Tuesday, 20 May 2014

Sangkar Jahiliyah 18

Pintu dibuka sejurus selepas diketuk.

"Eh?" Fazlin terkejut.

"Lin... Aku aku..." Noorin rasa badannya makin lemah. Dia tak mampu nak berdiri. Kakinya juga semakin longlai. Dan akhirnya dia tumbang betul-betul didepan Fazlin.

"Ya Allah! Noorin!" Fazlin jadi kaget. Tak habis lagi terkejut dengan kehadiran Noorin malam-malam macam ni, ditambah pula dengan Noorin yang tiba-tiba pengsan depan pintu. Double terkejut dia malam ni.

Cepat dipanggil adiknya untuk bantu angkat Noorin. Noorin dibawa ke ruang tamu. Dibaringkan diatas sofa. Dipanggil pula mama dan papa nya. Dia cerita kembali apa yang berlaku sepuluh minit lepas. Mamanya menyuruh Noorin ditempatkan dibiliknya. Tidak elok kalau dibiarkan terbaring saje di ruang tamu. Dan Fazlin terus memindahkan Noorin keatas untuk dibaringkan dibiliknya.

*****
Noorin terasa kepala dia berat. Mata perlahan dibuka. Aku...kat mana ni?

"Dah bangun? Alhamdulillah." Fazlin baru keluar daripada tandas. 

"Lin?" Noorin pelik. Kenapa ada Fazlin pulak ni? 

"Ye saya, Cik Noorin." 

"Mmm...macam mana aku boleh ada kat sini?" Noorin bertanya tanpa sebarang simpang siur.

"Lahhh. Kau yang datang sini malam tadi. Aku buka pintu aje, kau terus tumbang. Tak sempat aku nak tanya apa-apa." 

"Oh." Oh. Pasal benda tu aku lari bawa diri sampai ke rumah Fazlin. Ok. Ingat.

"Kejap lagi kita cerita. Sekarang, bangun dulu, gi gosok gigi. Kita jemaah subuh sesama." Lembut Fazlin mengarahkan Noorin. Persis seperti seorang ibu. 

Noorin mengangguk dan terus berlalu ke tandas didalam bilik yang dia tidur tadi.

*****
Malam itu, abah tekad untuk menceritakan hal yang sebenar. Hal yang membuatkan Noorin sedar dengan apa yang berlaku selama ini.

"Kau bukan ahli keluarga ni."

"Kau bukan darah daging kami."

"Kau bukan keluarga kandung kami."

"Kau takde kena mengena dengan kami."

"Arwah mak jumpa kau kat masjid masa nak tunaikan solat sunat hari raya 18 tahun lepas."

Kata-kata itu cukup buat Noorin faham. Faham dia sudah tidak ada tempat diantara mereka mahupun didalam rumah itu lagi. Buat apa dia terus ada, jika diri terus menerus dibenci. Noorin buat keputusan untuk lari. Dan rumah Fazlin yang dituju. 

"Lebih kurang macam tu lah ceritanya..." Noorin mengesat airmata yang mengalir. 

"Allah... Sabarlah Noorin. Allah sayangkan kau. Sangat sayangkan kau." Fazlin menenangkan Noorin.

"Aku tahu." Noorin cuba untuk senyum meski tak seikhlas mana. "Aku redha. Cuma terkejut dengan berita yang aku dapat ni. Lepas satu, satu lagi."

"Habis, takde sape tahu kau ade kat sini?" Fazlin bertanya.

Noorin geleng kepala. 

"Noor. Salah tindakan kau ni. Dah lah raya pertama macam ni pulak tuhh. Kalau diorang risau macam mana?"

"Diorang takkan kisah kalau aku takde, Lin. Entah-entah suka kalau aku lari macam ni."

"Tapi tindakan kau ni tetap salah."

Noorin diam. Dia tak mampu nak cakap apa dah. Malam tadi lepas dia dapat tahu yang dia hanyalah anak pungut yang mak jumpa di masjid, dia jadi sangat bercelaru. Fikiran dah berkecamuk. Sampailah dia buat keputusan untuk lari ke rumah Fazlin. Agak jauh juga jarak rumah mereka. Dan Noorin pun taktahu kenapa dia ambil keputusan untuk lari ke rumah Fazlin.

Hari pertama raya dah jadi macam ni. Orang lain seronok-seronok, dia pula sedih mengenang nasib diri. Memang ini takdirnya. Dia tak menyalahkan takdir. Dan dia redha. Redha dengan ketentuan daripada Allah untuk dirinya.

to be continued...

No comments: