Thursday, 1 May 2014

Sangkar Jahiliyah 6

Ramadan yang dinanti sudah pun tiba. Banyak juga aktiviti untuk tahun ini. Qiamullail dan tilawah memang sudah menjadi perkara utama apabila datangnya Ramadan. Setiap hujung minggu akan ada pelajar-pelajar lelaki yang akan tidur di surau untuk bangun qiam. Tilawah pula akan dilakukan pada setiap petang sebelum berbuka. Cuma ada sedikit penambahan aktiviti. Kalau sebelum ini, tilawah hanya secara individu. Tahun ini, diubah sedikit dengan berkumpulan atau lebih senang dipanggil kumpulan usrah. Kumpulan usrah ini berfungsi untuk memudahkan sesi tilawah. Ahli usrah boleh mengagihkan bacaan untuk mempercepatkan proses. 

Selain itu, sistem usrah digunakan semasa berbuka puasa. Mereka akan duduk mengikut kumpulan usrah masing-masing semasa berbuka. Malah jika ada sebarang perkongsian ilmu, sistem usrah ini sangat berkesan. Mereka mempraktikkan apa yang diberi. Aktiviti lain yang ada antaranya ialah pertandingan nasyid bagi pelajar lelaki dan perempuan. Hari dan masa pertandingan dilakukan serentak tetapi tempat diasingkan. Atas cadangan Ustazah Hadijah. Memang semua aktiviti sepanjang Ramadan pihak Dakwah dan Rohani asingkan antara lelaki dan perempuan. 


Pihak Dakwah dan Rohani ada juga menjemput penceramah jemputan. Nama beliau Lim Jooi Soon. Cina mualaf yang lebih mesra dikenali sebagai Brother Lim. Beliau banyak pengalaman sebelum benar-benar menganut agama Islam. Malahan sebelum menganut agama Islam, beliau telah menganut dua lagi agama lain. Beliau pernah mengatakan beliau amat bersyukur kerana menganut dua lagi agama lain sebelum menganut agama Islam. Jika beliau tidak menganut agama itu, mungkin beliau tidak terbuka hati untuk menganut agama Islam. Pelbagai cerita dikongsikan. Pelbagai pengalaman diceritakan. Ada seorang pelajar lelaki bertanyakan tentang namanya. 


"Brother Lim. Nak tanya. Kenapa Brother Lim tak tukar nama ye?" 


"It is not a necessary at all. Lagipun, as a muslim yang berbangsa Cina, mengekalkan nama penuh sangat penting kepada sebahagian masyarakat Cina. Ini disebabkan setiap ungkapan nama seseorang berbangsa Cina mempunyai pengertian tersendiri. Secara realiti ramai dikalangan masyarakat Cina tidak memeluk Islam. Sebabnya mereka diberitahu betapa perlu mereka membuang nama keturunan serta nama diri peribadi. Kalau lihat dari sudut perspektif dakwah, sekiranya mereka mengekalkan nama Cina asal, for sure kita dapat tukar tanggapan masyarakatbukan Islam di Malaysia bahawa Islam sebenarnya agama sejagat dan bukan hak milik bangsa tertentu sahaja." Padat sekali jawapan yang diberikan.


Faiz merasa kagum akan penceramah yang berada dihadapannya itu. Terlalu mendalam sekali ilmu yang dikaji. Terlalu mendalam sekali setiap jawapan yang diberi. Seorang Islam yang sejak kecil dilahirkan Islam belum tentu mampu menjawab soalan yang diajukan. Macam dia lah. Masih cetek ilmu yang nak disampaikan kepada rakan-rakan. Namun, itu bukan satu alasan untuk dia terus jatuh. Dia tahu tanggungjawab menjadi seorang pendakwah itu berat. Tetapi itu bukan menjadi masalah. 


Sesi dengan penceramah Lim Jooi Soon tamat tepat pada pukul 11:00 malam. Seperti yang dah dijadualkan. Walaupun hanya satu jam setengah bersama penceramah, banyak ilmu yang diperoleh. Para pelajar yang pada awalnya nampak tidak bersemangat pun, turut bersemangat setelah mendengar ceramah daripada beliau. Seronoknya mereka apabila Brother Lim yang sangat petah berkata-kata  tanpa sebarang pelat walaupun beliau seorang Cina. 


Selesai program untuk malam itu, Faiz meminta untuk Noorin menunggunya bagi bertanyakan program seterusnya. Sambil-sambil itu, dibelek-beleknya nota Kimia yang baru dibuat petang tadi. Esok ada kuiz. Kalau tak revise, esok memang percuma aje berjemur dekat Green Square blok makmal. Taknak benda tu jadi lagi. Tolonglah. Serik! 


"Assalamualaikum. Maaf, Faiz. Saya jumpa ustazah tadi." Noorin sudah berada dihadapannya bersuara.


"Waalaikumussalam. Tak apa. Ada bawa tentatif untuk minggu ni?" Faiz sekadar bersuara. Wajahnya tak diangkat namun masih menala kearah nota ditangan.

Tentatif minggu ni? Aduh dia ni... Bukan nak cakap awal-awal. Aku tak bawa lah pulak.

Faiz dapat mengagak yang Noorin tak bawa tentatif tu pun. "Hmm tak bawa lah tu. Esok bagi saya. Waktu rehat disurau. Boleh?" Angkat muka untuk melihat Noorin. Noorin hanya mengagguk. Rasa bersalah.

"Sorry." Perlahan Noorin menuturkan namun maih boleh didengari Faiz.

"Tak apa. Okay lah. Awak balik lah. Biar saya yang uruskan dewan ni dengan budak lelaki yang lain. Yang perempuan dah boleh balik." Lembut sahaja Faiz memberi arahan sebelum memberi senyum manis pada Noorin.

Noorin sekadar mengangguk tanda faham. Apehal mamat ni. Demam ke apa? Baik semacam pulak kat aku. Selama ni nak nampak dia senyum bukan main payah. Kaki baru sahaja nak melangkah kearah Fazlin, tetiba namanya diseru Faiz.

"Noorin!" Langkahnya mati.

"Ye?" Noorin soal malas.

"Errr saya.. nak minta maaf. Sebab hal minggu lepas. Saya tak patut marah awak macam tu. Maafkan saya?" Faiz jujur menerangkan.

Pasal tu rupanya. "Benda tu kan dah lepas. Tak payah ingatlah. Saya tak salahkan awak pun. Memang patut awak marah." Noorin cuba tersenyum. "Tak payah ingatlah." Dia mengulang ayat itu.

"Oh... Okay." Faiz menggosok belakang lehernya. "Kalau macam tu tak apa lah, lega saya dengar."

Noorin dah malas nak berpanjangan disitu. "Boleh saya balik sekarang?"

"Oh! Sila." Faiz memberi laluan.

Noorin melajukan langkah kearah Fazlin yang beberapa pelajar perempuan dipintu keluar dewan.

*****
Faiz masih belum mampu untuk melelapkan mata. Rasa bersalahnya masih ada terhadap perempuan yang baru ditengking pagi tadi selepas perhimpunan. Semuanya atas dasar nafsu amarah yang tak mampu nak ditahan. 

Selepas perhimpunan, Faiz sudah diberitahu supaya tunggu untuk diberi kertas kerja daripada Fazlin dan Noorin. Tetapi lain pula yang jadi apabila... 

"Faiz. Nah ini kertas kerjanya." Fazlin menghulurkan sebuah folio yang dah siap di-binding.

"Oh. Okay. Terima kasih. Ada apa-apa lagi?" Faiz bertanya.

"Errr Faiz." Takut-takut Noorin bersuara. Pertama kali seumur hidup nak bercakap dengan mamat ni kot! Cuak sikit. 

"Ye?" Menunggu Noorin bersuara lagi.

"Kita ada masalah. Penceramah jemputan yang sepatutnya datang untuk dua hari lagi, tak dapat datang. Saya minta maaf sebab saya baru bagitahu. Penceramah tu dah telefon Ustazah Ayu minggu lepas tapi saya baru dapat tahu semalam. Saya minta maaf, Faiz." Noorin menundukkan kepalanya.

"Apa?! Baru sekarang awak nak bagitahu? Lagi dua hari nak ada program tu baru bagitahu sekarang? Alert lah sikit hal-hal macam ni. Itu pasal saya susah nak percaya orang macam awak ni, tahu? Buat kerja pun terkial-kial." Johan yang berada tidak jauh daripada tempat mereka berkumpul melangkah kearah mereka.

"Faiz! Kenapa awak cakap macam tu pada Noorin? Dia buat salah baru sekali. Awak pun pernah jugak buat salah kan? Kenapa nak kena tengking macam tu? Cakap elok-elok kan boleh." Fazlin cuba membela Noorin.

"Encik Faiz Zayani. Kalau rasa saya ni tak boleh diharapkan, saya boleh tarik diri untuk join uruskan program ni. Tak apa. Rasanya tak perlu nak tengking saya depan orang ramai macam ni. Tak perlu nak memalukan saya depan orang ramai macam ni." Noorin menahan sebaknya. Tangan digenggam Fazlin. Kuat. Seolah memberi kekuatan pada Noorin. 

"Iz. Apa kecoh-kecoh ni?" Johan dah berada disebelah Faiz. 

Faiz masih dalam keadan marah. "Tak ada apa lah. Okay. Tak apa. Saya bagi awak masa untuk fikirkan cara untuk dapatkan penceramah jemputan yang lain. Dah lambat. Saya masuk kelas dulu. Hujung minggu ni kita bincangkan balik hal ni." Pagi-pagi dah buat aku hilang mood. Bagus! Faiz berlalu meninggalkan Johan diam tak berkutik bersama dua orang pelajar perempuan yang bersamanya tadi.

Noorin dah mula mahu menitiskan airmata. Fazlin kelihatan simpati dengan apa yang terjadi. Dia cuba mengusap belakang Noorin. Mahu meredakan rasa sebak dihati Noorin. 

"Errr dia okay tak tu?" Johan yang masih berdiri disitu tiba-tiba bersuara.

"Ermm tak apa kot. Awak pergilah masuk kelas. Nasihatkan sikit kawan baik awak tu." Fazlin pula bersuara.

"Okay. Saya pergi dulu. Sorry for what he had done to her. Dia memang macam tu." Jari telunjuk digerakkan kearah kelas dan kemudian pada Noorin yang membelakanginya. 

Fazlin hanya mengangguk dan tersenyum. Johan sudah berlalu menuju kearah kelasnya. 

"Noor. Dah lah tu.. Janganlah macam ni. Kau kan kuat." Bahu Noorin diusap pula.

"Aku tak kisah kalau dia nak marah aku. Memang salah aku. Tapi..." Noorin tak mampu nak meneruskan kata-kata. Airmata terus mengalir. 

"Sssshhhhh. Dah dah. Kejap lagi kau kelas apa?"

"Biology."

"Pergilah makmal cepat. Dah lambat ni." Jam ditangan dikerling.

Airmata yang bersisa diusap perlahan. Dia cuba untuk tersenyum bagi menghilangkan rasa sebu didada.

to be continued...

No comments: