assalamualaikum, semua!
harini mau cerita satu cerita *cmne tu? phm2 sndiri la~
ok, the story begin here......
seorg budak yg lbih dikenali dgn panggilan Nor...
perwatakakannye yg "pelik" dan sentiasa ceria membuatkan dia senang mendapat kawan...
sehinggalah satu ketika...
dia mula bermanja-manja dengan dunia laman sosial...
dia juga mula mengenali rakan-rakan dari laman sosial
daripada mengenali, mereka mula rapat...
dah macam satu keluarga dah...
walaupun mereka tak kenal sesama sendiri...
*tapi ade jugak yang dah kenal...hehehe
setiap perkara yang dilakukan sering dikongsi bersama *yeke?
mereka bahagia dengan cara mereka begitu...
jika ada salah seorang daripada mereka mempunyai masalah...
pasti ada yang akan cuba menolong.
melihatkan kepada keakraban ini.
Nor berasa sangat bangga.
dia juga terharu dengan keakraban ini...
tetapi...
lama-kelamaan....
dia merasakan bahawa kehadirannya seakan-akan tidak diperlukan..
oleh itu, dia membuat keputusan untuk membiarkan mereka dan meneruskan hidup.
Nor menjalani kehidupan seperti biasa.
biasa pun tak ada lah biasa mana pon..
Nor juga telah mengambil keputusan untuk meninggalkan tabiatnya yang selalu "online".
---------------------------------------------------------------
seminggu berlalu...
dan Nor berjaya melakukan apa yang dihajati itu...
TETAPI....
*kata orang sesuatu hubungan itu takkan putus selagi masih terlindung dibawah rahmatNya* betul ke? mungkin...
Nor tetap tak boleh nak melupakan mereka semua...
sama seperti rakan-rakan Nor...
---------------------------------------------------------------
#dialog rakan-rakan Nor#
dalam group yang mereka selalu 'lepak'...
mereka tiba-tiba membangkitkan hal ketiadaan Nor selama seminggu...
lebih kurang macam ni juga la....
"weyh2, korang! mane Nor ek?"tanye Ina.
"haahla, dah lama kot tak nampak dia online... ada hal la tu...tengok la nanti, dia mesti rindu kat kita semua sebab dah seminggu tak online. biasanye dia yang kecoh kalau tak dapat nak join kita ber-online...hahaha" bebel si zul pula.
seorang lagi menyampuk "aku rindu gila r nak tengok dia buat kecoh. nak tengok dia post itu , post ini...kat wall ni...hahaha... kalau dia ade, rasa macam semangat nak online tu tiba-tiba muncul"
"tau tak apa... seriously kalau dia tak ada memang tak 'hidup'la kita semua..." luah hati yang seorang lagi.
manakala, di rumah Nor....
Nor cuba menyibukkan dirinya dengan kerja-kerja yang ada...
dia melakukan sedemikian kerana tidak mahu terlalu memikirkan tentang mereka.
pelbagai perkara cuba dilakukan.
antaranya ialah bekerja lebih masa.
dalam pada masa yang sama, dia masih tak boleh nak lupakan mereka.
gerak hati dia kuat menyuruhnya untuk teruskan ber-online.
namun begitu,dia tetap dengan ego nya untuk meneruskan niatnya itu.
"ah! kalau aku online pun macamla mereka semua suke. macamla mereka mengharapkan aku online. aku tak rasa mereka perlukan aku. biarlah mereka dengan hal mereka. aku tak diperlukan lagi dah. buat ape aku sibuk-sibuk nak online balik. mereka takkan kisahkan kewujudan aku punyalah. aku percaya mereke mesti gembira kalau aku tak ada kan? tak apalah,kalau itu yang terbaik....aku undur diri" Nor bermonolog sendirian didalam biliknya.
tak semena-mena, air matanya laju menuruni pipinya yang gebu itu.
dia berasa sebak. tidak tahu kenapa. cepat-cepat diseka air matanya itu untuk menghilang rasa yang sebak yang tiba-tiba hadir.
mungkin juga kerana terlalu rindu pada teman-temannya barangkali.
perkara itu terus berlarutan dalam pemikiran Nor.
memandangkan dia masih tak boleh nak lupakan rakan-rakan nya,
dia mengambil keputusan tuk memberikan penjelasan yang sebenarnya pada mereka.
----------------------------------------------------------------
#didalam laman sosial#
Nor membuka akaun laman sosialnya dengan penuh rasa ragu-ragu.
setelah membukanya, dia dapati banyak perkara yang dia tak tahu termasuklah tentang rakan-rakan laman sosialnya itu.
kemudian,dia membuka pula page group yang menjadi kebiasaan dia dan rakan-rakannya 'lepak'.
Setelah membaca satu-persatu isi dialog yang dikomen oleh rakan- rakannya,perasaan bersalah menyelinap dalam diri Nor.
selain itu, dia juga rasa sangat terharu dengan apa yang dah berlaku.
dia tidak menyangka bahawa rakan-rakannya begitu merindui dia.
sekali lagi, air matanya jatuh menangisi sikapnya yang begitu ego itu.
namun, cepat-cepat diseka air matanya itu dan menulis sesuatu buat rakan-rakannya yang dikasihi.
pantas sahaja jari-jemarinya menaip setiap bait-bait perkataan yang bakal menjadi satu ayat yang cukup menyentuh hati...
klau sesiapa yang baca pun mungkin akan menangis.mungkinlah.
dia mula menaip dengan penuh penghayatan.
sememangnya dia tidak mahu diganggu ketika itu sehinggakan ibunya panggil juga dibiarkan begitu sahaja.begitu khusyuknya dia.
--------------------------------------------------------------
apa yang ditaip telah pun selesai.
dia pun menekan butang post pada wall group itu.
lebih kurang begini ayatnya buat rakan-rakannya itu.
"assalamualaikum, semua... aku tahu korang mesti rindu kat aku kan? rasanya lepas ni aku dah tak boleh nak join korang selalu dah kot.aku makin sibuk dengan kerja la. maaf ye. tapi tak perlu risau kerana aku akan ingat korang sampai bila-bila...ape2 pon aku nak buat pengakuanla kat korang. seriously, aku memang jeles tengok korang rapat macam ni.tapi tak apalah.aku tak kesah.maybe it was my fault also.korang bahagia, aku pun tumpang bahagia.dan aku ada bekal kan sajak tuk korang. klau rajin, bacalah nanti ye.sekian"
sajak yang ditaip dan direka oleh Nor sendiri itu sememangnya sangat menyentuh hati.semestinya sajak itu khas buat rakan-rakannya sahaja.
---------------------------------------------------------------
SAJAK:TERIMA KASIH! :'D
Mula berkenalan di laman sosial
ada yang kenal, ada yang tak kenal
begitulah kami....
Saling membantu jika diperlukan
tetapi bila dah membantu semakin rapat
begitulah kami....
Ibarat satu keluarga
yang sememangnya sangat aman dan harmoni
begitulah kami....
Mengenali mereka satu peluang yang takkan pernah aku lupakan
Mengenali mereka satu anugerah yang tak terhingga buat aku...
TERIMA KASIH!
Mereka sangat baik
Mereka sangat nakal
Mereka sangat happening
TERIMA KASIH!
Memberikan kata-kata galakkan
Memberikan kata-kata semangat
pada yang bermasalah...
TERIMA KASIH!
TERIMA KASIH, TERIMA KASIH, TERIMA KASIH....
pada kalian....
kerana sudi memberi peluang kepada diriku untuk mengenali kalian
TERIMA KASIH,TERIMA KASIH,TERIMA KASIH...
pada kalian...
kerana sudi berkawan dengan diriku yang serba kekurangan ini
TERIMA KASIH, TERIMA KASIH, TERIMA KASIH....
pada kalian
kerana telah mengajar aku erti persahabatan yang sebenar
TERIMA KASIH...... :')
--------------------------------------------------------------
selepas beberapa hari....
Ina, Zul, dan yang lain membaca ape yang dipost pada wall group itu dan mereka seakan tidak percaya bahawa Nor sebenarnya kecil hati dengan mereka.
mereka cuba untuk memujuk kembali Nor.
namun begitu, sukar untuk mengatasi keegoan Nor itu.
mereka hanya berharap supaya Nor kembali menyertai mereka.
hari berganti hari, lama kelamaan Nor menjadi semakin lembut hati untuk menyertai mereka semula.
Nor menunjukkan yang dia ingin menyertai group itu semula.
mereka berbesar hati menerima perubahan Nor itu.
satu ungkapan daripada Nor yang membuatkan mereka semua terharu dan sebak.
ungkapan yang akan menjadi ingatan buat mereka semua.
hnye ungkapan "sayang korang...!! ^_^"
itu pun dah membuatkan mereka leleh...
dan endingnye......
mereka akan lebih berjaga-jaga untuk teruskan persahabatan mereka.
agar kejadian yang sama takkan berlaku.
dan semuanya berjalan dengan penuh lancar.
~tamat~
---------------------------------------------------------------
so, conclusion nya di sini...
# hargailah rakan kita sentiasa
# jangan terlalu ego dengan orang dan diri sendiri kelak sendiri yang menyesal
# selalulah beramahmesra dengan orang kalau taknak dicop SOMBONG :P
p/s: errr.... sorryla klau story nye x berapa nak best. next time i'll do the better one ek. mau cepat dan xde idea dah.cian kat fana tunggu lme . sorry fana.
lg satu, citer ni xde kene-mengene dgn yg hidup atau yg mati tau. random je ni. ape yang keluar semua aku curah kat sni...hehehe....
credits to all my friends...*yang anggap aku ni kwan dye je lah... :)
ok, done!
undur diri dulu...
assalamualaikum :)
No comments:
Post a Comment