"Noor?" Alif menegur.
"Eh, Alip." Cepat-cepat dia cuba untuk membuang kesan airmata.
"Kau nangis eh?" Alif cuba meneka.
"Mana ada. Aku tak nangis ah."
"Ala tak payah tipu aku. Aku nampak tadi. Apesal?"
"Mana ada..." Suara Noorin makin perlahan.
"Kau nangis sebab kau sedih eh nak habis Ramadan dah?"
Erk. "Heh. Lebih kuranglah." Noorin sekadar berbasa-basi.
"Rileks. Tahun depan ada lagi. InsyaAllah kalau..." Tak sempat nak habiskan ayat, ada yang memotong.
"Ehem ehem. Sakit pulak tekak ni. Oi kalau rasa nak date berdua, tunggulah habis puasa dulu. Kawal nafsu tu sikit." Shima dah mula main peranan.
"Eh yang kau nak sibuk kenapa?" Alif membalas. Memang lama dah dia sabar dengan Shima ni. Dulu duk sebar fitnah pasal aku date dengan Noorin. Siapa tak bengang?
"Alip. Dah lah. Biar aje." Noorin cuba menghalang.
"Aku ni taknak lah tanggung dosa sebab tak tegur korang. Nanti masuk neraka! Eeeiii taknak taknak." Makin galak pula Shima ni main peranan.
"Oh. Tahu takut dosa. Agak-agaknye kan yang kau tengah buat sekarang ni bukan dosa ye? Duk buat cerita bohong. Lepas tu, sebar macam kau sebar tepung atas lantai. Habis semua orang nampak salah kami. Itu bukan dosa lah?"
"Alip..." Perlahan Noorin cuba menahan lagi.
"Kejap, Noor. Bagi aku habis cakap dengan minah tak sedar diri ni." Dia memandang Noorin.
Kemudian menyambung lagi. "Eh, minah. Dengar ni aku nak cakap. Pertamanya, aku hargai sangat-sangat atas teguran kau tu. Terima kasih banyak. Tapi kan ke lagi elok kalau perbetulkan diri tu jugak. Molek dipandangan orang lain, molek dipandangan Allah jugak. Ni kau konon nak tegur, tapi tak siasat. Konon nak buat baik, tapi untuk dapat pujian orang. Macam takde point je. Aku dah cakap habis baik dah ni. Bawak-bawak lah insafkan diri tu." Lembut Alif bersuara membalas kembali.
Shima kelihatan macam agak terkaku sekejap. Tak lama lepas tu, dia berlalu tanpa kata. Malu mungkin. Alif dan Noorin dah pandang sesama mereka. Alif mengangkat bahu tanda dia taktahu nak cakap apa. Noorin hanya tersenyum dan dalam diam dia hanya mampu mendoakan yang Shima berubah. Berubah kearah yang lebih baik.
Masing-masing dah buat kerja semula. Harini mereka buat majlis kecil-kecilan sempena Ramadan. Sekali dengan Majlis Khatam Al-Quran. Memang biasa, hari-hari terakhir puasa disekolah mereka akan buat majlis. Erat hubungan antara cikgu-cikgu dengan anak murid. Sebab cikgu-cikgu pun dijemput sekali. Ahli Dakwah dan Rohani buat tugas masing-masing dengan baik.
Faiz sangat gembira dengan kerjasama rakan-rakan yang banyak membantu. Puas hati dengan program yang berjaya dikendali dengan baik. Sungguh. Dia berterima kasih pada Noorin dengan usaha dan sikap Noorin yang sangat positif sepanjang uruskan Program Ihya' bersama. Sedikit sebanyak membuatkan dia tertarik dengan Noorin. Tertarik dengan perwatakan yang dibawa Noorin. Yang kadang membuatkan dia tersenyum sendiri.
*****
"Seronoknya nak balik kampung. Raya!!! Hahahah." Syaz tengah kemas baju-baju untuk diletak dalam beg.
"Noor, tak kemas lagi ke?" Najah pula bersuara.
Noorin hanya menggeleng perlahan dan senyum hambar.
"Kau balik dengan apa nanti ni?" Tanya lagi.
"Bas." Ringkas Noorin jawab.
"Naik bas. Dengan tak pack apa-apa lagi. Kau jangan cari pasal wey. Tertinggal bas nanti." Ah. Sudah. Bila Najah dah mula membebel...
"Nanti malam aku pack lah. Nak buat homework ni dulu. Barang aku bawak balik nanti tak banyak manapunmacam korang." Selamba Noorin menjawab.
"Oi. Perli seyhh." Syaz dah buat muka.
"Hahaha. Tapi aku cakap benda betul. Bukan fake." Noorin jelir lidah.
"Aku potong lidah tu satlagi, tahu lah." Syaz masih tak puas hati dengan Noorin.
"Hoi. Udah lah tu. Sambung dengan kerja memasing. Kejap lg, homework kemana. Packing pun entah kemana." Najah macam mak-mak. Membebel daripada tadi. Itu yang best. Boleh manja-manja dengan dia ni.
"Yelah." Serentak Noorin dan Syaz bersuara sebelum menyambung kerja masing-masing.
Dan mereka sama-sama ketawa. Bahagia.
*****
Harini dah mula masing-masing sibuk dengan hal nak-balik-pukul-berapa-esok. Telefon mak ayah untuk memberitahu dibenarkan balik pukul berapa. Telefon atuk untuk datang ambil pukul berapa. Semua macam teruja.
"Jo, kau naik bas kan?"
"Macam biasa lah." Johan menjawab.
"Hehe. Join kau sekali lah. Ayah aku tak dapat nak amik. Ada hal." Faiz berkata lagi.
"Serius? Woahh bukan senang nak tengok kau naik bas. Ada teman lah aku esok."
"Ceh. Aku pun nak merasa naik bas jugak. Tapi nanti kita berpisah. Cane, Jo? Aku tak biasa naik bas ni..." Faiz dah risau.
"Belajar lah naik bas, pak lebai oi. Nanti mintak tolong sesape lah kalau ada yang sekali dengan kau. Alahai." Mata dah tertumpu kembali pada cikgu dihadapan kelas. Sejarah. Memang kena tumpu betul-betul. Nanti tak pasal kena piat telinga dengan Cikgu Zainab.
"Oh ok ok. Hehe." Sengih kerang busuk diberi.
"Fokus. Cikgu Zainab piat telinga kau nanti." Johan menegur.
Faiz kembali menghadap depan dan mula fokus untuk subjek yang menjadi kegemarannya sejak dua tahun lalu. Johan pun sama.
to be continued...
No comments:
Post a Comment