"Sabar. Selagi mana boleh sabar, cuba sabar."
Ayat yang gila ekstrem tiap-tiap kali down, memang selalu lah dengar. Wajib dengar perkataan tu. Kan ?
Mudah untuk menutur kata. Tetapi susah untuk melakukannya.
Jujur, aku pernah tak puas hati mengeluh dengan apa yang selalu jadi pada diri. Sampai satu tahap. Aku cakap.
"Senangnya nak suruh aku sabar. Diorang tak rasa macam mana nak peritnya nak tahan sabar ni."
"Letakkan sabar diatas sabar"
But then, aku sedar satu perkara. Nasihat yang selalu aku dapat. Yang sebenarnya aku masih tak faham. Sampailah sekarang. Baru aku tahu maksud nasihat tu. Sesungguhnya, sabar itu cantik. Macam aku. Haha sekadar gurauan !
p/s : assobrun jameel = sabar itu cantik :)
p/s : assobrun jameel = sabar itu cantik :)
*****
"Sabar dan senyum lebar apabila berdepan dengan sesuatu yang mencabar.
Dan katakan 'Ya masalah! Aku ada Allah'
bukan sebaliknya 'Ya Allah! Aku ada masalah'
Kerana Allah akan selalu ada untuk kita."
-Little Me-
sekian
adios
SSKA
No comments:
Post a Comment