Sunday, 18 May 2014

Sangkar Jahiliyah 15

"Adik." Achik ketuk pintu bilik. Noorin dengar. Tapi dia tak mampu nak bangun untuk membuka pintu mahupun menyahut panggilan Achik.

"Achik..." Suara Noorin serak dek kerana asyik menangis daripada tengahari tadi. Perlahan suaranya memanggil tidak mampu menembusi pintu kayu biliknya.

"Adik." Sekali lagi Achik memanggil. Kenapa pulak susah budak ni nak menyahut? Selalu cepat aje pintu bilik ni dia buka.

Ya Allah. Sakitnya badan. Sakitnya kepala. Kuatkan aku, Ya Rabb. Kuatkan aku... Noorin cuba juga untuk bangun. Dahi berkerut menahan pedih birat akibat kena libas dengan tali pinggang abah. Kaki cuba digagahkan untuk menampung badan. Perlahan dia cuba bangun. Kepala masih terasa berat. Saat dia cuba untuk berdiri, dia rasa badan tak mampu diimbangi. Dan...

Gedebuk!

"A...dik?" Kenapa bunyi macam ada orang jatuh kat dalam bilik? Cepat-cepat Achik cuba memulas tombol pintu. Kunci? Noorin takkan kunci bilik kecuali waktu nak masuk tidur. Tapi sekarang baru pukul 8.

Achik mula memanggil Kak Ngah. "Ngah! Angah!"

"Mende?" Kak Ngah menjawab malas dari arah ruang tamu.

"Sape kunci bilik adik ni?"

"Mana la orang tahu. Tanya lah abah."

"Ngah! Ambil kunci! Cepat!" Tak hirau apa yang Kak Ngah cakap. Dia pasti mesti ada sesuatu yang dah jadi petang tadi.

"Ambil lah sendiri." Kak Ngah sekadar berbasa-basi.

"Kau ni. Achik mintak tolong sikit pun susah! Entah apa jadi pada adik dalam bilik pun kau taknak ambil tahu kan?" Achik terus ke tempat menyimpan segala jenis kunci yang ada. Kunci bilik Noorin dicari. Jumpa!

Melangkah kembali ke bilik adiknya. Dia risau. Risau kalau apa-apa jadi pada adiknya. Kunci disuakan pada tombol. Saat membuka pintu, dia ternampak sekujur tubuh terbaring atas lantai.

"Ya Allah! Adik!" Pantas meluru kearah adiknya.

"Achik..." Noorin bersuara dalam keadaan separuh sedar. Serak.

"Adik.. Kenapa boleh jadi macam ni?" Achik dah cemas. Dia cemas tapi tak mampu berbuat apa-apa. Kerana ada halangan yang membuatkan pertolongannya terbatas. Apa aku patut buat ni?

"Achik..." Noorin masih cuba bersuara. Meski dia sudah terasa lemah.

Achik tak mampu berfikir panjang. Pantas badan Noorin dicempung dan diangkat keluar bilik. Noorin menahan sakit. Dan perlahan-lahan pandangan matanya kabur. Dan terus lenyap...

*****
"Adik encik terpaksa kami tahan di wad dahulu sebab kondisinya yang lemah." Kata doktor perempuan kecil molek lepas periksa Noorin tadi.

"Ok. Terima kasih doktor." Achik senyum sebelum doktor itu berlalu. Kemudian memandang kearah Kak Ngah yang sedang membelek telefon bimbitnya. Sengih sorang. Apa yang seronok sangat entah. Dan dia mula menapak kearah Kak Ngah.

"Ngah." Perlahan Achik memanggil.

"Hmm." Kak Ngah jawab layan tak layan.

"Kenapa adik jadi sampai macam tu?"

"Angah taktahu." 

"Bohong."

"Betul lah." 

"Stop. Playing. The. Phone. When I am talking to you." Telefon Kak Ngah dirampas.

"Angah kata angah taktahu tu taktahu lah. Susah sangat nak percaya kenapa?" Kak Ngah merengus geram. "Bagi lah balik phone angah!" 

"Achik takkan bagi balik selagi achik tak dapat jawapan. Answer me first." Achik mambuntangkan mata.

"Hish! Dia kena pukul dengan abah..." Kak Ngah memberi jawapan.

"Kenapa?" 

"Sebab dia tak puasa..."

"Sebab dia tak puasa ke sebab angah yang kata dia tak puasa?"

Kak Ngah dah cuak. "Mana ada!" Cepat-cepat dia menafikan kata-kata Along.

"Tak payah tipu, Ngah. Achik nampak bekas-bekas plastik jajan yang ada dalam bilik kau. Kau yang tak puasa lepastu kau tuduh adik pulak. Kan?" Achik serkap jarang. Memang dia nampak bekas-bekas plastik jajan dalam bilik Kak Ngah. Cuma dia tak pasti bila Kak Ngah nya menghabiskan semua isi dala plastik jajan itu.

"Memang Angah yang tuduh. Angah benci dia! Sebab dia mak kita mati tau. Sedar tak achik?" 

"Mak kita, mak dia jugak Ngah."

"Tak! Dia bukan sape-sape. Angah benci dia!" Suara Kak Ngah mula meninggi. Mujurlah mereka berada diluar bilik wad yang menempatkan Noorin.

"Angah. Kawal sikit emosi tu. Ni hospital bukan rumah."

"Aku kisah apa? Dah! Bagi balik phone! Dah dapat jawapan kan?" Kak Ngah merampas kembali telefon bimbit miliknya ditangan Achik. 

Achik hanya menggeleng. Tanpa disedari, ada telinga mendengar perbualan mereka. Noorin dengar. Jelas. Nyata Kak Ngah sungguh membenci dirinya. Dia jadi semakin bingung. Kenapa dia dibenci sampai begitu? Apa kaitan dia dengan kematian mak? Sungguh. Noorin buntu. Dan dia hanya mampu menangis dibalik pintu yang menghalang sesiapa melihatnya.

to be continued...

No comments: