Saturday, 20 June 2015

Jumaat Pertama Ramadhan

Jumaat Pertama Ramadhan. 

Penuh barokah. Penuh rahmat. Hari yang memberi kesedaran pada aku yang tak semua orang Islam itu kenal apa itu Islam. Tak semua orang bernasib baik macam aku, macam kau, macam kita. 

Pagi Jumaat. 
Kelas sepatutnya hari Selasa lepas diganti hari Jumaat. Dan mula pukul 9 pagi. Ustazah Masthurhah buka topik silibus. Sains dan Teknologi dalam Islam. Beliau terangkan apa itu sains, apa itu teknologi. Dan tiba-tiba... beliau tanya apa itu Islam. Kami senyap. Seolah menunggu jawapan daripada ustazah terus. Kemudian beliau cakap "Ramai orang Islam itu sendiri tak faham apa maksud Islam. Sebab kalau dia faham, dia takkan buka aurat, takkan pakai pakaian yang ketat." Waktu tu, aku rasa ayat beliau deep semacam. Sentap dia terasa sampai dalam hati paling dalam sekali. Dalam diam, aku meng-ia-kan apa yang ustazah tu cakap. Hm... 

Tengahari Jumaat. 
Pukul 11 kelas fizik. Sebab kelas agama(ctu) tadi habis pukul 10, jadi kami ada masa sejam untuk berjimba sebelum kelas fizik. Lepas habis jimba, siap sedia nak masuk dewan kuliah. Kami masuk awal. Sebab memang biasanya student yang akan masuk awal berbanding lecturer. Tapi kalini Sir Ashmir punya lewat sangat lewat. Rupanya beliau settle kan masalah student part 5 ni. Beliau cerita apa masalah yang perlu diselesaikan. Student ni lelaki. Memang since last sem bermasalah. Jarang masuk kelas. Sampaikan pihak atasan naikkan nama dia dan Sir Ashmir yang kena uruskan sebab dia student sir. Bila sir tanya dia kenapa dia jadi gitu, dia tak bagitau. He refuse to tell. Untill one day, masa sir bagi personal education kat dia kat office sir, sir tanya lagi dan dia cerita. Dia cerita yang dia dah takde ayah. Ayah baru meninggal. Yang sedih, arwah ayah dia buta. Mak dia pun buta. So dia tak cukup duit untuk buat belanja. Ada pun hanya RM40 untuk digunakan satu semester. Itu dia tak kisah lagi, tapi paling menyentuh hati dan perasaan aku, bila sir cakap yang dia menangis. Dalam dia menangis tu dia cerita dia tak boleh tahan kalau tengok mak dia makan nasi dengan garam. Hari-hari... 

Bayangkan, Selama ni, kita rasa kita lah antara manusia yang hidup susah. Tapi tanpa kita sedar, ada manusia yang hidup lebih susah berbanding kita. Hari Jumaat yang paling sentap dalam puasa buat masa ni. Moga kita dapat berusaha menjadikan Ramadhan kalini lebih bermakna. InsyaAllah. :) 

Thursday, 18 June 2015

Salam Ramadhan Kareem

Its been a long day, without you Ramadhan ~ 

ecewah. haha hai everyone ! Lama tak menulis blog. Maaf kerana membuat anda tertunggu-tunggu dengan sambungan cerpen yang tergendala. Kesibukan dunia yang sementara ni agak menggangu konsentrasi untuk menyambung menulis cerpen. Tapi takpe. InsyaAllah kalau ada masa, aku sambung ye! :D 

Sebab sekarang dah habis tahun pertama untuk diploma. Dah masuk semester ketiga jadi memang agak sibuk. Phone pulak rosak. Jadi nak taknak kena pakai phone Nokia 3310 aje. 

Tup tup dah masuk bulan Ramadhan. Kejap je. Dan alhamdulillah syukur sangat Allah masih bagi peluang nak merasai ibadat puasa dalam bulan yang mulia ni :) Apa perancangan? Nanti berbuka nak makan apa? Sahur nak kena bangun awal? Pukul berapa berbuka? Dah beli baju raya ke? Eh macam-macam lagi lah. Hahaha. Seronok kan?

Tahun ni puasa kat Tapah pulak. Tahun lepas kat Kuala Pilah. Memang lain suasana nya. Memang beza. Awal semester ni je dah macam-macam dugaan. Sabar je yang mampu. 

Semua benda yang jadi ada hikmah kan :) Sangka baik dengan Allah, Allah akan bantu lagi. Lagipun, Dia uji sebab Dia sayang. Dan aku harap sangat sangat Ramadhan kalini dapat jadi Ramadhan yang lebih bermakna untuk aku. Sejak dua menjak ni selalu ada feeling yang tak berapa nak sedap hati sangat. Idk what does it means tapi entah lah. Harapnya takde apa-apa. Dikesempatan ini, sesiapa yang membaca, I am just wanna say sorry. Minta maaf daripada hujung rambut sampai hujung kaki. Mana-mana yang terkurang harap dimaafkan. Terlebih gurau yang terasa dihati. Setiap apa yang aku cakap, setiap apa yang aku pernah buat. Kadang takde niat pun. So, I am so sorry. Ada apa-apa hutang, mohon cakap okayyy. :)

Rasanya tu je nak bebel. Haha. Selamat berpuasa ! :D 



Adios amigos ^.^ 

Wednesday, 22 April 2015

[M.O.L] 3

Nadrah dan Syed masih meneruskan agenda mereka untuk keluar berjimba. Mana lagi tempat yang wajib nak pergi hujung minggu kalau bukan pub atau kelab malam. Itu sudah menjadi aktiviti hujung minggu mereka bertiga. Namun, harini hanya mereka berdua kerana Deja malas. 

"Bosan lah Deja takde." Syed bersuara.

"Itulah. Aku pun duit tinggal berapa je ni. Ingatkan dia join. Boleh lah cekau duit dia sikit." Nadrah pula memberitahu.

"Hampeh. Itu juga yang kau fikirkan." 

"Well. Hidup ni kena pandai fikir. Gunakan sikit duit Deja tu untuk kesenangan kita." 

Syed hanya menggeleng. Nad ni kalau pasal duit kan, laju aje otak dia function. 

"Jom lah Syed. Enjoy sikit." Nadrah mula bangun dari tempat duduk dan mahu ke ruang menari. 

"Kau enjoy lah. Aku takde mood." 

"Hak alah. Sebab Deja kau hilang mood cenggini? Baik tak payah lepak lah." 

"Kau nak enjoy, just go. Aku duduk sini je. Okay?" Syed dah mula nak marah. 

"Okfine. Whatever." Nadrah terus berlalu ke ruang menari mencari pasangan. 

Syed diam. Masih duduk ditempat tadi. Aih. Kenapa lah dengan aku ni. Tiba-tiba nak marah Nad bila dia cakap macam tu. 


*****

Di rumah sewa ... 

"Assalamualaikum." Pintu bilik Deja diketuk menunggu jawapan salam. 

Senyap. 

Pintu diketuk lagi. Salam diberi lagi. 

Masih senyap. 

Pintu diketuk buat kali ketiga. Begitu juga salam diberi buat kali ketiga. 

Sama juga. Masih senyap. Dania pelik. Tombol pintu cuba dipulas. Aik. Tak berkunci. Pintu dikuak perlahan dan...

"Ya Allah. Deja..!"


*****

"Macam mana boleh jadi macam ni?" Kak Shida bertanya. Dania sekadar menggeleng. Dia jadi kelu. Taktahu nak buat apa. Tak boleh nak berfikir dengan baik. 

Doktor keluar dari bilik rawatan. "Siapa waris pesakit ye?" 

"Kami. Tapi kami kawan satu rumah." Kak Shida bangun daripada tempat duduk. 

"Oh. Boleh saya tahu mana parent Cik Khadijah?" 

"Dia tak duduk dengan parent sebab study sini. Parent nya stay KL." 

"I see."

"Kenapa doktor? Ada apa-apa masalah ke dengan Khadijah?"

"I need her health report before this. Nampak pesakit macam pernah sakit sebelum ni. Senang untuk saya buat health report yang baru untuk dia."

"Oh. Dia sakit apa doktor?"

"Gastrik. Last dia makan bila?"

"Seingat saya, last dia makan semalam. Tu pun makan sikit je." Dania pula yang jawab.

"Pukul berapa dia makan?" 

"Petang dalam pukul 4 ke 5 macam tu." 

"Awak berdua kena pastikan Khadijah makan ikut timing yang betul. Takut gastrik tu makin teruk. Buat masa ni, tunggu sampai dia sedar dulu. Then, kalau semua okay, saya akan benarkan pulang."

"Okay. Baiklah. Terima kasih doktor." Kata Kak Shida. Doktor muda itu berlalu sesudah membalas terima kasih. 

*****
Esoknya, Deja dibenarkan pulang. Dania berkeras menyuruh Deja pulang ke rumahnya di Kuala Lumpur namun Deja tidak mahu. Tapi Dania tidak putus asa. Petang Ahad tu juga, konon mahu menyuruh Deja makan ubat. 

"Assalamualaikum, Deja." Pintu bilik Deja diketuk. Deja masih dimeja belajar, terkejut sekejap. 

Perlahan dia bangun dan membuka pintu. "Waalaikumussalam. Oh kau. Kenapa?" 

Dania senyum. "Makan ubat...?" Kemudian sengih. Dah macam kerang busuk. 

Deja dah garu kepala. Aduh dia ni lah. Macam duduk kat hospital pun ye jugak ni. Haih. Merungut namun diturut juga. "Ha... masuklah." 

Masing-masing dah ada dalam bilik. Deja duduk semula dimeja belajarnya. "Takpelah. Letak je kat sini. Nanti aku makan." 

Dania letak. "Awak tak bagitahu pun yang awak ada gastrik." 

Diam. 

"Kalau awak bagitahu awal-awal kan tak jadi macam semalam."

Diam lagi. 

"Dah jadi macam ni, awak kena makan ikut time yang betul tau. Jangan skip makan. Ubat pun jangan tinggal." 

Deja masih diam. 

"Awak..." 

"Ye Dania. Aku tahu. Ada apa-apa lagi? Aku nak buat kerja ni." 

"Hm... betul awak taknak balik rumah parent awak? Awak tak bagitahu diorang pun lagi yang awak gastrik teruk macam ni kan?" 

"Kalau aku balik, boleh jamin ke diorang nak kisah? Aku tak rasa pun macam tu." 

Dania pula diam. "But... at least, let them know." 

"Kau tak faham keluarga aku macam mana Nia. Aku rasa lebih baik macam ni."

"Tapi..."

"Nia please. Aku banyak kerja nak buat. So, please leave?" Deja dah mula nak bengang. Tapi masih tertahan. 

Dania tak mampu nak  memujuk. Seorang Khadijah didepan matanya ini  masih perlu diberi perhatian dan perlu dia kenal dengan lebih dekat. 

"Okay okay. I'm sorry. Ubat tu jangan lupa makan." 

Deja sekadar mengangguk. Dania dah mula melangkah keluar. Pintu yang terbuka tadi ditutup semula. 

Dalam diam, Deja mula menitiskan airmata. Betapa dia mahu pulang dan beritahu mereka yang dia sakit. Tapi dia tahu, itu tidak akan terjadi. 

Friday, 9 January 2015

[M.O.L] 2

Sabtu. Pagi tu, Deja baru teringat yang dia sepatutnya dia ada kelas ganti. Dengan tergesa-gesa dia bersiap dan terus keluar bilik tanpa sarapan. 

"Eh? Deja nak pergi mana?"

"Kelas." Ringkas Deja menjawab soalan Kak Izzah sambil kaki laju melangkah mencari kasut di rak. 

"Taknak sarapan dulu ke?" Kak Shida pula bertanya.

"Tak. Lambat dah."

Selesai memakai kasut converse warna turqoise, Deja berdiri membetulkan letak bajunya. Dia dah mula untuk menghidupkan enjin kereta Myvi putihnya pula. Kemudian, masuk kedalam perut kereta. Perlahan keretanya keluar dari halaman rumah sewa dan terus menderu kearah jalanraya yang tak berapa nak sibuk. 

"Pergi mana tu Kak Izzah?" Tanya Dania yang baru keluar dari biliknya. 

"Entah. Katanya, ke kelas." 

"Kelas apa hari Sabtu?" 

"Kelas yang dia buat sendiri mungkin." Kak Izzah sekadar serkap jarang. 

"Tak elok sangka buruk kat orang. Nak nak dia tu housemate kita. Mungkin betul dia ada kelas. Akak dengar dia bebel  kat dalam bilik tadi. Dia lupa ada kelas ganti harini." Kak Shida mencelah dengan membawa pinggan untuk sarapan daripada dapur. 

Kak Izzah hanya diam. Dania pun sama. 

"Dah lah. Sarapan jom. Sejuk nanti tak sedap pulak." Kak Shida bersuara lagi. 

Tangan ditadah. Dania yang membaca doa makan, diaminkan mereka berdua. Sarapan pagi itu hanya roti bakar disapu kaya. Namun itu sudah mencukupi buat mereka. Bersederhana itu lebih baik. 

*****

Lepas kelas pagi tu, Deja rasa macam malas nak kemana-mana. Nak balik rumah sewa dan sambung tidur yang terganggu sebab kelas ganti tadi. Laju kaki mendaki tangga untuk naik ke rooftop. Tempat yang biasa menjadi tempat mereka bertiga. Ya. Bertiga, dia, Syed dan Nadrah. 

"Hargh! Penat! Kalau bukan sebab Mama yang daftarkan aku dalam kos ni, memang lama dah aku tukar kos." Beg dah dicampak ke lantai rooftop. Mengambil port biasa tempat dia bersandar melepaskan  penat.

Ya. Memang dia tak rela dan tak pernah rela nak ambil kos dalam bidang perubatan ni. Kalau bukan kerana Mama nya yang beria mahu dia menjadi seorang doktor, memang dia takkan pandang pun. Konon dia lah yang akan jadi satu-satunya doktor dalam keluarga mereka. Abangnya mengambil kos dalam bidang kejuruteraan. Bakal menggantikan Papa nya tak lama lagi menguruskan syarikat Papa yang kian maju. 

"Oi, minah!" Lamunan terhenti disebabkan gangguan kurang menyenangkan dah sampai.

"Pebende nya, sakai-sakai sekalian." Selamba dia menutur. 

"Sakai kau panggil kitorang. Sampai hati." Syed dah buat muka seposen tak laku dia.

"Kisah pulak. Nak apa nya korang ni? Tak boleh nampak aku senang langsung."

"Hehe. Ala, Deja. Macam lah kau tak faham. Hairini kan Sabtu." Nadrah pula bersuara.

"Kenapa dengan hari Sabtu? Ada kenduri kahwin siapa?"

Aduh mak ai. Mereka berdua dah tepuk dahi. Dan geleng kepala. Apesal lah bebal sangat kawan diorang yang sorang ni harini.

"Dey. Jimba lah jom. Aduh kau ni." Syed memberitahu.

"Oh." Sepatah tu je yang keluar daripada mulut Deja.

"Oh je? My God. Kau ni kenapa ni?" 

"Malas ah." Beg yang tadi dicampak kini dah berada ditangan. "Aku nak rehat je harini. Penat." Dia dah mula berdiri. Dah sedia nak balik rumah sewa. "Chow."

"Beb! Kejap je weh!" Laung Syed. Deja sekadar mengangkat tangan melambai. Dan mula menuruni anak tangga. Masuk ke perut kereta dan terus menuju ke rumah sewa. 


*****

Kereta masuk ke halaman rumah sewa. Elok diparkirkan, Deja keluar kereta, terus masuk kedalam rumah. 

"Balik dah?"

Deja sekadar mengangguk. 

"Deja makan dah?" 

Geleng.  

"Jom lah sekali. Kita makan sama-sama. Kitorang pun baru selesai masak ni." Kak Izzah mempelawa. Ikhlas. 

"Takpe. Nanti saya makan." Deja sekadar sengih. Dan terus berlalu masuk kedalam bilik. 

Mereka saling berpandangan. Masing-masing sekadar mengangkat bahu. Makanan yang dah diletakkan didalam pinggan, disusun dan dihidang. Ayam masak merah dan sayur kailan goreng menjadi menu untuk mereka makan tengahari. 

Wednesday, 31 December 2014

2k14

Hey assalamualaikum ! 

Agak lama tak update blog ni. maklumlah sibuk ((eceh)) sekarang dah masuk semester kedua belajar kat UiTM Tapah. Baru je sebulan kat Tapah. Tak explore lagi tempat-tempat menarik kat Perak nun. Hahaha. 

Well, dah nak masuk tahun baru Masihi dah. Alhamdulillah berjaya harungi dengan baik meski ada terjatuh dipertengahan jalan. Haha. 2014 seronok. Banyak benda dah belajar. Pengalaman yang mungkin membantu pada masa akan datang. Belajar di dua kampus yang berbeza. Tapi membawa satu azam yang sama. 

Nothing much pun nak bebel. It is just... rasa rindu. Rasa rindu nak jadi budak-budak. Tak payah nak fikir pasal assignment lah lab report lah bagai. Tapi kita membesar kan? So, life must go on. Move on to the next chapter of life tomorrow. Lupakan 365 pages yang pernah memberi luka parah. Ceh kemain ayat Jemah haaa. Hahaha. 

So, rasanya cukup lah kot sampai sini. Taktau nak bebel apedah. Tadi rasanya dah karang ayat dah nak bebel pepanjang. But then, its okay. Maybe Allah nak aku bebel takat tu je kot. Hahaha k. 

OH ! By the way, sorry for those who are waiting for the sambungan of M.O.L (ceh gaya macam ada je baca kan?) well sebenarnya, ada. alhamdulillah makin bertambah yang membaca. Thank you so much. And yeah, sambungan M.O.L akan ada, cuma it takes time. Sorry again. Idea masih belum boleh nak dicurahkan buat masa ni. Asiif jiddan ye semua! 




Hello 2k15,
goodbye 2k14. 


*class of 2k14 dismiss*

Friday, 14 November 2014

Mixture Of Life [M.O.L]

Bilamana diri terasa diuji, hati kecil ini berbisik perlahan mengatakan yang aku terlalu lemah. Aku tak mampu untuk diuji sebegini rupa. Tapi kadang, keterlekaan aku melayan bisikan perlahan itu, aku disedarkan semula. Untuk bangkit. Untuk bangun semula. Diri masih terasa tidak yakin. Namun peranan kawan itu cepat meniti dimata. Sokongan tak putus diberi. Rasa tak terbalas jasa mereka.

*****

Semua orang ada hak nak jadi apa yang dia mahu. Aku pun ada cita-cita aku. Kenapa semua orang nak halang? Kenapa semua orang macam tak boleh nak percaya yang aku pun boleh buat? Kenapa?  Aku pun ada hati, ada perasan. Paling kurang pun aku minta hormat keputusan aku. Itu aje. Bukannya susah.

Lebih kurang beberapa minit termenung, dia tersedar daripada lamunan disebabkan terdengar bunyi pintu diketuk.

“Masuklah. Pintu tak kunci.” Kelihatan perempuan bertelekung kemas masuk dalam bilik yang agak kurang kemas itu. Muka senyum manis dilemparkan kearah tuan bilik.

“Jemaah sekali dengan kitorang jom? Nak?” Cerianya muka dia.

Deja sekadar menggeleng.

“Uzur?”

Senyum. Dan lambat-lambat Deja menggeleng.

“Laaa. Macam tu pulak. Jomlah. Nia dah lama nak jemaah dengan awak. Please?” Dania berusaha memujuk.

Deja masih ragu-ragu. “Tapi…”

“Sokay. Nia ajar.” Penuh semangat Dania menyuarakan isi hatinya. Sungguh. Dia mahu ubah hidup Deja yang liar. Dia mahu ubah hidup Deja yang dulu kearah yang lebih baik.

“Tapi…’

“Tak apa, Khadijah. Awak boleh belajar slow-slow kan? Jom lah…” Dania masih cuba memujuk.

Dan akhirnya , Deja bangun daripada katil. Tapi pergerakannya statik. Eh? Dania pelik.

“Tadi kata nak ajar…” mendatar suara Deja.

“Oh!”

Mereka sama-sama masuk kedalam bilik air dan Dania ajar cara berwudhuk dengan betul. Sesudah itu, diajar pula memakai telekung. Telekung kepunyaan Dania diberi begitu sahaja kepada Deja. Dan mereka sama-sama keluar daripada bilik untuk pergi keruang tamu. Diruang tamu, ada lagi tiga orang menunggu. Dan apabila Dania dan Deja sampai, mereka semua bangun untuk bersiap sedia dalam barisan saf. Tiba-tiba Deja tarik tangan Dania.

“Kenapa?’

“Tak reti ah.”

“Awak boleh! Slow-slow ok?”

Aduh minah ni. Aku mana reti solat wey. Nak baca apa nanti ni? Alamak aih. Kepala diangguk konon tanda mengerti.

Bermula daripada takbir diangkat sehinggalah salam diberi, terkial-kial Deja mengikut satu-persatu. Benda ni dah lama dia tinggalkan. Terakhir kali dia solat waktu umur 8 tahun. Sekarang umur dah nak masuk 19 tahun. Memang lama.

Usai solat jemaah tu, Dania tanya Deja.

"Awak okay?"

"Hah?"

"Nia tanya awak, awak okay?"

"Oh. Okay okay."

"Sure?"

Deja sekadar mengangguk kepala. Punggung dah diangkat untuk bangun. Tiba-tiba Shida bersuara.  


"Eh nak kemana? Tak habis lagi ni. Kita baca ma'thurat kejap. Boleh?" Shida bersuara sambil memandang kearah isi rumah yang lain. Meminta persetujuan. Deja yang dah bangun, kembali duduk.  


Ma'thurat? Apa benda pulak tu? Aduhai. Dahi yang dah basah dek peluh diusap perlahan. Hanya menurut dengan tangan sudah memegang sebuah buku kecil sebesar buku 555. Izzah mengetuai bacaan ma'thurat. Kemudian diikuti yang lain. Deja sekadar diam namun telinga tetap mendengar setiap zikir yang mereka ungkapkan. 



*****
 "This is it."

"Awak sure?"

"Enough is enough Nia. I cant take it. Aku penat."

"Tapi perjuangan awak belum pun bermula. Kenapa nak menyerah kalah sebelum masa nya?"

"Kau tak faham."

"Macam mana Nia nak faham kalau Deja taknak terus terang. Cuba cakap. Kita boleh settle sama-sama." Perlahan Dania menepuk tangan Khadijah.

"Kau tak perlu faham dan kau takkan boleh faham." Khadijah bersuara lagi lantas tangan ditarik daripada tepukan Dania tadi.


*****
"Pa, Ma . Deja ada benda nak bagitahu ni." 

"Hm. Proceed." 

"Deja..." Baru sahaja nak membuka mulut, telefon bimbit kepunyaan Papanya berdering. 

"Ma..." Deja sambung. Telefon Mamanya pula berdering. 

"I'm sorry dear. We talk later okay? Mama ada hal ni." Selesai menghabiskan sarapan, Mamanya terus menghilang dengan kereta. 

Great. Tiap kali nak borak ke nak bincang hal, mesti jadi macam ni. Orang dalam rumah ni memang tak reti nak duduk rumah ke apa. Bosan lah! 

Argh! Tiap kali terfikirkan rumah, mesti dia jadi stress. Mana tidaknya, semua orang dalam rumah tu asyik sibuk bekerja. Ingat dia takde perasaan ke kena tinggal sorang-sorang? Damn! 

Tengah syok-syok layan perasaan, pintu diketuk. 

"Siapa?" 

"Nia." 

"Ha masuk ah. Tak kunci pun."

Pintu dikuak, dan Dania muncul dibalik pintu. 

"Awak dah makan?" 

Khadijah sekadar menggeleng. 

"Jom makan sekali? Nia nak makan, tapi rasa macam tak seronok pulak makan sorang-sorang." 

"Eh takpelah." Segan. 

"Jomlah. Nia ada beli lebih tu." 

"Takpelah." Masih menolak. 

"Ala... Selama kita duk serumah kat taman ni, tak pernah lagi Khadijah makan sekali dengan Nia. Jom lah, Khadijah." Dania tetap tak putus asa mempelawa Deja. 

Aduh minah ni. Geli pulak dengar dia sebut nama penuh aku macam tu. Setuju je lah Deja oi.

"Okay. Jomlah." Akhirnya, Deja bersetuju. 

"Ha. Kan senang macam tu."  

*****
Selesai makan... 

"Khadijah memang tinggal sorang je ke kat sini. Maksud Nia, duk jauh daripada family?" 

"Wait." 

"What?" 

"Sebelum aku jawab soalan tu. Nak mintak tolong." 

"Tolong apa?" 

"Boleh tak jangan panggil nama penuh tu. Panggil Deja cukup ah." 

"Oh. Hahaha. Okay Deja. Tapi okay apa nama Khadijah tu. Nama isteri Rasulullah tau." 

Deja diam seketika. Kemudian berdehem. 

"Hm tadi kau tanya kan? Ha. Ha'ah aku duduk sorang je sini. Mama Papa duduk KL." 

"Oh." Dania sekadar mengangguk. Sambung bertanya. "Selalu ke balik KL?" 

"Jarang." 

"Kenapa?" 

"Kalau aku balik pun, macam takde guna. Semua orang dalam rumah tu buat hal masing-masing je. Nak spent time pun macam takde function langsung. Kerja itulah, meeting sinilah, persatuan sanalah. Sibuk memanjang." 

"Oh I see. Awak anak tunggal?" 

"Takde ah. Ada abang sorang, ada adik lelaki sorang." 

"Oh tiga beradik. Bestnya ada adik. Haha." 

"Heh. Takdenya best. Menyakitkan kepala lagi ada lah." 

"Best lah tu kiranya. Ada siblings. Nia anak tunggal. Sorang-sorang je. Mak abah pun dah takde. Lagi sorang-sorang." 

Deja tersentak seketika. "Kau duduk dengan siapa sebelum ni?" 

"Makcik Nia duk dekat-dekat sini je. Sejak mak abah Nia dah takde, Nia tinggal dengan dia lah." 

"Oh." Ringkas sahaja balas Deja. Taktau nak teruskan perbualan macam mana. Hanya diam yang mengisi ruang antara mereka berdua. 

to be continued...

Friday, 17 October 2014

Mixed Feeling

Hai and assalamualaikum ! 

its been a very long time no post since the last day for my 'cerpen' posted about five months ago. ahahah lama gilaaaaa . ya i know. maaf kerana buat anda tertunggu-tunggu *ceh gaya macam ada yang nak baca blog usang ni* 

Aku baru habis final untuk semester pertama as a dip in science student. alhamdulillah harapnya ok saje result nanti. Dan secara rasminya, habis sudah semester pertama belajar di UiTM Kuala Pilah. Semester kedua nanti, I'll be transfer to UiTM Tapah. New place, new environment, new challenge. Harapnya dapat survive lah nanti. InsyaAllah. Semester pertama ni banyak ajar aku macam mana nak handle masalah dengan baik. Agak seksa. Haha. 

You know? Friends are really important when you continue study. Tak kisah lah kau study kat dalam negara ke luar negara ke. Friends are really important. Sebab bila kau jauh daripada parents, kawan-kawan ni lah yang akan tolong. And yes. Its happen to me. Aku rasa bersyukur dan bertuah bila dikurniakan dan diberi peluang untuk berjumpa dan berkawan dengan mereka-mereka yang awesome ni. Jujur, aku seronok berkawan dengan korang. Lillahi taala. 

Okay...

Cakap panjang pun macam lah ada yang nak baca. Hahahahaha. So, here some pictures. 
Enjoy ! 






































banyak lagi gambar tapi banyak sangat karang malas nak ngaplod xD 
so, I guess stop here for now. 

END OF SEMESTER 1.
*class dismiss*

goodbye.
*lambai tangan*

Thursday, 29 May 2014

Sangkar Jahiliyah 30 [end]

Lima tahun kemudian...

"Abah, jom balik?" Kak Ngah mengajak abah untuk balik. Abah mula bangun. Tikar mengkuang yang dibawa bersama tadi diangkat dan digulung Achik. Along memegang jug yang berisi air buat siraman atas kubur tadi. Harini hari raya pertama. Mereka sekeluarga pergi tanah perkuburan.

"Adik mana?" Abah tanya.

"Dah naik kereta dulu. Penat katanya." Along menjawab.

Abah sekadar mengangguk. Along, Kak Ngah dan Achik dah mula bergerak untuk pergi ke kereta. Abah masih berada dikubur mak. 

"Aisya, abang dah berjaya satukan keluarga kita semula." Kata abah sendirian sambil tersenyum puas.

*****
Apa yang jadi? Alhamdulillah Noorin selamat masa dalam ICU. Doktor cepat bertindak. Selepas beberapa hari lepas tu, Noorin dah berada dalam keadaan stabil. Dia dipindahkan ke wad biasa. Tak lama lepas tu, barulah Noorin sedar daripada 'tidur panjangnya'. Bagaimanapun, dia masih memerlukan rawatan susulan untuk betul-betul sembuh. Dan terpaksa jalani rawatan untuk kansernya pula. Kini, Noorin mampu untuk kembali aktif walaupun masih perlu menjalani rawatan untuk kansernya. 

Kak Ngah pula, selepas daripada pembedahan buah pinggang dulu, dia sedar. Dia banyak lakukan kesilapan pada Noorin. Dia malu pada Noorin. Dan dia sudah boleh menerima Noorin sebagai adiknya. Dia sangat sayangkan Noorin. Dia janji akan menjaga Noorin sepenuh hati. Keadaannya yang dulu lumpuh, tidak mematahkan semangatnya untuk melakukan fisioterapi. Sehinggalah dia mampu berjalan sekarang walaupun masih menggunakan tongkat. 

Najah, Fazlin, Faiz, Johan, dan Alif sekarang dah lanjutkan pelajaran dalam bidang yang masing-masing minat. Waktu dapat tahu Noorin kritikal dulu, mereka sanggup datang tengok Noorin padahal waktu tu dah hampir nak SPM. Namun, dorongan dan sokongan yang mereka tunjuk untuk bantu Noorin memberi kesan positif. Masa keputusan SPM keluar, mereka memberitahu Noorin yang mereka cemerlang. Noorin sangat gembira untuk mereka. Timbul rasa cemburunya kerana tak mampu nak tunjuk pada abah dan ahli keluarga lain, slip peperiksaan SPM. Namun, dipujuk hatinya untuk tidak terlalu mengikut perasaan. Kerana dia tahu semua ini terjadi bersebab. Dan sebab itu datangnya daripada Dia.

-TAMAT- 

*****
alhamdulillah! siap dengan jayanya! haha
jujur, cerpen ini untuk seseorang.
tapi aku tahu dia takkan mungkin nak baca.
semoga terlindung dibawah rahmat-Nya!

sekian
adios
SSKA