Monday, 26 November 2012

Sakit yang terpendam

"weyh korang, tunggulah aku !"
"alahhh...kau tak perlu ikut pun takpe"

Aku selalu diperlakukan begitu oleh mereka. Aku sedar bahawa aku tak penting bagi mereka tetapi sekurang-kurangnya mereka tak perlu nak tunjukkan yang mereka tak selesa mempunyai rakan seperti aku. Aku tahu banyak kekurangan aku sebagai rakan. aku minta maaf ye. Aku tak mampu jadi rakan yang sempurna buat kalian.

-------------------------------
*dalam kelas

"Nor, kau tolong aku boleh?"
"errrr....tolong ape?"
"tolong aku siapkan kerja ni. Aku nak kena hantar harini jugak."
"kenapa tak siapkan sendiri je?"
"alaahhhhh...aku banyak lagi kerja lain nak siapkan ni. Bolehla Nor. Sekali ni je. Nanti kalau kau ada pertolongan, aku tolonglah pulak. Bolehlah. Bolehlah."
"hmmm....yelah..yelah..mana kerjanya. meh aku TOLONG"
"seriously? ya Allah, kau lah kawan aku yang paling baik, Nor. Terima kasih !"
"yelah tu... hmmm.. dahlah. Mana kerja tu? Nak suruh aku tolong tapi bukunya tak dibagi."
"eh...eh.. lupa.. hehehe. Nah. Ni bukunya. Terima kasih tau, Nor. Sayang kau!"
"Sama-sama...."

Macam inilah rutin sebagai seorang pelajar. Mesti akan ada pertolongan daripada yang diminta daripada aku untuk siapkan kerja sekolah yang tak tersiap. Errrr....lebih kepada peniruan bukan pertolongan. Masa susah, cari. Masa senang, lupa. Manusia memang macam tu kan? Masa baik, dipuji-puji. Masa gaduh, dikeji-keji. Perkara normal yang manusia akan buat. Samalah dengan apa ayng mereka buat dengan aku. Bila tak perlukan aku, mereka buat tak tahu. Tetapi tak mengapa. Aku akan sentiasa ada untuk mereka walaupun mereka tak selalu ada untuk aku. Aku faham. Aku tak selayaknya berkawan dengan mereka. Aku sepatutnya bersyukur kerana mereka masih mahu menerima dan bergaul dengan aku. 
Terima kasih.

*dah habis masa belajar

"kita nak lepak kat mana pulak arini"
"entah. Manalah aku tau. Korang yang plan. Aku ikut je."
"hmmmm....tunggu yang lain duulah."
"ok..."
"kau ok tak ni?"
"ok je.. apsal? tetibe tanya?"
"takdelah. aku tengok kau sejak beberapa hari ni macam ada masalah je."
"heh. takde ape yang perlu diberitahu kot. Kalau aku ok ke. Tak ok ke. Korang bukannya kisah pon"
"kenapa cakap macam tu?"
"takde apelah. Eh, tu. Yang lain semua dah keluar kelas. Jom."
"oh...haaa.. Jomlah"

Maafkan aku kerana terpaksa berbohong. Kadang-kadang, tak semua benda aku boleh cerita kat kalian. Tak semua benda boleh aku kongsi pada kalian. Biarlah aku pendam apa yang aku rasa sekarang. Asalkan tak kacau kalian. Aku lebih suka pendam daripada bercerita pada orang. Itu dah menjadi kebiasaan bagi aku. Kalau aku tak mampu nak tahan, pada Allah aku akan mengadu. Dia lah Maha Pendengar yang baik. Bukan bermaksud kalian tak menjadi pendengar yang baik tapi aku lebih suka bersendirian. Memang aku selalu lepak, makan-makan, borak-borak bersama. Hakikatnya, aku sendirian. Jasad bersama kalian namun roh aku tak bersama kalian. Maafkan aku.

-----------------------

*ketiadaan Nor bersama mereka

"wey, korang. Perasan tak Nor dah lain sekarang?"
"lain? lain macam mana?"
yelah. lain. dah tak macam dulu. Dia senyap je bila dengan kita. Dah tak banyak cakap macam dulu."
"aku pun ada perasan jugak. Tapi aku biar je sebab aku fikir perasaan aku je."
"hmmm...sebenarnya dah lama aku nak bincang pasal benda ni."
"pasal ape?"
"pasal KITA"
"kenapa pulak dengan kita?"
"ok. Sekarang ni, aku syak yang Nor tengah merajuk dengan kita sebab cara layanan kita kat dia."
"apa yang kita dah buat sampai nak merajuk segala tu?"
"sedarlah wey.. dia banyak tolong kita kot. Alik2 kita buat macam ni kat dia. Aku taknak kita sedar benda, dan ianya dah terlambat."
"habis tu, kita nak buat apa?"
"ikhtiarlah. Biar Nor jadi macam dulu balik."
"ok. Kita fikirkan caranya kemudian. Sekarang aku nak kau makan dulu. Boleh?"
"ehhhmmm... ok."

Ketiadaanku dimanfaat untuk membincangkan perkara ini. Baru sekarang kalian perasan. Selama 5 tahun mengenali kalian dan baru sekarang kalian perasan akan perubahan yang berlaku. Mungkin masih belum terlambat. Tetapi bagi aku itu cukup lama. Namun, aku sangat bersyukur dan gembira dengan usaha kalian untuk memujukku. Aku bangga dengan kalian. 

-----------------------

*di sebuah klinik desa
*terserempak dengan Ija*

"eh, Nor ! apa kau buat kat sini?"
"aku saja je datang sini. ada kursus memasak."
"kau kan. Kalau kenakan aku, nombor satu."
"hahahaha.. dah kau tanya soalan tak masuk akal."
"yelah. manalah tau kau temankan mak kau ke. ish... ni yang nak merajuk ni."
"alololo... alahhh.. aku nak melawak sekejap ngan kau pun tak boleh ke? hahahaha"
"eheh.. saja je. Touching terlebih sekejap. Dah lama tak nampak kau happy macam ni. Dah lama jugak tak nampak kau kat sekolah. Kau sakit ke?"
"hmmm.... ha'ahlah, Ija. Aku tak berapa nak sihat angat. Doktor tak bagi pergi sekolah. Lagipun appointment memang dia buat tarikh yang dekat2. Itu yang tak sempat-sempat nak pergi sekolah tu."
"oh.. kau sakit ape? Sampai tak sempat-sempat nak pergi sekolah. Dengan appointment segala. Serious sangat ke?"
"eh, tak serious pun. jangan lah risau. Aku kena banyak rehat. Errrr....oklah. Lain kali kita borak lagi tau. Mak aku dah panggil dah tu. Assalamualaikum."
"waalaikumussalam.."

Sekali lagi aku berbohong. Maafkan aku wahai rakan. Bukan niat aku untuk merahsiakan ketidaksihatan ku ini. Aku hanya tidak ingin membebankan kalian. Biarlah aku menanggung keperitan ini sendirian. Aku mampu hadapinya. Jika kesakitan hati mampu aku tahan sendirian selama 5 tahun. kenapa tidak untuk sakit kesihatan ini? Janganlah kalian khuatir. Aku merahsiakannya kerana aku tidak mahu melihat wajah yang selalu gembira, menitiskan air mata hanya semata-mata kerana aku. Maafkan aku wahai sahabat. Hanya dengan cara ini mampu aku lakukan untuk menghindarkan rasa sedih kalian. Aku hanya mahu melihat wajah gembira kalian jika kalian didepan ku. Maafkan aku.

----------------------


*disekolah semasa rehat

"aku ada benda nak cakap ngan korang ni"
"eh. Nor. Ha? Apa dia? Cakaplah."
"ok. aku akan berhenti sekolah."
"APA??!! tapi... tapi kenapa??"
"aku... aku..."
"kenapa Nor? Sebab kami dah tak layan kau ke?"
"eh. Bukan sebab tu. Sikit pun tak."
"habis  tu, kenapa? Kitorang mintak maaflah kalau kitorang yang salah."
"eh. Janganlah mintak maaf. Korang tak buat salah apepun. Aku mintak kat keluarga aku, aku nak berhenti sekolah."
"mesti ada sebab. Kau jangan buat hal. Tahun ni kita SPM kot. Kata nak sama-sama berjaya. Sama-sama dapat pergi luar negara."
"aku tak.... aku tak boleh. aku mintak maaf. Assalamualaikum."
"Nor !"
"waalaikumussalam.... "

Susah untuk aku perjelaskan kesihatanku pada kalian. Itulah sebab paling kukuh yang boleh aku beri pada kalian. Perit bagi aku tapi tak mengapa. Aku dah biasa. Aku sayang kalian bagaimana aku sayang keluarga dan diri aku. Janji yang dibuat tak mampu aku tunaikan dan tak mungkin aku tunaikan. Melihat kalian berjaya sudah cukup buat aku bahagia dan gembira. Biarlah aku tak berjaya sekalipun. Kalian tetap mampu buat aku berjaya dengan kejayaan kalian. 

---------------------

*di dalam bilik guru

"sayang betol si Nor tu nak berhenti kan?"
"ha'ahlah.. dah budak tu pandai. Senang bergaul pulak tuh. Boleh dibuat kawan ngan semua orang."
"tau tak apa. tapi nak buat macam mana kan. kesihatan dia tak mengizinkan."
"itulah. tak sangka pulak dia sakit. Selama ni, tengok dia sihat je. hmmmm..."
"Dia dapat tahan pun sebab ada kawan-kawan dia yang mampu gembirakan dia. Mereka memang dah berkawan daripada tingkatan 1 lagi."
"eh. kawan-kawannya dah tau ke yag dia nak berhenti sekolah ni."
"katanya dia dah beritahu."
"oh.. baguslah tu."

Perbualan antara guru-guru sering kedengaran tentang aku. Daripada situ, rakan-rakanku dapat mengetahuinya. Mereka mengambil keputusan untuk pergi ke rumah aku dan menziarahi aku. Aku enggan untuk berjumpa mereka. Aku malu dengan keadaanku yang tak sihat. Aku menyuruh mereka untuk pergi. Tetapi mereka berkeras. Aku mengalah. 

-----------------------

*dirumah Nor

"aku mintak maaf..."
"kenapa kau tak pernah bagitau kami yang kau sakit?"
"......."
"kenapa, Nor?"
"aku taknak susahkan korang."
"cara kau buat kitorang macam ni lagi susahkan kitorang."
"aku mintak maaf."
"takde apa yang nak dimaafkan."
"betul tu, Nor. Kitorang lagi banyak salah."
"kitorang yang patut mintak maaf."
"korang tak salah ape pun."
"sebab ada salah lah kitorang mintak maaf."
"takde salah lah."
"Nor, kita dah kawan 5 tahun tau. Aku tau perangai kau macam mana. Aku kenal Nor aku macam mana."
"korang, please. Aku nak rehat. Aku penat. Apepun, korang tetap takde salah sebab aku dah lama maafkan kesalahan korang. Please..."

Ada sebabnya aku taknak jumpa kalian. Aku tak mampu nak halang rasa sedih ni kalau nampak kalian. Itulah sebabnya aku bagi alasan. Tolonglah bantu aku. Aku akan beritahu bila masa yang sesuai tu tiba nanti. Harap kalian mampu bersabar.

------------------------

*di hospital

"makcik, kenapa dengan Nor makcik?"
"Nor dah takde masa dah"
"ha? maksud makcik?"
"nak, Nor dah tak boleh hidup lama dah."
"Ya Allah... Kenapa dia tak pernah bagitau kami pasal benda ni?"
"dia taknak kalian susah. Cukuplah dia sorang je yang merana. Dia tak mahu membebankan kalian. Bagi dia, cukuplah melihat kalian senyum. Itu sudah mampu buat dia bertahan sampai sekarang."
"Ya Allah.... Nor.... "
"errrrr....habis tu, makcik. macam mana keadaan dia sekarang?"
"doktor masih lagi dalam usaha untuk membantu dia."
"makcik sabar ye."
"makcik dah lama sabar, nak. Kalau dia pergi pun makcik redha sebab makcik tak sanggup tengok dia terseksa menahan sakitnye."

*doktor keluar dari bilik pemeriksaan

"doktor, macam mana dengan anak saya?"
"anak puan masih mampu bertahan. saya kagum melihat dia. Dia sangat kuat."
"betol ke doktor? alhamdulillah. Jadi, boleh kami melawatnya?"
"boleh. tapi buat masa ni dia masih dalam keadaan tak sedar sebab saya baru bagi ubat tahan sakit tadi. Jadi, harapnya tak mengganggu pesakit buat masa ni"
"oh. baiklah doktor. terima kasih banyak doktor."
"sama-sama"

Wajah sugul ku ditatap satu-persatu oleh mereka. Mereka menahan sebak melihat wajah sakit yang aku sembunyikan daripada mereka. Aku mintak maaf sebab terpaksa rahsiakannya. Aku tak berniat. 

-------------------------

*seminggu kemudian

"assalamualaikum."
"waalaikumussalam. eh, mak. Ingatkan sape tadi."
"kamu ingat sape? kawan-kawan kamu? sudahlah tu, benarkanlah diorang lawat kamu. Jangan nanti kamu menyesal pulak tak dapat tengok diorang."
"bukan Nor taknak jumpa atau benarkan diorang jenguk Nor. tapi...."
"tapi ape lagi Nor? Takut mereka menangis? ke ataupon kamu yang takut kamu menangis depan mereka?"
"entahlah mak."
"Nor, mak kenal kamu sejak kamu lahir lagi tau. Mak  tau, kamu nak diorang ada dengan kamu kan? Kamu takkan boleh bertahan sampai sekarang tanpa diorang. Jadi, ada baiknya kalau Nor benarkan mereka lawat Nor. Hilanglah sikit rasa rindu kamu pada diorang."
"Nor taknak kacau masa belajar diorang. Diorang dah nak SPM tahun ni. Kalaulah Nor tak sakit macam ni...."
"ish.. apa pulak cakap macam tu. Sakit tu penghapus dosa. Allah uji kamu dengan sakit ni sebab Allah sayangkan kamu."
"hmmmm.... Nor taknak kacau diorang, mak. Diorang nak belajar."
"Kalau macam tu, lepas SPM boleh tak kalau diorang nak lawat kamu?"
"kenapa mak tanya?"
"takdelah. nanti takdelah kamu sunyi. Mak bukan selalu boleh datang jenguk kamu kat sini. Mak ada kerja sikit lepas SPM tu nanti."
"lahhhh....hmmmm... takpelah. Nor duduk sorang kat hospital ni pun takpe lah mak. Tak payahlah nak suruh diorang datang segala. Menyusahkan diorang je nanti."
"Kami tak kisah pun Nor !!"
"eh? bila korang ada kat sini? Mak?!"

Perbualan yang sengaja mak cipta untuk melihat bagaimana reaksi aku. Aku ditipu. Mereka sangat gembira dengan persetujuan aku untuk membenarkan mereka datang melawat aku. Dalam diam, aku turut gembira. Sekurang-kurangnya aku dapat melihat mereka sebelum aku betul-betul meninggalkan dunia ni. Aku berharap dengan adanya mereka disisi aku, aku mampu bertahan lebih lama lagi. Ya Allah...bantulah hambaMu ini.

------------------------

*beberapa hari sebelum SPM

"Nor, lagi berapa hari je lagi kita nak SPM kan?"
"errrr...korang lupa ea. Aku tak amik lah."
"opppsss.. sorry. sorry.."
"takpelah. tak kisah pon. Yang penting, aku nak korang berjaya. Itu dah cukup buat aku gembira. Ingat, aku takde tak bermakna korang tak boleh buat. Aku yakin. Korang boleh buat tanpa aku."
"In shaa allah. Kau doakan kitorang boleh buat tau! Tapi kalau kau ada mesti lagi best."
"eh, sape kata aku takde? aku ada je ni. hahaha"
"hahahahaha. Nor.. Nor.. keadaan macam ni pun boleh lagi senyum. Kau memang kuat."
"aku kuat sebab ada korang."

Aku bersyukur mempunyai kawan sebaik kalian. Kalian lah yang memberi kekuatan dikala aku sedang bertarung nyawa melawan sakit ini. Kekaguman kalian terhadapku sepatutnya kalian pindahkan pada diri sendiri. Tanpa kalian aku takkan jadi sekuat ini untuk tempuh hidup yang tinggal hanya beberapa detik lagi.

------------------------

*sehari selepas SPM

"korang ni.. susah-susah je datang sini. patutnya pergi rehat. dah habis exam kan? enjoy la sikit."
"kitorang tengah enjoy la ni."
"ha'ah.. tengah enjoy lah ni."
"enjoy apa nya? duk jaga aku , korang cakap enjoy? haih..."
"betollah. kitorang enjoy lah jaga kau. sebab kau boleh ceriakan kami."
"ye ye je."
"betol..."
"yelah tu... hahahaha.... ARGH!!! ADUH!! sakit! Argh!!"
"eh, Ya Allah ! Nor ! kenapa ni?"
"ARGHHHHH !!!!! SAKIT!!! ADUH!!!"
"Izzat, tolong panggilkan doktor sekarang!"
"ok2 !"

Sejak tu, sakitku mula melihatkan kesan yang teruk. Mak dan abah sentiasa ada disisi. Aku benar-benar bersalah kerana telah banyak menyusahkan hidup mereka dengan sakit yang aku hadapi. Rakan yang selalu ada masa susah senang aku turut hadir. Aku tak mampu nak membalas jasa mereka yang telah menjaga aku sepanjang ketiadaan mak di hospital. Aku bersyukur kerana dikelilingi orang yang sangat menyayangiku. Guru-guru dari sekolah juga turut hadir. Ucapan terima kasih tak mampu diungkap tatkala itu. Aku tak berdaya. Aku sudah tak mampu bertahan lagi. aku ingin pergi. Izinkanku pergi.

----------------------------

*masa yang semakin tiba

"Nor, tolong Nor. Bertahanlah selagi mampu."
"aku mintak maaf kalau aku ada buat salah kat korang ye. Jaga diri korang. Banggakan mak bapak korang dengan keputusan korang nanti. Ok? Aku dah tak mampu nak bertahan lagi dah.  satu je harapan aku, aku nak tengok korang berjaya. Itu je yang aku doa setiap hari untuk korang. Itu dah cukup buat aku gembira. Teringin nak tengok korang berjaya tapi nampak gaya macam tak sempat."
"Nor ! Tolong jangan cakap macam tu. Kau sempat tengok kitorang berjaya. Tolonglah... Ya Allah... "
"Mak ,abah... terima kasih jaga Nor sepanjang Nor sakit. Nor banyak menyusahkan mak dengan abah. Lebih elok rasanya kalau Nor pergi, takdelah nanti menyusahkan mak dan abah lagi."
"tak, nak. Kamu tak pernah menyusahkan mak dan abah. Tanggungjawab abahn dan mak untuk menjaga kamu. Jangan macam tu nak."
"halalkan makan minum Nor ye, mak. Nor mintak maaf. Banyak dosa Nor pada mak. Pada abah."
"mak maafkan"
"abah pun maafkan nak"
" terima kasih mak , abah.. cikgu-cikgu. terima kasih untuk ilmu yang sangat banyak yang dah cikgu-cikgu bagi pada saya. in shaa Allah saya amalkan sampai ke liang lahad."
"sama-sama, Nor"
"mak. Nor penatlah. Nor nak tidur boleh?"
"tidurla nak. mak tahu kamu penat. Rehatlah....."
terima kasih. assalamualaikum, semua."

Kau pergi dengan cukup tenang Nor. Memberi satu kenangan yang cukup ndah untuk ku kongsikan bersama yang lain. aku bangga mempunyai sahabat sepertimu. Kau sangat kuat untuk hadapi seorang diri. Aku kagum dengan semangat yang kau ada Nor.


---------------------------------

*sepuluh tahun selepas itu

"Nor, kitorang masing-masing dah berjaya."
"ha'ah Nor. Ada yang dah ada dah pun."
"Kami harap doa kau berterusan untuk anak cucu kami pulak"
"Nor, kami rindukan kau."
"Setiap kali aku pergi sekolah menengah kita dulu, aku mesti ingat kenangan kita dengan Nor."
"Dahlah tu. Tak elok cakap macam tu. Yang penting kita dah buktikan yang kita boleh berjaya. Aku yakin Nor mesti gembira tengok kita sekarang ni."
"mestilah. Kita dah ada kerjaya."
"hahahaha..."
"hmmm....  dahlah tu. Jom balik. Lama sangat kat kubur ni nanti lain pulak jadi."
"kau ni Ikmal. Tak habis-habis. Menyakat je tau. hmmm... jomlah korang. Nanti ada je yang si Ikmal ni nak sakat."
"hahahaha.. aku gurau je."

Kejayaan ini yang kami persembahkan pada kau, Nor. Kami berjaya. Kau mesti sedang bergembira di atas sana. Terima kasih Nor atas dorongan kau dan doa yang tak pernah putus daripada kau. Kami amat merinduimu , Nor. Kami doakan kau sentiasa bahagia menempuhi alam yang satu lagi. 

*TAMAT*


Fuh~ penat seyh tulis cerita nii.. hoho~ at last, siap jugak. so, how was it? apepon, ruang disediakan di bawah. kalau nak komen, silakan. terima kasih bagi membaca. Sekadar nak mengisi masa lapang je. Bosan sangat. hehehe. Tapi tetap ada pengajarannya ! nak tau ape?

ha ! ni dia pengajarannya :
  • tak kisahlah korang sakit ke, sihat ke. ALLAH tetap ada. jadi, jangan pernah lupakan dia. Solat dan doakan semoga sentiasa diberi kekuatan.
  • jangan lupakan kawan kita. walaupun dia dah meninggal dunia.
  • hargailah sebelum terlambat
  • doa tanpa usaha takkan kemana.
  • bersyukur dengan setiap nikmat yang allah bagi pada kita.
So, rasanya tu je kot. hehe.
kalau ade lagi, nanti akan di post kan. terima kasih sekali lagi bagi yang membaca.
chow~
assalamualaikum. ^_^Y









Thursday, 22 November 2012

setiap yg hidup PASTI akan mati

assalamualaikum. :)
long time no see. heh
10 Muharram 1434 
ade ape ngan tarikh tu?
Hari Asyura la~ :D
dan pada tarikh tu, umat Islam berpuasa sunat.
JOM ! :D 
*ajak ramai2 lagi bagus* 
hehehe.

errr... rasanya lari drpd tajuk kejap . heh
ok. kita masuk tajuk yang sebenar :)
seperti yang kita tau.
hidup kat dunia ni tak lama.
am I right?
so, banyak yang kita kena perbaiki dan perbetulkan sebelum kita kembali kepadaNya.

sepanjang 2 minggu cuti ni, banyak dapat berita kematian.
hmmmm....malah yg sebaya dengan aku pon ada..
INGAT ! AJAL ITU TAK KENAL USIA.
even, aku pon boleh mati .
kalau boleh, sekarang ni ke kan? 
tengah2 syok tulis idea tuk post ni tibe2 Malaikat Izrail tarik nyawa kan?
who knows. :)

tapi aku selalu doa supaya Allah panjangkan umor aku.
sebab banyak benda yang aku tak sedia lagi .
amal ibadah aku pada Allah masih belom mencukupi untuk ditimbang di Arashy kelak.
dan hanya satu impian yang aku harap, aku mampu untuk tunaikan sebelum aku pergi.

banyak berita kematian. nak2 lagi dengan ape yang sedang berlaku di Palestin sekarang . 
Israel sangat kejam ! tapi tak mengapa.
Allah memihak pada yang benar :)
supposely we should pray for them. 
jgn putus doa tu. 
Islam akan menang . In shaa Allah.

meratapi sesuatu pemergian itu sangatlah tidak patut berlaku.
situasi macam tu seolah-olah kita tak redha dengan pemergian seseorang tu.
memang susah nak terima kehilangan seseorang yang kita sayang.
yes, I admit it ! :)
tapi kalau dah sampai tak boleh nak terima pemergian si dia.
itu dah sangat melampau.

bukankah lebih elok untuk mendoakan semoga dia tenang di atas sana :')
ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman. in shaa Allah.
dia akan pergi dengan tenang juga. 
trust me :)

setiap yang hidup PASTI akan mati.
thats true.
damn true.
so, perbanyakkan amal untuk lebih bersedia.
semoga kita mampu hadapi semua pertanyaan dalam liang lahad nnti tanpa sebarang masalah. amin Ya Rabb..

rasanya tu je yang nak dikongsi.
sekadar peringatan untuk diri sendiri juga. 
wallahua'alam...

sebelom tu Al-Fatihah buat arwah ayah kawan aku yang baru je meningga awal Muharram aritu.
buat para pejuang syahid di Palestin sana.
buat arwah Khadijah Sheab yang baru meninggal pagi semalam *berita drpd twitter*
dan akhir sekali, buat muslimin muslimat yang dah pon kembali ke rahmatullah...

kita yang hidup, teruskan hidup mencari sinar kearah yang lebih baik.
in shaa Allah. :)
sekian, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh....
see ya for the next post.
peace no war ^_^Y



Wednesday, 14 November 2012

Salam Maal Hijrah :')

assalamualaikum, semua.
jumpa kembali ~
hahaha ..
so, watcha doin ? 
so far, macam mana holiday?
best? 
bohong la kalau best. 
yelah, tiap kali on face.. tiap kali on twitter..
ada je perkataan BOSAN dipost. 
hahaha ~ well, itu perkara biasa je.
maklumlah awal2 cuti.
nnti dah tengah2 lagilah.. 

hmmm... sedar tak sedar..
pejam celik. pejam celik.
dah masuk tahun baru Islam :D
alhamdulillah ! aku masih bernafas sampai sekarang.

everything happen about one year.
macam2 berlaku. 
cerita sedih. cerita gembira. cerita rahsia.
tu semua aku akan simpan sampai bila2.
aku je yang tau :')

jap.jap...
tahun baru?? baru bape hari bulan?
aiyoooo ~ makcik,pakcik...
kan aku dah tulis kat atas tu tahun baru ISLAM ! :)
haih...

takpelah. yang penting AZAM tahun baru kena ada.
apa azam aku ek???
errr... tak fikir lagi sebenarnye.. hehe..

tapi kalau boleh, aku nak cuba jadi yang lebih baik.
bukan maksud aku , aku ni jahat sebelum ni. tak. 
aku nak cuba menjadi yang lebih baik dengan menerapkan nilai2 kepimpinan dalam diri ni.
aku masih belum cukup ilmu tentang semua tu.. 
dan aku masih belum bersedia sepenuhnya ke arah itu.
tapi aku tau dan yakin Allah buat macam ni mesti ada sebab.
dan aku tau sebabnya apa.

Allah akan bantu hambaNya tatkala susah mahupun senang.
jadi, tak perlu risau. :)
everything is under control ;)
insyaAllah. 
cuma aku perlukan sedikit bimbingan dan pertolongan daripada rakan2 dan harapnya mereka sanggup untuk tolong aku. :)

Anyway, panjang lebar bercerita. 
hahahaha :D
sampai lupa nak ucapkan SALAM MAAL HIJRAH  buat semua muslimin muslimat yang berada di Malaysia mahupun luar Malaysia :)

Jadikan segala kesilapan lalu sebagai pedoman untuk berubah ke arah yang lebih baik lagi. ok? ;)
insyaAllah hendaknye ...
tak ade ape yang boleh menghalang seseorang itu untuk menjadi lebih baik. semua datang dari diri sendiri :)

go fight for your own goodness! 
yeah~ ! :D
that's what we call jihad :)

soooo..... rasanya cukuplah sampai sini.
amik iktibar. amik pengajaran :)
nasihat diatas tak lebih tak kurang untuk diri aku yang kerdil ni jugak.
sama2 kita buat transformasi yang membantu diri, agama, bangsa dan negara. insyaAllah :)

enough for today.
see ya ! :D
assalamualaikum.. ^_^Y


Tuesday, 13 November 2012

for along time :D

Olla ! :D
assalamualaikum~ :)
lama jgk dah tak post ek.
maaflah ye...
takde idea nak post ape.
ada pon , taktau bila nak post.
maklumlah, dah sibuk sikit.

ni pon baru nak start cuti...
aritu, 3 hari ade kem kepimpinan kat Durian Tunggal. :)
banyak ilmu dapat.
nak jadi pemimpin ingat senang ke?

orang semua duk cakap "untunglah, jadi itu ini" 
"untunglah, dapat pegi kem kepimpinan" 
memang tak nafi lah, best pergi kem tu.
tapi bila dah join, rasa serba salah tau.
its about a responsibility.
suatu benda yang sangat besar untuk digalas.
dan melibatkan maruah diri dan sesuatu organisasi.
tak ke itu satu perkara yang susah?

bukannya aku nak kata aku menyesal dapat pegang jawatan tu.
tapi ni berkaitan tentang diri aku.
aku masih belum cukup sedia sebenarnya.
aku cuba. aku berusaha.
kalau aku tetap takleh jugak. aku mintak maaf awal2... :(

ok. back to the topic.
macam2 aktiviti yang dah dibuat.

hari first sampai ialah hari jumaat petang.
area pukul 3.15 petang.
pendaftaran bermula. 
lepas tu, ada taklimat daripada ketua fasilitator.
habis taklimat je, ada makan petang.
then, kami warm up dengan bermain pas kain pelekat~
syok ah jugak. tapi main tak lama.
hujan~ 

pembentukan kumpulan sebelah malam.
aku sama group dengan mario, al, azam(form 2), wak dong, nong, miran, syiro, syafiqah hashim, arisya dan azra. :)
best jugak ngan diorang. semangat tetap ada :D
hahaha. ketua kumpulan = mario ! 

malam tu jugak ada kembara minda 
kena lalu 4 checkpoint
diberi sebatang lilin untuk dijadikan nyawa.
memang mencabar ! 
tapi semua kumpulan berjaya untuk menghidup lilin sampai habis aktiviti.
cuma aktiviti kat setiap checkpoint je yang kurang berjaya :/
heh. tak kisahlah. asalkan ada sesuatu yang nak ditekankan.

esoknye, kami ada jungle tracking ! :D
sedihnye, aku tak dapat nak join.
maklumlah, orang kurang sihat.
macam tu lah.
sangat sedih tak dapat join. T.T
rasa macam tak membantu pon. heh.
tapi diorang pon faham.
so, aku hanya mampu menunggu sampai diorang tamat teroka hutan tu.
lepas tu, ada paintball ! syok ! tapi tak puas~
hahaha. mana tak nye.
main 5 minit je pon. mana puas.
main2 kejap dah mati kena tembak. haha.
malam tu, ada persembahan.
kumpulan aku buat boria + gangnam style~
aku taktau ape yang best nya menari gangnam style tu --'

hahaha. tapi best la. dengan ada pertandingan fesyen lagi. 
macam2 :)
last day, kami jogging waktu pagi. 
lepas tu, main permainan KAMIL KATA
dengar arahan bila ada perkataan KAMIL KATA je..
macam2 gaya dia suruh buat. best!
fasi2 pon sporting je :)

Majlis penutup yang sangat ringkas tapi padat dengan nasihat dan nukilan daripada kami sendiri.
Pengetua sangat berharap kami dapat membuat perubahan pada maktab.
Aku masih lagi ragu2 sebenarnye.
Berat tanggungjawab yang aku kena jalankan.

Kalau aku takde diorang, aku mungkin tenggelam.
Aku masih tak pasti dengan keputusan yang aku buat.
as I said just now, I'll try. 
insyaAllah. aku kuat :)

ambik masa untuk fikirkan benda ni. 
apepun, aku akan teruskan membantu :)
jangan risau...

rasanya cukuplah sampai sini :)
next time i will post the better post. 
heh. sekian.

Assalamualaikum ^_^Y

Sunday, 16 September 2012

woot woot~

assalamualaikum... :)
lama jugak tak update...
takde idea nak tulis ape...
tapi arini, dipagi yg masih gelap ni..
i'm just wanna say Happy Birthday Malaysia !!! :D
okfine.. tau la lmbt. tp lmbt sehari je kot..
busy sgt. :P LOL *alasan*
hahaha

so, how was your holiday go on?
best tak?
aku baru je abis exam , then dapat balik..
balik sempena hari malaysia?
heh. maybe la.. tak jugak sebenarnye...
cikgu2 ngan staff2 ade kursus ape ntah kat PD
semua ckgu nga staff terlibat so, diorg terpaksa menyuruh kami pulang ke rumah.. 
kalo kitorang stay kat maktab, rasanya maktab tu bole roboh..
hahaha :D
kembali ke maktab balik arini :)
taktau nak feeling ape..
macam takde feel pon ade.. hoho..

tapi takut still ade
takut sebab ape?
takut dengan result exam lah! >.<
oh no!! :O
rileks azmah.. rileks azmah...
bukan ko dah pasrah ke?
LOL pasrah2 pon, takut still ade maa~

ok2.
stop talking about exam.

arini balik maktab. :)
can't wait for tomorrow :D
knape ek? ehehe...
its my birthday ! LOL
but i have my twin :D
nama dia fatimatuzzahra assaedah :)


so, here she is :)
comel kan? 
she is just nice to people
heh. love you timah ! :D

takde harap ape2 tuk birthday kali ni melainkan satu ucapan.
dah memadai :')
tibe2 jadi sedih pulak. haih...
dah2.. chill2 :)

today mak aku buat laksam tuk aku bawak balik maktab.
tunggu jelah ye.. harap2 habislah nanti laksam tu :)
so, i think enough for today.
ada masa lagi nanti aku update lagi 

sekian
assalamualaikum~ ^_^Y

Wednesday, 22 August 2012

tak malunye kau .

assalamualaikum.

arini dah masuk hari yg ke-4 raya .
kan?
so, amacam?
banyak dah kumpul duit raya?
tipulah kalau ada yg ckap tak banyak.

mana tak nya...
first day raya, orang dah sibuk duk masukkan gambar2 raya mereka dalam Facebook a.k.a FB.
semua cantik2 belaka. semua hensem2 belaka.
maklumlah, raya~ 

aku? bagi aku raya tahun ni kurang meriah.
bosan yang teramat. orang gi beraya, aku duk umah melayan Facebook a.k.a FB.
aku fikirkan aku je yg online. rupenye ramai jgk teman seangkatan yang beraya. hoho~
memang satu kepala je... eloklah tu. 

eh, lagi satu...
sejak akhir2 ni, aku aktif gak oooo kt twitter~
hahahaha :D
taktau macam mana bole terjebak. LOL
hehehe

tapi arini memang macam2 la jd.
*i mean kat twitter*
ade yg mention #OnlyInMRSM bla bla bla....*bole cetus kontroversi*
ada yang sibuk pasal "aiman rahman" <--- aku tak kenal pon LOL
and many things more.

tapi tengah2 duk tweet2 tu...
ada lah seorang hamba Allah ni...
dengan perasaan malu yang hilang entah kemana, cakap something yang agak censored.
eh, hello~  awak tu perempuan ye cik kak. jaga adab awak dengan budak laki2. nanti kena pada diri sendiri barulah nak insaf bagai~ 
INSAF ke INSAP =.=

Ya Allah.... time terbaca je ape yg ditweet dgn budak lelaki tu aku terus tweet   "tak malunye kau" dengan harapan yg dia terasa. insyaAllah.
then, ada plak yg duk sape...malas nak aibkan org tu.. kesian plak nnti.
aku taknak tambah dosa yang dah tersedia ada ni. heh.
so, renung2 kan lah ye. tak semua bnde kita bole tweet kat laman sosial twitter tu. even, tak bagi ape2 effect pon. malah yg akan kena affect pon dri sendiri jgk. kan? 
ambik pengajaran. :)

and i guess cukup dulu tuk sekarang.
any idea will be post. insyaAllah jika umur pnjang :)
sekian.
assalamualaikum . ^_^Y <--- new TM beb! LOL XD

Saturday, 18 August 2012

here it come! :D

assalamualaikum!
semua nampak berseri2 je arini..
knape ek?
hmm....

dah sebulan berlalu.
and now its time to celebrate it!

DAH RAYA LAH WEH!! :D
hahaha...
seriously, ramadhan dtg dgn sgt cpat.
even, tak rasa pon ramadhan dtg. :(
itu yg sedih sebenarnye...

tapi xpela..
yang penting kejayaan sebulan berpuasa haruslah disambut dengan gembira.
x gitu? :)

Tapi raya thun ni mcm tak meriah sangat la.
lagipun aku tak balik kmpung.
hmmm....

Ape2pon, SELAMAT HARI RAYA! 
MAAF ZAHIR BATIN YE~

SALAM LEBARAN BUAT MUSLIM2 SEKALIAN :)

see ya'll next time.
assalamualaikum :)

Friday, 17 August 2012

things happen quickly..

assalamualaikum, semua. 
sorry. dah lme tak update.
maklumlah. sibuk :P
xdela sibuk mne pon sbnrnye.
hehe.

arini just nak kongsi psal ape yg terjd last two days..

bnyk bnde yg terjadi tnpa kita sangka2 kan?
sesungguhnya perancangan Allah yang terbaik.
kita xtau ape yg Dia rncang.
tp Dia xkn sesekali bg dugaan a.k.a ujian yg kita xleh nk tnggung.
He knows the best for us.

seriously, its happen very quickly and I never expect this will happen.
ternyata Allah msih sygkan aku.
Dia msih nk aku hidup dan sentiasa ingt pd Dia.
Syukran, Ya Rabb.... :)

First day aku blik rumah dah ada dugaan.
Mse tu, dah nak berbuka dah. 
lbih kurang setengah jam lg nak berbuka la rsenye...
something happen...

as usual, kalo blik umah, x sah kalo aku x ngadap netbook lme2.
tengah syok2 duk ngadap netbook. bkk fb, dgr lgu raya.
tibe2 terdgr jeritan yg sgt kecoh kt luar rumah.
i thought it is just satu kekecohan yg x memerlukan perhatian org.. LOL
but then, I was wrong.
rupa2 nye, mak cik sebelah rumah aku menjerit sbb ada KEBAKARAN!
mmg agk kecoh jgkla mse tu.
mak aku yg tgh siapkan juadah nk berbuka puasa tu pon dah kelam kabut dah.
mne nk selamatkan abg aku lg, nak selamat brg2 lg.
xleh nak fkir ape dah time tu.
semua dah bercelaru. abg aku pon dgn penuh semangat, menjerit!
"woi, tlong woi! api! api! tolong!"

rmai dtg. yg dr baris dpan rumah aku pon dtg dgn fkiran yg tertnye2..
bila dah smpai, bru tau ade kebakaran.
tp semua kmbali ok bile slh seorg yg dtg tolong berjaya menarik keluar sofa yg terbakar dr rumah tu.
puncanya ialah drpd 3 org bdak kcik yg ditinggal mak bapak diorg yg pegi menjual kt bazar.
3 org adik beradik ni mmg nakal skit.
tp kalo dah smpai thap nak menghapuskan kegembiraan org, mmg melampau lah kan?
mak bapak diorg dpt tau, dan bila blik, diorg kena marah dan dipukul sbg denda (bkn dera ye)
itu sbg denda buat diorg.
nakal sgt! 
aku pon nyirap jgk. haih..

xpela. bnde dah jadi.
bersyukur sgt2 sbb xde ape yg terjadi.
so, thun ni dpt la beraya mcm thun2 sblom ni.
cuma xleh beraya sakan sgt la..
heh. but, its ok. :)

Kesimpulannya, ingatlah bahawa sesungguhnya hidup tak selalunya bahagia. Kita hidup umpama roda. Kadang2 kat atas. Kadang2 kat bawah. Jadi, jangan leka dengan keindahan dunia yang tak kekal ni. :)

#ALLAH TAKKAN DUGA KITA DENGAN SESUATU YANG KITA TAK MAMPU TANGGUNG# :')

so, rsenye smpai sni dlu la ye..
eh, lupa plak.
today is 29th of ramadhan right?
Ya Allah, kjap je rse.
dah nak raya dah. 

tibe2 rse tkut plak. 
mne la tau kan.
hayat tak ikut umur.
muda2 mcm aku ni pon bole pergi bile2 mse je...
hoping that this year shouldn't be my last year to celebrate RAMADHAN. insyaAllah... :')

anyhing else?
rsenye dah xde.

pape pon...



SELAMAT HARI RAYA BUAT WARGA ISLAM DI MALAYSIA MAHUPUN DILUAR NEGARA   :)



sedapnye ketupat... x sabar nak anyam ketupat :D
LOL hahaha


david archuleta pun nk beraya jgk...
hehehe...
:D

SALAM LEBARAN SEMUA! JANGAN MERCUN YE...
NNTI ROSAK SEGALA ANGGOTA BADAN. 
sekian shje...
jmpe lg dilain hri..
assalamualaikum~ :)


Saturday, 21 July 2012

RAMADHAN PENUH BARAKAH ~ n.n

assalamualaikum...
ketemu kembali ye~
sihat? 
alhamdulillah kalo sihat...yg x sihat tu, bwak2 la berehat... :)


firstly, nak ucap syukur yg x terhingga
ALHAMDULILLAH..
aku msih lg diberi kesempatan untuk terus bernafas
pejam celik...pejam celik...
akhirnye, ape yg ditunggu-tunggu dah pun tiba..


nak tau ape dia?





It's RAMADHAN! 

Penyimpan mohor2 besar raja2 telah mengumumkan bahawa tarikh berpuasa jatuh pada hari sabtu, 21 Julai 2012 bersamaan 1 Ramadhan 1433 Hijrah.

:D
Ya Allah!
Gembira x terhingga bila dgr pengumuman puasa aritu..
*bajet dgr je* hehe
so, sudah terang lg bersuluh dgn ape yg aku nk share kan?

it's about ramadhan..




ramadhan tiba lagi~
susah nak percaya yg kita dah masuk ke bulan yg penuh barakah ni kan?
tapi itula realitinya :)

Kt mktb pun, badar dah susun mcm2 aktiviti sempena ramadhan ni..
x sabar plak rasanye nak blik mktb.
nak jgk merasa berbuka puasa dgn ahli homeroom bru, kwan2 bru, suasana bru.
semuanya bru.. :D
hmm...

antara aktiviti2 yg badar dah susun ialah :
  • tadarus al-Quran
  • qiamuallail
  • berbuka puasa perdana
  • jemputan penceramah luar


tu bru skit..
ade lg sbnrnye..
mcm2 pertandingan yg ade... :)

dan program sepanjang ramadhan ni dipanggil
IHYA' RAMADHAN...

mksdnye ialah menghidupkan ramadhan
and i'm hoping that students of mjsc AG can give a super dooper commitment along the program.
hope so.. :)

MENGHARAPKAN RAMADHAN KALI NI BUKAN RAMADHAN TERAKHIRKU... :')
tibe2 tkut plak...
mne la tau..ajal dtg tnpa diundang kan?
bile2 mse pon Allah bole trik nyawa kita.
jd, perbnykkan amal ibadah sepanjang bulan ramadhan ni ye ^_^

mcm2 yg kita bole buat dan ade juga yg kita kena kawal...
lbih kurg mcm ni la..

bntu tmbh pahala puasa :)

and lastly, sama2 kita meraikan dan menghidupkan RAMADHAN yg dtg cume sekali setahun :)



mari rmai2 ucapkan 


: D


SELAMAT MENJADI IBADAH PUASA KEPADA SEMUA UMAT ISLAM !! :D




SEKIAN...
assalamualikum. :)
see you'll next time~ ^_^