Tuesday, 6 May 2014

Sangkar Jahiliyah 8

"Jumpa kat surau malam ni." Fazlin dah melangkah kearah bangunan asrama bertentangan dengan surau. 

"Okay." 


Noorin meneruskan langkahnya juga kearah bangunan asrama. Mereka berpisah diantara dua bangunan asrama. Kaki terus melangkah. Daki tangga pula. Maklumlah, bilik ditingkat kedua. Sampai tingkat dua, Noorin menuju kearah biliknya yang hanya berada selang beberapa bilik daripada pintu EXIT. 


"Assalamualaikum..." Perlahan Noorin memberi salam. Penat.


"Waalaikumussalam." Syaz dan Najah menjawab serentak. Kemudian berpandangan sesama sendiri. Hairan dengan nada suara Noorin yang lemah. 


"Kau ok?" Syaz bertanya simpati. Penat mungkin. Yelah. Uruskan ihya' memang penat. Tambah-tambah bulan Ramadan macam ni.


Noorin sekadar mengangguk. Kemudian dia bergerak kearah locker. Kunci mangga dikeluarkan daripada pocket baju sekolahnya. Locker dibuka untuk mencari baju kurung. Persediaan untuk malam nanti. Bergerak pula kearah baldi untuk mengambil toiletris. Dia mahu siap cepat. Banyak lagi yang perlu diselesaikan. 


"Jah, dah iron baju?" Baru Noorin bersuara.


"Belum." Ringkas Najah menjawab.


"Nak after? Aku mandi kejap. Nanti kau letak je lah baju aku kat ironbay. Ye?" Noorin dah keluar bilik untuk pergi mandi bersihkan diri.


"Ok." 


Najah menyambung semula membuat kerja sekolah yang terhenti tadi. Siapkan kerja dulu, iron baju baru bersihkan diri. Najah berkira-kira didalam hati. Semuanya perlu dilakukan segera kerana jadual sepanjang bulan puasa diubah sedikit daripada jadual hari biasa. Petangnya, asrama perlu dikosongkan sebelum pukul 5:45 petang. Aktiviti tilawah akan bermula pada pukul 6 petang. 


10 minit lepas tu, Noorin dah balik daripada bilik air. Dan kelihatan cuma Syaz aje yang ada dalam bilik.


"Syaz." Noorin memanggil lepas duduk atas katil.


"Yew." Membalas panggilan Noorin selamba.


"Najah iron baju eh?"


"Haaa ha'ah. Dia suruh bawa sendiri baju kurung kau. Lupa bawa sekali tadi." Sengih.


"Oh. Okay. Thanks." Haih. Agak dah. Bukan boleh percaya Najah ni. Baju kurung diambil untuk dibawa ke ironbay. 


Sampai ironbay, nampak Najah masih tunggu turn untuk iron baju. Noorin menapak kearah Najah. Baju kurung diletakkan diatas tempat iron yang kosong. Kemudian berdiri disebelah Najah untuk sama-sama tunggu turn.


"Betul ke kau ok ni?" Najah membuka tanya.


"Betul." Noorin menjawab ringkas. Dan mengangguk kemudian senyum paksa. 


Heh. Senyum pun plastik, nak tipu aku konon. Noorin. Noorin. Najah hanya sekadar mengangguk. Turn dia pula untuk iron baju. Noorin hanya menjadi pemerhati setia. Memerhati setiap gerak-geri Najah. 


"Woih. Apesal pandang aku macam tu?" Scary lah pulak Noorin ni. Ish.


"Salah ke?" Noorin bertanya kembali.


"Scary ah." Najah sengih. "Takdelah. Kau pandang aku macam nak makan je. Apa kes?" Kalini nada suaranya serius.


Diam. 


"Noor, jangan pendam boleh tak?" Najah dapat mengagak ada yang tak kena pada Noorin.


"Mana ada..." Cepat-cepat Noorin mengalih pandang kearah luar tingkap.


"Jangan bohong aku. I know you close enough."


Diam lagi.


"Noorin Imani." 


Airmata yang tertahan daripada tadi akhirnya jatuh jua. Ada esakan halus disitu. Jelas dipendengaran Najah. Najah menghentikan kerja menggosok dan pandang kearah Noorin. Pantas dipeluk Noorin. 


"Kau kenapa ni? Ceritalah kat aku. Kau buat aku risaulah. Kau pendam macam ni, kau yang sakit nanti." Najah mengusap belakang Noorin.


Noorin meleraikan pelukan. Pipi dah basah dek airmata. Najah pandang dengan penuh simpati.


"Ok. Spill. Now."


"Jah... aku ni jahat sangat ke? Kenapa semua orang pandang serong bila aku try nak buat something new yang baik? Bukannya aku buat ikut suka hati. Aku bincang dengan ustazah dah kot. Apa yang aku buat semua tak kena kat mata semua orang. Salah ke?" Noorin meluahkan. Esakan Noorin makin menjadi-jadi.


"Ssshhhh. Rileks." Bahu Noorin diusap. "Tak. Kau tak jahat. Ok. Noor, listen here. Pandang muka aku ni." Kepala Noorin yang menunduk diangkat supaya wajah mereka bertentang.


Najah menyambung. "Lain orang, lain perangainya. Memang susah sangat nak puaskan hati semua orang. Kau kena pandai catch up dengan surrounding. Sabar. Macam dalam Surah Muzammil, ayat 10 dengan Surah Az-Zumar, ayat 10 jugak. Nanti cari maksudnya. Aku tahu kau boleh. Ok?" Senyum.


"Thanks, Jah." Kata Noorin selepas mengangguk. 


"Takde hal la. Aku dah settle. Turn kau. Ke nak aku gosokkan?" 


"Takpe. Aku gosok sendiri." 


"Ok. Dah. Takmau sedih-sedih. Tak comey. Haha." Najah berseloroh.


Noorin dah buat gaya nak lempar baju kurung miliknya kearah Najah.

"Dan bersabarlah (Muhammad) terhadap apa yang
mereka katakan dan tinggalkanlah mereka
dengan cara yang baik."
[QS Muzammil ; ayat 10]

"Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang 
akan disempurnakan pahala mereka
 dengan tidak terkira."
[QS Az-Zumar ; ayat 10]

*****
"Iman!" Johan memanggil Noorin dari jauh apabila nampak Noorin mula melangkah keluar dari kelasnya.

Ah sudah.. Mamat ni nak apa pulak? Elok dah boleh lari daripada dia selama ni. Alahai. Noorin berhenti melangkah dan memusingkan badan.

"Apa?" 

"Amboi. Garangnya. Awak lari daripada saya ye?" Johan menebak.

"Apa yang awak merepek ni?" Noorin malas nak berhadapan dengan Johan sebenarnya.

"Awak marahkan saya lagi ke?"

"Bila masa pulak saya marah? Mana ada..." Haih. Ya Allah. Tolonglah hantar sesiapa untuk selamatkan aku. Doa Noorin dalam hati.

"Habis yang selama ni awak pindah sekolah, lost contact dengan saya, bukan sebab awak marah?"

"Mana ada..." 

"Dah tu?" Johan masih mahu bertanya.

"Takde sebab." Ringkas Noorin menjawab.

"Tipu."

"Takde sebab pun, Amir."

"Bohong!" Kalini Johan tak mampu berlembut.

"Amir, stop it!" Noorin juga dah naik suara.

"Iman... kita mula semula?" 

Noorin terkejut dengan permintaan Johan. Kepala yang tadi menunduk kini diangkat.

"Gila ke?!" Hanya itu yang mampu terluah oleh Noorin.

"Memang saya gila. Saya gilakan awak!" Kaki Johan dah mula melangkah kearah Noorin. Badan makin rapat. Noorin yang sedar dengan tindakan Johan segera melangkah perlahan ke belakang.

"Amir... what are you trying to do?" Noorin dah takut.

"Please, Iman. Bagi saya peluang. Satu je lagi peluang. Please?" Johan masih mengharap.

"Kalau nak cakap pasal benda ni, sini bukan tempatnya. Benda ni dah lama. Jangan ungkit dan jangan kenang. Saya taknak ingat. Lagipun, dulu kita budak-budak lagi. Tak matang. Sudahlah, Amir. Lupakan je." 

"Tapi saya..." Johan mengambil langkah berani untuk memegang tangan Noorin. Cepat ditepis Noorin.

"Amir!" 

Pang! Percuma kena pelempang dengan aku. Padan muka. Huh! Jatuh beg Noorin lepas tampar Johan.

"Mana pergi iman awak ni? Mati dah? Jangan disebabkan saya, awak tak dapat nak kawal nafsu awak. Sekarang tengah puasa. Kalau dengan macam ni, awak nak kita mula semula, maaf. Selamanya akan saya tolak." Noorin mengambil begnya yang jatuh tadi. Dia sudah membuka langkah untuk beredar. "Maaf sebab berkasar. Saya hanya mempertahankan maruah saya." Dan terus berlalu meninggalkan Johan.

Johan hanya diam. Dia jadi bingung. Kenapa dia sampai mampu memperlakukan Noorin sebegitu? Ya Allah. Sungguh. Aku malu. Dan sungguh. Noorin sudah bukan Noorin yang dulu. Perubahan yang ketara dari segi pemakaian malah lebih ketara dari segi sahsiahnya. Maafkan saya, Iman. Kaki mula melangkah keluar kelas dan bergerak kearah surau. Dia rasa berdosa. 

*****
Kelihatan Johan tekun menyiapkan artikel untuk dibuat salinan esok. Artikel tambahan sepanjang bulan Ramadan akan diagih ke setiap kelas dan ditampal dimana board Dakwah dan Rohani untuk dijadikan bahan bacaan. Kerjanya dibantu Aliff. Meski Aliff ditugas dibahagian alatan namun itu bukan alasan. Bantu membantu memang diterapkan kepada semua pelajar. Aliff membantu untuk melipat artikel-artikel yang sudah disiapkan oleh Johan. 

"Jo." Sepatah Aliff bersuara memanggil Johan.

"Hmm." Johan membalas ringkas. Dia masih leka dengan artikel dihadapannya.

"Siapa Noorin?" 

Kerja terhenti. Dia terkaku sekejap mendengar nama yang disebut Aliff. 

"Kawan. Kenapa?" Johan pula bertanya.

"Yeke kawan? Takde apa. Aku ternampak korang petang tadi kat kelas." Selamba Aliff menjawab jujur.

Buntang mata Johan mendengar kata-kata Aliff. "Kau...biar betul?" Alip ni mana boleh percaya sangat. Hish.

"Lahh baetul lah. Kau kena tampar kan?" Aliff dah sengih. 

"Shushh. Jangan sibuk hal orang. Buat kerja sana."

"Bro, kita kawan. Takkan dengan kawan nak berahsia kot." Aliff cuba memujuk.

Akhirnya, Johan cerita juga. Apa yang berlaku daripada mula dia kenal Noorin sampailah mereka berpisah, lost contact dan jumpa semula disini. Di sekolah ini. 

"Gitu ceritanya." Aliff masih terkejut namun tak ditunjuknya.

"Tapi lepas apa yang jadi petang tadi, aku rasa bersalah. Aku rasa malu. Memang patutlah pun Allah nak pisahkan kami dulu. Rupanya ini hikmah-Nya." Johan bersuara. Kesal. 

"Takpe, bro. Kita masih muda nak fikir pasal benda ni. Rilek. Betulkan diri. Then, baru cari peneman diri." Tepuk bahu Johan. 

"Heh. Jiwang lah kau." 

"Well, aku cakap benda yang betul. Haha." 

"Haha. Yelah. Terima kasih lah." 

to be continued... 

No comments: