lepas tu, sekarang puasa pulak. Noorin.. Noorin.. Mak bapak kau tahu ni, memang nak kena lah kau."

Tiba-tiba rasa jantung macam dah berhenti berdegup bila Alif buka cerita pasal mak bapak ni. Dada tiba-tiba rasa berbuku aje. Jangan nangis, Noorin. Jangan nangis. Dan tak semena-mena dia teringat tentang mimpi pasal abah tadi. Mimpi tu datang lagi. Tapi kenapa...? 

"Noor? Hoi. Dengar tak aku cakap apa tadi?" 

"Haa.. de.. Dengar. Eh pukul berapa dah? Aku nak turun pergi surau dah ni. Nanti bila-bila jumpa lagi. Dan terima kasih lah ye jadi doktor peribadi tak rasmi aku hari-hari." Noorin senyum tak ikhlas. Dia dah mula ambil beg dan ingin berlalu. Sebelum keluar kelas, sempat dia kerling arah Alif. 

"Alif. Aku pergi dulu. Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam." Alif senyum. 

Tanpa disedari, ada mata-mata yang menyaksikan drama sebabak tadi. Lepas ni, tunggu lah gosip daripada 'Radio Bergerak Sekolah'. Shima and the gang akan menjalankan tugasnya bila-bila masa saja. Just wait and see.

*****
Sampai saja di surau, mata semua meluru kearah Noorin. Dah kenapa diorang ni? Macam nak makan aku pun ada. Apa. Tak sedap ke menu DS harini sampai tenung aku gitu? Hailaaa perempuan. Eh. Aku pun perempuan juga. Apa-apa aje lah. Asalkan mereka bahagia. Melangkah masuk ke rak untuk letak beg. Dan tiba-tiba...

"Oi? Seronok ber-dating? Dah masuk Zuhur baru habis ye, kak?"

"Susah betul nak percaya orang yang konon nak bertaubat ni. Kata dah insaf."

"Insaf ke insap? hahaha"

Noorin mengeluh. Cepat aje Radio Bergerak Sekolah ni buat gosip. Kalah Melodi kat tv3. Noorin hanya diam. Tidak mahu berbalah dengan hal sebegitu. Manusia ni memang ada saje yang berdengki. Kalau dilawan pun nanti makin teruk pula. Kaki terus melangkah ke tempat wudhuk perempuan. Selesai mengangkat air wudhuk, dia melangkah masuk ke dalam Surau Al-Ikhwan. Sejuk dan nyaman sejak dah ada penyaman udara. 


"Eh, Noor. Kau pergi mana? Puas aku cari. Buat risau orang je kau ni  lah." 

"Ade je. Aku stay kelas kejap tadi. Pening kepala sikit. Tidur kejap. Si Alip yang kejut aku. Buat malu je. Alih-alih, datang sini, kena sindir. Cepat je Radio Bergerak buat kerja." luah Noorin.

"Alah kau macam tak kenal Shima tu cemana. Sabar eh?" Fazlin cuba menenangkan Noorin. Lembut saja dipendengaran Noorin apabila Fazlin berkata begitu. 

Memang sejak dia menjadi Noorin yang baru, Fazlin lah antara kawan yang sudah banyak membantu selain Najah. Noorin sangat bersyukur kerana masih ada yang mahu membantunya saat dia hampir lemas dalam lembah jahiliyah yang penuh hina. 

Usai solat zuhur, tiba-tiba ada junior datang kearah Noorin.

"Akak. Ustad nak jumpa akak."

"Eh, Mia. Kot ye pun. Bagi lah salam dulu." 

"Err hehe. Maaf kak. Assalamualaikum." serba salah Mia menuturkan.

"Waalaikumussalam. Haa kan elok gitu. Apa Mia nak cakap tadi?" Noorin membalas.

"Ni ustad nak jumpa akak. Ustad Shah."

"Ustad Shah nak jumpa akak? Bila ye? Kenapa?" Alamak. Takkan lah pasal tadi kot. Noorin dah mula berkira-kira dalam hati. 

"Taktahu lah kenapa. Tapi ustad suruh bagitahu akak. Lepas akak selesai zuhur." Terang Mia lagi.

"Oh. okay. Terima kasih, Mia. Kejap lagi akak pergi jumpa." Noorin ucap terima kasih sebelum Mia berlalu untuk solat zuhur. Dalam hatinya, Noorin sudah dapat mengagak bahawa Ustaz Shah akan memperkatakan hal yang baru saja terjadi tadi. Shima memang melampau! 

"Noor! Apesal wey?" Najah dah mengambil tempat disebelah Noorin.

"Ustad nak jumpa." balas Noorin ringkas.

"Kenapa? Kau takde buat kes pun kan?" nampaknya Najah masih belum mendengar gosip bergerak tentang tadi. 

"Entah. Eh, aku gerak dulu. Nanti lambat, tak pasal kena pulak." Noorin meminta izin untuk pergi dahulu.



to be continued... 

Friday 28 March 2014

Sigh

Dulu kau kata aku kawan yang paling baik yang pernah kau ada.
Dulu kau kata aku ni kawan yang dah banyak bantu kau. 

Tapi...

Aku tak pernah rasa pun macam tu.
Aku tak pernah rasa aku kawan yang baik untuk kau.
Aku tak pernah rasa pun aku banyak tolong kau.

Kenapa kau boleh cakap macam tu?

Bila aku cuba nak jadi baik.
Bila aku cuba nak tolong kau.
Kau kata tak payah.
Kau boleh buat sendiri.
Kau boleh hadap sendiri.

Mana ada tiang yang tegak sendiri  kalau tak ada sokongan?

Fikir balik lah.
Fikir balik...


To : You
From : Me

Dear, friend.
I am not hoping you to read this. But I just want to say out my 'curhat'.
We are friend. Just like siblings. Everytime and anytime I had problem, you will pay attention to me.
You will ask me this and that. Asking me either am I okay or not.
You know what?
I never had a very good and understanding friend, just like you.
And even, somehow, I was just feel guilty to you.
I do nothing. I never do something.
That I can repay back all your good doing towards me.
Why would I say that?
Because everytime I ask you to spill all your worries or else.
You said, "I'm all right. No need to worry."
I was like, "Am I really your friend? because I don't even given a chance to help you."
Please. Please. And please.
It won't help you if you don't spill it to others.
And I am begging you.
If you don't even want to spill out your problem to me,
do spill it to anyone that you really trust.
do spill it to anyone that you called as a friend.
do spill it to The One and Only Allah.

Jangan pendam.
Nanti awak merana.

I'm sorry. *sigh*
*wipe tears**walk away*

*terima kasih pakcik google*

adios
assalamualaikum
SSKA :)


Thursday 27 March 2014

Hmm ...

assalamualaikum...

well , actually takde benda pun nak cakap.
haha

just rasa nak cakap,
"aku rasa nak buat cerpen ah lepas ni."
heh ~

so, tunggu je lah eh.
kalau-kalau aku ada buat entri baru tu.
jenguk-jenguk lah.. :)

aku akan maklumkan kalau aku buat cerpen.
hehe
insyaAllah.

errr

ok. rasanya tu je kot.
adios *tutup pintu*

*sekadar hiasan*

SSKA :)

Thursday 20 March 2014

Aku Gembira

assalamualaikum ya habibi wa habibati :)
sihat kah iman anda? 
alhamdulillah.
bagus bagus *thumbs up*

how can I start eh?
hmmm..

ok!

Bismillah.. 
ni cerita semalam.
cerita yang telah mengajar aku erti syukur.
apapun yang terjadi, itu suratan bukan kebetulan.

well..
straight to the point, 
I just got 4A 1B 3C 1D for my SPM result.
Alhamdulillah! ^.^

dan yang pasti,
AKU GEMBIRA :D

taktahu kenapa.
mungkin sebab aku dah redha awal-awal.
mungkin.

atau
mungkin jugak sebab aku tahu tahap kemampuan aku macam mana.
apa yang aku usaha, itu yang aku dapat.
kan? 

aku tahu Allah dah plan yang lebih baik untuk aku lepas ni.
so, aku akan terus belajar.
belajar mencari erti kesyukuran.

ermmm...
malas nak cakap pasal tanggapan orang lain kat aku.
biar je lah. haha :3

dapat je slip semalam, tak tengok terus.
tengok satu-satu subjek. 
aku senyum je.
hihi

then I said to myself
"aku dah cakap, don't expecting too high on me."
hahaha. 

apepun, 
maaflah kerana dah menghancurkan harapan ramai pihak.
huhu. 

apa yang berlaku ini sudah suratan bukan kebetulan.
aku hanya mampu menerima bukan menolak.
yakin aku akan dapat yang lebih baik.

Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah. 

panjatkan kesyukuran. tak kisah lah banyak manapun kita dapat.
okay? :D

rezeki tu ada dimana-mana.
so, lepas ni nak sambung belajar kat mana?
masih lagi memikirkan yang terbaik.
fuhh fuhh ~

doakan ye! :D
rasanya sampai sini dulu lah.
next time I'll be back.
adios.
assalamualaikum! ^_^v

SSKA :) 


Monday 17 March 2014

Counting Days ~

#PrayForMH370

hashtag tuhhhh. macam pernah nengok le. kat mana eh?

Ya. satu lagi dugaan dan ujian yang Allah beri untuk kita yang bergelar MUSLIM. berat dugaan ini bagi ahli keluarga yang terlibat. dan berat juga bagi yang tak terlibat. sebab apa? sebab kita umpama keluarga.

jujur aku katakan, baru sekarang aku merasa aku hidup dalam negara Islam. walaupun dah hampir 18 tahun dah sebenarnya. tapi aku bersyukur kerana aku masih berpeluang merasai itu. menerima dugaan memang berat. namun, kita tak mampu nak tolak takdir Allah.

it had been 10 days. 

keep counting the days.
keep waiting for something miracle.
keep hoping that THEY WILL COME BACK.
and they will.
still hoping.
keep praying that they will always safe.
insyaAllah.

Malaysian, keep doing this and that. Allah memberi , Allah juga membalas.
semoga Allah pandang usaha kita semua yang tak pernah putus untuk mengharap pulangnya pesawat MH 370.

MH 370, pulanglah.
ceriakan kembali muka mereka yang berduka.
lenyapkan air mata mereka yang sudah tertumpah sejak 10 hari yang lalu.

kami menunggu.
dan akan terus menunggu.
semoga kisah duka ini akan ada noktahnya.

aku taknak buka cerita yang tak enak. about those stupid things were happened along this incident. they were so meant sebab berani membuat cerita yang bukan-bukan. malah, suka menunjukkan kebodohan terlampau dengan memalukan diri di KLIA. just let them be. berusaha kita, ada caranya yang LEBIH SESUAI. dengan memperkotak-katikkan agama, I don't really think so , dude!

jadinya, teruskan berdoa. teruskan.
semoga mereka selamat.

HOPE SO. :)

**********

THE RESULT

"Haa. Nak dekat dah tarikh. So, macam mana?"

"Habislah kau, Nor. Result nak dekat dah."

"Rasa2 ok tak nanti result?"

those are some questions I got. 

Ya Allah. serius. tak dapat bayang , nak jawab cemana.

jangan ditanya ~
kalau baiik, baiklah.
alhamdulillah.
kalau tak, redha kan aje.
insyaAllah.

JUST PLEASE ,
stop and enough of all the questions, can you?
penat ah nak jawab.
dan taknak jawab! haha ~ 

because it's really killing me ! T.T 
huhuhu...

so, confirm 20hb ni. 
well, honestly, rindu nak jumpa kawan-kawan je. 
about the result , still no comment ah! 
malas nak fikir. haha

jadi, hanya mampu terus berdoa. terus berharap. 
usaha dah, doa, tawakal.
insyaAllah :)

keep all the worries away.
cause it can harm you.
LOL :3 hihi

ok dah. 
taknak bebel panjang.
kalau result ok, I'll tell.
kalau tak ok, akan diberitahu juga.
jangan risau.

adios ~
eh sebelum terlupa! 
happy sweet 18 Johan Amir! 
*yekk geli ah* xD haha

saje je wish lg :3 
nak kenal sape mamat ni?
ni diaa ---> Johan Amir 
klik je situ :)
*muka tahan gelak*

ok dah. 
sampai sini je dulu.
SSKA ^.^v

sekian .

Tuesday 4 March 2014

Cemburu

ek ehem.
test test *ketuk ketuk mikrofon*

assalamualaikum :)


about 2 month huh ?
mencari diri sendiri sebenarnya.

alih2 , post before this macam ada yang tak kena.
haha really.
I feel empty. deep inside.

hmmm ._.

***************

CEMBURU 

cemburu dengan apa yang dilalui orang lain , tak sama dengan apa yang aku lalui.
namun aku tahu, ada yang lebih baik untuk aku.

cemburu dengan ilmu yang mereka ada, tetapi tidak ada pada aku.
namun aku tahu, ilmu selagi tak dicari, takkan jumpa.

cemburu dengan kemewahan budi bahasa mereka dalam memberi nasihat, tetapi tidak ada pada aku.
namun aku tahu, aku juga mampu.

cemburu dengan setiap ilmu yang dikongsi, tetapi aku tak mampu memberi pendapat yang baik.
namun aku tahu, berdiam itu lebih baik.

***************

somehow , terasa kerdil untuk bersama mereka.
tapi apa yang boleh membawa kebaikan , aku kongsi.
insyaallah.

jadikan Al-Quran itu pendampingmu disaat kau sunyi.

ingat tu! 

lastly ,

AYUH BER-ODOJ ! 

AYUH MARDHOTILLAH , YA MUKMIN ! 



asiif jiddan selama ini.
semoga berjaya mencapai apa yang dikehendaki 
*senyum*

assalamualaikum. 

SSKA .