Sunday 12 November 2017

[M.O.L] 9

"Nia.." Deja bersuara. 

"Ya, Deja. Kenapa?" Nia dah alih pandangan kearah Deja. Hormat bila orang panggil. 


Diam. 


Nia angkat kening. Bertanya. 


Nak cakap ke tak eh...? Aduh malu.. malu.. 


"Kenapa?" Nia bertanya lagi. 


"Ermm.."


"Ada benda nak share ke? Kita bincang dalam bilik? Ke nak keluar? Selesa sikit kan." Nia meneka.


Sebenarnya daripada haritu lagi dia perasan yang Deja macam nak cakap sesuatu. Cuma tidak mahu memaksa. Jadi dia ambil keputusan untuk diamkan dulu, dan kalau masa sesuai, baru nak bertanya pada Deja. Tapi nampaknya Deja sendiri yang seperti memulakan langkah. 


"Tak..takpe. Sini pun okay je."


"Okay. So, nak share apa? I'm listening."


"Erm.. Nak tanya. Lagu yang kau nyanyi pagi buta haritu.. lagu apa eh?" Soalan apa kau tanya ni Deja..


"Lagu?" Nia usap dagu gaya berfikir. "Pagi buta?" Bila pulak aku nyanyi.. Dahi berkerut cuba mengingat. 


"Ala.. aku nak nyanyi pun tak ingat dah lirik dia."


"Awak sure ke yang nyanyi tu saya, Deja?" Nia dah seram. 


"Ish. Betul lah kau nyanyi. Suara kau. Aku cam lah."


Nia dah garu kepala. Aduh.. bila masa aku nyanyi ni..


"Tak payah lah nak seram. Kau bukan nyanyi lagu seram pun masa tu. Its more religious. Bila aku dengar, aku jadi tenang."


Nia masih cuba mengingat. Kalau qiam pun mana pernah nak nyanyi lagu apa-apa. 


"Kau rajin eh bangun pagi pukul 5 lebih?"


Angguk. Kepala ligat duk mengingat. Bangun pagi pukul 5.. "Oh!"


Deja terkejut. "Pesal?" 


"Yang Deja tanya tu. Bukan lagu. Doa taubat." Nia dah dapat jawapan. Agaknya itulah yang Deja maksudkan. 


"Doa...? Tapi bukan doa kena dalam arab ke?" 


"Memang doa tu dalam bahasa arab. Tapi dah translate so that, kita yang melayu lebih senang faham." 


Oh.. Deja angguk. 


"Awak dengar Nia baca doa tu ke haritu? Kuat sangat eh? Sorry kalau ganggu." Cepat Nia meminta maaf. 


Aduh dia ni. "Eh.. ada aku cakap mengganggu ke? Takde kan?"


Geleng. 


"Tak. Aku jadi tenang lah dengar doa tu. Nanti nak boleh?" Dah hilang rasa malu tadi. 


"Boleh je. No problemo." Nia dah sengih. 


"Okay. Dah lah. Aku nak masuk bilik. Siapkan lab report." Badan dah dibawa memanjat tangga untuk naik ke bilik tidur. 


Deja.. Deja.. Geleng Nia menghantar pandang kearah Deja. 



******
Dah dekat 3 minggu Nain tak contact Deja. Rasa serba salah sejak dia tertanya soalan tak sepatutnya tu. Telefon pantas dicapai. Jari terus menekan keypad untuk menaip nombor Deja. 

"Hello?" Talian bersambut. 

"Hello, Deja?" Perlahan suara Nain. Sebab masih rasa bersalah. 

"Eh? Slownya suara? Abang tak sihat ke?" Deja bersuara bimbang.

Ek? Nain pelik. "Deja tak marah ke abang call?" 

Kenapa dengan abang aku ni? "And why should I mad?"

"Sebab abang dah tersalah cakap haritu?"

"Jap abang. Serius lah?"

"Kenapa?"

"Oh. My. God. Dah dekat 3 minggu benda tu jadi, sekarang baru nak tanya? Come on, Abang Nain. I'm not that childish nak merajuk lama-lama. Told ya, I'm a big girl now." Deja sekadar ketawa. Nak gelak guling-guling pun ada lah melayan abang dia yang sorang ni.

"Hahaha. I know. But seriusly, I'm sorry k." Nain tetap meminta maaf.

"Belanja dulu lah baru maafkan." 

"Hek eleh. Small matter lah."

"Amboi. Berlagak gila." Mata sengaja dijuling. 

"Hahaha. So, weekend?"

"On. Cam biasa, abang amik Deja."

"No biggie. Bisa diatur. See ya."

Telefon dah dilepas daripada telinga. Talian diputuskan. 

True. You have grown up, but you will always be my kid sister.

No comments: