Sunday, 25 May 2014

Sangkar Jahiliyah 22

"Alhamdulillah. Dah sedar." Doktor Masyitah yang datang untuk memeriksa Noorin terus mengucap syukur apabila melihat Noorin sudah mula untuk sedar.

"Mm...macam mana saya boleh ada kat sini, doktor?" Lemah suara Noorin bertanya. Tangan kiri yang bercucuk jarum untuk saluran air yang tergantung diangkat pelik. 

"Awak pengsan semalam. Badan awak lemah. Saya terpaksa tahan awak dalam wad ni." Tenang Doktor Masyitah menjawab. Jururawat yang lengkap beruniform putih masuk dengan membawa alat untuk memeriksa darah tinggi. Doktor Masyitah kembali menulis laporan untuk pesakitnya yang satu ni. 

"Awak rasa macam mana sekarang? Masih lemah lagi?" Doktor Msyitah bertanya. 

Noorin sekadar mengangguk. Dia tak larat nak menjawab. Kepalanya masih terasa berat.

"It's okay. Awak rehat dulu. After this, I'll come again to get check on you." Doktor itu sudah keluar daripada bilik bersama jururawat tadi.

Tak lama lepas itu, abah masuk. Wajah yang agak sugul sejak semalam kembali ceria apabila mendapat tahu Noorin sudah sedar. Kemudian Along pula masuk.

"Adik." Sedikit nada ceria cuba abah pancarkan. Noorin yang baru nak lelapkan mata terus tak jadi bila terdengar suara yang sangat dia kenal.

"Alhamdulillah adik dah sedar." Along pula bersuara.

"Buat apa datang sini?" Hanya itu yang mampu Noorin balas. Bukan dia nak jadi kurang ajar atau jadi anak tak kenang budi. Dia terkejut. Wajah tak pula dipandang menghadap mereka. Badan dipalingkan membelakangkan mereka. Jangan nangis, Noorin. Jangan nangis.

"Adik marahkan abah ye?" Abah dah melabuhkan punggung diatas kerusi bersebalahan katil yang Noorin baring. Perlahan kaki Noorin yang terlindung dengan selimut itu disentuh. Noorin masih berdiam diri. Kaki yang terasa disentuh itu perlahan ditarik. 

"Tolong keluar. Nak rehat. Maaf." Noorin bersuara. Mengarahkan supaya dua orang tetamu yang datang melawatnya untuk pulang. Noorin masih mencuba untuk menahan tangis. Selimut ditarik memenuhi badan konon nak tidur.

"Takpe lah kalau macam tu. Kita balik dululah, Long. Adik nak rehat." Abah dah mula untuk bangun. "Abah mintak maaf adik. Abah minta maaf." Perlahan abah membisikkan kata maaf sebelum mencium dahi Noorin.

Saat terdengar derapan kaki dua orang insan yang sangat dia sayang keluar daripada bilik itu, dia tak mampu menghalang. Bunyi kuakkan pintu ditutup cukup membuat dia mengagak yang mereka sudah keluar daripada bilik itu. Tanpa ditahan, airmata merembes keluar. Noorin teresak-esak menahan sedu tangisnya.

Lamanya tak rasa abah buat macam tu tadi. Rindunya nak bermanja dengan abah macam dulu... Abah... Dan Noorin terus menangis hingga terlena dalam tangisnya.

*****
"Aku taknak buat treatment tu." Noorin protes.

"Kenapa degil sangat ni?" Najah macam nak hilang sabar. 

"Taknak." Noorin protes lagi.

"Noor. Janganlah macam ni. Buatlah treatment tu. Ye?" Fazlin masih cuba memujuk.

"Taknak, Alin. Aku taknak." Noorin mula merengek macam anak kecil. 

"Bukan susah pun Noorin. Nak suruh buat treatment je." Najah pula bersuara. Kalini lebih lembut.

"Yang kena buat tu nanti, aku. Bukan kau orang. Senanglah cakap. Senanglah suruh aje." 

"Untuk kesihatan kau jugak. Bukan untuk aku. Bukan untuk Alin. Please lah Noorin. Jangan degil."

"Aku taknak!" Noorin mula tinggi suara.

Eh budak ni. Nak bertekak dengan aku pulak dah ke? Najah masih bersabar.

"Bagi aku sebab kenapa kau taknak buat treatment tu." Tegas Najah bersuara.

"Aku tetap akan mati jugaklah kalau buat pun! So, takde beza!" Noorin sudah tak betah untuk disuruh melakukan rawatan itu. Bukan itu yang menjadi alasan utama. Cuma dia tak mahu menyusahkan orang lain.

"Noorin! Jangan cakap macam orang takde akal boleh? Aku dengan Alin paksa kau buat treatment bukan untuk kepentingan kami. Untuk kesihatan kau jugak. Kami sayangkan kau. Semua orang sayangkan kau. Please lah Noorin. Kalini je aku mintak untuk kau fikirkan pasal diri kau." Najah dah mula hilang sabar. Fazlin disebelah cuba menenangkan Najah. 

"Sabar Jah sabar. Kita bagi dia fikir dulu. Noorin tengah serabut tu. Biar dia tenang dulu." Fazlin masih cuba menenangkan Najah.

Noorin hanya diam membatu. Dia cuba menahan rasa. Dia jadi keliru. Dia jadi buntu. Memang ikut rancangannya, dia belum bersedia untuk buat rawatan itu. Dia perlukan masa. 

"Noorin. Aku tahu kau masih boleh fikir mana baik, mana buruk. Kami mintak maaf kalau cara kami ni salah. Kalaupun kau tak sayangkan kami, sayangkan diri sendiri. Jangan seksa diri kau terus menerus macam ni. Mintak maaf sekali lagi. Jom, Najah." Fazlin memberi kata sebelum keluar daripada bilik wad. Najah masih berkira-kira untuk keluar. 

"Sorry. Aku tak patut push kau. Just nak cakap. Kesiankan lah abah dengan arwah mak kau. Kau taknak susahkan diorang kan? Tapi dengan berdegil macam ni bukan caranya." Najah dah mula nak melangkah keluar daripada bilik wad Noorin. Membiarkan Noorin sendirian. Memberi ruang untuk Noorin membuat keputusan yang betul. 

to be continued...

Sangkar Jahiliyah 21

"Assalamualaikum, Lin!" Najah memberi salam. Fazlin yang baru nak membuka pintu wad yang menempatkan Noorin, terhenti. Dia memandang kearah suara yang memanggil namanya.

"Najah! Apesal lambat?" Fazlin melepaskan nafas lega. 

"Dah bagi salam, wajib jawab salam." Selamba Najah perli.

Fazlin dah tepuk dahi. Kan dah kena dengan Najah. "Waalaikumussalam. Hah! Apesal lambat?" 

"Sedara aku datang rumah lah tadi. Terpaksa hold kejap. Sorry. Noorin macam mana?" Najah memberi alasan. Memang betul pun tadi keluarga Mak Lang datang. Mana nak dapat agak. Mak Lang kalau datang, mesti mengejut. Tahu lah hari raya. Tapi kurang-kurang, bagitahu. Takdelah kelibut macam tadi. Ini pun tak habis mengah lagi ni.

"Telepon lah aku, makcik. Kau buat aku cuak je duk kena tunggu sorang-sorang kat sini. Dah lah yang ada semua, lelaki." Fazlin tunjuk tanda tak puas hati. Pertanyaan Najah dibiar tak berjawab.

"Sorry lah. Bukan sengaja. Noorin macam mana??" Sekali Najah bertanya.

"Oh haaa. Tadi doktor kata dia lemah. Darah tinggi naik." 

"Seriusly? Ya Allah... Noorin..." Muka Najah jelas kelihatan risau. "Kenapa boleh jadi macam tu?" Kemudian bertanya pada Fazlin inginkan kepastian.

"Takpe. Kita masuk dulu. Tengok keadaan Noorin. Sambil-sambil tu aku cerita." Fazlin pelawa Najah untuk masuk.

"Haaa ok ok." Najah dan Fazlin masuk kedalam bilik wad untuk melihat keadaan Noorin.


*****
"Wey! Serius lah?! Noorin tak bagitahu apa-apa pasal kanser tu pada aku pun." Kalini Fazlin pula yang terkilan.

"Aku ingatkan kau tahu. Aku ingatkan Noorin dah bagitahu." 

"Takde. Sepanjang semalam dia nangis pasal masalah keluarga dia je. Takde pun nak cerita pasal dia sakit apa-apa." 

"Oh kiranya, anak ni tahu lah yang anak pakcik sakit?" Abah dah masuk dalam bilik wad. Pintu sekali lagi terkuak disebabkan Along dan Achik. Najah dan Fazlin terkejut sekejap. 

"Ha..ha'ah pakcik. Saya ada call dia lepas dia keluar hospital haritu." Najah menjawab serba salah. 

"Macam mana pakcik? Doktor cakap apa?" Najah memberanikan diri bertanya pula.

"InsyaAllah dia akan buat treatment sampai dia sembuh." Abah memberi jawapan.

"Oh. Ok lah kalau macam tu. Paksakan saje Noorin ni. Ikutlah dia nanti. Degil dia kejap je." Najah membalas.

"Betul pakcik. Kalau perlukan bantuan kami, insyaAllah kami akan bantu." Fazlin pula bersuara.

"Memang pakcik perlukan kamu berdua untuk bantu Noorin pulihkan semangat dia balik. Pakcik taknak kehilangan Noorin. Bantu pakcik ye, nak?" Abah merayu penuh harap. 

Najah dan Fazlin jadi pelik. Sebab karakter yang ditunjukkan abah Noorin berbeza dengan cerita yang Noorin pernah beritahu dulu. Tapi benda tu semua ditepis ketepi dan mengangguk yakin untuk bantu Noorin.

to be continued...

Sangkar Jahiliyah 20

"Doktor. Macam mana dengan keadaan adik saya?" Along meluru kearah Doktor Masyitah yang merawat adiknya dulu. 

"Kondisinya lemah buat masa sekarang. Dia hanya perlukan rehat. Is there anything happen? Tekanan darahnya tinggi." Lembut dan tenang sahaja Doktor Masyitah memberitahu. 

"We had a fight, doc." Kalini Achik pula yang bersuara.

Doktor Masyitah pandang kesemua waris Noorin. Kemudian dia mengangguk. Tanda mengerti. Tanpa cakap banyak, dia masuk semula kedalam bilik dimana Noorin ditempatkan. Semua yang berada disitu seolah membatu. Termasuk Fazlin. 

Fazlin dipaksa ikut ke hospital oleh Achik. Katanya takut Noorin belum bersedia untuk berjumpa dengan mereka bertiga. Jadinya, dalam keterpaksaan Fazlin ikut juga ke hospital. Sempat juga dia memberitahu Najah tentang perkara ini. Najah kata dia akan ke hospital. Tapi masih juga belum sampai-sampai.

"Mana Najah ni? Janganlah bagi aku hadap sorang-sorang keluarga Noorin nihh." Fazlin sekadar bermonolog pada diri sendiri. Sesekali kepala dihala pada kaunter pendaftaran pesakit. Mana tahu, nampak Najah datang, boleh cepat bagi respon.

"Encik Kassim, Encik Asyraf dan Encik Haikal. I need to have some serius conversation with you guys. About Noorin." Doktor Masyitah keluar semula setelah beberapa ketika berada dalam bilik dimana Noorin ditempatkan. Apa entah dibuat kat dalam tu. Periksa Noorin mungkin.

"You guys sibuk ke?" Doktor Masyitah bersuara lagi. Bertanya.

"Ya. Sure." Along menjawab terus memandangkan abah senyap daripada tadi. Masih terkejut dengan apa yang jadi. 

Abah risau. Risau amanat isterinya tak mampu dijaga dengan baik. Risau jika terjadi apa-apa pada Noorin. Selama ini, dia tak pernah bencikan Noorin. Walaupun Noorin hanya anak angkatnya namun sudah dianggap seperti anak sendiri. Cuma selepas pemergian isterinya, dia jadi keliru. Dia rasa terbeban. Penat. Dan segala rasa keliru, beban dan penat itu dilepaskan pada Noorin. Jika sesuatu jadi pada Noorin, mungkin dia tak mampu nak maafkan dirinya sendiri. 

"Kalau macam tu, ikut saya. Kita bincang personal." Doktor Masyitah mengarahkan ketiga-tiga mereka untuk mengikutnya masuk kedalam bilik kerja. 

Abah masih diam membatu seperti tadi. Manakala Along dan Achik dah mula melangkah untuk mengikut Doktor Masyitah ke bilik kerjanya. Along yang perasan dengan posisi abah yang masih tidak berganjak itu, kembali memusingkan badan dan berpatah balik. 

"Abah." Along mencuit sedikit bahu abah. Abah seakan baru tersedar daripada tidur. Terkejut.

"Jom. Doktor nak jumpa tu. Ada hal nak bincang katanya." Along memberitahu abah selepas melihat abah masih tercengang. 

"Oh. Oh ok. Jom." Abah dah mula nak melangkah kearah bilik Doktor Masyitah.

Fazlin dah tercengang. Wey! Dah tu, aku ni kena tinggal macam ni aje? Tak adil sungguh lah... Fazlin hanya mengeluh. Namun cepat ditangkap oleh pendengaran Along. 

"Kamu tolong jaga Noorin ye? Masuklah dalam bilik tu dulu. Mana tahu, kalau-kalau Noorin dah sedar nanti." Kata Along sambil memberi senyum manis. 

Erk. Fazlin hanya sengih sebelum mengangguk. "Haaa yelah. Kejap lagi saya masuk. Nak tunggu kawan." Memang dia dah maklumkan pada Along Noorin tentang kehadiran Najah.

Along mengangguk dan terus berlalu.


*****
"So, can I get the feedback for the real treatment untuk Noorin?" Doktor Masyitah bertanya setelah memberi keterangan tentang Noorin. Nyata setelah doktor kecil molek itu bertanya, jelas terpancar riak terkejut diwajah abah dan Along.

"Wait. Wait. What...treatment, doc?" Along segera bertanya.

"Eh?" Doktor itu pula yang terkejut. Dan kemudian dia memandang kearah Achik. Okay. Faham. "Looks like you have to ask Encik Haikal dalam hal ni." 

Along segera memandang Achik. "Achik?" Ringkas menginginkan jawapan.

"A...apa..?" Achik masih berpura-pura tidak tahu meski dia sudah merasakan peluh jantannya mula mengalir diatas dahi. Habis aku. Apa nak jawab ni?

"Explain to them, Encik Haikal." Doktor Masyitah bersuara.

Damn it! Doktor ni pun. Tolonglah aku! Aduh... Rasa berat je nak telan air liur.

"Adik kena kanser otak. Dia perlu buat treatment kalau nak sembuh. Dan doktor minta dia bagi feedback secepat mungkin untuk cegah kanser tu sebelum semakin teruk." Achik akhirnya memberitahu. Bertambah terkejut abah dan Along.

"Dan Achik tak bagitahu apa-apa even a single word about this lepas adik keluar hospital haritu? Chik, kau tahu tak kau cuba nak bunuh adik?!" Along rasa terkilan. Abah pun.

"I didn't mean to do it, Along. Aku cuma ikut cakap adik. Dia yang taknak abah, Along dengan Kak Ngah tahu. Dia taknak bebankan kita. You know what am I trying to say, aite?" Sungguh. Bukan itu maksudnya. Malah memang dia nak bagitahu semua pasal benda ni. Tapi tak sangka dengan cara macam ni! Achik mengeluh. Kesal.

Abah dan Along serta merta terdiam. Lama. 

"So, how?" Doktor Masyitah bertanya memecah suasana tegang sebentar tadi.

"Treatment tu akan dijalankan." Abah yang daripada awal tadi senyap bersuara memberi jawapan. "Buatlah apa-apa pun doktor asalkan anak saya kembali pulih." 

"Ok. Baiklah. Pihak kami akan cuba sedaya upaya untuk membantu memulihkan Noorin. InsyaAllah." Doktor Masyitah dah mula bangun untuk mengambil beberapa helai kertas. Nampak macam borang. 

"Kami perlukan maklumat pesakit selengkapnya. Borang ni saya bagi untuk Encik Kassim isi maklumat encik juga." Doktor Masyitah menyambung lagi dan borang itu diserahkan pada abah.

"Baiklah. Terima kasih, doktor." Abah ambil borang dan mula untuk bangun daripada kerusi yang menjadi tempat duduknya sejak masuk ke bilik itu. Along dan Achik pun mula untuk mengikut jejak abah.

"Ini saje kan, doktor?" Abah bertanya.

"Ye. Ini saje. If anything, saya akan contact encik." Doktor Masyitah melemparkan senyum manis bagi meyakinkan abah. 

"Terima kasih sekali lagi, doktor. Kami beredar dulu." Ketiga-tiga beranak tu dah mula menapak keluar daripada bilik yang mereka masuk tadi. Dan hilang dibalik pintu putih.

to be continued...

Friday, 23 May 2014

Assobrun Jameel

"Sabar. Selagi mana boleh sabar, cuba sabar."

Ayat yang gila ekstrem tiap-tiap kali down, memang selalu lah dengar. Wajib dengar perkataan tu. Kan ? 

Mudah untuk menutur kata. Tetapi susah untuk melakukannya. 

Jujur, aku pernah tak puas hati mengeluh dengan apa yang selalu jadi pada diri. Sampai satu tahap. Aku cakap.

"Senangnya nak suruh aku sabar. Diorang tak rasa macam mana nak peritnya nak tahan sabar ni." 

"Letakkan sabar diatas sabar"

But then, aku sedar satu perkara. Nasihat yang selalu aku dapat. Yang sebenarnya aku masih tak faham. Sampailah sekarang. Baru aku tahu maksud nasihat tu. Sesungguhnya, sabar itu cantik. Macam aku. Haha sekadar gurauan ! 

p/s : assobrun jameel = sabar itu cantik :) 

*****

"Sabar dan senyum lebar apabila berdepan dengan sesuatu yang mencabar. 
Dan katakan 'Ya masalah! Aku ada Allah'
bukan sebaliknya 'Ya Allah! Aku ada masalah'
Kerana Allah akan selalu ada untuk kita."
                  -Little Me-

sekian
adios
SSKA

Thursday, 22 May 2014

Sangkar Jahiliyah 19

"Kak Ngah lah ni! Berkeras nak abah bagitahu perkara sebenar. Tengok adik dah hilang!" Bentak Achik. 

"Eh achik! Elok sikit cakap tu ye. Memang kita masing-masing dah setuju nak bagitahu dia benda ni kan selama ni? Kenapa perlu salahkan Kak Ngah pulak?" Suara Kak Ngah juga dah meninggi. Mana boleh salahkan aku sorang! Memang semua dah setuju nak bagitahu Noorin perkara sebenar kan? Salahkan aku pulak. 

"Sudah. Sudah. Kalau korang bertekak gini pun tak dapat nak selesaikan masalah. Cuba cari jalan mana nak cari adik. Haih!" Along pula bersuara. Mematikan pertengkaran Kak Ngah dan Achik.

"Buat apa cari dia, Long. Dah dia nak lari. Itu keputusan dia. Kita tak payah sibuk!" Kak Ngah masih nak menangkan diri.

"Ngah! Achik tahu Kak Ngah benci pada adik. Tapi adik tu dah jadi tanggungjawab kita jugak! Jangan pentingkan diri tu sangat!" Achik masih tak berpuas hati dengan tindakan Kak Ngah. 

"Yang Achik sibuk nak pergi cari perempuan tu kenapa? Dah angau dengan dia pulak ke?" 

Pang! Abah yang datang daripada mana pun dia tak pasti memberi tamparan berbisa pada Kak Ngah.

"Abah tak pernah ajar anak-anak abah kurang ajar dengan adik-beradik sendiri." Rendah dan mendatar suara abah menuturkan kata.

"Abah..." Kalini Kak Ngah tak mampu berkata apa-apa.

"Kita cari adik." Abah bersuara lagi.

"Tapi mana nak cari adik, Abah?" Along bertanya. Seolah macam dah putus harap. 

"Kubur." Abah menjawab ringkas. 

Along dan Achik dah berpandangan sesama sendiri. Kubur...

*****
"Mak... Adik nak ikut mak sekali. Adik tak kuat mak..." Noorin teresak dikubur mak.

"Noor. Janganlah cakap macam tu. Kalau mak kau dengar, mesti dia sedih." Fazlin cuba menenangkan Noorin. 

Lepas tunai solat sunat hari raya tadi, Noorin minta bawa dia ke kubur mak dia. Katanya dia nak sendirian. Tapi Fazlin takut kalau jadi apa-apa pula pada Noorin, jenuh pula dia nak jawab pada keluarga Noorin nanti. Jadinya, Fazlin ambil keputusan untuk ikut Noorin sekali ke kubur.

"Aku dah takde sesiapa dah, Alin. Semua orang benci aku. Buat apa aku nak hidup lagi..." Esak tangis Noorin semakin kuat. 

"Adik." Fazlin baru nak buka mulut, terhenti apabila mendengar suara yang seakan memanggil Noorin.

Noorin jeda. Abah? Tak. Tak mungkin. Mustahil. Aku mimpi je kot.

"Adik." Sekali lagi suara itu memecah gegendang telinga Noorin. Perlahan Noorin berpaling kearah suara yang membelakanginya. Abah? Along? Achik? Dan... Kak Ngah? Diorang buat apa kat sini? 

"Kat sini rupanya adik Along." Along cuba datang dekat. Tetapi Noorin lekas bangun dan seolah nak menjauhkan diri daripada Along. Along pelik.

"Kenapa?"

Noorin dah berada dibelakang Fazlin. Dia sekadar menggeleng kepala. 

"Adik. Kami datang sini nak jemput adik balik. Jom?" Achik pula bersuara. Dan senyum.

Noorin tetap membatu dibelakang Fazlin. Dirasakan dirinya tak mampu nak berdiri menstabilkan diri.

"Siapa nk jemput dia balik? Tadi kata nak cari aje kan? Dah jumpa, dah lah. Jom balik!" Kak Ngah dah mula bosan bercampur rimas. Dia tak mahu melihat perempuan yang berada dibelakang Fazlin itu. Dia meluat!

"Kak Ngah." Abah bersuara berbaur ugutan. "Adab sikit. Ni kubur kan?" 

"Whatever. Kalau lama lagi nak berdrama Kak Ngah tunggu dalam kereta aje lah." Kak Ngah dah berlalu kearah kereta diluar kawasan Tanah Perkuburan Islam Kampung Seroja.

"Adik." Abah kini kembali fokus pada Noorin. "Kita balik. Ye?" 

Ya Allah. Sakit. "Lin..." Perlahan Noorin memanggil Fazlin. Kuat tangan menggenggam tangan Fazlin untuk diberi sedikit kekuatan. 

Dan buat kesekian kalinya, Noorin rebah dihadapan mereka. 

"Adik!"

"Noorin!"

Serentak mereka berempat terkejut dengan Noorin yang tiba-tiba rebah itu.

to be continued...

Tuesday, 20 May 2014

Sangkar Jahiliyah 18

Pintu dibuka sejurus selepas diketuk.

"Eh?" Fazlin terkejut.

"Lin... Aku aku..." Noorin rasa badannya makin lemah. Dia tak mampu nak berdiri. Kakinya juga semakin longlai. Dan akhirnya dia tumbang betul-betul didepan Fazlin.

"Ya Allah! Noorin!" Fazlin jadi kaget. Tak habis lagi terkejut dengan kehadiran Noorin malam-malam macam ni, ditambah pula dengan Noorin yang tiba-tiba pengsan depan pintu. Double terkejut dia malam ni.

Cepat dipanggil adiknya untuk bantu angkat Noorin. Noorin dibawa ke ruang tamu. Dibaringkan diatas sofa. Dipanggil pula mama dan papa nya. Dia cerita kembali apa yang berlaku sepuluh minit lepas. Mamanya menyuruh Noorin ditempatkan dibiliknya. Tidak elok kalau dibiarkan terbaring saje di ruang tamu. Dan Fazlin terus memindahkan Noorin keatas untuk dibaringkan dibiliknya.

*****
Noorin terasa kepala dia berat. Mata perlahan dibuka. Aku...kat mana ni?

"Dah bangun? Alhamdulillah." Fazlin baru keluar daripada tandas. 

"Lin?" Noorin pelik. Kenapa ada Fazlin pulak ni? 

"Ye saya, Cik Noorin." 

"Mmm...macam mana aku boleh ada kat sini?" Noorin bertanya tanpa sebarang simpang siur.

"Lahhh. Kau yang datang sini malam tadi. Aku buka pintu aje, kau terus tumbang. Tak sempat aku nak tanya apa-apa." 

"Oh." Oh. Pasal benda tu aku lari bawa diri sampai ke rumah Fazlin. Ok. Ingat.

"Kejap lagi kita cerita. Sekarang, bangun dulu, gi gosok gigi. Kita jemaah subuh sesama." Lembut Fazlin mengarahkan Noorin. Persis seperti seorang ibu. 

Noorin mengangguk dan terus berlalu ke tandas didalam bilik yang dia tidur tadi.

*****
Malam itu, abah tekad untuk menceritakan hal yang sebenar. Hal yang membuatkan Noorin sedar dengan apa yang berlaku selama ini.

"Kau bukan ahli keluarga ni."

"Kau bukan darah daging kami."

"Kau bukan keluarga kandung kami."

"Kau takde kena mengena dengan kami."

"Arwah mak jumpa kau kat masjid masa nak tunaikan solat sunat hari raya 18 tahun lepas."

Kata-kata itu cukup buat Noorin faham. Faham dia sudah tidak ada tempat diantara mereka mahupun didalam rumah itu lagi. Buat apa dia terus ada, jika diri terus menerus dibenci. Noorin buat keputusan untuk lari. Dan rumah Fazlin yang dituju. 

"Lebih kurang macam tu lah ceritanya..." Noorin mengesat airmata yang mengalir. 

"Allah... Sabarlah Noorin. Allah sayangkan kau. Sangat sayangkan kau." Fazlin menenangkan Noorin.

"Aku tahu." Noorin cuba untuk senyum meski tak seikhlas mana. "Aku redha. Cuma terkejut dengan berita yang aku dapat ni. Lepas satu, satu lagi."

"Habis, takde sape tahu kau ade kat sini?" Fazlin bertanya.

Noorin geleng kepala. 

"Noor. Salah tindakan kau ni. Dah lah raya pertama macam ni pulak tuhh. Kalau diorang risau macam mana?"

"Diorang takkan kisah kalau aku takde, Lin. Entah-entah suka kalau aku lari macam ni."

"Tapi tindakan kau ni tetap salah."

Noorin diam. Dia tak mampu nak cakap apa dah. Malam tadi lepas dia dapat tahu yang dia hanyalah anak pungut yang mak jumpa di masjid, dia jadi sangat bercelaru. Fikiran dah berkecamuk. Sampailah dia buat keputusan untuk lari ke rumah Fazlin. Agak jauh juga jarak rumah mereka. Dan Noorin pun taktahu kenapa dia ambil keputusan untuk lari ke rumah Fazlin.

Hari pertama raya dah jadi macam ni. Orang lain seronok-seronok, dia pula sedih mengenang nasib diri. Memang ini takdirnya. Dia tak menyalahkan takdir. Dan dia redha. Redha dengan ketentuan daripada Allah untuk dirinya.

to be continued...

Sangkar Jahiliyah 17

Setelah lima hari ditahan wad, harini baru boleh balik. Lusa dah raya. Persiapan ala kadar aje kata Along tadi. Tak sambut meriah sangat macam dulu-dulu. Noorin tak kisah. Dia pun macam dah takde hati nak sambut raya meriah-meriah sejak mak meninggal.

"Achik." Noorin panggil.

"Hmm." 

"Janji dengan orang boleh?"

"Apa?" 

"Jangan bagitahu sesiapa pasal tadi."

Achik yang daripada tadi duk membelek surat khabar mengangkat kepala dan pandang Noorin. "Kenapa?"

"Orang taknak susahkan sesiapa dah." Noorin kini dah menunduk.

"Habis, treatment macam mana?"

"Itu nantilah orang fikirkan. Boleh tak janji dengan orang?"

"InsyaAllah." Achik membalas ringkas.

"Achik. Please?" 

"Okay. Tapi untuk berapa lama?" Achik masih bertanya.

"Sampai bila-bila." Noorin menjawab selamba.

"Gila? If anything happen to you, then siapa nak tolong? Kalau macam tu, jawapan achik, NO!" 

"Achik..." Noorin dah mula tersedu menahan tangis. 

"Kenapa nak kena rahsiakan?" Achik mula rasa bersalah.

"Kalau orang bagitahu pun, ada ke yang nak kisah, Chik. Takde kan?"

Achik diam. 

"Tapi sekurang-kurangnya mereka tahu. Kan?" Suara Achik lembut seolah memujuk.

Noorin pula diam. Dia tak mampu nak balas kata-kata Achik. 


*****
"Hello. Assalamualaikum. Noor. Aku dengar kau masuk sepital. Wey, bukan nak bagitahu aku. Ape kes ni sampai masuk sepital? Seminggu pulak tuhh." Najah telefon. Dah mula lah membebel. Tadah telinga je lah kejap lagi.

"Waalaikumussalam... Aku kurang air dalam badan aje." Noorin menjawab lemah.

"Kau makan tak kat rumah? Bapak kau pukul kau lagi ye?" 

"Makan aje. Entahlah Najah. Aku dah lali. Alah bisa tegal biasa." 

"Sekarang dah fully sihat lah ni?"

"Alhamdulillah."

"Ok. Takpelah kalau gitu. Jaga diri elok-elok." Najah baru nak bagi salam. Nak tamatkan perbualan tapi Noorin seolah macam nak cakap sesuatu.

"Najah." 

"Yew."

"Aku ada benda nak cakap ni." Datar suara Noorin menuturkan.

"Uik?" Najah pelik. "Sound serius. Ok. Proceed."

"Aku sakit." 

"Memanglah kau sakit. Sampai masuk sepital. Tahu."

"Tak. Another illnesses." 

"Oh. Okay... Sakit apa?"

Diam. Noorin cuba mengumpul semangat untuk memberitahu Najah. 

"Kanser."

"Kanser apa?"

"Kanser otak."

"Since when?"

"Aku check up masa duduk wad haritu."

"Oh. Then?"

"The doctor said that I must do the treatment kalau nak sihat. Tapi aku..." Najah potong.

"Noorin. Ni benda serius tau. And yet, kau still dengan 'tapi-tapi' kau tu lagi. Buat je lah treatment tu."

"Hmm yelah." Noorin jelas rasa terkilan. "Oklah. Itu je nak bagitahu. Thanks. Got to go. Assalamualaikum."

Sesudah salam dijawab, talian dimatikan. Susah orang nak faham kita. Susah nak bagi orang faham kita. Noorin mengeluh. Lagi. 

to be continued... 

Monday, 19 May 2014

Sangkar Jahiliyah 16

Kilat dan guruh bersatu menghasilkan bunyi yang sangat kuat. Hujan masih lagi lebat seperti belum ada tanda mahu berhenti. Mak dah risau. 

"Mana pergi anak aku sorang ni. Ya Allah, Kau lindungilah anakku. Noorin, mana kamu, nak. Baliklah. Mak risau ni." Mak sekadar bermonolog sambil duduk menunggu diruang tamu.

"Mak? Buat apa kat sini?" Tanya Along.

"Mak risaukan adik kamu ni, Long. Tolong mak carikan adik ye?" 

"Mak... Bukan Along taknak tolong cari. Tapi tengoklah sekarang. Ribut kuat kat luar tu. Macam mana Along nak cari?" Benar. Bukan dia tak mahu tolong. Ribut kuat. Kalau tidak, memang dia dah keluar cari adiknya. 

"Along tak sayangkan mak. Along tak sayangkan adik. Tak apa lah Long. Biar mak aje sendiri yang keluar pergi cari adik." Mak dengan nada rajuknya dah mula nak bangun dan berlalu.

"Mak. Mak. Janganlah macam ni... Oklah oklah. Kita keluar pergi cari adik sama-sama." Along menghalang mak untuk berlalu. Dan akhirnya terpaksa bersetuju untuk keluar bersama mak untuk mancari adik. 


*****
"Puas dah Along cari mak. Takde jugak. tempat yang dia selalu lepak dengan kawan-kawan dia pun takde. Along dah tanya kawan-kawan dia." Along cuba memberitahu.

"Carilah lagi, Along. Mesti dia ada dekat-dekat sini jugak." Mak merengek dah seperti budak kecil. 

Ya Allah. Sungguh. Along sangat kasihankan maknya. Yang adik ni pun satu. Konon nak merajuk sangat. Tak perlulah sampai tak balik rumah gini. Hish. Menyusahkan!

"Along! Mak nampak macam adik kamu. Kat seberang jalan sana. Cepat Along! Pusing kereta cepat!" Gesa mak.

"Hah? Aha ha yelah yelah." Hilang lamunan Along tadi. Stereng cepat diputar untuk membuat U-turn. Along berhentikan kereta ditepi sebelah kanan. Tanpa membuang masa mak terus membuka pintu kereta dan keluar untuk melangkah kearah beberapa orang budak yang sedang berteduh dibawah perhentian bas.

"Adik!" Dari jauh mak berteriak memanggil Noorin dengan gelaran 'Adik'. Noorin dengar. Pantas dia menoleh kearah suara yang memanggilnya. 

Mak? Noorin sekadar berkata dalam hati. Mak terus menyeberang jalan yang basah dengan air hujan yang masih lebat. Keadaan yang sebegitu lebat amat menyukarkan sesiapa untuk melihat apa yang ada atas jalanraya. Sampailah ketika mak mahu meneruskan langkahnya...

"MAK!!!" Noorin tersedar. Astaghfirullah... Perlahan dia beristighfar dalam hati. Dia mimpikan mak. Peristiwa itu masih segar dalam ingatan. Peristiwa yang meragut nyawa mak. Yang membuatkan mak pergi tinggalkan dia buat selamanya. Mak dilanggar kereta Avanza yang meluru laju diatas jalanraya. Akibat pendarahan yang teruk, mak mati ditempat kejadian.

Patutlah Kak Ngah benci padanya. Memang selayaknya dia dibenci. Kalau tak kerana pertengkaran yang kecil tu sengaja dibesar-besarkan, mesti mak masih hidup. Kalau tak kerana dia yang konon merajuk membawa diri, mesti mak masih hidup. Kalau tak kerana dia, mesti mak masih hidup.

Noorin menangis. Memang salah aku. Memang salah aku. Aku tak patut disayangi. Tak patut. Esakan tangis tak mampu dilepaskan. Kepala yang terasa mencucuk-cucuk membuatkan dia rasa resah. Ya Allah. Kerap sangat sakit kepala. Ubat makan dah. Ikut aje time. I need to do check up.

*****
"So, macam mana result nya doktor?" Achik bertanya pada doktor yang merawat adiknya. Noorin dah bersedia untuk mendengar sebarang berita yang mungkin akan mengejutkan dia.

"I hope you won't give up." Mata dituju kearah Noorin. Sambung. "After the check up, we found out that Noorin has cancer. Kanser ni dah lama ada dalam badan Noorin. Cuma baru bagi kesan yang jelas sejak belakangan ni." Doktor Masyitah berhenti sekejap.

"Kanser?" Achik bertanya. Doktor tu sekadar mengangguk.

"Kalau tak dibendung, ia boleh merebak dengan lebih teruk. I suggest you to do appointment for the treatment, Noorin." Sambung doktor tu.

Noorin hanya menunduk. Satu lagi ujian daripada Allah. Alhamdulillah. Tarik nafas dan lepas. Senyum. 

"Bagi saya masa untuk fikir boleh doktor?" Noorin akhirnya bersuara setelah lama berdiam diri. 

"Sure. Tapi jangan lama-lama. If not, the cancer..." Doktor Masyitah tak sempat nak habiskan kata-kata, Noorin dah potong.

"Saya tahu doktor. Saya cuma perlukan masa sikit aje. Then, I will let you know." Noorin senyum lagi.

Doktor Masyitah sekadar mengangguk memberi keizinan. Achik di sebelah senyap. Dia masih terkejut dengan berita ni. 

"Itu saje kan doktor?" Noorin bertanya memastikan.

"Yes. Itu saje. Jangan lupa pergi kaunter kat luar untuk setkan tarikh appointment untuk next check up." 

"Ok. Terima kasih doktor. Achik, jom." Noorin dah berlalu keluar.

Achik seakan baru tersedar. Dia segara bangun dan mengucapkan terima kasih kepada doktor kecil molek itu dan berlalu keluar.

to be continued...

Sunday, 18 May 2014

Sangkar Jahiliyah 15

"Adik." Achik ketuk pintu bilik. Noorin dengar. Tapi dia tak mampu nak bangun untuk membuka pintu mahupun menyahut panggilan Achik.

"Achik..." Suara Noorin serak dek kerana asyik menangis daripada tengahari tadi. Perlahan suaranya memanggil tidak mampu menembusi pintu kayu biliknya.

"Adik." Sekali lagi Achik memanggil. Kenapa pulak susah budak ni nak menyahut? Selalu cepat aje pintu bilik ni dia buka.

Ya Allah. Sakitnya badan. Sakitnya kepala. Kuatkan aku, Ya Rabb. Kuatkan aku... Noorin cuba juga untuk bangun. Dahi berkerut menahan pedih birat akibat kena libas dengan tali pinggang abah. Kaki cuba digagahkan untuk menampung badan. Perlahan dia cuba bangun. Kepala masih terasa berat. Saat dia cuba untuk berdiri, dia rasa badan tak mampu diimbangi. Dan...

Gedebuk!

"A...dik?" Kenapa bunyi macam ada orang jatuh kat dalam bilik? Cepat-cepat Achik cuba memulas tombol pintu. Kunci? Noorin takkan kunci bilik kecuali waktu nak masuk tidur. Tapi sekarang baru pukul 8.

Achik mula memanggil Kak Ngah. "Ngah! Angah!"

"Mende?" Kak Ngah menjawab malas dari arah ruang tamu.

"Sape kunci bilik adik ni?"

"Mana la orang tahu. Tanya lah abah."

"Ngah! Ambil kunci! Cepat!" Tak hirau apa yang Kak Ngah cakap. Dia pasti mesti ada sesuatu yang dah jadi petang tadi.

"Ambil lah sendiri." Kak Ngah sekadar berbasa-basi.

"Kau ni. Achik mintak tolong sikit pun susah! Entah apa jadi pada adik dalam bilik pun kau taknak ambil tahu kan?" Achik terus ke tempat menyimpan segala jenis kunci yang ada. Kunci bilik Noorin dicari. Jumpa!

Melangkah kembali ke bilik adiknya. Dia risau. Risau kalau apa-apa jadi pada adiknya. Kunci disuakan pada tombol. Saat membuka pintu, dia ternampak sekujur tubuh terbaring atas lantai.

"Ya Allah! Adik!" Pantas meluru kearah adiknya.

"Achik..." Noorin bersuara dalam keadaan separuh sedar. Serak.

"Adik.. Kenapa boleh jadi macam ni?" Achik dah cemas. Dia cemas tapi tak mampu berbuat apa-apa. Kerana ada halangan yang membuatkan pertolongannya terbatas. Apa aku patut buat ni?

"Achik..." Noorin masih cuba bersuara. Meski dia sudah terasa lemah.

Achik tak mampu berfikir panjang. Pantas badan Noorin dicempung dan diangkat keluar bilik. Noorin menahan sakit. Dan perlahan-lahan pandangan matanya kabur. Dan terus lenyap...

*****
"Adik encik terpaksa kami tahan di wad dahulu sebab kondisinya yang lemah." Kata doktor perempuan kecil molek lepas periksa Noorin tadi.

"Ok. Terima kasih doktor." Achik senyum sebelum doktor itu berlalu. Kemudian memandang kearah Kak Ngah yang sedang membelek telefon bimbitnya. Sengih sorang. Apa yang seronok sangat entah. Dan dia mula menapak kearah Kak Ngah.

"Ngah." Perlahan Achik memanggil.

"Hmm." Kak Ngah jawab layan tak layan.

"Kenapa adik jadi sampai macam tu?"

"Angah taktahu." 

"Bohong."

"Betul lah." 

"Stop. Playing. The. Phone. When I am talking to you." Telefon Kak Ngah dirampas.

"Angah kata angah taktahu tu taktahu lah. Susah sangat nak percaya kenapa?" Kak Ngah merengus geram. "Bagi lah balik phone angah!" 

"Achik takkan bagi balik selagi achik tak dapat jawapan. Answer me first." Achik mambuntangkan mata.

"Hish! Dia kena pukul dengan abah..." Kak Ngah memberi jawapan.

"Kenapa?" 

"Sebab dia tak puasa..."

"Sebab dia tak puasa ke sebab angah yang kata dia tak puasa?"

Kak Ngah dah cuak. "Mana ada!" Cepat-cepat dia menafikan kata-kata Along.

"Tak payah tipu, Ngah. Achik nampak bekas-bekas plastik jajan yang ada dalam bilik kau. Kau yang tak puasa lepastu kau tuduh adik pulak. Kan?" Achik serkap jarang. Memang dia nampak bekas-bekas plastik jajan dalam bilik Kak Ngah. Cuma dia tak pasti bila Kak Ngah nya menghabiskan semua isi dala plastik jajan itu.

"Memang Angah yang tuduh. Angah benci dia! Sebab dia mak kita mati tau. Sedar tak achik?" 

"Mak kita, mak dia jugak Ngah."

"Tak! Dia bukan sape-sape. Angah benci dia!" Suara Kak Ngah mula meninggi. Mujurlah mereka berada diluar bilik wad yang menempatkan Noorin.

"Angah. Kawal sikit emosi tu. Ni hospital bukan rumah."

"Aku kisah apa? Dah! Bagi balik phone! Dah dapat jawapan kan?" Kak Ngah merampas kembali telefon bimbit miliknya ditangan Achik. 

Achik hanya menggeleng. Tanpa disedari, ada telinga mendengar perbualan mereka. Noorin dengar. Jelas. Nyata Kak Ngah sungguh membenci dirinya. Dia jadi semakin bingung. Kenapa dia dibenci sampai begitu? Apa kaitan dia dengan kematian mak? Sungguh. Noorin buntu. Dan dia hanya mampu menangis dibalik pintu yang menghalang sesiapa melihatnya.

to be continued...

Wednesday, 14 May 2014

Ukhuwah ?

Duduk bersila dekat taman sambil hirup udara segar. Dan sambil-sambil tu jugak nampak ada sepasang merpati dua sejoli kononnya sedang berkasih-kasihan. Tiba-tiba salah seorang bersuara. 

"Aku kadang cemburu tengok orang yang berpasang-pasang ni." Kata Amin.

"Kenapa nak cemburu?" Ijam dah buat muka pelik. Pelik dengan statement Amin tadi.

"Ha'ah. Kenapa nak cemburu pulak?" Med pun pelik dengan statement Amin. 

Amin sengih. 

"Cemburu sebab diorang berani. Berani nak rasa azab neraka dalam keadaan belum ada apa-apa ikatan yang sah dan halal. Heh." Mendalam kata Amin tu. 

Oh. Serentak kedua-dua sahabat tadi mengangguk kepala tanda faham. 

"Betul. Setuju." Med membenarkan kata Amin.

"Tapi ada yang kata hanya atas dasar ukhuwah. Ukhuwah fillah. Tidak lebih." Ijam pula memberi pendapat.

"Ukhuwah apa yang dipanggil 'kerana Allah' kalau tiada batas. Ukhuwah apa yang dipanggil 'kerana Allah' kalau bertepuk bertampar kalah orang baru lepas gaduh laki bini. Ukhuwah apa yang dipanggil 'kerana Allah' kalau tiada saling memperingati. Alasan semata." Amin mengubah duduk daripada sila kepada lunjur. Tangan ditahan dibelakang.

"Macam mana dengan ukhuwah kita?" Ijam bertanya pula.

"Ukhuwah kita? Biarlah sekadar bersederhana sambil membina jambatan ke syurga. Jangan sampai kita jatuh ke kawah neraka dengan penuh hina." Amin senyum sesudah memberi kata.

Masing-masing diam seketika. Memerhati keindahan alam ciptaan Allah S.W.T

"Akhi Amin harini banyak bermain kata. Heh." Med sekadar sengih.

"Sekadar meluah rasa. Tak salah, kan? Haha."

Dan mereka bertiga sama-sama ketawa. Gembira. 

*****

"Bersederhana dalam ukhuwah sambil membina jambatan ke syurga
jangan sampai jatuh ke kawah neraka dengan penuh hina."
                          -Little Me-

sekian
adios
:) SSKA 

Sangkar Jahiliyah 14

Bas dah sampai. Tepat lepas solat Maghrib. Noorin balik sekali dengan Faiz sebab laluan mereka nak balik rumah sehala. Senang. Faiz pun boleh tolong tengokkan Noorin kalau jadi apa-apa. Itu kata Johan.

"Jaga Iman elok-elok wey." Johan sekadar berbisik ditelinga Faiz.

"Aku tahu." Balas Faiz perlahan. 

Noorin dah berdiri nak melangkah naik tangga dalam bas lepas letak beg tadi. 

"Iman." Johan memanggil.

Noorin berhenti melangkah dan memusingkan badan.

"Hati-hati. Jangan lupa makan ubat." Johan memesan. 

Haih. Ni lagi sorang. Lepas Najah, dia pulak caring overdose. Noorin sekadar mengangguk. Baiklah. Dan terus berlalu masuk kedalam perut bas.

"Iz. Pastikan dia makan ubat." Faiz yang baru selesai letak beg dibisik sekali lagi. 

"Dekat lima kali dah kau pesan. Iye Johan iye. Nanti aku jaga dia elok-elok macam menatang minyak yang penuh ye?" Faiz berseloroh. Ayat terakhir sengaja dikuatkan. 

"Oih. Tak payah nak kuatkan suara sangat. Debik kau karang." Johan gelabah.

"Hahahaha. Rilek sudah. Bukan dia dengar. Naik bas dah pun." Faiz sekadar ketawa.

"Yelah. Haaa. Dah la tu. Aku pun nak kena chow dah ni. Kejap lagi bas aku sampai. Kau pun jaga diri. Nanti around pukul 10-11 aku call kau." Johan dah angkat tangan untuk bersalaman dengan Faiz. 

"Ok, bro. Kau jaga diri jugak. Assalamualaikum." Sesudah mereka berpelukan, Faiz segera naik bas kerana bas dah nak gerak. Johan juga sudah mula melangkah pergi dari tempat bas tadi dan menuju kearah bas yang patut dinaikinya untuk sampai ke destinasi sendiri.

*****
"Noorin?" Faiz memanggil daripada seat belakang. Mereka duduk berhampiran supaya senang untuk Faiz memerhati. Walaupun dia sendiri masih kekok dengan suasana yang dirasakan masih baru tu. 

Noorin memusingkan kepala. Kening terangkat kedua-dua belah. Seolah bertanya. Kenapa?

"Awak dah makan ubat?" 

Noorin sekadar menggeleng. Mukanya jelas kelihatan sedikit pucat. 

"Lahhh kenapa tak makan ubat lagi? Nanti migrain awak tu datang balik nanti, awak jugak yang susah." 

"Air takde. Macam mana nak telan ubat." Noorin buat muka sedih.

"Oh. Tak mintak awal-awal. Saya ada beli air lebih tadi. Kejap." Faiz kembali menghadap beg. Mencari sesuatu dalam beg. Jumpa. "Nah. Air." Botol mineral diberi pada Noorin.

Perlahan-lahan Noorin menyambut botol air tu. "Terima kasih." Senyum.

Dia senyum. Manisnya. Hish. Faiz! Kawal-kawal. Astaghfirullah...

"Sama-sama." Faiz sekadar senyum dan terus menghilang di balik senyap dalam bas. Namun pandangan tak dilepaskan daripada memerhati Noorin. Bukan apa. Takut kalau jadi apa-apa senang untuk dia bertindak. 

Noorin mengeluarkan paket ubat-ubatan untuk sakit migrainnya. Ubat ni dah macam kawan baik dah lepas masuk tingkatan satu. Satu persatu ubat dikeluarkan daripada papan yang menyimpan ubat. Semuanya ada lima jenis. Dan semuanya habis ditelan. Kesemuanya. Faiz yang memerhati tergamam. Biar betul minah ni! Macam kunyah gula-gula je dia buat ubat tu! Fuhhh...

Sesudah habis meneguk air, Noorin berkira-kira untuk pulangkan botol air tu semula. Tapi sempat Faiz berkata-kata. 

"Takpe. Awak ambik je air tu. Saya belanja." 

"Terima kasih, Faiz. Terima kasih banyak." 

"Jangan terima kasih pada saya. Terima kasih pada Allah. Dia yang hantar saya dan Johan untuk bantu awak." Faiz sekadar senyum  meski dia tahu Noorin takkan perasan pun yang dia senyum. Sebab mereka duduk bertentangan. Noorin didepan dan dia dibelakang.

Noorin sekadar mengangguk dan turut tersenyum. Dalam diam dia mengucap syukur. 

*****
Lebih kurang beberapa jam dalam bas, akhirnya mereka sampai destinasi untuk pulang. Noorin yang baru sedar daripada lena tidur, masih mamai. Namun dia sedar. Cepat-cepat dia cuba mengejut Faiz yang masih lena dibuai mimpi. Rupa macam baru lena. Penat sangat nampaknya.

"Errr Faiz." Lengan Faiz yang menutup dahi ditolak menggunakan botol tadi. 

"Hmmm." Faiz masih bermalas-malasan.

"Bangun. Dah sampai." 

"Hmmm." 

Noorin buntangkan mata. Ya Allah. Mamat ni. Dia ingat ni bilik tidur dia agaknya. Noorin kembali menolak lengan Faiz dengan botol air tadi. Kalini lebih kuat. Ditampar-tampar sedikit lengan Faiz dengan botol.

"Faiz Zayani. Bangun. Dah sampai." Kepala pula diketuk.

"Hah? Haaa ok ok." Faiz agak terkejut. 

Noorin hanya menggeleng. Ish. Mamat ni. Buat malu aku aje. Noorin buat muka.

Masing-masing dah menapak keluar daripada bas. Dan beg pun dah diambil. 

"Awak balik naik apa nanti ni?" Faiz bertanya.

"Saya balik naik teksi aje kot. Lagipun dekat je. Saya balik sendiri pun takpe." 

"Betul ni?" Faiz bertanya lagi memastikan.

Angguk. "Ye. Saya dah biasa. Takpe." 

"Oklah kalau gitu. Kita pisah kat sini aje lah. Terima kasih kejutkan saya tadi." Senyum.

"Sama-sama. Jaga diri. Assalamualaikum." 

"Jaga diri jugak. Waalaikumussalam."

Dan mereka berpisah membawa diri untuk pulang ke rumah masing-masing.

to be continued...

Sangkar Jahiliyah 13

"Adik!" Suara yang meninggi tu buat Noorin terkejut. Nak apa lagi lah Kak Ngah ni. Haih.

Kaki melangkah keluar bilik. Menghala kearah suara yang memanggil tadi. Ruang tamu tempat dituju. Kini, dia dah berada disebelah Kak Ngah. Masih berdiri. Kak Ngah tengah sedap mengunyah chip potato dalam balang silinder. 

"Kenapa, Kak Ngah?" Noorin bertanya.

"Buatkan aku air neslo." Selamba meminta sambil dicapainya chip potato dan disuakan ke dalam mulut. 

Ewah. Sedap suruh aku. Apa dah takde kaki tangan ke nak buat sendiri? Ish. Beli chip potato tu boleh pulak. Siap makan lagi. Tak hormat langsung pada aku yang puasa ni.

"Tak boleh buat sendiri ke? Adik nak buat kerja sekolah lah." 

"Aku minta tolong buatkan air aje pun. Tak apa lah kalau tak boleh." Kak Ngah seolah merajuk.

"Yelah... Kejap lagi adik buat."

Kak Ngah dah senyum. Senyum keji. Noorin berlalu ke dapur untuk membancuh air neslo. Permintaan daripada Kak Ngah tadi. Siap air dibancuh, dengar kereta masuk ke perkarangan rumah. Kak Ngah epat-cepat menyimpan segala jenis makanan yang ada diruang tamu. Abah membuka pintu. Fuhh. Mujur sempat sorok. Kak Ngah sekadar senyum kearah abah.

"Adik mana?" Abah tanya.

"Da..dapur." Tergagap Kak Ngah menjawab.

"Dia buat apa kat dapur?"

"Entah. Tadi Kak Ngah nampak macam nak bancuh air?"

"Dia tak puasa ke?" Dahi abah berkerut. Seingat dia, malam tadi Noorin ikut sekali untuk terawih sama di masjid. Kak Ngah pun ikut. Sahur tadi pun dia ikut sahur sama. Puasa katanya.  

Kak Ngah sekadar mengangkat bahu tanda tak tahu. Konon memang tak tahu sangat lah tu. Abah dah hilang. Dapur mungkin. 

"Nah Kak..." Noorin belum sempat habis kata dah kena lempang.

"Kau ni tak berubah betul lah! Malam tadi konon ikut aku pergi masjid. Lepas tu, sekarang kau tak puasa. Buat perangai lama kau balik! Memang aku libas dengan tali pinggang ni nanti!" Suara abah kedengaran tinggi. Habis. Bala dah datang...

"A..abah... Tak abah. Adik nak buat untuk Kak Ngah. Kak Ngah mintak adik buatkan tadi." Noorin cuba membela diri.

"Jangan nak babitkan Kak Ngah pulak eh adik. Bila Kak Ngah mintak suruh buatkan? Kak Ngah elok je tengok tv tadi. Kak Ngah puasa lah harini." Kak Ngah sengaja memutar belit cerita. 

Noorin terkejut. Kak Ngah? Sampai hati...

"Dah! Jangan nak berlakon sangat kat sini. Memang kau ni anak tak sedar diuntung tahu? Penat aku bela daripada kecik sampai kau masuk sekolah asrama penuh. Perangai kau sama aje. Menyusahkan aku!" 

Zasss! Tali pinggang dilibas ke badan Noorin. Berkali-kali tali pinggang dilibas. 

"Abah... sakit... Dah lah tu abah. Adik salah. Adik salah. Adik tak ulang dah lepas ni." Noorin hanya mampu merintih. 

"Kau ni kena ajar macam ni baru nak ingat!" Terus melibas. Zasss! 

"Abah..." Noorin semakin tak bermaya. Badannnya terasa lemah bercampur sakit dengan kesan libasan tali pinggang. 

Kak Ngah daripada tadi hanya memerhati. Puas hatinya dapat melihat perempuan iaitu 'adiknya' itu dipukul teruk sebegitu. Memang daripada dulu dia sangat bencikan Noorin. Sebab Noorin, emaknya selalu lebihkan Noorin. Sebab Noorin juga emaknya sanggup pergi buat selamanya. Dia benci pada Noorin Imani! 

Kini, abah mengheretnya masuk ke bilik pula. Sesudah itu, abah keluar semula dengan menutup pintu dan dikunci dari luar.

"Malam ni, kau jangan makan. Hukuman untuk orang yang tak puasa macam kau!" Kak Ngah bersuara dari luar. Kejinya Kak Ngah memperlakukan dia macam ni.

Mak... Adik nak mak. Adik tak mampu nak bertahan mak...

*****
Phone diatas meja berbunyi tanda ada panggilan masuk. Phone dicapai segera. Button hijau ditekan tanpa melihat nama pemanggil.

"Hello. Assalamualaikum." Faiz memberi salam.

"Waalaikumussalam. Bro, apa cerita?" Suara Johan kedengaran dibalik phone tadi.

Johan. "Apa cerita apa?" Faiz buat-buat tak tahu.

Johan dah buat muka. Macam Faiz boleh nampak aje kalau dia buat muka pun. "Duhh."

"Hahaha. Tak payah nak buat macam tu sangat. Ni mesti tengah buat muka sambil-sambil sebut perkataan tu. Hahaha." Faiz berseloroh.

"Cerita lah woi." Johan tak sabar.

"Nak cerita apa? Noorin? Selamat sampai dah pun dia kat rumah tu agaknya. Tak payah risau." Ringkas faiz memberitahu.

"Oh okay. Dia makan ubat tak dalam bas?" 

"Hah! Ini yang aku patut cerita! Ya Allah. Makan ubat macam makan gula-gula wey. Selamba dia aje telan bebanyak macam tu. Terkejut aku."

Johan dah terkekek ketawa dengar cerita Faiz. "Ubat migrain kan memang banyak. Nak taknak dia kena telan jugak. Hahahaha." Ketawanya masih belum berhenti. 

"Apesal kau tak tanya dia sendiri aje?" Faiz bertanya. Ada baur cemburu disitu. 

"Erk." Johan tersentak. "Aku malu. Tak berani. Aku ada cerita kan yang dia reject aku dua kali. Lagipun, aku takde nombor phone dia. Hehe."

"Oh." Hanya itu yang dibalas Faiz.

"Hmm ok lah tu. Kau dah selamat. Dia pun selamat sampai. Lega aku dengar."

"Lahhh. Call aku semata sebab nak tanya pasal Noorin aje? Pasal aku sikit pun kau tak tanya? Sampai hati kau. Fine. Siapalah aku..." Faiz konon merajuk.

"Perghhh mengada nya lahh. Kau dah sampai rumah dah kan? Siap boleh angkat call aku lagi. Kira selamat lah tu." 

"Yelah. Yelah." Faiz masih dalam nada rajuk.

"Faiz Zayani. Kau mengada." 

"Hmm." 

"Alaaa sayang bucuk-bucuk manja. Intan payung kesayangan adinda." 

"Eeeeiuuwwww. Geli. Serius." 

"Hahahaha. Dah. Tak payah nak merajuk bagai." Johan masih ketawa.

"Sekali sekala. Hahahaha." Faiz pula ketawa.

"Dah dah. Habis kredit aku."

"Okfine. Bye." Faiz merajuk balik.

"Mengada!"

Faiz dah ketawa. 

to be continued...