Monday 20 November 2017

[M.O.L] 10

Buat kesekian kalinya dia menekan pelipis. Ya Tuhan. Kenapa sekarang..

Laci ditarik. Ubat tahan sakit dikeluarkan. Dah macam makanan ruji ngadap benda ni. Telan je lah Nia. Kejap lagi hilang lah sakit tu. Ubat dah mula masuk dalam kerongkong, air diminum. Berkerut muka menahan pahit ubat yang masih terasa dianak tekak.

Seketika mata terasa berat. Kuap yang ditahan-tahan akhirnya tewas. Mata mula mencari dan membaca jarum jam. Pukul 1 pagi. Nafas berat dilepaskan.

"Takpelah. Tidur kejap okay kot. Esok kelas petang je." Nia dah nak melangkah ke katil. Rasa mengantuk yang amat. Kesan ubat agaknya.

Kepala dah terletak elok atas bantal. Dan dengan senangnya dia lena.

******

Pagi tu Deja bangun awal. Semangat rasanya bila pagi tu dia mula dengar surah-surah lazim yang Nia bagi 2 hari lepas

"Nah." Nia hulur mp3 Sony berbentuk bujur. 

"Apeni?" Deja pelik. 

"Haritu awak kata nak doa taubat tu kan? Ni lah dia." Nia senyum. 

Mp3 dah bertukar tangan. 

"Kalau awak nak apa-apa lagi, bagitau je lah Nia. InsyaAllah Nia cuba tolong." Ikhlas Nia menutur.

Deja angguk je. "Thanks." Senyum. 

Sekali dengan surah-surah dalam Al-Quran Si Nia bagi. Tapi takpe. Dia okay je. Tenang bila dengar. 

Kaki dah melangkah turun tangga. Nampak ada sarapan tersedia. Mesti Nia ni. Deja laju melangkah ke meja makan. Cekodok kentang dah masuk ke mulut terlebih dahulu sebelum sempat duduk. 

"Haaa Deja. Eh sorang je? Nia mana?" Kak Shida daripada dapur bersuara. 

Alamak.. Bukan Nia ke. "Ha sorang je." Ringkas menutur. Nak jawab lebih, sumpah dia rasa awkward. Sebab dia memang jarang berborak lebih dengan isi rumah yang lain berbanding Nia. 

"Mana Nia ni.. Selalunya dia paling awal ada kat dapur ni buat sarapan." Kak Shida bersuara lagi. 

"Tidur lagi kot." Deja sekadar berbasa-basi. 

"Nia jarang nak tidur lepas subuh. Even kalau dia uzur pun dia akan bangun jugak untuk ulangkaji pelajaran." 

Yeke? Deja sekadar bertanya dalam hati. Pelik ni.. "Takpe ah. Orang gi tengok dia dah bangun ke belum." 

"Ha yelah." 

Deja terus naik atas. Pintu bilik Nia diketuk. Nama dipanggil tak berjawab. Apehal minah sorang ni? Tak pernah-pernah macam ni.

Pintu diketuk lagi. Kali ini kuat sedikit. Mana tau tadi tak dengar. Nama dipanggil lagi. Masih tak berjawab. Haish.. 

Tangan dah mula nak pegang tombol pintu tapi kedengaran tombol dah dipulas daripada dalam. Dan terpempan muka Nia yang sedikit pucat. 

"Eh kenapa ni? Kau okay tak? Pucat ni." Tanya Deja. Prihatin. 

"Okay.. Sakit kepala sikit je. Takde apa sangat pun." Perlahan Nia bersuara. Kepala masih terasa berdenyut. 

"Betul ni? Kalau tak okay, kita pergi klinik?" 

"Takpe. Sikit je." 

"Ookayy..." Deja tak mahu memaksa. Dia faham keadaan Nia. Mungkin nak berehat sahaja. 

Angguk. Pintu nak ditutup kembali namun kepala terasa melayang. Tangan dah rasa lemah. Kaki tak mampu menampung badan.

"Nia!" Dan Nia pengsan depan Deja. 

******

"Siapa waris pesakit ye?" Doktor bertanya sesudah keluar daripada bilik rawatan.

"Saya, doktor." Laju Deja menjawab.

"Erm. Okay."

"Kenapa dengan Nia doktor? Is she going to be fine?" Risau. Ye Deja risaukan Nia. 

"Saya masih belum mampu untuk bagi keputusan. We still have to check her up untuk tahu kenapa Cik Dania jadi macam ni. Buat masa ni Cik Dania terpaksa kami admit dalam wad dulu." Panjang lebar doktor memberitahu. 

"Oh I see. Okay. If anything doktor tolong inform pada saya ye?"

"InsyaAllah, I will." Doktor tu senyum. 

"Great. Kitorang boleh jumpa pesakit?" 

"Oh ya. Boleh boleh." 

"Thank you, doktor." Yang lain dah mula melangkah untuk berjumpa Nia.

"You're welcome." Doktor tersebut turut melangkah meninggalkan mereka.

******

Beberapa hari berlalu. Nia pun dah dibenarkan keluar hospital. Bil-bil semua Abang Nain yang bayar. Rasa serba salah pun ada. Sebab menyusahkan dia. Benda berlaku tak dijangka. Masa Nia pengsan haritu dia jadi kelibut. Tak boleh nak fikir apa. Kebetulan Nain ada sekitar kawasan perumahan Deja tinggal. 

"Hey. Menung apa?" Nain menegur. Dua cawan air sejuk sudah diletak diatas meja. 

"Takde apa." Deja bersuara.

"Dah lah tu. Kan doktor kata housemate Deja tu stress je. Nothing to worry lah." Nain cuba menenangkan Deja. Dia tahu adiknya itu masih risaukan Nia. 

"Deja risau. Deja tak pernah nampak Nia macam tu." Ye, sungguh dia masih risaukan Nia.

"Maybe she had been through something yang rough beberapa minggu lepas. Deja antara yang rapat dengan dia, so entertain lah dia. Jangan bagi dia stress kalau taknak dia jadi macam tu lagi." Nain sekadar memberi cadangan. Tak pernah tengok Deja risau macam ni dengan orang yang baru dia kenal. 

"Hmmph. I'll try." Taktahu kenapa dia jadi risau sangat bila Nia macam tu. Padahal sebelum ni nak ambil tahu pasal hidup Nia pun dia tak pernah terlintas difikiran. 

No comments: