Friday, 2 May 2014

Sangkar Jahiliyah 7

Faiz dah meletakkan begnya diatas kerusi. Dia cuba membetulkan nafasnya yang lari entah kemana. Entah kenapa tiba-tiba sahaja dia naik hantu tadi. Emosinya seperti tidak stabil. Mungkin kerana dia masih belum biasa berurusan dengan mana-mana pelajar perempuan selain daripada Fazlin atau ahli Dakwah dan Rohani sendiri. Haih. 

"Iz." Johan dah masuk kedalam kelas. Mejanya bersebelahan dengan meja Faiz. Duduk di kerusi kemudian dihadap kearah Faiz. "Kau ok tak ni?" Tanya Johan.

Faiz hanya berdiam diri. Maka, tahulah Johan bahawa dia tidak dibenarkan mengganggu kawannya yang seorang itu. Johan membiarkan Faiz reda marahnya terlebih dahulu. Lepas ni, memang kena lah bersoal jawab dengan aku.

*****
Dalam bilik di asrama.

"Jo..." Faiz bersuara.

"Ye."

"Aku rasa bersalah lah..." Faiz meluahkan rasa hatinya.

Johan angkat muka kemudian memandang Faiz. "Kenapa?" 

Faiz buat muka. "Kau ni... yang tiba-tiba nak blur ni kenapa? Haih.. Pasal pagi tadi lah.." 

"Oh." Johan diam seketika sebelum kembali bersuara. "Apa citer sebenarnya ni? Aku tak faham."

"Alaa. Noorin tu lah. Last minute cakap penceramah jemputan cancel tak jadi datang. Mana nak tahu aku boleh pergi tengking dia depan bebudak lain tadi... Kau tahu aku cemana kan?" Faiz menerangkan perkara sebenar.

Oh gitu. Johan sekadar mengangguk.

"Apa patut aku buat?" Faiz masih mengharap jawapan daripada Johan.

Johan memang kenal sangat dah perangai Faiz ni. Memang susah nak bergaul dengan mana-mana budak perempuan. Kalau bergaul pun untuk perkara-perkara penting sahaja. Daripada dulu lagi. Bukan macam dia. Duk bersosial sampai tak ingat batas. Tapi itu dulu. Sekarang dia pun masih dalam proses memperbaiki diri atas bantuan Faiz dan ustaz.

"Pergi je lah minta maaf." Lama berdiam diri, barulah Johan bersuara.

"Bab ni yang aku lemah ni. Tolonglah aku, Jo." Faiz buat muka seposen dia.

"Masalah kau, kau selesaikan. Aku takmau masuk campur."

"Alah, Jo. Please..." Sekali lagi Faiz cuba memujuk. Mana tahu berhasil.

"Haih. Fine. Nanti aku tolong cakap kat Alin." Akhirnya Johan mengalah.

"Yes! Thanks wey! Ni yang buat aku sayang kau ni." Faiz dah bangun daripada katilnya untuk memeluk Johan yang berada dimeja belajar.

"Wo wo. Takpe takpe. Kau simpan niat kau nak peluk aku tu esok ke bila-bila. Aku nak siapkan homework Cikgu Zainab dulu. Kau dah siap?"

"Eleh. Yelah." Faiz mencebik kemudian menyambung. "Dah."

"Pehhh. Bukan nak tunggu aku. Ni yang nak merajuk ni. Tak tolong kau karang." Johan mengugut.

"Ape ni. Main ugut-ugut. Tak aci. Aku cari kau kot petang tadi. Kau yang hilang. Salahkan aku pulak."

"Aci kat India. Ada aku kisah?"

"Ssshhh!!! Woi! Diamlah! Memekak tengah-tengah malam pulak." Dengar suara lain.

Kan dah kena sound. Johan dan Faiz berpandangan. Kemudian mereka ketawa perlahan.

*****
Selepas itu, Johan pergi berjumpa Fazlin untuk memberitahu tentang hal yang terjadi antara Faiz dan Noorin. Johan meminta tolong untuk Fazlin sampaikan salam permaafan Faiz kepada Fazlin. Pada mulanya, Fazlin tidak mahu masuk campur. Namun, setelah dipujuk oleh Johan, akhirnya Fazlin bersetuju.

Dan ketika itu, Najah dan Noorin sedang dalam perjalanan ke koperasi sekolah untuk membeli sedikit bekalan. Bekalan makanan dah habis stok. Kena beli cepat. Nak tunggu hujung minggu memang susah lah. Mereka bukan jenis yang rajin outing. Fazlin segera melangkah kearah mereka. 

"Najah! Noorin! Wey tunggu jap." 

Langkah mereka berdua terhenti apabila mendengar nama mereka diseru. Dan menoleh. 

"Heee. Nak join?" Fazlin dah berada disebelah Noorin.

Najah dan Noorin sekadar mengangguk dan senyum tanda setuju. Meneruskan langkah yang terhenti tadi. Sesudah sampai dihadapan pintu koperasi, Fazlin menarik tangan Noorin untuk lebih senang dia memberitahu hal sebenar.

"Kenapa?" Noorin bertanya.

"Err aku nak cakap sesuatu ni." Kata Fazlin seolah berbisik.

"Apa?" 

"Faiz."

Wajah Noorin berubah saat nama itu meniti dibibir Fazlin. "Kenapa dengan dia?" 

"Dia kata dia minta maaf. Dia tak sengaja nak marah kau macam tu kelmarin."
Malasnya nak fikir dah pasal benda tu. Noorin mengeluh. "Aku tak suka main pesan-pesan macam ni. Kau faham kan maksud aku?"

Fazlin mengangguk. "Tapi Noor..."

Belum sempat Fazlin menghabiskan kata, Noorin sudah memotong. "Kalau dia nak minta maaf, suruh dia minta maaf sendiri." Noorin berlalu kedalam koperasi.

"Ok." Balas Fazlin ringkas.

Selepas itu, Fazlin memberitahu Johan yang Noorin mahu Faiz meminta maaf sendiri. Bukan melalui siapa-siapa. Seperti jangkaan Johan. Noorin masih Noorin yang sama meskipun pada pandangannya, Noorin nampak berbeza.

to be continued...

No comments: