Wednesday, 28 May 2014

Sangkar Jahiliyah 26

Dalam beberapa minggu pertama ni, Noorin masih tetap tidak mahu buat rawatan tu. Abah makin risau. Kehidupan Noorin jadi tak teratur. Dia dah mula jadi seperti dulu. Solat entah kemana. Segala amal ibadahnya juga entah kemana. Tiap kali disuruh makan ubat, asyik nak mengelak aje. Masa Alif suruh makan ubat dulu je, dia mahu. Lepas pada tu, memang dah tak usik dah.

"Ngah. Pergilah jenguk-jenguk adik tu. Kau tak kesian ke?" Along pelik dengan sikap adiknya yang sorang ni. Tak pernah nak menjenguk adik bongsu kat hospital tu secara dekat. Padahal memang dah sedia maklum tentang Noorin. Hampir tiap hari abah, Along dan Achik bergilir menjaga Noorin di hospital. Ulang alik daripada rumah ke hospital. Hospital ke rumah. Sekali pun Kak Ngah tak pernah nak pergi jenguk Noorin. Benci sangat agaknya.

"Orang sibuklah, Long. Nanti-nanti lah orang pergi jenguk. Belum nak mati lagi perempuan tu kan?" Selamba Kak Ngah memberi kata.

"Kak Ngah!" Achik terkejut bila Kak Ngah berkata begitu. "Adik tu takde buat salah dengan Kak Ngah pun. Kenapalah nak menghukum dia sampai macam tu? Dia tengah sakit tu. Patutnya Kak Ngah bagi dia semangat. Pujuk dia untuk buat treatment tu." Achik menyambung. Dia tak mampu berkata apa lagi dah. 

"Wateva. Dahlah. Duduk dalam rumah ni, buat sakit telinga je. Abah asyik sebut pasal dia. Along dengan Achik pun asyik cakap pasal dia. Eh! Rimas! Keluar lagi baik." 

Kak Ngah dah mengangkat punggung untuk masuk ke bilik. Seketika kemudian, dia keluar dengan beg tangan. Sekadar memakai tshirt lengan panjang, berseluar jeans. Rambut diikat kemas. Tangan kanan memegang kunci kereta miliknya. 

"Orang balik lambat harini. Esok lusa orang pergilah jenguk dia." Kak Ngah sekadar berbasa-basi. Bukan dia nak sangat pun jenguk 'adik kesayangan' dia tu. Pintu dikuak dan ditutup kembali. Cepat saje dia meloloskan diri. Bunyi deruman kereta makin menjauh. Tanda Kak Ngah dah menghilang dengan kereta miliknya. 

"Kak Ngah. Kak Ngah. Bilalah dia nak sedar." Achik kesal dengan sikap kakaknya.

"Kita doa je lah, Chik. Terbuka hati Kak Ngah tu nak sedar. Sebelum terlambat." Along turut merasa kesal. Tapi dia tahu, dia tak mampu berbuat apa-apa. Semua bergantung pada kuasa Allah untuk menyedarkan Kak Ngah. 

*****
"Aku tengok macam best je kau pakai tudung ni. Tapi... tak panas ke wey?" Noorin bertanya pada Najah.

"Takdelah. Kenapa nak panas pulak. Dah biasa kot." Najah menjawab.

"Oh..." 

"Kenapa? Nak try ke?" Najah pula bertanya.

"Eh. Err takde. Tanya je. Cantik ah kau pakai." Ikhlas Noorin memuji.

"Aku memang cantik." 

"Mak aii. Riak." Noorin buat muka.

"Haha! Takdelah. Aku pakai sebab wajib. Allah dah suruh." 

"Allah suruh?" Noorin macam nak teringin nak tahu.

Najah mengangguk. "Ha'ah. Perempuan yang dah baligh. Macam kita ni. Haaa. Dosa-dosa semua tanggung sendiri. Solat wajib full. Tutup aurat wajib. Jaga batas dengan ajnabi."

Ajnabi? Itu apa pulak? Noorin masih tak faham. Tapi dia rasa terpanggil nak pergi kearah itu. Kearah menjadi baik. 

"Hmmm Najah." Noorin memanggil Najah yang dah kembali fokus pada kerja yang tergendala tadi.

"Iye." 

"Nanti ajar aku. Boleh?"

"Ajar? Oh! Eh Boleh! Boleh sangat!" Ceria Najah menjawab. Alhamdulillah Ya Allah. Permulaan yang baik.

Dan lepas pada tu, Najah ajar sikit-sikit macam mana nak pakai tudung. Ajar solat. Ajar ngaji. Noorin cuba praktikkan sikit-sikit. Walaupun dia tak tunjuk kat surau. Dia buat kat bilik. Dia cuba pakai tudung bawal bidang 45 yang Najah bagi untuk belajar pakai.

"Cantik kau pakai tudung." Fazlin menegur. Dia nampak Noorin cuba nak pakaikan pin bawah dagu tadi. Tak sengaja lalu depan bilik Noorin.

"Eh?" Cepat-cepat dia membuka lapisan kain yang menutupi kepala.

"Lahh. Kenapa bukak? Elok dah tu." Fazlin ambil kain yang ada ditangan Noorin. "Cantik sangat kau pakai tudung tau. Manis je." Fazlin senyum. "Pinkan sikit sini. Pastu, kat sini. Hah. Siap! Subhanallah. Indahnya ciptaan Allah." Fazlin memakaikan tudung itu pada Noorin. Pipi Noorin disentuh.

Noorin senyum. Tawar. "Alin..." Perlahan Noorin bersuara.

"Ye saya." Fazlin masih senyum memandang Noorin.

"Aku nak berubah tapi aku takut."

"Kenapa nak takut?"

"Aku rasa tak untuk diterima bertaubat." Kalini dia dah menundukkan kepala.

"Allah Maha Pengampun. Dia menerima dengan tangan yang terbuka luas untuk hamba-Nya yang nak bertaubat. Jangan rasa macam tu. Bersyukurlah Allah masih bagi kau peluang untuk dapat hidayah daripada-Nya." Panjang lebar Fazlin cuba memberi semangat. 

"Hmmm. Bantu aku. Bimbing aku. Boleh?" Noorin tekad nak berubah. Dia nak tinggalkan dunia jahiliyah yang penuh dosa tu.

"InsyaAllah. Aku cuba bntu mana yang mampu. Selebihnya atas usaha kau sendiri."

"Terima kasih, Alin." Noorin senyum. Kalini lebih bersemangat.

"Sama-sama kasih." Fazlin turut tersenyum.

*****
"Istiqomah? Susah lah Jah. Aku tak mampu. Rasa nak berhenti takat ni je." Noorin mengadu. Dia tak larat. Dia penat.

"Lahh wey. Baru sikit kena hentam. Takkan nak give up dah kot." Najah sengaja provok.

"Kalau bab ni, aku lemah lah, Jah. Tak kuat." Noorin tak sanggup. Serius.

"Jangan risau. Jangan khuatir. Aku ada. Fazlin pun ada. Boleh tolong kau lah." 

"Tapi, aku..." Belum sempat habiskan, Najah dah potong.

"Dah. Takde tapi-tapi. Berubah sebab Dia bukan sebab lain. Ingat janji kau?"

"Ingat..." 

"Haaa then?" Najah berhenti sekejap. "Tak payah fikir apa orang cakap. Fikir apa Allah cakap." 

"Ok. Aku cuba."

"Haaa centu lah kawan aku. Hehe." 

"Jah. Ermmm Thanks." 

"Takde hal lah." Najah sengih.

to be continued...

Sangkar Jahiliyah 25

Dua minggu cuti berlalu dengan cepat. Tak perasan pun. Tup tup dah nak buka sekolah. Noorin masih dengan degilnya. Keputusan dia tetap sama. Dia masih tak mahu lakukan rawatan itu. Degil tahap petala kelapan. 

"Noor. Makan ubat ni." Alif yang baru sampai dengan Johan dan Faiz tadi cuba untuk memujuk Noorin supaya makan ubat.

"Letaklah situ. Nanti aku makan." Noorin berdalih. 

"Nanti is like never." Sarkastik. "Yeah right..." Gaya sindir Alif menutur kata itu.

Noorin hanya buat tak tahu. 

"Kau sakit, sikit pun taknak bagitahu aku kan? Sampainya hati." Alif buat nada rajuk.

"Tak bermaksud pun nak rahsiakan." 

"Then?" 

"Cuma...aku perlu masa."

"How much time you need?"

"Sampai aku betul-betul bersedia."

"Sampai bila tu?" 

Noorin sekadar mengangkat bahu. Tanda dia sendiri tak tahu dan tak pasti. 

"Noorin. Mati tu bila-bila masa je Allah nak tarik nyawa, Allah boleh tarik. Bukan semata sebab sakit. Kadang orang yang tengah mesin rumput kat padang pun boleh mati. Tak semestinya kau sakit, kau akan pergi dulu daripada kitorang. Aku pun boleh mati, kalau Allah nak tarik nyawa aku sekarang. Jangan putus harap. Aku tahu kau kuat. Noorin yang aku kenal tak lemah macam ni. Semua orang sayangkan kau. Semua orang nak tengok kau yang dulu. Takde yang mustahil dalam dunia ni. Selagi kita boleh ikhtiar, kita ikhtiar." Alif memberi kata. Panjang lebar.

Noorin menahan rasa. Ini kalau diorang tak tahu aku sakit, takkan kena bebel macam ni. Hailaa. Macam mana boleh pecah rahsia pulak ni. Alahai.

"Dah habis cakap?" Noorin bertanya sesudah Alif senyap.

"Dah." 

"You may leave. Aku nak tidur. Kepala berat. Sorry." 

"Kan betul. Nanti is like never. Heh." Alif membalas. Sindir lagi. "Kau makan ubat dulu depan aku, then baru aku keluar."

Aduh! Sakit, susah! Sihat, susah! Apa yang senang dalam dunia ni? Hish! Noorin dah buat muka annoying.

"Mana ubatnya?" 

Alif menghulurkan piring yang berisi dua jenis ubat untuk sakit Noorin. Noorin mengambil dan telan. Air teguk perlahan. Ubat ubat ubat. Macam dah makanan harian aku. Noorin mengomel dalam hati.

"Dah. Puas hati?" Noorin bersuara.

"Sangat puas. Good girl." Alif sekadar tersenyum puas. Berjaya jugak nak pujuk minah ni makan ubat!

"So now, leave." Noorin dah tarik selimut untuk berbaring semula. Duduk hospital ni, kerjanya baring, tidur, makan. Itu aje lah. 

"Ok. Terima kasih kerana memberi kerjasama yang sangat baik. Aku keluar dulu. Rehatlah." Alif dah mula menapak keluar daripada bilik wad Noorin. Pintu dikuak dan ditutup semula.

Noorin yang membelakangkan Alif tadi dah buat-buat tidur. Sesekali kata-kata Alif tadi bermain dalam fikirannya. Ah! Tidur lebih baik. 1 minit. 2 minit. 3 minit. Noorin mula menguap. Cepatnya ubat ni bagi kesan... Dan dia lelap disebabkan ubat tadi.

*****
"Macam mana Alip? Noorin nak buat treatment tu?" Faiz segera bertanya sejurus selepas Alif keluar daripada bilik wad Noorin. Semua yang ada diluar tadi terus meluru kearah Alif. Semua menunggu jawapan positif daripada Alif.

Alif menggeleng. Mereka hampa. Buntu. Dah tak tahu nak buat macam mana lagi nak bagi Noorin setuju dengan treatment tu. 

"Tapi dia makan ubat yang doktor suruh bagi tadi." Alif mula bersuara. 

Mereka yang menunduk kecewa tadi mula mengangkat kepala. "Serius?" Najah tanya.

Alif angguk kepala.

"Alhamdulillah. Permulaan yang baik dah tu. Esok-esok dia nak lah tu buat treatment. Cuma kita jangan desak dia sangat. Bagi dia ruang lagi." Along pula bersuara. Mengucap syukur.

*****
Beberapa hari lepas...

"Aku taknak! Tolonglah jangan paksa aku untuk buat treatment tu!" Noorin naik suara satu oktaf.

"Ini untuk kebaikan kau jugak, Noor." Fazlin memujuk.

"Aku taknak! Tak faham ke?!" Sekali lagi Noorin naik suara.

"Noorin." Najah memanggil.

"Keluar kau dua orang! Keluar! Aku taknak tengok!" Noorin mula mengamuk. Emosinya buat masa ni tak stabil Dia jadi rimas dengan semua orang. Lama-lama aku boleh jadi gila! 

Faiz, Johan dan Alif yang baru nak masuk menjenguk Noorin, terkejut bila dengar ada barang terjatuh daripada dalam bilik wad Noorin. Cepat-cepat mereka masuk kedalam bilik itu. Tengok-tengok makanan yang disediakan didalam bekas dah habis berterabur atas lantai. Apa jadi ni?

"Eh kenapa ni? Apa jadi ni?" Johan bertanya cemas.

"Kau orang pun keluar! Menyemak datang sini! Tak payah kisah pasal aku lah!" Noorin dah tak mampu nak kawal emosinya. Memang habis semua orang dia nak tengking. Nak marah. 

"Lin. Cepat panggil doktor. Noorin ni dah tak stabil emosinya ni. Cepat!" Faiz arahkan Fazlin untuk memanggil doktor. 

"Haaa yelah yelah." Fazlin dah menghilang untuk memanggil doktor.

Tak lama lepas tu, Doktor Masyitah datang bersama dua orang jururawat. Tanpa buang masa, ubat penenang dimasukkan kedalam picagari dan terus dicucuk bahagian lengan Noorin. Perlahan-lahan Noorin lemah dan mula pengsan. 

Mereka semua dah maklumkan pada abah, Along dan Achik Noorin. Kejap lagi mereka sampai. Diluar bilik wad Noorin, Johan dah boleh agak apa yang sedang berlaku.

"So, anyone nak bagitahu apa yang dah jadi sebenarnya?" Suara Johan memecah sunyi antara mereka sejak tadi.

Diam. 

"Fazlin?" Johan memandang Fazlin. Dia nak kan jawapan.

Fazlin hanya menggeleng. Masih berdegil untuk tidak memberitahu mereka.

"Najah?" Kalini Johan pergi dekat dengan Najah. Mereka dah kenal lama. Jadi, Najah takkan mampu nak sorok apa-apa daripada Johan. 

Najah diam. Apa aku nak cakap ni? Alamak...

"Najah. Jangan buat kitorang macam ni wey. Kitorang ada hak nak tahu jugak. Tolonglah." Johan memujuk lagi. Nada merayu.

Najah kalah. Dia tak mampu nak sorokkan lagi. Untuk apa dia sorokkan lagi kalau satu hari nanti mereka akan tahu juga. 

"Noorin sakit. Dia ada kanser. Kanser otak." Najah memberitahu dalam satu nafas.

Tiga lelaki itu dah terkejut. Reaksi muka masing-masing tak payah cakap lah. Terkejut tahap tak ingat dunia.

"Since when?" Faiz bertanya.

"Sakitnya dah lama. Cuma baru dapat detect." Najah menjawab.

"Then, kenapa dia jadi mengamuk macam tadi?" Alif pula bertanya.

"Dia taknak buat treatment untuk cegah kanser tu daripada terus membesar dalam badan dia. Puas dah kitorang pujuk, dia degil. Taknak buat treatment tu." Najah memberitahu lagi. Ada nada sendu seperti ditahan-tahan. Sungguh. Kawan mana yang tak sedih melihat kawannya menanggung sakit. 

Fazlin memegang bahu Najah. Dia tahu Najah paling risau dalam keadaan ni. Diusap bahu Najah untuk meredakan gusar dihati. Seolah memberi kekuatan pada Najah.

"Tak apa. Ada caranya. Kita fikirkan nanti. Kita biarkan keadaan reda dulu. Jangan terlalu push Noorin. Dia masih tak boleh nak terima dengan apa yang jadi." Johan memberi cadangan.

Mereka yang lain mengangguk tanda setuju. Seketika suasana menjadi senyap. Sambil-sambil menunggu ahli keluarga Noorin datang.

to be continued...   

Tuesday, 27 May 2014

Sangkar Jahiliyah 24

"Macam mana dengan Noorin?" Abah terus bertanya pada Najah dan Fazlin sesudah sampai tadi. 

"Dah puas kami pujuk, pakcik. Dia taknak. Mungkin dia masih belum bersedia. Kita bagi dia masa untuk fikir dulu ye?" Tenang Fazlin memberitahu dan memberi cadangan.

"Oh. Hmm. Yelah." Abah hanya memberi respon begitu. Dia tak mampu berbuat apa-apa. Dia tahu anaknya masih memerlukan masa untuk berfikir. 

Najah nampak lagi tiga orang yang cukup dia kenal. Langkah diatur kearah mereka bertiga.

"Eh? Korang macam mana boleh ada kat sini?" Najah bertanya terus.

"Nak datang lawat kawan pun tak boleh ke?" Alif menjawab dengan pertanyaan.

"Takdelah macam tu. Tanya je."

"Si Faiz ni haaa yang ajak aku dengan Alip beraya rumah Noorin. Kitorang ikut aje." Johan pula bersuara.

"Abang Noorin yang ajak datang sini. Katanya Noorin masuk hospital. Kenapa?" Faiz memberitahu. Dan bertanya.

"Oh." Najah angguk kepala. "Takde apalah. Dia stress aje. Pengsan then kena tahan wad." Najah tidak memberitahu hal sebenar buat masa ni. Sebab dia menghormati Noorin. 

"Berapa hari dah kena tahan wad?" Johan bersuara lagi.

"About two days ago."

"Oh." Serentak mereka bertiga angguk kepala tanda faham.

"So, how is she now?" Faiz bertanya ingin tahu.

"Alhamdulillah. Getting better. I guess." Najah menjawab dan sengih. 

Mereka bertiga angguk kepala sekali lagi serentak. Tapi Johan dapat rasa macam ada benda yang terjadi. Antara Noorin dan keluarganya. Sebab dia sempat curi-curi dengar perbualan Fazlin dengan abah Noorin tadi. 

*****
"Lin." Johan memanggil. Seperti berbisik.

Fazlin yang tengah nak ambil air untuk Noorin terkejut. "Ya Allah!" Mujurlah flusk ni tak terjatuh. Ish mamat ni lah. Johan yang tiba-tiba berbisik padanya tadi dah tersengih.

"Apa?" Fazlin bertanya.

"Apa jadi sebenarnya ni?" Johan terus bertanya tanpa simpang.

"Maksud?" Fazlin sengaja berteka-teki.

"Saje je." Johan dah buat muka. "Noorin lah. Kenapa dengan dia? Kenapa boleh tiba-tiba masuk hospital pulak?" Menyambung tanya.

"Najah dah bagitahu kan tadi? So, itulah jawapannya." Fazlin segera mahu beredar. Tetapi pantas Johan mendepakan tangan. Menghalang laluan Fazlin.

"I bet that more than Najah told us just now." 

"I can't say it. Sorry." Fazlin masih berkeras untuk merahsiakannya.

"Alin. Please? Saya pun kawan Noorin. Saya ada hak untuk tahu." Johan rasa macam nak melutut depan Fazlin. Biarlah apa orang nak kata. Asalkan dia tahu cerita sebenar.

Tak putus asa betul mamat ni. Fazlin mengeluh. "Kalau nak tahu sangat, kenapa awak tak tanya sendiri pada Noorin. She has the answer." Malas betul aku nak layan mamat ni lah. 

"Saya taknak ganggu dia."

"And you are disturbing me now, mister. Maaflah. Saya tak mampu nak bagitahu. Saya hormat keputusan Noorin." Fazlin dah malas nak layan. Memang dia takkan beritahu perkara sebenar pada sesiapa atas permintaan Noorin sendiri. Dan dia terus berlalu ke dalam bilik wad Noorin.

Johan sekadar membatu. Haih. Susah betul orang perempuan ni. Banyak sangat berahsia. Takpe. Aku akan find out sendiri. Tak payah tanya dah. Nanti jawapan sama aje. Huh.

to be continued...

Sangkar Jahiliyah 23

Nak ke taknak. Nak ke taknak. Faiz berkira-kira untuk memberi ucapan hari raya. Selepas mundar-mandir sendirian didalam bilik, dia merebahkan diri atas katil. Telefon bimbit masih ditangan. Nombor telefon yang tersimpan dalam contact list telefon bimbitnya ditatap daripada tadi. Noorin. Perlahan nama itu meniti dibibirnya. Untuk seketika, dia tersenyum. Ah! Macam orang angau! Cepat-cepat ditepis segala ingatan tentang perempuan itu. 

"Iz.. Iz.. betul kau ni dah angau! Haha!" Faiz bermonolog. 

Telefon bimbit yang masih berada dalam tangan kembali dipandang. Jari cepat menekan papan kekunci mencari nombor lain pula. Ok, Jumpa! Kekunci icon telefon berwarna hijau ditekan dan terus bersambung pada talian nombor yang dipanggil.

"Hello. Assalamualaikum." Faiz memberi salam.

"Waalaikumussalam warahmatullah." Suara pemanggil menjawab panggilan serentak menjawab salam Faiz. 

"Jo! Haha." 

"Mende kau ni? Hari-hari raya gini duk call." 

"Aku call pun salah. Nak ucap selamat hari raya lah ni. SELAMAT HARI RAYA! Haha." 

Johan buat muka. "Selamat hari raya jugak la haaa."

"Kau ok tak ni? Macam takde mood je?" Faiz dapat mengesan suara Johan yang seolah macam... penat? 

"Takde apa lah. Aku penat sikit. Layan sedara mara ni haaa. Raya pertama dengan kedua memang ramai lah datang. Tak menang tangan wey." Johan meluahkan rasa penatnya melayan adik sepupu yang datang bertandang ke rumah sempena raya ni.

"Oh." Faiz diam kejap. "Aku baru ingat nak ajak kau esok." 

"Esok? Pergi mana?" Johan bertanya pelik.

"Kita pergi beraya lah. Nak?" Beria Faiz mengajak.

Ceria pulak Si Faiz ni. Ada apa-apa ke yang aku taktahu ni. "Err... InsyaAllah. Nak pergi raya mana?"

"Ada lah. Nanti aku bagitahu." 

"Haaa yelah. Eh kejap. Takkan kita dua je? Ajaklah lagi sesiapa."

"Hmm... Alip? Ok?" 

"Haaa set. InsyaAllah esok aku pun free. Duk rumah aje. Nanti malam kau confirmkan balik. Aku nak kena melayan adik sepupu ni haaa."

"Okeh! Thanks Jo! Layan lah adik sepupu kau puas-puas. Haha. Malam ni aku call balik. Assalamualaikum." Faiz menekan icon telefon berwarna merah selepas Johan menjawab salamnya.

Yes! Dapat pun. Harap semua urusan esok berjalan lancar.

*****
Esoknya pergilah Faiz, Johan dan Alif beraya ke rumah yang ingin dituju. Naik bas aje tiga orang ni. Jimat kos pengangkutan kata Johan. Dan akhirnya mereka bertiga pun sampai dirumah itu.

"Iz. Kau sure ni rumah dia?" Alif bertanya memastikan. Mana tahu. Kot-kot salah ke kan...

"Pretty sure meh. Ni haaa alamat dia." Faiz tunjuk kertas yang bertulis alamat itu pada Alif.

Alif mengangguk. Betul dah ni. Tapi macam takde orang...

"Assalamualaikum!" Johan dah memberi salam terlebih dahulu.

Tiada jawapan.

"Assalamualaikum!" Mencuba sekali lagi. Kalini Faiz pula yang memberi salam.

Masih tiada jawapan.

"Assalamualaikum!" Alif mencuba juga memberi salam.

5 saat. 6 saat. 7 saat. Dan...

"Waalaikumussalam." Seorang lelaki berpangkat abang keluar menjawab salam mereka. 

"Kami datang nak raya." Faiz memberitahu tujuan sebenar.

"Oh. Masuklah." Pelawa tuan rumah.

Dah masuk rumah. Tuan rumah pelawa untuk duduk pula sebelum menghilang ke dapur. Mungkin. 

"Weyh. Sure ke ni rumah Noorin? Aku takut salah rumah aje ni." Alif daripada tadi duk tanya. Risau benar dia. 

"Rasanya betul dah ni." Johan pula menjawab. Faiz dah pandang Johan. Yakin betul jawab. 

"Kalau ikut alamat, betul dah." Faiz pula menjawab. 

"Dah tu, Noorin nya mana?" Alif selamba tanya.

"Mende lah kau. Sabar lah dulu. Kejap lagi tanya lah. Aiyoo." Johan dah siku lengan Alif.

Achik membawa dulang berisi air sirap sejuk keluar daripada dapur. Kemudian diletakkan diatas meja berhadapan dengan mereka bertiga.

"Jemputlah makan. Maaflah. Kuih tunjuk je yang ada." Pelawa Achik.

Mereka sekadar mengangguk. Sesekali mereka berpandangan. Macam nak tanya sesuatu. Achik nampak perlakuan mereka.

"Daripada mana korang ni? Tak pernah abang nampak. Bukan budak-budak yang duduk area sini kan?" Achik bertanya menghilangkan rasa janggal antara mereka.

"Oh tak. Kami tak duduk sini. Saje datang beraya sini." Alif menjawab beserta senyum.

Oh. Kan betul. Achik mengangguk.

"Hmmm kami ni kawan Noorin, bang." Faiz pula memberitahu.

"Lah. Yeke? Patutlah pun." Achik sekadar senyum. "Tapi Noorin takde kat sini." 

"Dia pergi mana?" Johan bertanya.

"Hospital." Jawab Achik ringkas. 

"Hospital? Kenapa?" Serentak mereka bertiga bertanya.

Achik terkejut dengan reaksi mereka bertiga. "Eh. Rilek rilek. Dia cuma penat aje. Takde apapun." 

"Ohhh." Sekali lagi.Serentak mereka memberi respon. Lega. Ingatkan kenapa lah tadi. Masing-masing dah risau kalau jadi apa-apa pada Noorin.

"Boleh...kami nak pergi lawat dia?" Faiz memberanikan diri untuk meminta kebenaran.

"Boleh aje. Korang ikut abang sekali lah. Kejap lagi, abang pun nak pergi tengok dia ni." Achik memebri cadangan.

"Haaa sedang eloklah tu." Alif dah sengih.

Dan mereka pergi bersama abah, Along dan Achik dengan dua kereta.

to be continued...

Sunday, 25 May 2014

Sangkar Jahiliyah 22

"Alhamdulillah. Dah sedar." Doktor Masyitah yang datang untuk memeriksa Noorin terus mengucap syukur apabila melihat Noorin sudah mula untuk sedar.

"Mm...macam mana saya boleh ada kat sini, doktor?" Lemah suara Noorin bertanya. Tangan kiri yang bercucuk jarum untuk saluran air yang tergantung diangkat pelik. 

"Awak pengsan semalam. Badan awak lemah. Saya terpaksa tahan awak dalam wad ni." Tenang Doktor Masyitah menjawab. Jururawat yang lengkap beruniform putih masuk dengan membawa alat untuk memeriksa darah tinggi. Doktor Masyitah kembali menulis laporan untuk pesakitnya yang satu ni. 

"Awak rasa macam mana sekarang? Masih lemah lagi?" Doktor Msyitah bertanya. 

Noorin sekadar mengangguk. Dia tak larat nak menjawab. Kepalanya masih terasa berat.

"It's okay. Awak rehat dulu. After this, I'll come again to get check on you." Doktor itu sudah keluar daripada bilik bersama jururawat tadi.

Tak lama lepas itu, abah masuk. Wajah yang agak sugul sejak semalam kembali ceria apabila mendapat tahu Noorin sudah sedar. Kemudian Along pula masuk.

"Adik." Sedikit nada ceria cuba abah pancarkan. Noorin yang baru nak lelapkan mata terus tak jadi bila terdengar suara yang sangat dia kenal.

"Alhamdulillah adik dah sedar." Along pula bersuara.

"Buat apa datang sini?" Hanya itu yang mampu Noorin balas. Bukan dia nak jadi kurang ajar atau jadi anak tak kenang budi. Dia terkejut. Wajah tak pula dipandang menghadap mereka. Badan dipalingkan membelakangkan mereka. Jangan nangis, Noorin. Jangan nangis.

"Adik marahkan abah ye?" Abah dah melabuhkan punggung diatas kerusi bersebalahan katil yang Noorin baring. Perlahan kaki Noorin yang terlindung dengan selimut itu disentuh. Noorin masih berdiam diri. Kaki yang terasa disentuh itu perlahan ditarik. 

"Tolong keluar. Nak rehat. Maaf." Noorin bersuara. Mengarahkan supaya dua orang tetamu yang datang melawatnya untuk pulang. Noorin masih mencuba untuk menahan tangis. Selimut ditarik memenuhi badan konon nak tidur.

"Takpe lah kalau macam tu. Kita balik dululah, Long. Adik nak rehat." Abah dah mula untuk bangun. "Abah mintak maaf adik. Abah minta maaf." Perlahan abah membisikkan kata maaf sebelum mencium dahi Noorin.

Saat terdengar derapan kaki dua orang insan yang sangat dia sayang keluar daripada bilik itu, dia tak mampu menghalang. Bunyi kuakkan pintu ditutup cukup membuat dia mengagak yang mereka sudah keluar daripada bilik itu. Tanpa ditahan, airmata merembes keluar. Noorin teresak-esak menahan sedu tangisnya.

Lamanya tak rasa abah buat macam tu tadi. Rindunya nak bermanja dengan abah macam dulu... Abah... Dan Noorin terus menangis hingga terlena dalam tangisnya.

*****
"Aku taknak buat treatment tu." Noorin protes.

"Kenapa degil sangat ni?" Najah macam nak hilang sabar. 

"Taknak." Noorin protes lagi.

"Noor. Janganlah macam ni. Buatlah treatment tu. Ye?" Fazlin masih cuba memujuk.

"Taknak, Alin. Aku taknak." Noorin mula merengek macam anak kecil. 

"Bukan susah pun Noorin. Nak suruh buat treatment je." Najah pula bersuara. Kalini lebih lembut.

"Yang kena buat tu nanti, aku. Bukan kau orang. Senanglah cakap. Senanglah suruh aje." 

"Untuk kesihatan kau jugak. Bukan untuk aku. Bukan untuk Alin. Please lah Noorin. Jangan degil."

"Aku taknak!" Noorin mula tinggi suara.

Eh budak ni. Nak bertekak dengan aku pulak dah ke? Najah masih bersabar.

"Bagi aku sebab kenapa kau taknak buat treatment tu." Tegas Najah bersuara.

"Aku tetap akan mati jugaklah kalau buat pun! So, takde beza!" Noorin sudah tak betah untuk disuruh melakukan rawatan itu. Bukan itu yang menjadi alasan utama. Cuma dia tak mahu menyusahkan orang lain.

"Noorin! Jangan cakap macam orang takde akal boleh? Aku dengan Alin paksa kau buat treatment bukan untuk kepentingan kami. Untuk kesihatan kau jugak. Kami sayangkan kau. Semua orang sayangkan kau. Please lah Noorin. Kalini je aku mintak untuk kau fikirkan pasal diri kau." Najah dah mula hilang sabar. Fazlin disebelah cuba menenangkan Najah. 

"Sabar Jah sabar. Kita bagi dia fikir dulu. Noorin tengah serabut tu. Biar dia tenang dulu." Fazlin masih cuba menenangkan Najah.

Noorin hanya diam membatu. Dia cuba menahan rasa. Dia jadi keliru. Dia jadi buntu. Memang ikut rancangannya, dia belum bersedia untuk buat rawatan itu. Dia perlukan masa. 

"Noorin. Aku tahu kau masih boleh fikir mana baik, mana buruk. Kami mintak maaf kalau cara kami ni salah. Kalaupun kau tak sayangkan kami, sayangkan diri sendiri. Jangan seksa diri kau terus menerus macam ni. Mintak maaf sekali lagi. Jom, Najah." Fazlin memberi kata sebelum keluar daripada bilik wad. Najah masih berkira-kira untuk keluar. 

"Sorry. Aku tak patut push kau. Just nak cakap. Kesiankan lah abah dengan arwah mak kau. Kau taknak susahkan diorang kan? Tapi dengan berdegil macam ni bukan caranya." Najah dah mula nak melangkah keluar daripada bilik wad Noorin. Membiarkan Noorin sendirian. Memberi ruang untuk Noorin membuat keputusan yang betul. 

to be continued...

Sangkar Jahiliyah 21

"Assalamualaikum, Lin!" Najah memberi salam. Fazlin yang baru nak membuka pintu wad yang menempatkan Noorin, terhenti. Dia memandang kearah suara yang memanggil namanya.

"Najah! Apesal lambat?" Fazlin melepaskan nafas lega. 

"Dah bagi salam, wajib jawab salam." Selamba Najah perli.

Fazlin dah tepuk dahi. Kan dah kena dengan Najah. "Waalaikumussalam. Hah! Apesal lambat?" 

"Sedara aku datang rumah lah tadi. Terpaksa hold kejap. Sorry. Noorin macam mana?" Najah memberi alasan. Memang betul pun tadi keluarga Mak Lang datang. Mana nak dapat agak. Mak Lang kalau datang, mesti mengejut. Tahu lah hari raya. Tapi kurang-kurang, bagitahu. Takdelah kelibut macam tadi. Ini pun tak habis mengah lagi ni.

"Telepon lah aku, makcik. Kau buat aku cuak je duk kena tunggu sorang-sorang kat sini. Dah lah yang ada semua, lelaki." Fazlin tunjuk tanda tak puas hati. Pertanyaan Najah dibiar tak berjawab.

"Sorry lah. Bukan sengaja. Noorin macam mana??" Sekali Najah bertanya.

"Oh haaa. Tadi doktor kata dia lemah. Darah tinggi naik." 

"Seriusly? Ya Allah... Noorin..." Muka Najah jelas kelihatan risau. "Kenapa boleh jadi macam tu?" Kemudian bertanya pada Fazlin inginkan kepastian.

"Takpe. Kita masuk dulu. Tengok keadaan Noorin. Sambil-sambil tu aku cerita." Fazlin pelawa Najah untuk masuk.

"Haaa ok ok." Najah dan Fazlin masuk kedalam bilik wad untuk melihat keadaan Noorin.


*****
"Wey! Serius lah?! Noorin tak bagitahu apa-apa pasal kanser tu pada aku pun." Kalini Fazlin pula yang terkilan.

"Aku ingatkan kau tahu. Aku ingatkan Noorin dah bagitahu." 

"Takde. Sepanjang semalam dia nangis pasal masalah keluarga dia je. Takde pun nak cerita pasal dia sakit apa-apa." 

"Oh kiranya, anak ni tahu lah yang anak pakcik sakit?" Abah dah masuk dalam bilik wad. Pintu sekali lagi terkuak disebabkan Along dan Achik. Najah dan Fazlin terkejut sekejap. 

"Ha..ha'ah pakcik. Saya ada call dia lepas dia keluar hospital haritu." Najah menjawab serba salah. 

"Macam mana pakcik? Doktor cakap apa?" Najah memberanikan diri bertanya pula.

"InsyaAllah dia akan buat treatment sampai dia sembuh." Abah memberi jawapan.

"Oh. Ok lah kalau macam tu. Paksakan saje Noorin ni. Ikutlah dia nanti. Degil dia kejap je." Najah membalas.

"Betul pakcik. Kalau perlukan bantuan kami, insyaAllah kami akan bantu." Fazlin pula bersuara.

"Memang pakcik perlukan kamu berdua untuk bantu Noorin pulihkan semangat dia balik. Pakcik taknak kehilangan Noorin. Bantu pakcik ye, nak?" Abah merayu penuh harap. 

Najah dan Fazlin jadi pelik. Sebab karakter yang ditunjukkan abah Noorin berbeza dengan cerita yang Noorin pernah beritahu dulu. Tapi benda tu semua ditepis ketepi dan mengangguk yakin untuk bantu Noorin.

to be continued...

Sangkar Jahiliyah 20

"Doktor. Macam mana dengan keadaan adik saya?" Along meluru kearah Doktor Masyitah yang merawat adiknya dulu. 

"Kondisinya lemah buat masa sekarang. Dia hanya perlukan rehat. Is there anything happen? Tekanan darahnya tinggi." Lembut dan tenang sahaja Doktor Masyitah memberitahu. 

"We had a fight, doc." Kalini Achik pula yang bersuara.

Doktor Masyitah pandang kesemua waris Noorin. Kemudian dia mengangguk. Tanda mengerti. Tanpa cakap banyak, dia masuk semula kedalam bilik dimana Noorin ditempatkan. Semua yang berada disitu seolah membatu. Termasuk Fazlin. 

Fazlin dipaksa ikut ke hospital oleh Achik. Katanya takut Noorin belum bersedia untuk berjumpa dengan mereka bertiga. Jadinya, dalam keterpaksaan Fazlin ikut juga ke hospital. Sempat juga dia memberitahu Najah tentang perkara ini. Najah kata dia akan ke hospital. Tapi masih juga belum sampai-sampai.

"Mana Najah ni? Janganlah bagi aku hadap sorang-sorang keluarga Noorin nihh." Fazlin sekadar bermonolog pada diri sendiri. Sesekali kepala dihala pada kaunter pendaftaran pesakit. Mana tahu, nampak Najah datang, boleh cepat bagi respon.

"Encik Kassim, Encik Asyraf dan Encik Haikal. I need to have some serius conversation with you guys. About Noorin." Doktor Masyitah keluar semula setelah beberapa ketika berada dalam bilik dimana Noorin ditempatkan. Apa entah dibuat kat dalam tu. Periksa Noorin mungkin.

"You guys sibuk ke?" Doktor Masyitah bersuara lagi. Bertanya.

"Ya. Sure." Along menjawab terus memandangkan abah senyap daripada tadi. Masih terkejut dengan apa yang jadi. 

Abah risau. Risau amanat isterinya tak mampu dijaga dengan baik. Risau jika terjadi apa-apa pada Noorin. Selama ini, dia tak pernah bencikan Noorin. Walaupun Noorin hanya anak angkatnya namun sudah dianggap seperti anak sendiri. Cuma selepas pemergian isterinya, dia jadi keliru. Dia rasa terbeban. Penat. Dan segala rasa keliru, beban dan penat itu dilepaskan pada Noorin. Jika sesuatu jadi pada Noorin, mungkin dia tak mampu nak maafkan dirinya sendiri. 

"Kalau macam tu, ikut saya. Kita bincang personal." Doktor Masyitah mengarahkan ketiga-tiga mereka untuk mengikutnya masuk kedalam bilik kerja. 

Abah masih diam membatu seperti tadi. Manakala Along dan Achik dah mula melangkah untuk mengikut Doktor Masyitah ke bilik kerjanya. Along yang perasan dengan posisi abah yang masih tidak berganjak itu, kembali memusingkan badan dan berpatah balik. 

"Abah." Along mencuit sedikit bahu abah. Abah seakan baru tersedar daripada tidur. Terkejut.

"Jom. Doktor nak jumpa tu. Ada hal nak bincang katanya." Along memberitahu abah selepas melihat abah masih tercengang. 

"Oh. Oh ok. Jom." Abah dah mula nak melangkah kearah bilik Doktor Masyitah.

Fazlin dah tercengang. Wey! Dah tu, aku ni kena tinggal macam ni aje? Tak adil sungguh lah... Fazlin hanya mengeluh. Namun cepat ditangkap oleh pendengaran Along. 

"Kamu tolong jaga Noorin ye? Masuklah dalam bilik tu dulu. Mana tahu, kalau-kalau Noorin dah sedar nanti." Kata Along sambil memberi senyum manis. 

Erk. Fazlin hanya sengih sebelum mengangguk. "Haaa yelah. Kejap lagi saya masuk. Nak tunggu kawan." Memang dia dah maklumkan pada Along Noorin tentang kehadiran Najah.

Along mengangguk dan terus berlalu.


*****
"So, can I get the feedback for the real treatment untuk Noorin?" Doktor Masyitah bertanya setelah memberi keterangan tentang Noorin. Nyata setelah doktor kecil molek itu bertanya, jelas terpancar riak terkejut diwajah abah dan Along.

"Wait. Wait. What...treatment, doc?" Along segera bertanya.

"Eh?" Doktor itu pula yang terkejut. Dan kemudian dia memandang kearah Achik. Okay. Faham. "Looks like you have to ask Encik Haikal dalam hal ni." 

Along segera memandang Achik. "Achik?" Ringkas menginginkan jawapan.

"A...apa..?" Achik masih berpura-pura tidak tahu meski dia sudah merasakan peluh jantannya mula mengalir diatas dahi. Habis aku. Apa nak jawab ni?

"Explain to them, Encik Haikal." Doktor Masyitah bersuara.

Damn it! Doktor ni pun. Tolonglah aku! Aduh... Rasa berat je nak telan air liur.

"Adik kena kanser otak. Dia perlu buat treatment kalau nak sembuh. Dan doktor minta dia bagi feedback secepat mungkin untuk cegah kanser tu sebelum semakin teruk." Achik akhirnya memberitahu. Bertambah terkejut abah dan Along.

"Dan Achik tak bagitahu apa-apa even a single word about this lepas adik keluar hospital haritu? Chik, kau tahu tak kau cuba nak bunuh adik?!" Along rasa terkilan. Abah pun.

"I didn't mean to do it, Along. Aku cuma ikut cakap adik. Dia yang taknak abah, Along dengan Kak Ngah tahu. Dia taknak bebankan kita. You know what am I trying to say, aite?" Sungguh. Bukan itu maksudnya. Malah memang dia nak bagitahu semua pasal benda ni. Tapi tak sangka dengan cara macam ni! Achik mengeluh. Kesal.

Abah dan Along serta merta terdiam. Lama. 

"So, how?" Doktor Masyitah bertanya memecah suasana tegang sebentar tadi.

"Treatment tu akan dijalankan." Abah yang daripada awal tadi senyap bersuara memberi jawapan. "Buatlah apa-apa pun doktor asalkan anak saya kembali pulih." 

"Ok. Baiklah. Pihak kami akan cuba sedaya upaya untuk membantu memulihkan Noorin. InsyaAllah." Doktor Masyitah dah mula bangun untuk mengambil beberapa helai kertas. Nampak macam borang. 

"Kami perlukan maklumat pesakit selengkapnya. Borang ni saya bagi untuk Encik Kassim isi maklumat encik juga." Doktor Masyitah menyambung lagi dan borang itu diserahkan pada abah.

"Baiklah. Terima kasih, doktor." Abah ambil borang dan mula untuk bangun daripada kerusi yang menjadi tempat duduknya sejak masuk ke bilik itu. Along dan Achik pun mula untuk mengikut jejak abah.

"Ini saje kan, doktor?" Abah bertanya.

"Ye. Ini saje. If anything, saya akan contact encik." Doktor Masyitah melemparkan senyum manis bagi meyakinkan abah. 

"Terima kasih sekali lagi, doktor. Kami beredar dulu." Ketiga-tiga beranak tu dah mula menapak keluar daripada bilik yang mereka masuk tadi. Dan hilang dibalik pintu putih.

to be continued...

Friday, 23 May 2014

Assobrun Jameel

"Sabar. Selagi mana boleh sabar, cuba sabar."

Ayat yang gila ekstrem tiap-tiap kali down, memang selalu lah dengar. Wajib dengar perkataan tu. Kan ? 

Mudah untuk menutur kata. Tetapi susah untuk melakukannya. 

Jujur, aku pernah tak puas hati mengeluh dengan apa yang selalu jadi pada diri. Sampai satu tahap. Aku cakap.

"Senangnya nak suruh aku sabar. Diorang tak rasa macam mana nak peritnya nak tahan sabar ni." 

"Letakkan sabar diatas sabar"

But then, aku sedar satu perkara. Nasihat yang selalu aku dapat. Yang sebenarnya aku masih tak faham. Sampailah sekarang. Baru aku tahu maksud nasihat tu. Sesungguhnya, sabar itu cantik. Macam aku. Haha sekadar gurauan ! 

p/s : assobrun jameel = sabar itu cantik :) 

*****

"Sabar dan senyum lebar apabila berdepan dengan sesuatu yang mencabar. 
Dan katakan 'Ya masalah! Aku ada Allah'
bukan sebaliknya 'Ya Allah! Aku ada masalah'
Kerana Allah akan selalu ada untuk kita."
                  -Little Me-

sekian
adios
SSKA

Thursday, 22 May 2014

Sangkar Jahiliyah 19

"Kak Ngah lah ni! Berkeras nak abah bagitahu perkara sebenar. Tengok adik dah hilang!" Bentak Achik. 

"Eh achik! Elok sikit cakap tu ye. Memang kita masing-masing dah setuju nak bagitahu dia benda ni kan selama ni? Kenapa perlu salahkan Kak Ngah pulak?" Suara Kak Ngah juga dah meninggi. Mana boleh salahkan aku sorang! Memang semua dah setuju nak bagitahu Noorin perkara sebenar kan? Salahkan aku pulak. 

"Sudah. Sudah. Kalau korang bertekak gini pun tak dapat nak selesaikan masalah. Cuba cari jalan mana nak cari adik. Haih!" Along pula bersuara. Mematikan pertengkaran Kak Ngah dan Achik.

"Buat apa cari dia, Long. Dah dia nak lari. Itu keputusan dia. Kita tak payah sibuk!" Kak Ngah masih nak menangkan diri.

"Ngah! Achik tahu Kak Ngah benci pada adik. Tapi adik tu dah jadi tanggungjawab kita jugak! Jangan pentingkan diri tu sangat!" Achik masih tak berpuas hati dengan tindakan Kak Ngah. 

"Yang Achik sibuk nak pergi cari perempuan tu kenapa? Dah angau dengan dia pulak ke?" 

Pang! Abah yang datang daripada mana pun dia tak pasti memberi tamparan berbisa pada Kak Ngah.

"Abah tak pernah ajar anak-anak abah kurang ajar dengan adik-beradik sendiri." Rendah dan mendatar suara abah menuturkan kata.

"Abah..." Kalini Kak Ngah tak mampu berkata apa-apa.

"Kita cari adik." Abah bersuara lagi.

"Tapi mana nak cari adik, Abah?" Along bertanya. Seolah macam dah putus harap. 

"Kubur." Abah menjawab ringkas. 

Along dan Achik dah berpandangan sesama sendiri. Kubur...

*****
"Mak... Adik nak ikut mak sekali. Adik tak kuat mak..." Noorin teresak dikubur mak.

"Noor. Janganlah cakap macam tu. Kalau mak kau dengar, mesti dia sedih." Fazlin cuba menenangkan Noorin. 

Lepas tunai solat sunat hari raya tadi, Noorin minta bawa dia ke kubur mak dia. Katanya dia nak sendirian. Tapi Fazlin takut kalau jadi apa-apa pula pada Noorin, jenuh pula dia nak jawab pada keluarga Noorin nanti. Jadinya, Fazlin ambil keputusan untuk ikut Noorin sekali ke kubur.

"Aku dah takde sesiapa dah, Alin. Semua orang benci aku. Buat apa aku nak hidup lagi..." Esak tangis Noorin semakin kuat. 

"Adik." Fazlin baru nak buka mulut, terhenti apabila mendengar suara yang seakan memanggil Noorin.

Noorin jeda. Abah? Tak. Tak mungkin. Mustahil. Aku mimpi je kot.

"Adik." Sekali lagi suara itu memecah gegendang telinga Noorin. Perlahan Noorin berpaling kearah suara yang membelakanginya. Abah? Along? Achik? Dan... Kak Ngah? Diorang buat apa kat sini? 

"Kat sini rupanya adik Along." Along cuba datang dekat. Tetapi Noorin lekas bangun dan seolah nak menjauhkan diri daripada Along. Along pelik.

"Kenapa?"

Noorin dah berada dibelakang Fazlin. Dia sekadar menggeleng kepala. 

"Adik. Kami datang sini nak jemput adik balik. Jom?" Achik pula bersuara. Dan senyum.

Noorin tetap membatu dibelakang Fazlin. Dirasakan dirinya tak mampu nak berdiri menstabilkan diri.

"Siapa nk jemput dia balik? Tadi kata nak cari aje kan? Dah jumpa, dah lah. Jom balik!" Kak Ngah dah mula bosan bercampur rimas. Dia tak mahu melihat perempuan yang berada dibelakang Fazlin itu. Dia meluat!

"Kak Ngah." Abah bersuara berbaur ugutan. "Adab sikit. Ni kubur kan?" 

"Whatever. Kalau lama lagi nak berdrama Kak Ngah tunggu dalam kereta aje lah." Kak Ngah dah berlalu kearah kereta diluar kawasan Tanah Perkuburan Islam Kampung Seroja.

"Adik." Abah kini kembali fokus pada Noorin. "Kita balik. Ye?" 

Ya Allah. Sakit. "Lin..." Perlahan Noorin memanggil Fazlin. Kuat tangan menggenggam tangan Fazlin untuk diberi sedikit kekuatan. 

Dan buat kesekian kalinya, Noorin rebah dihadapan mereka. 

"Adik!"

"Noorin!"

Serentak mereka berempat terkejut dengan Noorin yang tiba-tiba rebah itu.

to be continued...