"Abah, jom balik?" Kak Ngah mengajak abah untuk balik. Abah mula bangun. Tikar mengkuang yang dibawa bersama tadi diangkat dan digulung Achik. Along memegang jug yang berisi air buat siraman atas kubur tadi. Harini hari raya pertama. Mereka sekeluarga pergi tanah perkuburan.
"Adik mana?" Abah tanya.
"Dah naik kereta dulu. Penat katanya." Along menjawab.
Abah sekadar mengangguk. Along, Kak Ngah dan Achik dah mula bergerak untuk pergi ke kereta. Abah masih berada dikubur mak.
"Aisya, abang dah berjaya satukan keluarga kita semula." Kata abah sendirian sambil tersenyum puas.
*****
Apa yang jadi? Alhamdulillah Noorin selamat masa dalam ICU. Doktor cepat bertindak. Selepas beberapa hari lepas tu, Noorin dah berada dalam keadaan stabil. Dia dipindahkan ke wad biasa. Tak lama lepas tu, barulah Noorin sedar daripada 'tidur panjangnya'. Bagaimanapun, dia masih memerlukan rawatan susulan untuk betul-betul sembuh. Dan terpaksa jalani rawatan untuk kansernya pula. Kini, Noorin mampu untuk kembali aktif walaupun masih perlu menjalani rawatan untuk kansernya.
Kak Ngah pula, selepas daripada pembedahan buah pinggang dulu, dia sedar. Dia banyak lakukan kesilapan pada Noorin. Dia malu pada Noorin. Dan dia sudah boleh menerima Noorin sebagai adiknya. Dia sangat sayangkan Noorin. Dia janji akan menjaga Noorin sepenuh hati. Keadaannya yang dulu lumpuh, tidak mematahkan semangatnya untuk melakukan fisioterapi. Sehinggalah dia mampu berjalan sekarang walaupun masih menggunakan tongkat.
Najah, Fazlin, Faiz, Johan, dan Alif sekarang dah lanjutkan pelajaran dalam bidang yang masing-masing minat. Waktu dapat tahu Noorin kritikal dulu, mereka sanggup datang tengok Noorin padahal waktu tu dah hampir nak SPM. Namun, dorongan dan sokongan yang mereka tunjuk untuk bantu Noorin memberi kesan positif. Masa keputusan SPM keluar, mereka memberitahu Noorin yang mereka cemerlang. Noorin sangat gembira untuk mereka. Timbul rasa cemburunya kerana tak mampu nak tunjuk pada abah dan ahli keluarga lain, slip peperiksaan SPM. Namun, dipujuk hatinya untuk tidak terlalu mengikut perasaan. Kerana dia tahu semua ini terjadi bersebab. Dan sebab itu datangnya daripada Dia.
-TAMAT-
*****
alhamdulillah! siap dengan jayanya! haha
jujur, cerpen ini untuk seseorang.
tapi aku tahu dia takkan mungkin nak baca.
semoga terlindung dibawah rahmat-Nya!
sekian
adios
SSKA
No comments:
Post a Comment