Thursday, 18 June 2015

Salam Ramadhan Kareem

Its been a long day, without you Ramadhan ~ 

ecewah. haha hai everyone ! Lama tak menulis blog. Maaf kerana membuat anda tertunggu-tunggu dengan sambungan cerpen yang tergendala. Kesibukan dunia yang sementara ni agak menggangu konsentrasi untuk menyambung menulis cerpen. Tapi takpe. InsyaAllah kalau ada masa, aku sambung ye! :D 

Sebab sekarang dah habis tahun pertama untuk diploma. Dah masuk semester ketiga jadi memang agak sibuk. Phone pulak rosak. Jadi nak taknak kena pakai phone Nokia 3310 aje. 

Tup tup dah masuk bulan Ramadhan. Kejap je. Dan alhamdulillah syukur sangat Allah masih bagi peluang nak merasai ibadat puasa dalam bulan yang mulia ni :) Apa perancangan? Nanti berbuka nak makan apa? Sahur nak kena bangun awal? Pukul berapa berbuka? Dah beli baju raya ke? Eh macam-macam lagi lah. Hahaha. Seronok kan?

Tahun ni puasa kat Tapah pulak. Tahun lepas kat Kuala Pilah. Memang lain suasana nya. Memang beza. Awal semester ni je dah macam-macam dugaan. Sabar je yang mampu. 

Semua benda yang jadi ada hikmah kan :) Sangka baik dengan Allah, Allah akan bantu lagi. Lagipun, Dia uji sebab Dia sayang. Dan aku harap sangat sangat Ramadhan kalini dapat jadi Ramadhan yang lebih bermakna untuk aku. Sejak dua menjak ni selalu ada feeling yang tak berapa nak sedap hati sangat. Idk what does it means tapi entah lah. Harapnya takde apa-apa. Dikesempatan ini, sesiapa yang membaca, I am just wanna say sorry. Minta maaf daripada hujung rambut sampai hujung kaki. Mana-mana yang terkurang harap dimaafkan. Terlebih gurau yang terasa dihati. Setiap apa yang aku cakap, setiap apa yang aku pernah buat. Kadang takde niat pun. So, I am so sorry. Ada apa-apa hutang, mohon cakap okayyy. :)

Rasanya tu je nak bebel. Haha. Selamat berpuasa ! :D 



Adios amigos ^.^ 

No comments: