Sunday 12 November 2017

[M.O.L] 8

"Don't you ever wanted to wear that?" Nain tunjuk kedai yang tudung bidang 45 pelbagai warna. 

Deja yang leka melihat baju-baju yang bergantungan berhenti dan memandang kearah tudung-tudung tersebut. Dia tersentak. Senyum meski payah. 


Kaki dah mula melangkah keluar dari kedai tadi dan berlalu pergi. Dia tak tahu mana arah kakinya melangkah, dia hanya menurut. Nain sedar akan perubahan Deja tadi. Secara terangan, dia tahu Deja tak suka membincangkan hal itu. Dia rasa serba salah. 


"Deja!" Kaki turut melangkah laju mengejar Deja yang dah kehadapan terlebih dulu. "Tunggulah abang, Deja!"


Deja berhenti. Nain dah berada dibelakangnya sejengkal. Tercungap-cungap menahan lelah.


"I'm sorry, k. Didn't mean to hurt you." Nain meminta maaf. Tahu yang dia dah tersalah kata. 


"Naah. It's okay." Deja membuka kata. "Deja nak makan aiskrim la. Jom?" Jelas bunyi ceria yang dibuat-buat. Nain tahu dia dah buat silap besar. 



*****
Tiga ke empat tahun lalu.

"Deja kenapa pakai macam ni? Tak reti langsung nak jaga nama baik papa dan mama. Suka sangat menyusahkan papa dan mama." Mama Deja mula tinggi suara. Kedegilan Deja kali ini sangat melampaui batas. 

"Apa yang salahnya Ma.. Deja bukan buat benda tak senonoh pun. Ini cara pemakaian Deja. Suka hati Deja lah nak pakai macam mana pun. Bukannya selama ni ada orang kisah pun." Deja masih tenang. 

"Papa tak larang Deja nak keluar mana-mana tapi pemakaian tolong lah jaga. Tak guna lah papa hantar mengaji agama tapi ini yang Deja tunjuk." Papa pula bersuara. 

"Pa. Ma. Buat apa Deja nak kena jadi hipokrit soal berkaitan agama kalau dalam diri sendiri masih belum ada agama. Selama ni pun Papa dengan Mama berlagak bijak tentang agama pun sebab ikutkan sangat trend kan?" 

"Deja!" Sikit lagi Deja nak kena pelempang Papa. 

"Deja dah penat nak duduk dengan keluarga hipokrit macam ni Pa. Deja penat. Kalau rasa Deja ni anak yang menyusahkan, then jangan bela dah anak ni. Stop bothering my bussiness." Deja angkat kaki dan laju naik ke bilik. Sungguh. Dia penat nak dengar bebelan yang sama setiap hari. 

Kalau bukan sebab Abang Nain, dia dah lama berniat nak lari rumah. Semua benda yang dia buat akan selalu salah dimata Papa dan Mama.


*****
Pagi Isnin.

Pukul berapa ni... Aduh malasnya nak bangun. Deja sekadar monolog dalam hati. Perlahan dia bangun daripada katil.

"Aik.. gelap lagi. Tapi apesal aku dah terjaga ni?" Laju tangan mencari telefon untuk mengetahui jam berapa waktu sekarang. Mata dah terbeliak. "Baru pukul 5.30 pagi ke..?"

Nak tidur balik rasa macam tak boleh nak tidur dah. Sebab dia memang jenis yang kalau dah bangun, susah nak tidur balik. Lagipun, kalau tidur balik, memang tak masuk kelas dia harini nanti. Apa nak buat ni?

Tiba'tiba dia terdengar bunyi pintu dari bilik depan. Nia? Apa Nia buat pagi buta ni? Deja nak keluar tapi ragu-ragu. Takut apa yang dia dengar tu bukanlah apa yang dia fikirkan. Lama dia berdiri depan pintu masih berkira-kira untuk keluar melihat.

1 minit.. 2 minit.. 3 minit..

Akhirnya, dia memberanikan diri untuk keluar. Perlahan tangan memulas tombol. Telinga dah mula membuat kerja. Mendengar keadaan sekeliling. Kaki turut melangkah. Berdiri betul depan pintu bilik Nia. Baru nak ketuk..

"Wahai Tuhan, ku tak layak ke syurga-Mu. Namun tak pula aku sanggup ke neraka-Mu. Dosa-dosa ku bagaikan pepasir di pantai. Dengan rahmat-Mu, ampunkan daku oh Tuhan ku.."

Tanpa dipaksa, air mata gugur mendengar bait lirik yang Nia lagukan tadi. Sungguh, itu pertama kali dia merasakan seperti ada yang menikam namun tidak berdarah. Badan dah tersandar didinding. Kaki terasa lemah nak berdiri.

Perasaan ni... perasaan yang dah lama dia cari. Air mata masih laju turun membasah pipi. Cepat dia sedar daripada tenggelam dalam perasaan tu. Air mata dah dilap dengan lengan baju. Mencari kekuatan untuk bangun selepas berteleku didepan bilik Nia. Kaki melangkah masuk ke bilik.

Pintu ditutup. Deja dah bangun? Awal pulak harini. Siapkan assignment kot. Nia sekadar meneka. Usai solat sunat, azan subuh berkumandang. Nia dah get ready untuk solat subuh.

Assolatukhairumminannaum..

No comments: