"Mana nak dapat tiket waktu-waktu macam ni. Aduh. Dengan migrain ni, masa-masa gini jugak nak datang. Takkan nak berbuka kot. Sayang. Lagi dua jam nak berbuka. Ya Allah..." Noorin sekadar bermonolog.
"Noorin?" Ada suara memanggil.
Noorin tersentak seketika. Suara macam kenal. Perlahan Noorin membuka mata sambil tangan yang mengurut pelipis tadi dialih. Faiz...
"Awak ok tak ni? Daripada tadi saya nampak awak macam ada masalah aje. Awak sakit?" Prihatin Faiz bertanya.
Macam mana pulak mamat ni ada sini ni. Alahai. "Ok. Saya ok." Noorin cuba memaniskan senyuman.
"Sure?" Bertanya lagi memastikan.
Noorin sekadar mengangguk. Dia cuba untuk bangun nak beredar. Kepala berat. Mak, tolong Noorin... Noorin kembali terduduk.
"Noorin. Awak tak sihat ni. Takpe. Awak duduk sini kejap. Jangan gerak mana-mana." Arah Faiz tegas.
Noorin cuba menahan sakit kepala yang makin mencucuk. Ya Allah... Sakit... Jari laju mengurut pelipis. Airmata yang tertahan daripada tadi akhirnya berjuraian tanpa dipinta. Sakit sangat nampaknya.
"Iman!" Johan datang dengan Faiz.
Noorin masih berkeadaan menutup mata dan jari masih mengurut pelipis. Tak larat nak buka mata. Tapi dia tahu itu Johan.
"Awak ada bawa ubat tak ni?" Johan bertanya.
Noorin sekadar mengangguk.
"Boleh tahan lagi ke?"
Angguk lagi. Kepala didongakkan tanpa membuka mata.
"Bas awak pukul berapa?"
"Takde bas..." Norin dah teresak. Airmata keluar untuk kesekian kali. Entah kenapa harini dia sensitif kemain.
Suasana jadi diam.
"What do you mean by 'takde bas' ?" Johan masih berdiri di sebalah tempat duduk Noorin.
"Kena tinggal dengan bas..."
"Lahhh. Habis, awak sorang je la ni?"
Angguk kepala. Aduh. Banyak tanya betul lah. Orang tengah sakit kepala ni.
"Hmmm rehat dulu lah. Lepas ni, ikhtiar macam mana nak dapatkan bas." Karang, lagi aku tanya, melenting pulak. Tak pasal aje. Bagi dia rehat dulu lah.
Faiz dari tadi hanya jadi pemerhati. Johan nak melangkah cari sesuatu untuk berbuka nanti. Cepat-cepat langkah disamakan dengan langkah Johan. Dia masih bingung. Johan macam dah lama kenal aje dengan Noorin.
"Jo." Faiz bersuara.
"Hmm."
"Kau. Dengan Noorin. Macam dah kenal je?"
Johan sengih. "Ingat Iman?"
Muka Faiz berubah. Iman? Kecilnya Malaysia. Kemudian, Faiz mengangguk.
"Itulah dia. Tapi dulu dia lain. Sekarang dah lain."
"Oh." Hanya itu yang mampu Faiz respon.
"Migrain dia datang balik lah tu. Dengan tengah puasa ni, fikiran dia serabut. Kena tinggal bas bagai."
"Oh."
Johan memandang pelik kearah Faiz. "Kau ni kenapa?"
"Tak ada apa." Cepat-cepat Faiz geleng kepala.
"Dah lah. Cari makanan dulu. Sambil-sambil tu, fikir macam mana nak tolong Iman."
"Haaa yelah." Faiz hanya menurut.
*****
Sampai-sampai rumah, dah agak lewat. Dalam pukul 11 malam baru nampak rumah. Itu belum campur kena marah dengan abah. Kena bebel dengan Kak Ngah. Sebab Kak Ngah aje yang duduk tinggal dengan abah. Bang Long dah kerja. Duduk rumah sendiri. Sesekali ada juga lah balik rumah. Achik masih belajar. Sekarang di UiTM Shah Alam. Asasi Perundangan. Dah masuk tahun akhir dah pun. Lepas cuti raya ni dia final exam. Kak Ngah kerja juga. Cuma dia buat bisnes online. Senang. Duduk rumah, tunggu order daripada online. Tak banyak kerja nak kena buat. Itu yang selalu kena bebel kalau balik cuti sekolah.
Elok je masuk bilik sesudah sampai rumah tu, phone Nokia 3310 di-on-kan. Nyata betul tekaan Noorin. 20 misscalled dan 5 mesej daripada Najah. Tak sempat nak baca semua mesej, phone berbunyi tanda ada panggilan masuk. Noorin tekan button hijau.
"Hello. Assala.."
"Hello. Noor. Wey, kau ok tak? Bila sampai rumah? Apesal aku call kau tak jawab? Phone mati pulak tu. Kau pergi mana?" Najah call...
"Waalaikumussalam." Noorin selamba membalas tanpa menjawab soalan bertubi-tubi daripada Najah.
"Eh. Hehe. Sorry. My bad. Assalamualaikum." Najah dah sengih sorang dalam bilik Tepuk dahi dalam diam.
"That is much better. Waalaikumussalam. Aku ok. Jangan risau. Aku baru sampai rumah ni. Baru on phone." Noorin menjawab satu persatu soalan Najah tadi.
"Oh... Eh tapi how come sekarang baru sampai rumah? Bukan patut bas kau awal ke? Dan sepatutnya petang tadi lagi kau dah sampai rumah. Kan?"
Aduh. Kalau dengan Najah ni, memang macam penjenayah dah aku dibuatnya. Tanya gaya penyiasat habis. Haih.
"Errr... Ada masalah sikit tadi. Tapi alhamdulillah ada orang tolong."
"Siapa tolong kau?"
"Budak sekolah kita jugak."
"Itu aku tahu lah. Tapi siapa?"
"Faiz sama Johan."
"Faiz? Pak Lebai tu? Wahhh untung lah kau. Hahaha." Berhenti sekejap. "Eh. Kejap. Johan? Oh my.. Jangan cakap Amir wey?!" Suara Najah naik satu oktaf.
"Ehehe... Memang dia pun."
"Bukan kau cakap kau dah tak contact dia ke? Apesal boleh sampai jumpa dekat stesen bas?" Najah pelik.
"Woi. Dia satu sekolah dengan kita lah, makcik. Aduh kau ni. Loading lah." Noorin dah tepuk dahi.
"Yeke? Kecilnya Malaysia. Hoho. Untung lah jejaka-jejaka yang tolong. Kira ok la. Takde lah aku risau kalau kau ada yang tolong jaga. Hihi."
"Mende lah kau ni. merepek. Dah lah. Aku nak bersihkan diri dulu." Noorin cuba untuk memberhentikan perbualan.
"Lahhh tak mandi lagi? Perghh."
"Aku baru sampaikan tadi. On phone terus kena serang dengan kau. Memang sempat pun nak bersihkan diri." Noorin juling mata keatas.
"Hahaha. yelah yelah. Pergi mandi dulu. Banyak benda nak siasat kat kau ni."
"Elok kau ni boleh jadi lawyer tahu. Jadi penyiasat persendirian ke macam Detective Conan tu. Heh."
"Banyak tengok anime lah kau. Dah. Pergi bersihkan diri dulu. Kemas apa-apa yang patut. Nanti sembang lagi."
"Okay, Jah. Bye. Assalamualaikum."
"Waalaikumussalam."
Meski harini ujian demi ujian melanda diri. Noorin tak menjadikan itu satu halangan. Sebab dia tahu Allah akan sentiasa ada bersama dia. Setiap yang berlaku mesti ada hikmah yang tersembunyi. Itu yang dipegangnya daripada awal dia mula berubah sehingga sekarang. Malam ni, dia rasa bersyukur kerana dia berjaya dan selamat sampai ke rumah. Walaupun sesudah sampai rumah, dia terus kena marah dengan abah.
to be continued...
No comments:
Post a Comment