Thursday, 29 May 2014

Sangkar Jahiliyah 29

Harini Najah dan Fazlin meminta kebenaran untuk melawat Noorin daripada pihak sekolah. Faiz, Johan dan Alif ikut sekali. Mereka bila abah Noorin memberitahu yang Noorin akan mendermakan buah pinggangnya pada Kak Ngah. 

"Noor. Seriusly kau sure dengan apa yang kau buat ni?" Najah tanya. 


Haih. Sebelum ni Along tanya. Harini Najah pula yang tanya. "Ye Najah. Aku sangat sure." Tangan Najah digenggam. Menunjukkan yang dia benar pasti dengan apa yang dia akan lakukan. 


"Tapi kesihatan kau..." Fazlin tak sempat menghabiskan kata-katanya, Noorin dah terlebih dahulu memotong.


"Aku akan ok. InsyaAllah. Janganlah risau. Korang yang terlebih risau ni kenapa. Aku ok je. Chill." Sekali lagi Noorin cuba menenangkan mereka.


"Ok." Ringkas Najah dan Fazlin membalas serentak.


"Cuma aku mintak, doakan aku ye. Tak kisahlah operation tu berjaya ke tidak. Tau?" 


Najah dan Fazlin yang dah menunduk tadi terus mengangkat kepala. 


"Apa kau ni? Jangan cakap benda bukan-bukan lah." Najah marah.


"Hey. Haha. Chill lah Jah. Aku gurau je."


"Gurau-gurau tak kena tempat." Najah marah lagi.


"Ok ok. Sorry." Noorin angkat gaya bersalah. Kemudian mencebik. 



*****
Dua hari lepas tu, pembedahan untuk derma buah pinggang dilakukan. Sebelum pembedahan tu...

"Abah, Along, Achik, Adik nak minta maaf ye. Selama ni adik banyak susahkan semua. Adik degil. Adik selalu buat abah dengan arwah mak susah hati. Halalkan makan minum adik selama ni ye? Doakan pembedahan ni selamat." Noorin memberi kata sebelum masuk ke bilik pembedahan.

"Adik. Jangan cakap macam tu, nak. Adik takde salah. Abah yang selalu buat salah. Abah minta maaf ye." Abah dah mula teresak. Dia cuba menahan daripada tadi. Namun tak mampu.

"Along pun minta maaf. Tak mampu jadi Along yang baik untuk adik." 

"Achik pun." 

Noorin sekadar mengangguk dan menggeleng. Dia tak mampu untuk berkata apa-apa dah. Namun dipaksa untuk membuka mulut.

"Tolong jangan bagitahu Kak Ngah ye yang adik dermakan buah pinggang adik untuk Kak Ngah. Nanti mesti dia benci." 

"InsyaAllah adik."

Noorin ditolak atas katil beroda kearah bilik pembedahan. Mengharapkan semuanya berjalan lancar.

*****
Pembedahan haritu berjaya dilakukan. Cuma... 

"Cik Noorin masih kritikal. Implikasi daripada sakit kansernya memberi kesan yang kuat. Dia terpaksa kami tahan diwad ICU untuk pemantauan yang lebih rapi." 

Semua yang ada disitu terasa lemah lutut lepas doktor berkata begitu. Abah hanya mampu berdiam diri. Begitu juga Along dan Achik. Masing-masing menyalahkan diri sendiri. 

"Encik bertiga? Cik Nisha dah sedar. Bolehlah nak masuk sekarang." Kata jururawat yang berada dalam bilik wad Kak Ngah daripada tadi.

"Oh. Terima kasih, nurse." Along mengucap terima kasih pada jururawat tu sebelum jururawat tu berlalu keluar daripada bilik wad Kak Ngah.

Abah dan Along dah melangkah masuk kedalam bilik wad Kak Ngah. Achik mahu pergi ke tandas sekejap katanya. Lihat Kak Ngah masih berbaring. Namun kelihatan Kak Ngah sudah sedar. 

"Kak Ngah." Lembut abah menegur. Abah cuba tersenyum.

"Adik mana?" Tiba-tiba Kak Ngah tanya. Soalan itu menjadi yang pertamadiucapkan sejak sedar tadi.

Eh? Tiba-tiba pulak tanya pasal adik. Pelik. Mereka bertiga dah pelik dengan Kak Ngah. 

"Adik mana, abah?" Kak Ngah mengulang tanya. 

"Adik...adik kritikal, Ngah. Dia kat wad ICU sekarang." Abah memberitahu.

*****

Sementara dibilik ICU...

Noorin kelihatan terbaring lesu. Mukanya nampak tenang. Dalam lena dan tenangnya, dia bermimpi berjumpa dengan mak.

"Mak?" Noorin nampak mak berpakaian serba putih. Baju kurung putih. Muka mak nampak suci. Sekali lagi dia cuba memanggil. "Mak?"

Mak berpaling dan senyum. 

"Mak!" Noorin memanggil lagi. Kalini lebih ceria sebab betul itu mak. Noorin melangkah cepat untuk dekat dengan mak. Sampai didepan mak, dia peluk mak. Erat.

"Adik." Mak membalas pelukan Noorin. Erat juga.

"Adik rindu mak." 

"Mak pun sayang." 

"Mak, adik minta maaf. Kalau bukan sebab adik, mak takkan tinggalkan kami. Kan?" 

"Sshhh. Jangan cakap macam tu sayang. Tak elok. Dah takdir mak pergi dulu tinggalkan kamu semua."

"Adik nak ikut mak. Boleh?"

Pelukan dileraikan. "Ikut pergi mana sayang?"

"Ikut mak sekali lah."

"Tak boleh sayang." Kepala Noorin diusap pula. "Adik masih belum boleh nak ikut mak lagi. Mereka masih perlukan adik."

"Tapi..." Baru sahaja nak menghabiskan ayat, mak sudah menghilang. 

"Mak?" Noorin memanggil berkali-kali. Namun tidak berhasil. 

Jururawat yang sedang memeriksa keadaan pesakit dan wad ICU terkejut apabila mendapati dada Noorin tiba-tiba berombak. Cepat-cepat jururawat itu keluar daripada wad untuk memanggil doktor.

Achik yang baru keluar tandas nampak doktor melangkah laju kearah wad ICU. Tanpa buang masa, cepat juga kaki melangkah ke bilik wad Kak Ngah untuk memanggil yang lain. Sampai dibilik wad Kak Ngah, pintu dibuka ganas.

"Abah! Along!" Achik memanggil.

"Kenapa ni, Chik?" Along bertanya pelik.

"Adik! Adik!" Macam orang tak cukup nafas Achik menuturkan.

"Kenapa dengan adik?" Abah pula bertanya. Cemas.

"Wad ICU sekarang!" Achik tak mampu berkata panjang.

Mereka dah mula nak bergerak ke wad ICU.

"Kak Ngah nak ikut juga." Kak Ngah bersuara. 

Kerusi roda yang dah tersedia ada disudut bilik dicapai Along. Dan Kak Ngah didudukkan diatas kerusi roda itu. Kemudian, mereka berempat segera bergerak ke wad ICU.

to be continued...

No comments: