Kami yang mendengar mengucap syukur tak henti. Abah menarik nafas lega.
"Abah jangan risau-risau lagi dah ye. Kak Ngah dah okay." Noorin menyentuh tangan abah. Dia terpaksa duduk atas kerusi roda sekarang. Kesan rawatan itu menyebabkan dia tak mampu nak bergerak lebih. Terbatas. Abah sekadar mengangguk dan senyum. Kepala Noorin diusap.
"Adik pun jangan risau dah. So, sekarang, rehat. Jom balik bilik." Along menyampuk serentak menolak kerusi roda untuk membawa Noorin balik ke bilik wadnya.
*****
Selepas dua hari tidak sedarkan diri, Kak Ngah mampu membuka mata.
"Aku kat mana ni?" Kak Ngah bertanya pada diri sendiri.
"Cik kat hospital." Jururawat yang incharge bilik wad Kak Ngah menjawab.
"Kak Ngah." Abah masuk membawa buah. Along ada, Achik ada, Noorin pun...ada. Dia buat apa kat sini?!
"Kenapa budak perempuan tu ada sini? Kak Ngah taknak tengok muka dia." Kak Ngah memang tunjuk rasa bencinya pada Noorin.
"Kak Ngah! Kenapa cakap macam tu pada adik kamu?" Abah marah.
"Eh Ngah. Kau ni, sakit-sakit macam ni pun masih nak bertekak kenapa? Kira untunglah dia nak jenguk kau kat sini." Achik pula bersuara.
"Kisah pulak aku dia nak jenguk ke tidak. Takde yang untungnya lah."
"Takpelah. Adik keluar. Kak Ngah tak suka adik ada sini. Bagi Kak Ngah rehat dulu." Noorin senyum paksa dan memusingkan kerusi roda untuk keluar daripada bilik itu.
"Keluar keluar. Tak payah nak buat muka kesian kat sini. Meluat aku tengok."
"Kak Ngah!" Serentak mereka bertiga bersuara memarahi Kak Ngah.
Kak Ngah sekadar menjeling. Saat dia cuba bangun untuk menyandar, dia rasa pinggangnya sakit. Sakit yang teramat.
"Ngah. Kau ok tak ni?" Along yang perasan, terus bertanya.
"Sakitlah pinggang orang, Long."
"Panggil doktor Chik." Arah abah.
"Haaa haaa yelah." Achik keluar bilik untuk memanggil doktor. Noorin yang masih berada diluar bilik itu, pelik. Achik kembali bersama seorang doktor.
Belum sempat Achik masuk kedalam bilik wad Kak Ngah, Noorin dah panggil. "Achik! Kenapa?"
Achik datang dekat pada Noorin dan sekali gus menolak kerusi roda untuk dibawa masuk kedalam bilik wad Kak Ngah.
*****
Doktor membawa mereka keluar daripada bilik wad Kak Ngah selepas keadaan kembali tenang. Kak Ngah meracau pula tiba-tiba bila dia sakit pinggang tadi. Tambah dengan kaki yang tak boleh gerak. Memang habis semua barang yang ada depan mata, Kak Ngah baling. Mujur jururawat cepat ambil tindakan. Lepas bagi ubat penenang tadi, keadaan kembali stabil.
"Doktor. Kenapa anak saya jadi macam tu?" Abah segera bertanya sesudah keluar daripada bilik wad Kak Ngah.
"Buah pinggangnya rosak untuk kedua-dua belah. Kakinya lumpuh. Maknanya dia akan lumpuh separuh badan." Tenang sahaja doktor tu memberitahu.
Abah dah terduduk. Ya Allah. Ujian lagi.
Doktor tu sambung. "Buat masa ni, kita masih menunggu sesiapa yang sudi untuk mendermakan buah pinggangnya."
"Ambil buah pinggang saya aje untuk derma." Abah cepat memberi cadangan.
"Maaf encik. Berdasarkan rekod encik, kumpulan darah encik tak sama dengan Cik Nisha."
"Saya, doktor." Along pula mencuba.
"Saya pun, doktor." Achik juga mahu.
"Encik berdua ikut saya. Kita buat ujian darah dulu."
Kedua-dua lelaki itu mengangguk setuju dan mengikut doktor tadi untuk melakukan ujian darah. Selepas selesai membuat ujian darah, mereka sama-sama menunggu keputusan ujian. Doktor keluar daripada bilik ujian.
"Maaf encik. Kedua-dua ujian darah tak sama kumpulannya dengan darah Cik Nisha."
Hampa. Apa lagi yang perlu mereka lakukan. Kalau nak tunggu penderma yang betul-betul sesuai memang lambat.
"Saya nak buat ujian tu doktor." Noorin memberanikan diri bersuara.
Semua mata terarah pada Noorin.
"Boleh. Ikut saya."
Along membantu Noorin menolak kerusi rodanya untuk pergi membuat ujian darah.

"Adik sure nak dermakan buah pinggang adik pada Kak Ngah?" Along tanya memastikan. Bukan apa. Dia risau. Sebab doktor kata akan ada side-effect kalau Noorin masih nak dermakan buah pinggangnya. Dengan keadaannya yang masih sakit begini.
Noorin angguk kepala. "Sure, Long." Senyum.
"Along risaulah."
"Nak risau apa? Takde apalah." Noorin cuba menenangkan Alongnya. Dia senyum untuk menghilangkan rasa risau dalam diri Along.
"Adik tak ingat ke apa yang doktor cakap tadi?"
"Ingat. Along takyah risau. InsyaAllah. Takde apa." Noorin senyum lagi. Meyakinkan Along.
"Ehmm. Kalau itu dah keputusan adik, Along dengan yang lain ikut aje." Along cuba untuk tersenyum. Meski pahit.
to be continued...
No comments:
Post a Comment