"Achik."
"Hmm."
"Nanti kalau orang dah takde..." Tak sempat nak habiskan, kena potong.
"Apa ni. Cakap benda bukan-bukan ni."
"Tak. Cakap je." Noorin rasa bersalah pulak.
"Ok. Proceed." Sebenarnya, taknak dengar pun. Tak sanggup nak dengar.
"Nanti kalau orang dah takde, tolong cakap kat Kak Ngah, orang sayang dia. Boleh?"
Achik pandang Noorin. "Adik rindu Kak Ngah ye?"
Noorin angguk kepala. Dan terus menunduk.
"Hmm nanti Achik pujuk dia datang sini jenguk adik ok." Achik membuat janji. Dia mesti ajak Kak Ngah untuk datang hospital.
*****
"Ngah. Jomlah. Pergi sekejap pun jadi lah Ngah. Kesian kat adik tu. Dia rindu kau." Achik cuba memujuk Kak Ngah.
"Eh! Ikut aku lah nak kesian kat dia ke tidak. Aku busy lah. Malas nak pergi tengok. Ada masa nanti aku pergi. Tengoklah macam mana." Kak Ngah sekadar membuat janji kosong. Takde kerja nak pergi tengok budak tu pulak. Banyak lagi kerja lain yang aku boleh buat.
"Tapi, Ngah. Dia rindu kau! Dia nak kan perhatian daripada seorang kakak." Achik masih tak mahu mengalah.
"Yang kau ni beria sangat kenapa. Chik?" Malasnya nak layan. Haih. Banyak kerja lagi ni haaa. Aduhhh. "Sudahlah! Aku banyak kerja ni. Nak kena hantar barang jualan ni lagi. Tepi tepi. Toksah halang laluan aku."
Kak Ngah dah mula melangkah nak keluar rumah. Dia perlu segera menghantar barang jualan itu. Kereta dihidupkan enjin. Cepat dia membuka pintu pagar. Dan masuk semula kedalam perut kereta. Kereta itu dibawa menuju ke jalan besar.
*****
"Noorin! Rindunya kat kau!" Dengar suara ceria dibalik telefon bombit miliknya. Sungguh dia pun rindu. Sangat.
"Aku pun." Noorin menahan rasa.
"Kau ok? Macam mana treatment?" Najah bertanya.
"Alhamdulillah." Tarik nafas. Hembus. "Sakitlah jugak. Tapi ok je."
"Oh. Takpelah. Kau kan kuat. Hehe."
"Iye. Tahu." Senyap kejap. "Najah."
"Hmm."
"Sorry."
"Kenapa pulak ni?"
"Aku dah mungkir janji."
"Janji apa?"
"Kan kita janji dulu nak berjaya sama-sama. Amik SPM sama-sama. Amik result nanti pun sama-sama. Aku tak dapat tunaikan janji tu."
"Siapa kata kau mungkir janji? Takdelah."
"Aku tak boleh amik exam, Najah. Appointment untuk treatment, tarikhnya dekat-dekat. Nak taknak, sekolah terpaksa aku timggalkan."
"Aku tahu. Tapi kau bukan mungkir janji. Cuma tak kesampaian je janji tu. Sokay lah. Aku tak amik hati pun. Yang penting, kesihatan kau tu utamakan dulu."
"Ok."
"Eh. Got to go lah. Ada kelas kejap lagi. SPM is just around the corner. So kat sini semua tengah struggle. Apa-apa call tau! Nanti aku datang jenguk kau lagi. InsyaAllah."
"Oh ok. Study leklok. Kirim salam kat semua ye."
"Ok, miss. Assalamualaikum."
"Waalaikumussalam."
*****
"Abah..." Noorin memanggil.
"Ye sayang." Abah datang dekat pada Noorin. Kepala Noorin diusap.
"Kak Ngah macam mana?"
"Keadaan dia masih kritikal, sayang. Doktor masih cuba untuk selamatkan dia."
Ya Allah. Kak Ngah. Noorin menekup mulut. Dia tak mahu apa-apa jadi pada Kak Ngah. Biarlah dia yang pergi dulu.
Kak Ngah kemalangan teruk masa keluar nak hantar barang jualan semalam. Keretanya remuk bahagian depan. Ada saksi nampak Kak Ngah bawa kereta terlalu laju. Menyebabkan dia bertembung dengan sebuah kereta dari arah bertentangan. Yang peliknya, kereta yang melanggar kereta Kak Ngah tak remuk teruk. Pemandunya pun hanya alami kecederaan ringan sahaja. Hanya Kak Ngah yang cedera teruk. Sekarang masih berada dalam wad kecemasan.
to be continued...
No comments:
Post a Comment