Kalau nak diingat kembali memang banyak kenangan yang kita dah buat kan? banyak sangat. aku tahu kalian tak sanggup nak buat. tetapi aku tahu kalian kuat. Berjuanglah untuk kejayaan kalian. kami sentiasa mendoakan yang terbaik. tak kira dimana sahaja kita belajar yang keikhlasan dan keredhaan kita untuk terus belajar. Memang masih susah untuk aku terima semua ini. tetapi, setiap yang berlaku ada hikmah daripadaNya.
Sentiasa buat yang terbaik untuk diri sendiri dan orang yang kaian sayang. Cuma itu yang aku harap. tak lebih dan tak kurang. Pada mualanya aku cuba untuk kuat tapi aku tak boleh. aku cuba untuk senyum. namun dalam senyum , aku menangis. seolah-olah tidak dapat menerima kenyataan itu. Pelbagai kenangan yang kita lakar bersama dan kalian pergi meninggalkan kami. Aku tahu kalian tidak akan pergi begitu sahaja. Aku tahu kalian pergi dengan membawa harapan semua guru2 dan rakan2 disini dan akan pulang dengan kejayaan yang diharap-harapkan.
Semoga kita berjumpa lagi di alam yang lebih mencabar lagi selepas ini. Sentiasa doakan kami disini juga ye. jangan lupakan kami disini. Ada jodoh dan rezeki, insyaAllah kita akan berjumpa lagi.Hubungan yang tidak akan pernah putus adalah hubungan yang diredhai Allah. Aku dapat rasakan yang kita bakal berjumpa lagi. ^_^
DAN AKHIR SEKALI,
HASIL NUKILAN ELYANA FAZLIN...
Aku tidak tahu apa akan terjadi padaku jikalau kau tiada,
dalam hatiku hanya ada namamu,
telahku berimu hatiku,
kerana aku yakin dikau akan menjaganya
dan disaat kau akan membawa pergi dirimu jauh dariku,
aku akan mati bersama pemergianmu,
kerana kau telah membawa bersama hatiku...
Saat kau akan pergi jauh,
izinkan doaku untuk selalu mengiringimu agar kau tahu aku sayang padamu
dan akan kutunggu dirimu kembali padaku
suatu hari nanti....
:')
semoga berjaya dunia dan akhirat, kawan2...
hanya itu yang termampu untuk aku lakukan... :)
semoga berjumpa lagi,sekian
assalamualaikum...
No comments:
Post a Comment