Olla ! :D
assalamualaikum~ :)
lama jgk dah tak post ek.
maaflah ye...
takde idea nak post ape.
ada pon , taktau bila nak post.
maklumlah, dah sibuk sikit.
ni pon baru nak start cuti...
aritu, 3 hari ade kem kepimpinan kat Durian Tunggal. :)
banyak ilmu dapat.
nak jadi pemimpin ingat senang ke?
orang semua duk cakap "untunglah, jadi itu ini"
"untunglah, dapat pegi kem kepimpinan"
memang tak nafi lah, best pergi kem tu.
tapi bila dah join, rasa serba salah tau.
its about a responsibility.
suatu benda yang sangat besar untuk digalas.
dan melibatkan maruah diri dan sesuatu organisasi.
tak ke itu satu perkara yang susah?
bukannya aku nak kata aku menyesal dapat pegang jawatan tu.
tapi ni berkaitan tentang diri aku.
aku masih belum cukup sedia sebenarnya.
aku cuba. aku berusaha.
kalau aku tetap takleh jugak. aku mintak maaf awal2... :(
ok. back to the topic.
macam2 aktiviti yang dah dibuat.
hari first sampai ialah hari jumaat petang.
area pukul 3.15 petang.
pendaftaran bermula.
lepas tu, ada taklimat daripada ketua fasilitator.
habis taklimat je, ada makan petang.
then, kami warm up dengan bermain pas kain pelekat~
syok ah jugak. tapi main tak lama.
hujan~
pembentukan kumpulan sebelah malam.
aku sama group dengan mario, al, azam(form 2), wak dong, nong, miran, syiro, syafiqah hashim, arisya dan azra. :)
best jugak ngan diorang. semangat tetap ada :D
hahaha. ketua kumpulan = mario !
malam tu jugak ada kembara minda
kena lalu 4 checkpoint
diberi sebatang lilin untuk dijadikan nyawa.
memang mencabar !
tapi semua kumpulan berjaya untuk menghidup lilin sampai habis aktiviti.
cuma aktiviti kat setiap checkpoint je yang kurang berjaya :/
heh. tak kisahlah. asalkan ada sesuatu yang nak ditekankan.
esoknye, kami ada jungle tracking ! :D
sedihnye, aku tak dapat nak join.
maklumlah, orang kurang sihat.
macam tu lah.
sangat sedih tak dapat join. T.T
rasa macam tak membantu pon. heh.
tapi diorang pon faham.
so, aku hanya mampu menunggu sampai diorang tamat teroka hutan tu.
lepas tu, ada paintball ! syok ! tapi tak puas~
hahaha. mana tak nye.
main 5 minit je pon. mana puas.
main2 kejap dah mati kena tembak. haha.
malam tu, ada persembahan.
kumpulan aku buat boria + gangnam style~
aku taktau ape yang best nya menari gangnam style tu --'
hahaha. tapi best la. dengan ada pertandingan fesyen lagi.
macam2 :)
last day, kami jogging waktu pagi.
lepas tu, main permainan KAMIL KATA
dengar arahan bila ada perkataan KAMIL KATA je..
macam2 gaya dia suruh buat. best!
fasi2 pon sporting je :)
Majlis penutup yang sangat ringkas tapi padat dengan nasihat dan nukilan daripada kami sendiri.
Pengetua sangat berharap kami dapat membuat perubahan pada maktab.
Aku masih lagi ragu2 sebenarnye.
Berat tanggungjawab yang aku kena jalankan.
Kalau aku takde diorang, aku mungkin tenggelam.
Aku masih tak pasti dengan keputusan yang aku buat.
as I said just now, I'll try.
insyaAllah. aku kuat :)
ambik masa untuk fikirkan benda ni.
apepun, aku akan teruskan membantu :)
jangan risau...
rasanya cukuplah sampai sini :)
next time i will post the better post.
heh. sekian.
Assalamualaikum ^_^Y
No comments:
Post a Comment